You are on page 1of 36

BAB 1

PENGENALAN PENGURUSAN
KEWANGAN
PENGENALAN PENGURUSAN KEWANGAN

PRESENTER
3
2 3

. Membezakan pentadbiran Menjelaskan tiga dimensi


kewangan dengan pengurusan dalam konsep
kewangan. pentadbiran kewangan.

1
Mendefinisikan OBJEKTIF
pentadbiran kewangan BAB 1
dalam konteks tradisi 4
dan moden.
Menerangkan model
5 edaran pengurusan
Menyusun galur sejarah kewangan.
perkembangan
pentadbiran kewangan di
Malaysia
PENGENALAN
Pentadbiran kewangan (PKEW): satu cabang
pengurusan yang penting dalam pentadbiran
negara.
Jika berkesan - beri implikasi menyeluruh kepada
rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan
politik Negara untuk menyediakan perkhidmatan
kepada rakyat dengan lebih adil dan cekap.
Ia menghubungkan aktiviti-aktiviti dan sumber
Negara yang memerlukan pengurusan negara
yang berkesan serta dipengaruhi oleh proses dan
struktur ekonomi, sosial dan politik sesebuah
negara.
PENGENALAN (SAMB)
Sejarah:

 Fungsi Struktur pentadbiran kewangan negara sebelum pembentukan


kerajaan Malaysia telah berubah kerana fungsi dan matlamat negara
telah semakin bertambah.
 Semasa pemerintahan Inggeris, fungsi yang dijalankan oleh negara
terhad kepada sektor ekonomi dan kewangan yang sangat
berorientasikan perdagangan. Perbelanjaan untuk membangunkan
negara bukan agenda penting dan perbelanjaan mengurus pula hanya
dibuat bagi operasi pemerintah ketika itu.
 Kini, dengan bertambahnya permintaan rakyat maka fungsi-fungsi
negara menjadi semakin kompleks.
 Tuntutan kepada sistem pentadbiran kewangan yang sofistikated,
lengkap, cekap dan tersusun adalah diperlukan.
 tumpuan diberikan untuk kemaskan rangkakerja pentadbiran
kewangan sebagai asas mengawal perjalanan sumber Negara.
DEFINISI PENTADBIRAN KEW
1) Definisi tradisi/klasik (Harold Alderfer):
“satu pusingan yang bermula dengan
pengenaan cukai sehingga ke perbelanjaan
yang terakhir”.
Ia menggambarkan sebahagian aktiviti
belanjawan awam negara yang melibatkan
fasa di mana kerajaan mengenakan cukai-
cukai tertentu untuk diambil sebagai hasil
pendapatan negara dalam setiap tahun
rancangan belanjawan dibuat.

