You are on page 1of 5

Bab 8 : Belanjawan negara

2010

4. (c) Terangkan tiga tujuan kerajaan membuat pinjaman. [6 markah]

(d) Bandingkan antara cukai langsung dengan cukai tak langsung.


[4 markah]

2011

4. (b) Huraikan tiga jenis hasil cukai langsung kerajaan. [9 markah]

(c) Jelaskan tiga perbezaan antara perbelanjaan mengurus dengan


perbelanjaan pembangunan kerajaan [6 markah]

(d) Wajarkah kerajaan membuat pinjaman daripada sumber luar negara ?


Beri enam alasan. [7 markah]

2012

4. (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan dua jenis cukai.

 Puan Kasturi membayar RM240 setahun kerana memiliki rumah kediaman di


kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
 Puan Eng membayar tambahan 5% daripada harga makanan yang dibeli
daripada restoren makanan segera.

Jelaskan tiga perbezaan antara jenis cukai yang dibayar oleh


Puan Kasturi dengan jenis cukai yang dibayar oleh Puan Eng [6 markah]

(b) Maklumat di bawah berkaitan dengan satu komponen dalam perbelanjaan mengurus
kerajaan.

Kerajaan memberi bayaran bonus sebulan gaji kepada semua


penjawat awam pada tahun 2011.

(i) Apakah komponen perbelanjaan tersebut? [1 markah]


(ii) Jelaskan kesan tindakan kerajaan kepada ekonomi negara. [5 markah]

(c) Jelaskan cara pinjaman kerajaan berikut :


(i) Bil perbendaharaan [3 markah]
(ii) Sijil pelaburan [3 markah]
(d) Gambar 3 menunjukkan perbualan tentang satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.

Bagaimana kerajaan menggunakan belanjawan negara sebagai alat


untuk mengawal ketidakstabilan ekonomi tersebut ?
[7 markah]

2013

4. (c) Jadual 3 berkaitan dengan belanjawan negara yang diumumkan oleh kerajaan pada
suatu tahun.
Item Jumlah (RM juta)
Sumber Hasil Kerajaan

Cukai langsung 70 000


Cukai tak langsung 35 000
Hasil bukan cukai 15 000

Perbelanjaan Kerajaan

Perbelanjaan mengurus 90 000


Perbelanjaan pembangunan 45 000

Apakah jenis belanjawan yang telah diumumkan oleh kerajaan ?


Buktikan jawapan anda? [4 markah]
(d) Bezakan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan
pembangunan kerajaan. [6 markah]

2014

4. (b) Senaraikan lima hasil bukan cukai kerajaan. [5 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pinjaman kerajaan.

Bagi melaksanakan projek pembangunan negara, kerajaan telah


mendapat tawaran pinjaman dari beberapa institusi kewangan
antarabangsa. Namun begitu tawaran tersebut ditolak. Kerajaan
membuat keputusan untuk mendapatkan pinjaman daripada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Mengapakah kerajaan membuat keputusan tersebut? [6 markah]

(d) Jelaskan tujuan belanjawan negara Malaysia dibentangkan pada


setiap tahun. [2 markah]

(e) Bil perbendaharaan dan surat jaminan kerajaan merupakan dua cara kerajaan
meminjam daripada sumber dalam negara.
Bandingkan antara kedua-dua cara pinjaman kerajaan tersebut.
[8 markah]

2015

3. (b) Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan bank pusat melalui alat dasar kewangan
bagi mengatasi satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.

(iii) Huraikan cara kerajaan melalui alat belanjawan negara mengawal keadaan di 3(b)(i).
[5 markah]

4. (b) Bandingkan antara cukai langsung dengan cukai tak langsung


[8 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan kerajaan.

Kira-kira 1 167 kakitangan awam ditawarkan membeli unit Pangsapuri Melinjau,


Presint 11, di sini, semalam. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor berkata, unit kediaman yang ditawarkan itu merangkumi
pembinaan 10 639 unit pangsapuri di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu
dalam tempoh lima tahun sehingga 2018. Unit yang ditawarkan ini berkeluasan 92.9
meter (mps), 114.48 mps dan 139.35 mps dengan harga antara RM150 000 hingga
RM300 000.
Sumber : Ubah suai daripada Berita Harianm, 16 April 2014

Apakah komponen perbelanjaan kerajaan yang dilakukan oleh kerajaan Wilayah


Persekutuan ?
Beri alasan.
[5 markah]

2016

4. (c) Belanjawan negara dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Parlimen setiap tahun.
Setiap belanjawan mempunyai strategi yang tertentu bagi tujuan memperbaik
kedudukan ekonomi negara. Jadual 3 menunjukkan sebahagian butiran yang terdapat
dalam belanjawan negara bagi tiga tahun berbeza.
Jumlah ( RM Juta )
Butiran
1994 2004 2014
Hasil 49 447 96 917 224 094
Perbelanjaan mengurus 35 064 91 524 217 651
Perbelanjaan Pembangunan 11 277 31 131 44 500

(i) Tahun manakah negara melaksanakan belanjawan lebihan? Buktikan


jawapan anda. [2 markah]

(ii) Apakah keadaan ketidakstabilan ekonomi yang dihadapi oleh negara pada tahun
2014?

Beri alasan anda. [3 markah]

(iii) Bagaimanakah bank pusat melalui surat jaminan kerajaan mengawal keadaan
ketidakstabilan ekonomi di 4(c)(ii)?
[5 markah]

(iv) Berdasarkan keseluruhan maklumat yang diberi, jelaskan tindakan yang perlu
dilakukan oleh isi rumah untuk membangunkan ekonomi negara.
[2 markah]
5. (a) Gambar 1 menunjukkan perbualan berkaitan dengan sejenis pendapatan individu.

(i) Jelaskan jenis pendapatan yang diperoleh Evone. [3 markah]

(ii) Huraikan komponen perbelanjaan kerajaan yang digunakan untuk membiayai jenis
pendapatan di 5(a)(i).
[4 markah]

You might also like