You are on page 1of 4

Soalan (1)

Volvo telah membangun daripada dasar selepas ditempuhi dengan suatu krisis yang

besar. Volvo telah menggunakan pendekatan pengeluaran yang berbeza untuk memastikan

kejayaan syarikat tercapai.

Volvo telah mengambil pendekatan yang drastik selepas telah ditempuhi dengan krisis

yang besar pada tahun 1980-an. Volvo telah memutuskan untuk mewujudkan kumpulan-

kumpulan kecil di antara 5 hingga 12 orang untuk bertanggungjawab untuk memasang suatu

kenderaan dengan sempurna. Kumpulan-kumpulan tersebut boleh memilih penyelia dan

mereka boleh membuat jadual sendiri dan membahagi tugas antara satu sama lain. Selain

daripada itu, matlamat ditentukan dari segi kuantiti kenderaan yang akan dibuat dan masa

yang selebihnya akan digunakan untuk berbincang tentang pengalaman mereka berdasarkan

pengeluaran pada hari tersebut. Kerjasama juga merupakan salah satu aspek penting di mana

amalan FIKA telah diperkenalkan. Amalan FIKA merupakan suatu proses interaksi di mana

terdapatnya makan dan minum apabila terdapat perjumpaan dan perbincangan dilakukan

dengan efisen. Tambahan pula, para pekerja yang tua tidak akan diberhentikan kerja.

Sebaliknya, mereka akan dikekalkan untuk membantu pekerja-pekerja muda.

Salah satu kelebihan pendekatan yang telah diambil oleh volvo ialah memastikan

pekerja-pekerja volvo mendapat kepuasan daripada kerja-kerja yang dibuat oleh mereka. Hal

ini demikian kerana gaji diberikan kepada pekerja atas pencapaian mereka untuk terus

berjuang dan menyara keluarga mereka. Contohnya, di dalam pendekatan yang telah diambil

oleh volvo, apabila seseorang atau sesuatu kumpulan pekerja telah mencapai sasaran kerja

yang ditetapkan pada masa tertentu, dia akan diberikan bayaran intensif bagi memuji dan

memotivasikan mereka untuk terus mencapai sasaran-sasaran yang akan ditetapkan pada

masa akan datang. Seseorang itu ataupun sesuatu kumpulan tersebut akan terdorong dengan

7
lebih lanjut untuk mencapai sasaran-sasaran yang selanjutnya. Dengan ini dapat dilihat

bahawa salah satu kebaikan pendekatan volvo ini ialah ia dapat meningkatkan kepuasan

pekerja-pekerja volvo.

Selain daripada itu, kelebihan kedua pendekatan yang telah diambil oleh Volvo ialah

pendekatan Volvo boleh memastikan pekerja-pekerja tua tidak diberhentikan kerja. Maka,

pekerja-pekerja tua akan berasa lebih selesa dan terjamin untuk berkerja. Apabila mereka

berasa lebih terjamin, kualiti kerja pekerja juga akan meningkat. Jaminan kerja merupakan

antara aspek yang penting dalam keperluan keselamatan yang telah dijelaskan sebagai salah

satu aspek yang penting dalam Teori Hierarki Maslow. Ia dapat dikaitkan dengan

penyimpanan pasukan pekerja tua yang sudah lama berkerja di dalam syarikat volvo dan

tidak diberhentikan dan memberi peluang kedua kepada mereka. Pada kebiasaanya, sesebuah

syarikat akan memberhentikan pekerja-pekerja tua dan akan mengambil pekerja-pekerja

muda untuk berkerja. Walaubagaimanapun, volvo telah memberi jaminan kerja kepada

pekerja-pekerja yang tua juga dengan tidak memberhentikan mereka. Sebaliknya, pekerja-

pekerja tua telah dikekalkan untuk memberi tunjuk ajar kepada pekerja-pekerja muda yang

akan diambil kerja oleh volvo.

