You are on page 1of 5

Kearifan tempatan merujuk kepada pengetahuan seseorang dalam masyarakat tertentu yang telah

berkembang dari masa ke masa dan terus berkembang mengikut peredaran masa. Sebenarnya
konsep kearifan tempatan adalah pelbagai dan sehingga kini tidak mempunyai satu definisi yang
khusus. Menurut Kamus Dewan Bahasa (2005) kata dasar arif, yang bermaksud bijaksana
ataupun merujuk kepada seseorang yang memahami sesuatu dengan mendalam. Manakala
tempatan yang berasal daripada kata dasar tempat kawasan tertentu daerah, kampung atau negeri.
Perkataan tempatan berkait rapat dengan sesuatu tempat.

Nazarudin dan Darlina (2014) kearifan tempatan merupakan sejumlah ilmu yang dikumpulkan
daripada pengalaman sebenar yang dialami dalam tempoh waktu yang lama. Ia boleh didapati
dari segenap sudut dan ruang yang terdapat di sesebuah negara yang merangkumi pelbagai aspek
seperti budaya, kepercayaan, adat resam, pelancongan, sejarah dan keagamaan.

Bagi Rahimin Affandi (2014) kearifan tempatan bukanlah membawa maksud “Local Genius”
(kepandaian tempatan) yang kerap digunakan oleh sarjana Barat. Perkataan “arif” ini membawa
maksud mengetahui secara mendalam kerana berdasarkan kepada pemikiran yang mendalam.
Seseorang yang berilmu dan mendapat maklumat yang benar bagi maklumat yang diperolehi
perlu berasaskan sumber yang betul dan tepat atau dalam pendek kata tidak mempunyai sebarang
keraguan.

Kearifan tempatan merujuk kepada disiplin ilmu dan kepakaran yang berasal daripada budaya
asli tempatan, berkembang sejak zaman dahulu dan telah diguna pakai oleh masyarakat dalam
kelompok tertentu. Kearifan ini telah menjadi warisan turun temurun dan berkembang maju
daripada budaya masyarakat setempat (Noraini Abd Hamid 2015)

Prof Dato Dr.Omar Osman (2013) menyatakan bahawa “Local Wisdom” atau kearifan tempatan
merujuk kepada definisi yang berteraskan kepada ilmu dan kepakaran yang berasal daripada
budaya tempatan, berkembang dari semasa ke semasa dan kemudiannya diserap masuk ke dalam
masyarakat berakarkan budaya tempatan di Malaysia mahu pun nusantara. Canagarajah (2002)
telah mengkelaskan definisi kearifan tempatan kepada empat perspektif iaitu antropologi, social,
professional dan akademik seperti yang digambarkan dalam rajah 1.

Pengetahuan yang dibina oleh pengamal Kepercayaan yang lahir daripada amalan
profesional semasa melaksanakan tugas sosial sesebuah komuniti melalui sejarah.
mereka tidak dapat dicadangkan oleh pihak
berwajib atau pakar dalam bidang tersebut.

PROFESIONAL ANTROPOLOGI

SOSIAL AKADEMIK
Kepercayaan yang dibina oleh masyarakat Pengetahuan yang menyimpang daripada
dalam usaha menyesuaikan polisi dan disiplin ilmu yang sah yang berlegar secara
undang-undang yang sedia digubal dengan tidak rasmi dalam kumpulan kecil pada
kehendak dan kehidupan harian mereka. peringkat tempatan.

Rajah 1 Defini Kearifan Tempatan


Sumber : Canagarajah (2002)

Berdasarkan pelbagai pentakrifan tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa kearifan tempatan
merupakan ilmu-ilmu yang diguna pakai untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
mengadaptasikan diri dengan peredaran zaman untuk kepentingan kelangsungan. Yakni dalam
semua aspek iaitu ekonomi, sosial, perubatan, kesenian, agama dan lain-lain lagi.

Urut sudah lama menjadi kaedah rawatan banyak masyarakat di dunia, termasuk Melayu dan kini
semakin diterima di negara Barat malah kemahiran mengurut kini boleh dijadikan sumber
pendapatan lumayan. Rawatan melalui urutan sudah diketahui sebagai alternatif dunia perubatan
bagi merawat pelbagai penyakit, sama ada penyakit baru, lama, ringan mahupun kronik. Urut
pada keseluruhannya adalah universal. Ini kerana di mana-mana sahaja kita pergi kita dapati
pelbagai jenis urutan mengikut budaya sesebuah negara yang kita lawati.