7
DEFINISI PENTADBIRAN KEW (samb.)
Definisi klasik ini walaupun lama tetapi
masih lagi tepat dan benar dalam
pentadbiran kewangan pada hari ini.
Fasa yang seterusnya adalah melibatkan
pengagihan sumber-sumber pendapatan
tersebut kepada sektor-sektor negara dalam
bentuk program-program kerajaan.
Berdasarkan pengertian di atas itu tadi,
pentadbiran kewangan tersebut
menggambarkan suatu sistem yang asas atau
“elementary”.
8
DEFINISI PENTADBIRAN KEW. (samb.)
2) Definisi Moden
“Pentadbiran Kewangan adalah satu sistem yang mengandungi elemen-
elemen pembuatan keputusan seperti menentukan matlamat, program,
dan alokasi sumber, teknik-teknik pengurusan, penilaian dan
laporan”(PBB,1965).
Definisi ini lebih bertumpu kepada aspek pengurusan perbelanjaan
dan menggambarkan cara perjalanan pentadbiran negara harus
dibuat.
Fungsi pentadbiran kewangan menjadi semakin kompleks dan
berkembang serta menggambarkan kepelbagaian aktiviti jentera
kerajaan pada hari ini.
Ia dilihat sebagai alat penghubungkan proses perbelanjaan wang
awam yang dilakukan oleh agensi awam dengan hak-hak yang mesti
disediakan kepada rakyat melalui program-program kerajaan.
Hak rakyat untuk mendapat manfaat daripada cukai yang mereka
bayar.
9
DEFINISI PENTADBIRAN KEW. (samb.)
2) Definisi Moden (samb)
Hak rakyat adalah mendapat manfaat daripada cukai yang
mereka bayar.
Sumber pembiayaan ke atas program-program kerajaan
datangnya dari hasil cukai dan bayaran-bayaran lain yang
dibuat oleh rakyat.
Sumber hasil ini telah dibenarkan oleh badan perundangan
dengan mengikut peraturan-peraturan undang-undang yang
dibuat oleh pihak eksekutif.
Ringkasnya: Pentadbiran kewangan boleh dilihat sebagai
satu cabang pengurusan yang berhubung dengan aktiviti
dan kawalan kewangan Negara yang melibatkan proses
pembuatan keputusan oleh pihak kerajaan dan pengurusan
berhubung dengan perolehan hasil negara.
10
DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan kewangan adalah satu proses di mana sesebuah
organisasi perlu mengikut langkah-langkah tertentu untuk
memperolehi dan mengagihkan sumber berdasarkan keutamaan
dan menggunakan kaedah dan kawalan tertentu untuk
mencapai objektif organisasi dengan cekap dan berkesan.
Meliputi tiga aktiviti utama:
Menetapkan skop dan kandungan polisi-polisi fiskal.
Mewujudkan garis-garis panduan dan piawaian yang umum.
Menyediakan struktur dan kawalan organisasi.
Perbezaan pentadbiran kewangan dgn pengurusan kewangan
awam:
Pengurusan kewangan bertumpu kepada perspektif MIKRO
organisasi manakala Pentadbiran Kewangan awam pula
menumpukan kepada perspektif MAKRO sesebuah negara.
Namun, kedua-duanya melibatkan alokasi dan penggunaan
sumber serta proses pembuatan keputusan.
11
TIGA DIMENSI DALAM KONSEP
PENTADBIRAN KEWANGAN

PROSES
1

PENGURUSAN 2

3 PEMBANGUNAN

12
TIGA DIMENSI DALAM KONSEP
PENTADBIRAN KEWANGAN (SAMB.)

Dimensi PROSES
 Pentadbiran kewangan ditafsirkan sebagai pecahan
aktiviti-aktiviti yang berkesinambungan dan
mempunyai matlamat yang sealiran, dan akan
berulang-ulang mengikut tempoh tertentu.
 Contoh (Aldefer), ia menyatakan tentang proses yang
bermula dengan aktiviti pengenaan cukai sehingga
aktiviti membelanjakan ringgit terakhir hasil daripada
pungutan cukai.
 Dimensi ini agak lurus kerana ia tidak menghubungkan
pentadbiran kewangan dengan aspek-aspek yang lain
seperti kawalan ekonomi dan perancangan strategik.

13
TIGA DIMENSI DALAM KONSEP
2 PENTADBIRAN KEWANGAN (SAMB.)
Dimensi PENGURUSAN
 Dimensi atau perspektif pengurusan menekankan
pentadbiran kewangan kepada kecekapan penggunaan
sumber awam dan keberkesanan dalam mencapai
objektif yang telah ditetapkan daripada penggunaan
sumber itu.
 Dimensi ini begitu kuat dipengaruhi oleh pendekatan
pengurusan moden dan ia begitu berpengaruh
sehingga terdapat negara-negara yang mengamalkan
sistem belanjawan berasaskan prestasi dan
perancangan.
 Dimensi ini telah membantu memperlengkapkan
bidang pentadbiran kewangan.
14
TIGA DIMENSI DALAM KONSEP
PENTADBIRAN KEWANGAN (SAMB.)
Dimensi PEMBANGUNAN
 Menerangkan kepada kita bahawa pentadbiran
kewangan adalah merupakan bidang pentadbiran
yang dipengaruhi dan mempengaruhi dasar-dasar
kerajaan, struktur dan proses pembangunan negara.
 Matlamat pentadbiran kewangan mempunyai
hubungan dengan matlamat pembangunan negara.
 Oleh itu, bagi membantu mencapai matlamat
pembangunan, pentadbiran kewangan mesti
membangunkan teknik-teknik yang diperlukan bagi
menggerakkan sumber-sumber kewangan ke arah
pencapaian matlamat program pembangunan.