Kelebihan ketiga pendekatan yang telah diambil oleh volvo ialah hubungan diantara

pekerja-pekerja akan lebih mesra dan maka, persekitaraan kerja akan lebih selesa dan

disenangi oleh para pekerja. Contohnya dalam kes Volvo, 5 hingga 12 orang di dalam suatu

kumpulan akan menyiapkan 1 kereta dengan sempurna. Bukan itu sahaja, suatu budaya yang

dinamakan FIKA telah diamalkan diantara pekerja-pekerja dengan penyelia mereka. Budaya

ini telah membina semangat berkumpulan dan telah membina suatu hubungan yang erat. Ia

juga dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja dalam

pekerjaan mereka. Cadangan juga dikongsi antara para pekerja setiap hari jumaat. Ini

dipanggil sebagai mega FIKA.

8
Tambahan pula, pendekatan yang diambil oleh Volvo juga akan memastikan pekerja-

pekerja juga berasa bahawa mereka dihargai untuk kerja-kerja yang dibuat oleh mereka

kepada syarikat volvo. Apabila seseorang pekerja menerima perhatian, pengiktirafan dan

penghargaan daripada seseorang majikan ataupun rakan sekerja yang lain, seseorang pekerja

tersebut akan membina imej diri yang positif. Contohnya, dalam kes Volvo, majikan telah

memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pekerja yang telah memberikan

sumbangan untuk memajukan syarikat tersebut. Hal ini menyebabkan setiap pekerja terus

membina dan kekal mempunyai imej diri yang positif.

Kelebihan yang kelima yang dapat dilihat dalam pendekatan yang diambil oleh Volvo

ialah pekerja-pekerja akan menambahbaikkan pengetahuan, kebolehan, dan kelakuan mereka

untuk cemerlang dalam kehidupan. Volvo telah mengambil suatu inisiatif dengan

memberikan pekerja warga tua suatu peluang untuk berkerja dalam suatu unit yang digelar

sebagai senior unit. Dengan inisiatif ini kedua-dua golongan pekerja iaitu pekerja warga tua

dan muda dapat belajar kemahiran-kemahiran yang baru melalui program-program yang

ditawarkan kepada mereka pada waktu hari berkerja dan ditanggung penuh oleh syarikat.

Selain itu, Langkah ini bukan sahaja dapat menyebabkan pekerja-pekerja mempunyai

kelayakan profesional malah mereka dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Walaubagaimanapun, pendekatan yang telah diambil oleh Volvo bukan hanya

memberikan kelebihan. Terdapat juga beberapa kelemahan dalam pendekatan yang telah

diambil oleh Volvo. Salah satu kelemahan yang dapat dilihat dengan jelas ialah pengambilan

pekerja-pekerja tua tersebut adalah tidak kekal. Pada suatu ketika, pekerja-pekerja tersebut

harus diberhentikan. Pekerja-pekerja tua tersebut akan bersara. Kos gaji akan meningkat dan

syarikat volvo harus memastikan setiap pekerja-pekerja tidak kira tua atau muda dibayar gaji.

Pekerja yang lebih tua dan berpengalaman harus dibayar gaji yang lebih tinggi. Sebaliknya

jika suatu kursus atau seminar diadakan, terdapatnya peluang bagi pekerja-pekerja muda

9
untuk belajar segala perkara yang mereka akan belajar daripada pekerja-pekerja tua tersebut

dan kos seminar atau motivasi tersebut hanya perlu dibayar sekali sahaja.

Kelemahan yang kedua adalah pendekatan volvo memberikan masa yang fleksibel

kepada pekerja-pekerjanya. Kadang kala, pekerja-pekerja juga mungkin boleh

menyalahgunakan perkara tersebut di mana mereka mungkin akan membazirkan masa dan

maka kualiti kerja juga akan terjejas. Jika terdapatnya kawalan masa yang lebih sistematik,

maka perkara tersebut akan dapat dielakkan. Selain daripada itu, perkara ini juga akan

menyebabkan pekerja-pekerja melengah-lengahkan masa dalam membuat pekerjaan yang

mereka sepatutnya buat.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kelebihan dan kelemahan dalam pendekatan yang

telah dilakukan oleh Volvo untuk penstrukturan semula organisasinya. Walaubagaimanapun,

bagi membawa kehadapan kearah yang lebih maju; sesuatu syarikat perlulah melakukan

penstrukturan semula organisasi.

10

You might also like