You are on page 1of 13

Projek Matematik

PKP
SMA REPAH
2020

Daripada; Cikgu Amira Shahirah binti Kamsah


GEOMETROCITY

Tahniah! Anda terpilih untuk mereka cipta satu bandar baharu untuk kami. Terdapat
banyak permohan yang dikemukakan tapi kami memilih anda! Pengetahuan dan
kemahiran anda adalah apa yang kami perlukan untuk membina bandar baharu ini.

Anda diminta untuk membina satu bandar yang dipenuhi dengan konsep Matematik:
Bentuk Geometri. Ramai orang tidak sedar bahawa semua bandaraya dan bangunan
adalah dibina dari pengetahuan asas dalam Matematik. Bandar ini juga sama seperti
bandar yang lain. Pengetahuan dan kemahiran geometri anda amat penting bagi
memastikan kejayaan dalam pembinaan bandar ini .

Anda adalah seorang arkitek yang akan menentukan sama ada bandar ini akan berjaya
dibina atau akan musnah. Sebagai ketua arkitek, anda ditugaskan untuk membina bandar
dengan infrastruktur yang lengkap seperti bangunan, jalan raya, tempat meletak
kenderaan dan lain-lain.

Anda diminta menyiapkan projek ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang benar,
Majlis Pembandaran SMART
Jadual Pembinaan
Projek ini dipecahkan kepada tiga fasa:
PERMIT, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN
Anda diminta untuk menjalankan kerja mengikut
fasa yang ditetapkan supaya projek anda dapat
disempurnakan dengan jayanya. Kegagalan
mematuhi prosedur yang ditetapkan akan
menyebabkan pembatalan kontrak dalam membina
Geometrocity.
Jadual Pembinaan
FASA 1: PERMIT
Pihak pesuruhjaya bandar menyediakan tugasan untuk anda lengkapkan bagi membuktikan
anda mempunyai asas geometri untuk membina bandar mereka. Jika anda berjaya, anda akan
mendapat permit memulakan pembinaan.

FASA 2: PELAN DAN REKABENTUK


Anda akan memulakan pembinaan. Terdapat 4 bahagian dalam bandar tersebut. Semua
peraturan hendaklah dipatuhi dengan teliti.

FASA 3: PEMBINAAN
Ini masanya untuk melengkapkan bandar anda. Menggunting, menampal dan menghias bandar
anda.
FASA 1

Tugasan 1:
Nyatakan 10 bentuk geometri yang dapat
anda lihat dalam gambar tersebut.
Tugasan 2:
Nyatakan bentuk setiap
gambar ini!
Tugasan 3:
Gunakan kertas grid seperti gambar rajah di bawah.
Lukiskan pelan dongakan (pandangan atas) sekolah
anda. Label semua tempat. Petunjuk:

Padang

Perpustakaan

Kelas

Pejabat

Bilik Guru

Kafeteria

*Jika tiada printer, lukis


semula di helaian lain
Tahniah! Anda telah
melepasi Fasa 1. Kini
anda akan memasuki
fasa kedua.
FASA 2
Senarai Semak: Label:
Segi empat sama
Terdapat 4 bahagian dalam bandar Segi empat tepat Anda mesti meletakkan label pada
anda. Pastikan setiap 1 bahagian Pentagon setiap bentuk geometri anda
mengandungi sekurang-kurangnya 5
Segi tiga dengan cara paling terbaik.
item seperti dalam jadual.
Segi tiga sudut
Tandakan (x) pada item tersebut jika tegak Anda perlu memastikan bentuk
anda telah melengkapkan setiap 1 Sudut Cakah geometri anda menonjol dalam
bahagian. Jadual ini akan membantu Sudut Tirus bandar anda disamping
anda menyemak dan memastikan Garis Selari memastikan bandar anda kelihatan
bandar anda tersusun rapi dan kemas dan menarik.
Parkir Kenderaan
lemgkap.
Hotel
Labelkan dengan kecil dan kemas.
Anda digalakkan untuk menambah Restoren
Ambil masa untuk menyiapkannya
pelbagai bentuk geometri untuk Separuh bulatan dengan cermat sama seperti
memastikan bandar anda lebih
menarik! pembinaan jalan yang sebenar.

SEMOGA BERJAYA!
Setiap bahagian mengandungi grid hitam. Sila lihat rajah Jalan tersebut mesti dua hala pada grid hitam tersebut.
di bawah untuk rujukan. Anda akan boleh menyambungkan bandar anda dengan
rakan-rakan yang lain apabila semua telah selesai nanti!
Anda mesti mempunyai jalan masuk dan keluar pada
setiap grid yang dihitamkan. Anda boleh menambah Cuba lihat jalan yang disambungkan dibawah:
lebih banyak jalan pada setiap bahagian.

Pelajar A Pelajar C

Pelajar B Pelajar D
FASA 3
• Anda kini telah bersedia membuat bentangan bentuk geometri bagi
membina bangunan. Pilih bangunan yang sesuai untuk kejiranan
dalam bandar anda. Lukis dan warnakan supaya ianya kelihatan
realistik sebelum anda memotongnya. Gunting bentangan dan
cantumkan menggunakan gam. Lipat dengan berhati-hati dan anda
boleh meminta bantuan jika perlu.

Peringatan: Tapak bagi bentuk geomteri anda mestilah sama saiz


dengan tapak pelan anda.
Bina grid seperti berikut
dengan size 2 cm x 2 cm bagi
setiap 1 kotak
Contoh yang telah siap:

You might also like