15
EDARAN PENGURUSAN KEWANGAN

1.
Pemprograman

6.Penganalisaan 2.
& Ulangkaji Pembelanjawan

Pengurusan
Pembuatan
Keputusan

5.Pelaporan 3. Pembiayaan

4. Perakaunan

Sumber: United Nations: A manual for programme and performance budgeting. (1965).
16
1. Pemprograman
Aktiviti edaran dimulai dengan pemprograman
yang berfungsi untuk merancang dan menyusun
program serta aktiviti yang diperlukan dengan cara
yang paling berkesan demi mencapai matlamat
perbelanjaan negara.
Sebelum membuat perancangan, penelitian
terhadap keperluan negara mestilah mengambil
kira faktor ekonomi, kestabilan politik, sosial dan
isu antarabangsa.
Ia juga melibatkan ramalan dan jangkaan terhadap
beban kerja, kos dan personel yang diperlukan
untuk menjalankan program tersebut.
17
2. Pembelanjawan
 Aktiviti pembelanjawan menerangkan peringkat
apabila sumber kewangan atau anggaran hasil
negara akan ditentukan punca dan jumlahnya
bagi memenuhi jumlah anggaran perbelanjaan
yang akan dibuat bagi setiap tahun fiskal.

 Ini dibuat melalui anggaran belanjawan yang


dikemukakan oleh semua agensi awam kepada
Perbendaharaan Malaysia dan kemudiannya
diluluskan oleh badan perundangan.

18
3. Pembiayaan
 Belanjawan negara yang telah diluluskan akan
memulakan proses pengeluaran wang dari
Kumpulanwang yang Disatukan.
 Peruntukan yang diberikan kepada agensi untuk
menjalankan program dan aktiviti mereka telah boleh
dikeluarkan secara sah.
 Namun begitu, peruntukan bagi perbelanjaan mengurus
diberikan setiap dua kali setahun.
 Agensi juga mesti membuat laporan kemajuan kepada
kementerian secara berkala bagi memungkinkan tindakan
pemantauan dapat dijalankan untuk membetulkan apa-
apa jua masalah yang timbul semasa perbelanjaan
dibuat.
19
4. Perakaunan

 Apabila wang telah dibelanjakan, setiap agensi


dikehendaki untuk merekodkan keluar masuk wang
dengan menggunakan asas-asas perakuan tunai dan
terakru.
 Tatacara perakaunan di sektor awam secara
prinsipnya adalah serupa iaitu perbelanjaan tidak
boleh melebihi terimaan.
 Beza adalah dari aspek catatan rekod dimana sektor
awam mengamalkan buku vot sebagai buku akaun
utama sedangkan sektor swasta menggunakan
catatan barangan dalam akaun-akaun transaksi yang
terlibat.
20
5. Pelaporan
 Aktivitinya merujuk kepada pelaporan yang akan dibuat
oleh Ketua Audit Negara berdasarkan penyiasatan beliau ke
atas akaunakaun awam yang telah diserahkan oleh
Akauntan Negara.
 Laporan beliau akan dikemukakan kepada Jawatankuasa
Kira-kira Wang Awam (PAC) di Parlimen yang akan bertindak
untuk menjalankan fungsi ‘post auditor’.
 Hasil laporan akan digunakan untuk memperbaiki
perjalanan pentadbiran kewangan dan pengurusan
kewangan di peringkat organisasi.
 Dalam sistem belanjawan hari ini, agensi diminta untuk
menghantar satu laporan pengecualian kepada pihak
Perbendaharaan sekiranya mereka tidak memenuhi prestasi
output perbelanjaan yang telah dipersetujui.
21
6. Penganalisaan dan Ulangkaji
Aktiviti di peringkat ini sebagai ‘post-mortem’ ke atas prestasi
program-program agensi kerajaan sepanjang tahun belanjawan
tersebut berlangsung:
 Setiap kejayaan dan kegagalan akan menyediakan input yang
penting kepada semua agensi bagi merancang program-program
yang bakal dilaksanakan di tahun-tahun akan datang.
 Teguran-teguran audit turut diterima untuk dikaji agar kesilapan
yang sama tidak diulangi serta tahap akauntabiliti awam akan
dapat dipertingkatkan.

