You are on page 1of 4

F.A.

Q (Bahagian 1)
1) Saya cuba add murid kedalam classroom yang saya bina tetapi tidak boleh
- hanya murid yang menggunakan id moe sahaja boleh di invite ke dalam classroom yang dibina
dengan menggunakan id moe.

2) Tertera perkataan WE ARE SORRY, BUT YOU DO NOT HAVE ACCESS TO CLASSROOM...
- pastikan login menggunakan id moe.. boleh pastikan dengan klik pada garis 3 disebelah atas kiri...
jika bukan id moe.. tekan pada id itu dan klik Add another account.. masukkan id moe dan
password nya...

3) Sudah login menggunakan id moe tetapi masih tidak boleh enter classroom...
- install apps Google Device Policy di playstore atau appstore... activate kan dan lihat apa
masalahnya....
- setkan pincode pada lockscreen... ini selalu puncanya..

4) Dimana hendak dapatkan id dan password murid.... saya admin sekolah...


- login ke portal digital learning menggunakan id admin... pergi ke ruangan SEKOLAH -> USERID
akan tertera dashboard id murid... teka pada titik 3 diatas dashboard tersebut dan download...

5) Saya dah muat turun data id murid.. tetapi tiada password... di mana nak cari?
- password untuk setiap id memang tidak boleh dilihat sebagai salah satu security dari pihak
google... Untuk ID BAHARU seperti ID TAHUN 1 dan murid dari sekolah swasta sebelum ini... boleh
akses menggunakan DEFAULT PASSWORD iaitu M(no apdm)s(kod id admin sekolah)... untuk
murid yang lain termasuk TINGKATAN 1..tiada password default... gunakan password mereka
terdahulu semasa di sekolah rendah atau admin boleh reset akaun mereka..

6) Sekolah mempunyai murid berjuta... jenuh la nak reset satu-satu...


- Boleh buat request untuk Reset password secara Pukal... login di portal digital learning
menggunakan id admin.. pergi ke ruangan Guru dan klik pada ikon userid... skrol ke bawah untuk
reset pukal... kena isi form dan upload data murid yang nak di resetkan... request akan diuruskan
falam masa 2 hari bekerja (expect delay kerana high demand dan PKP)
7) Saya terlupa id atau/dan password admin sekolah, ada id yang suspended, id jadi terpilih salah
role, id disable, id deleted, id tetiba hilang dari konsol admin...
- boleh rujuk dan buat permohonan reset kepada USTP PPD atau SSTP JPN.... nanti mereka akan
rujuk kepada pihak di BSTP...

8) Ada guru atau murid terlupa password atau id.. bagaimana saya nak uruskan?
- untuk urusan reset akaun bagi id guru dan murid di sekolah, admin sekolah boleh reset kan...
reset melalui portal admin.google.com atau install apps GOOGLE ADMIN di smartphone.. hanya
untuk pengguna android sahaja.. apps di iOS sangat limited functionality...
resetkan ke password yang mudah-mudah sahaja... pastikan untick Autogenerate password dan
Change password on next sign in... ini untuk memastikan password tersebut terus dapat
digunakan...

9) Ape beza id murid dan guru?


- id murid bermula dengan m- manakala id guru bermula dengan g-....
- id guru boleh akses ke ruangan guru dan murid di portal digital learning
-id murid hanya boleh mengakses ruangan murid sahaja

10) Guru baharu posting / Guru Interim /baru tamat belajar HLP / baru turun dari PKG-PPD-JPN-
KPM / Guru Praktikum di sekolah saya tidak menerima id lagi.. bagaimana saya nak create id
baharu?
- proses create id hanya bleh dibuat oleh pihak superadmin & google sahaja... data akan diambil
dari data eoperasi sekolah... pihak kpm ada sop dan timeline mereka.. tunggu sahaja sehingga
update seterusnya...
- pihak admin boleh memberikan temporary id kepada mereka ini jika terlalu terdesak
penggunaannya...

11) Dimana boleh saya dapatkan Temporary ID?


- Admin sekolah login ke konsol Admin dan search id yang ada perkataan temp

12) Apa password Temporary ID?


- entah la... hahaha... tak perlu rungsing kepala... reset je ke password yang kita nak...
13) Ada Guru atau Murid baru berpindah masuk ke sekolah saya... dimana saya nak create id untuk
mereka atau bagaimana utk Transfer in id mereka dari sekolah lama?
- Proses create id hanya dilakukan oleh pihak kpm sahaja
- tiada proses transfer in perlu dilakukan pada id moe kerana semua id dibawah domain yang sama

14) Login menggunakan id guru tetapi tiada fungsi Create Classroom...


- ini terjadi kerana ada yang memandai klik Student role semasa 1st login... student memang tidak
diberi fitur create classroom... hanya teacher sahaja... so sila buat laporan kepada pihak ustp/sstp
berkenaan isu ini...

15) Saya dah create classroom tetapi bila invite teacher... tidak boleh...
- Had bilangan guru pada sesuatu classroom adalah 20 teacher sahaja.. tidak boleh lebih...

16) Berapakah had maksimum bilangan murid dalam sesuatu classroom?


- had maksimum peserta bagi sesuatu classroom ialah 1000 peserta maksimum termasuk guru dan
murid...
Jika guru 20 orang... murid selebihnya dari 1000 orang itu...
pengiraannya...
20 guru + 980 murid = 1000

17) Saya dah ada pincode pada lockscreen, dah install device policy.. dah activated.. smeua dah
settle... tapi masih tidak dapat login... tertera perkataan contact domain admin...
- tunggu je.. setiap kali kita tukar / swap account dalam smartphone... server memerlukan sedikit
masa untuk sync account dengan smartphone.. so tenang je... makan-makan jap..

18) Saya nak create id untuk staff office di sekolah... dimana ye...
- apekehei nya nak bagi id pada staff... id moe hanya untuk warga kpm guru dan murid sahaja..
yang lain takyah la kot..
19) Saya mencari id parent untuk diberikan pada ibubapa. murid sekolah saya.. tapi tak jumpa...

- carilah sampai tahun depan pun.. takkan jumpa.. 😂😂😂 kerana id tidak dibekalkan untuk
ibubapa.. hanya murid dan guru sahaja... walaubagaimanapun... guru boleh invite guardian didalam
google classroom untuk tujuan notification jika murid ada tugasan atau telah menghantar tugasan...
hanya klik pada tepi nama student pada tab people dan masukkan email personal ibubapa tu...

20) Kenapa ada perkataan null pada data id murid yang saya download / pada data dalam
dashboard?
- ini terjadi kerana data apdm semasa diambil tidak lengkap diisi...

21) Boleh ke saya sebagai admin resetkan semua akaun guru dan murid menjadi 1 standard
password supaya mudah kerja saya tak perlu selalu reset akaun...
- boleh je.. tapi diam-diam sudah.. tu atas tanggungjawab sendiri.. jangan la cerita kat orang...
hehehe...

22) Dalam data dashboard atau data yang saya download dari konsol admin, masih ada id guru
yang telah berpindah / guru telah bersara / guru telah meninggal dunia / murid telah berpindah
keluar / murid tahun 6 yang lepas / murid tingkatan 5 yang lepas... boleh ke saya delete atau
lakukan sesuatu??

- Biarkan je la... tak ganggu admin pun... yang jaki sangat kenapa? hahaha... 😂😂😂..... buat-buat
tak nampak je....

-ZHaf-

You might also like