Mereka yang mengamalkan urutan sebagai cara hidup atau pelengkap kepada terapi tradisional
lain dan mengakui kebaikan urutan. Di antara nama-nama urutan yang boleh dikatakan di sini
adalah seperti urutan tradisional Jepun atau pun dikenali dengan nama Shi Et Su atau dalam
bahasa Inggerisnya adalah Japanese Sponge, urut Swedish yang popular di negara-negara barat
dan Eropah (ini merupakan urut untuk meredakan ketegangan), urut Aromatherapy juga sangat
popular di barat dan Eropah, urut Thai yang sudah tentu dapat di Negara Thailand, urut
tradisional Indonesia yang lebih kurang dengan urut tradisional Melayu dan Refleksologi kaki
khas untuk kedua-dua tapak kaki yang dipopularkan oleh Heidi seorang berbangsa Swiss lebih
kurang 50 tahun yang lalu. Refleksologi juga dipopularkan oleh orang-orang cina sebelum
zaman Dinasti Ming lagi sejak beribu-ribu tahun lalu.

Cara atau kaedah yang mereka gunakan dan kita gunakan juga berbeza walau pada dasarnya
kebaikannya adalah sama iaitu menghasilkan kesihatan yang sempurna. Dengan mengurut
seseorang akan merasa lebih sihat dan akan pulih daripada penyakit yang mereka hadapi. Antara
kesakitan yang sering di hadapi adalah terseliuh, terkehel, sakit urat saraf, sakit kepala dan
lenguh-lenguh seluruh badan. Ini adalah diantara penyakit yang boleh dikategorikan penyakit
penyakit ringan tetapi kalau dibiarkan ia boleh menjadi serius.

Penyakit-penyakit lain yang lebih serius yang boleh dipulihkan dengan cara mengurut dengan
betul dan kerap adalah seperti asma, sakit jantung, migrain, kencing manis, lemah tenaga batin,
lumpuh dan lain-lain. Jadi mengurut adalah satu proses memulihkan kesihatan dengan cara
tradisional dan dengan menekan hujung jari, tapak tangan, lengan, siku atau menggunakan kaki
keseluruhannya ke atas badan pesakit. Tetapi harus diingatkan bahawa untuk mendapatkan hasil
yang baik kita sepatutnya melakukan urutan dengan sistematik dan teratur.

Pada dasarnya urutan bererti satu sentuhan berseni kepada tubuh badan atau bahagian yang
memerlukan urutan. Ada juga definisi yang mengatakan urutan atau terapi urutan adalah satu
tindakan untuk merawat tubuh badan dengan mengusap, menggosok atau seumpamanya
dengannya, untuk meransang pengaliran atau meredakan tekanan. Urutan pada kebiasaannya
menggunakan tangan, tapak tangan, ibu jari, jari, siku, lutut dan kaki untuk memberikan tekanan
otot pada tempat-tempat yang sesuai. Urutan juga adalah satu sentuhan yang boleh menghasilkan
atau mewujudkan kasih sayang yang bukan sahaja sekadar kata-kata tetapi lebih mendalam dan
lebih terasa. Terapi urutan juga dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk
meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan flexibiliti.

Aliran darah dalam tubuh umpama longkang. Sekiranya air longkang mengalir baik maka tidak
perlu disapu. Tetapi apabila longkang mula tersumbat dengan longgokan lemak atau pasir atau
sampah maka pertolongan bagi melepaskan longgokan itu diperlukan. Begitu juga mengurut,
urat atau pembuluh darah yang tidak lancar akan mengakibatkan tangan, kaki atau tubuh menjadi
kebas dan lebih parah lagi susah untuk bergerak. Masalah ini dapat diatasi dengan teknik urutan
yang digunakan dengan bantuan herba yang digunakan dalam urutan tersebut.

Sejak daripada zaman dahulu sehingga kini, masyarakat Melayu sering menggunakan herba
dalam kehidupan seharian, khususnya dalam bidang rawatan dan urutan kerana khasiatnya yang
pelbagai. Antara bahagian herba yang digunakan adalah daun, bunga, kulit, biji dan lain-lain lagi.
Terdapat pelbagai jenis herba yang diguna pakai dalam urutan masyarakat Melayu. Setiap jenis
herba yang digunakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Sebagai contoh herba
belalai gajah dapat digunakan untuk mengurangkan kolestrol dalam badan.

Kesimpulannya, kearifan Melayu dalam seni urutan sangat terserlah sejak turun temurun lagi.
Masyarakat Melayu mempunyai seni urutan yang unik dan berbeza daripada urutan masyarakat
lain. Walaupun urutan Melayu mempunyai sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan
kaedah urutan masyarakat lain namun teknik urutan serta penggunaan herba dalam urutan
berbeza dan ini jelas menunjukkan kearifan masyarkat Melayu dalam bidang ini.

You might also like