You are on page 1of 3

UNIVERSITI MALAYA

PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU

SESI AKADEMIK 2019/2020: SEMESTER 2

JIE3013: Puisi Melayu Moden

Jun/Julai 2020 Masa : 2 jam


______________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON :

Calon dikehendaki menjawab TIGA (3) soalan. SATU (1) soalan daripada setiap
bahagian.

(Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan dalam 3 halaman yang dicetak)


JIE3013

BAHAGIAN A

1. Puisi merujuk kepada ungkapan perasaan dan pemikiran dengan menggunakan


bahasa yang indah. Bincangkan konsep puisi berdasarkan pandangan-pandangan
yang diberikan oleh para sarjana Timur dan Barat.
(20 markah)
2. Dalam membahaskan konsep puisi, Samual Taylor Coleridge menyatakan bahawa
puisi adalah perkataan terbaik dalam susunan yang terbaik (the best words in their
best order). Bincangkan takrifan ini berdasarkan puisi yang diberikan di bawah.

Ke Makam Bunda

Kami mengunjungi pusara bonda,


sunyi pagi disinari suria,
wangi berseri puspa kemboja,
menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,


lalang-lalang tinggi berdiri,
dua nisan terkapar mati,
hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat


mesra kasih bonda menatap,
sedang lena dalam rahap,
dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,


pernah dulu mengucupi dahiku,
kini kurasakan kasihnya lagi,
meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,


tiada lagi lalang memanjang,
ada doa kami pohonkan,
air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,


meninggalkan makam sepi sendiri,
damailah bonda dalam pengabadian,
insan kerdil menghadap Tuhan.

Begitu bakti kami berikan


tiada sama bonda melahirkan,
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan.

(Usman Awang)
(20 markah)
BAHAGIAN B

(20 markah)

3. Pada tahun 1970-an memperlihatkan perkembangan puisi yang begitu pesat dalam
sejarah sastera tanah air. Bahaskan pernyataan ini dengan menumpukan kepada
faktor-faktor yang memacu kepesatan dan impaknya terhadap perkembangan puisi
pada zaman tersebut.

4. Genre puisi Melayu moden tanah air telah diangkat martabatnya apabila pihak
kerajaan telah memberi pengiktirafan tinggi kepada Usman Awang, A. Samad Said,
Muhammad Haji Salleh, Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Baharuddin Zainal
(Baha Zain), Zurinah Hassan dan Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara.
Pilih seorang daripada mereka dan nilaikan sumbangan kepenyairannya .

(20 markah)

BAHAGIAN C

5. Perkembangan mutakhir puisi tanah air menyaksikan kemunculan ramai penyair


baharu yang tampil menerbitkan buku-buku puisi perseorangan. Pilih sebuah
kumpulan puisi mutakhir dan bahaskan sumbangan pemikirannya.
(20 markah)

6. Perkembangan awal puisi di Indonesia ditandai dengan kemunculan beberapa


orang tokoh penyair terkenal seperti Amir Hamzah, Chairil Anwar dan W.S. Rendra.
Buktikan ketokohan SEORANG daripada mereka dengan menumpukan kepada
pemikiran dan kekuatan karya yang dihasilkan.

(20 markah)

TAMAT

3/3

You might also like