You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN
1.1 Latar belakang

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang
secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Sukan juga boleh
ditakrifkan sebagai salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat
khabar dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan juga dapat dijadikan sebagai
sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan
melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi latihan
kemahiran berguna secara rekreasi dan peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar
kecemerlangan.
Sejarah sukan di Malaysia boleh dibahagikan kepada 4 zaman iaitu zaman sebelum
penjajahan British, Kajian ini berfokus kepada laras bahasa sukan iaitu satu wacana
tentang sukan. Istilah yang digunakan dalam laras sukan biasanya merujuk kepada
peraturan-peraturan sukan yang dipertandingkan itu. Setiap laras sukan mempunyai
pembendaharaan kata yang berbeza-beza terutamanya perkataan khusus struktur ayat
serta cara pengungkap dan format yang digunakan.

You might also like