You are on page 1of 2

Soalan Pemahaman KOMSAS : Cerpen: Kaduk, Ayam dan Raja

Nota : - Soalan (i) dan (ii) ialah jenis soalan berdasarkan teks maka
jawapan perlulah dicari di dalam petikan/muka surat yang
dinyatakan.
- Soalan (iii) ialah jenis soalan KBAT maka pelajar mesti mencari
jawapan sendiri.
- Bilangan isi yang hendak diberi mestilah bergantung pada jumlah
markah yang diberi. Latih diri untuk memberikan isi mengikut
jumlah markah

HALAMAN : 45 (KADUK, AYAM DAN RAJA)

(i) Mengapakah Kaduk menjadi mangsa ejekan sejak zaman-berzaman?


[2 markah]

(ii) Nyatakan keburukan sikap Raja pada pandangan mata masyarakat ?


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil


oleh seseorang untuk meningkatkan taraf hidup mereka? [4 markah]

HALAMAN : 46 (KADUK, AYAM DAN RAJA)

(i) Berikan maksud rangkai kata mengatur strategi berdasarkan petikan.


[3 markah]

(ii) Nama memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi


seseorang. Nyatakan keistimewaan nama Hakim yang dipilih atas
cadangan seorang ustaz ? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri


daripada menjadi mangsa penipuan? [3 markah]
HALAMAN : 48 (KADUK, AYAM DAN RAJA)

(i) Berikan maksud rangkai kata membuka mata. [2 markah]

(ii) Nyatakan beberapa perkara yang telah dimomokkan oleh mereka


yang mahir dalam bidang ekonomi sehingga menyedarkan Hakim
melibatkan diri dalam bidang pertanian? [4 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan sangat mementingkan


aktiviti pengeluaran makanan negara? [3 markah]

Nota : Rujuk petikan mengikut halaman yang terdapat di dalam buku Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul seperti yang dinyatakan di atas.

You might also like