You are on page 1of 5

Falsafah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang


hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab
dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan
harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini
dapat menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara
Jangan Ambil Mudah Pemakaian Tali Pinggang
Keledar - MIROS
Jalan Raya Malaysia (MIROS) risiko kematian dapat dikurangkan sebanyak
60% dengan pemakaian tali pinggang keledar. Ketua Pengarah MIROS,
Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, pemakaian tali pinggang keledar dapat
menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban ke hadapan
semasa berlaku perlanggaran.
Pemakaian tali pinggang keledar juga dapat menghalang pemandu
dan penumpang tercampak keluar daripada kenderaan disebabkan
momentum semasa perlanggaran. Seterusnya, pemakaian tali pinggang
keledar juga dapat mengelakkan pemandu dan penumpang daripada
terhantuk pada objek lain yang boleh menyebabkan kecederaan parah
dan risiko kematian. Selain itu, pemakaian tali pinggang keledar dapat
meningkatkan keberkesanan fungsi beg udara semasa perlanggaran.
Sehubungan dengan itu, penguatkuasaan pematuhan kepada
pemakaian tali pinggang keledar mesti dilaksanakan secara tuntas dan
berterusan. Pada masa yang sama, kempen kesedaran pemakaian tali
pinggang keledar perlu diperluas kerana masih terdapat masyarakat yang
menganggap bahawa pemakaian tali pinggang keledar sebagai hal yang
remeh.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BERNAMA, 26 Julai 2015)
Penumpang Bijak Keselamatan
Terjamin
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin
membimbangkan. Kemalangan jalan raya boleh
menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa
bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada
penumpang.
Penumpang yang berada di dalam kenderaan
perlulah memakai tali pinggang keledar untuk
mengurangkan impak kemalangan. Penumpang
tidak akan tercampak keluar, terhumban ke hadapan
ataupun terhantuk sekiranya berlaku kemalangan.
Seseorang penumpang harus juga menjaga
tingkah laku semasa berada di dalam kenderaan.
Penumpang tidak boleh bermain-main, mengganggu
pemandu yang sedang memandu dan perlu
mengurangkan pergerakan.
Sikap penumpang yang suka membuang
sampah keluar dari kenderaan akan membahayakan
pengguna jalan raya yang lain. Perbuatan ini perlu
dielakkan atas faktor keselamatan dan kebersihan
sekitar jalan raya.
Akhir sekali, sebagai penumpang kenderaan,
kita perlu bertanggungjawab bukan sahaja atas
keselamatan diri sendiri bahkan kepada pengguna
jalan raya yang lain.
Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar di tempat
duduk belakang perlu tegas – MIROS
KAJANG, 11 November – Kerajaan digesa supaya bertindak tegas dalam penguatkuasaan
pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Pengerusi Lembaga
Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Yang Berbahagia
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu penting untuk mengurangkan risiko kematian
penumpang di tempat duduk belakang.
“Saya berpendapat kita perlu memastikan penumpang di tempat duduk belakang
memakai tali pinggang keledar. Hal ini penting kerana melalui pemerhatian, saya
mendapati bahawa masih banyak penumpang yang tidak memakainya. Kerajaan perlu
mengutamakan penggunaannya,’’ katanya dalam sidang media selepas melancarkan Hari
Keselamatan Kanak-kanak ASEAN NCAP di Balakong hari ini.
Beliau berkata, kesedaran mengenai kepentingan penumpang memakai tali pinggang
di tempat duduk belakang perlu ditingkatkan. Penumpang di tempat duduk belakang juga
perlu peka dan patuh kepada undang-undang keselamatan jalan raya.
Beliau juga mengingatkan masyarakat agar meletakkan bayi di tempat duduk bayi,
manakala kanak-kanak diletakkan di pelaras tempat duduk untuk memastikan keselamatan
mereka. Beliau menyeru ibu bapa agar membudayakan amalan keselamatan jalan raya
dalam kalangan kanak-kanak bermula dari awal lagi.
Semua pihak perlu mematuhi undang-undang demi keselamatan masing-masing.
Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai tetapi kita perlu ada kesedaran
dalam diri masing-masing. “Jangan tunggu kena saman baru hendak pakai tali pinggang
keledar,’’ kata beliau lagi.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Astro AWANI, 11 November 2015)
Topi Keledar untuk Keselamatan
Pemakaian topi keledar dapat mengurangkan risiko
kecederaan kepala sekiranya berlaku nahas yang
melibatkan pembonceng motosikal. Oleh itu, amatlah
penting untuk memakai topi keledar dengan betulnya
sebagai langkah keselamatan.
Pastikan kita memilih topi keledar yang mematuhi
Standard Malaysia. Saiznya haruslah sesuai dengan saiz
kepala kita. Pengguna topi keledar perlu berasa selesa
apabila memakainya. Span di dalam topi keledar juga
haruslah berkeadaan baik.
Apabila hendak memakai topi keledar, talinya perlu
dikancing kemas di bawah dagu. Topi keledar yang longgar
tidak akan memberikan perlindungan apabila berlakunya
nahas. Keadaan ini juga berbahaya kerana boleh
menyebabkan kecederaan pada bahagian tengkuk akibat
tidak dilindungi dengan baiknya. Pastikan bahagian dahi
dilindungi dengan memakai topi keledar secara kemas.
Ikutilah arahan daripada pengeluar topi keledar sebelum
memakainya. Kancing tali topi keledar dengan kemasnya
pada setiap masa.
Topi keledar yang rosak perlu diganti dengan yang
baharu. Kita juga dinasihati untuk menukar topi keledar
setiap lima tahun sekali. Simpan topi keledar di tempat
yang sesuai supaya tidak mudah rosak akibat terjatuh
atau terdedah kepada keadaan persekitaran yang terlalu
panas atau sejuk.

You might also like