You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

MALAYSIA
Penghargaan KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
KK 363-221-0302011-5565-28-20101
ISBN 978-967-5565-28-1
Cetakan Pertama 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau
cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik,
penggambaran semula mahupun dengan cara
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Penerbit Bersama:
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon: 03-83238000
No. Faksimile: 03-88888806
Laman Web: http://www.jkjr.gov.my
Laman Web PKJR: www.pkjr.gov.my
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian)
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my
Reka Letak dan Atur Huruf:
CLEAVE AMITY
Zieconcept Enterprise
Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 14 poin
Dicetak oleh:
Attin Press Sdn. Bhd.,
No. 29, BS 7/1A,
Kawasan Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
No. Siri Buku: 0163 Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
sama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia selaku
pemilik Projek Semakan dan Pembangunan Semula
Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
ditujukan kepada semua yang berikut:
Kementerian Pengangkutan Malaysia
• Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (MIROS)
• Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Kementerian Pendidikan Malaysia
• Bahagian Pembangunan Kurikulum
• Bahagian Buku Teks
• Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
• Lembaga Peperiksaan
• Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
• Institut Pendidikan Guru Malaysia
• Universiti Putra Malaysia
• Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
• Universiti Pendidikan Sultan Idris
• Universiti Malaya
Kementerian Dalam Negeri
Polis Diraja Malaysia
Falsafah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang
hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab
dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan
harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini
dapat menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara
Jangan Ambil Mudah Pemakaian Tali Pinggang
Keledar - MIROS
Jalan Raya Malaysia (MIROS) risiko kematian dapat dikurangkan sebanyak
60% dengan pemakaian tali pinggang keledar. Ketua Pengarah MIROS,
Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, pemakaian tali pinggang keledar dapat
menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban ke hadapan
semasa berlaku perlanggaran.
Pemakaian tali pinggang keledar juga dapat menghalang pemandu
dan penumpang tercampak keluar daripada kenderaan disebabkan
momentum semasa perlanggaran. Seterusnya, pemakaian tali pinggang
keledar juga dapat mengelakkan pemandu dan penumpang daripada
terhantuk pada objek lain yang boleh menyebabkan kecederaan parah
dan risiko kematian. Selain itu, pemakaian tali pinggang keledar dapat
meningkatkan keberkesanan fungsi beg udara semasa perlanggaran.
Sehubungan dengan itu, penguatkuasaan pematuhan kepada
pemakaian tali pinggang keledar mesti dilaksanakan secara tuntas dan
berterusan. Pada masa yang sama, kempen kesedaran pemakaian tali
pinggang keledar perlu diperluas kerana masih terdapat masyarakat yang
menganggap bahawa pemakaian tali pinggang keledar sebagai hal yang
remeh.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BERNAMA, 26 Julai 2015)
Penumpang Bijak Keselamatan
Terjamin
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin
membimbangkan. Kemalangan jalan raya boleh
menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa
bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada
penumpang.
Penumpang yang berada di dalam kenderaan
perlulah memakai tali pinggang keledar untuk
mengurangkan impak kemalangan. Penumpang
tidak akan tercampak keluar, terhumban ke hadapan
ataupun terhantuk sekiranya berlaku kemalangan.
Seseorang penumpang harus juga menjaga
tingkah laku semasa berada di dalam kenderaan.
Penumpang tidak boleh bermain-main, mengganggu
pemandu yang sedang memandu dan perlu
mengurangkan pergerakan.
Sikap penumpang yang suka membuang
sampah keluar dari kenderaan akan membahayakan
pengguna jalan raya yang lain. Perbuatan ini perlu
dielakkan atas faktor keselamatan dan kebersihan
sekitar jalan raya.
Akhir sekali, sebagai penumpang kenderaan,
kita perlu bertanggungjawab bukan sahaja atas
keselamatan diri sendiri bahkan kepada pengguna
jalan raya yang lain.

You might also like