Ringkasnya edaran pengurusan kewangan ini bersifat satu edaran


yang akan berulang selepas tamat aktiviti keenam. Setiap aktiviti
tersebut berhubung kait dengan pembuatan keputusan yang akan
dilakukan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa di dalam aktiviti-
aktiviti tersebut. Edaran ini akan menjadi bahan rujukan asas tentang
cara perjalanan pentadbiran kewangan negara berlangsung. 22
SEJARAH PERKEMBANGAN PENTADBIRAN
KEWANGAN NEGARA

Tahap
1
Sebelum
Kedatangan
Inggeris

3 Tahap Semasa
Tahap Selepas Pemerintahan
Kemerdekaan Inggeris

23
SEJARAH PERKEMBANGAN PENTADBIRAN KEWANGAN

• Ada tiga tahap utama, iaitu sebelum kedatangan Inggeris, semasa


pemerintahan Inggeris dan selepas merdeka.
• Semua tahap pentadbiran kewangan itu saling kait mengait dan
berkesinambungan antara satu sama lain.
• Tahap sebelum kedatangan Inggeris lebih menjurus kepada sistem
kewangan sewaktu pemerintahan kerajaan Melayu di Tanah Melayu.
• Tahap semasa Inggeris memerintah menumpukan kepada cara
pemerintah Inggeris meletakkan dan memulakan satu sistem
pentadbiran kewangan yang bersistematik.
• Tahap selepas merdeka pula merujuk kepada perkembangan dan
perubahan yang lebih ketara dalam sistem kewangan negara.

24
1) Tahap Sebelum Kedatangan Inggeris

Terdapat ketidaksamaan pentadbiran kewangan di Tanah


Melayu antara negeri.
Konsep yang terpisah dan tersendiri diamalkan kerana tidak
wujud sebarang penyatuan atau perhubungan dari aspek
pentadbiran.
Contoh: Sistem pentadbiran kewangan di zaman Kesultanan
Melayu dibawah Sultan Muzaffar Syah:
Sumber utama pendapatan raja dari cukai yang dibayar oleh pedagang
asing yang datang berdagang di Melaka.
Sumber lain:
dari hasil penaklukan dan bayaran ufti negeri-negeri di bawah
lindungannya.
Dari sistem percukaian dan pengawalan keluaran terhadap
pertanian dan hasil bumi seperti emas dan bijih timah.

25
1) Tahap Sebelum Kedatangan Inggeris (samb.)
Cukai dikendali oleh Penghulu Bendahari yang menjadi ketua kepada
semua bendahari raja, ketua kepada pegawai yang menguruskan hasil-
mahsul kerajaan, ketua kepada semua Syahbandar, dan
bertanggungjawab mengendalikan hamba-hamba raja.
Jawatan Penghulu Bendahari sama macam jawatan Menteri Kewangan
pada hari ini.
Tun Mutahir dari keturunan Tun Ali adalah antara penghulu Bendahari
yang termasyhur semasa Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan-kerajaan Melayu masa itu mempunyai sistem memungut cukai
yang teratur dan ia ditadbir oleh pembesar atas kurnia raja.
Cukai kastam 6% dari nilai barang dagangan atas pedagang-pedagang luar.
Semua hasil negeri yang dikutip dimasukkan ke dalam tabung “baitul-
Mal” sebelum diagihkan mengikut keperluan Negara.

26
1) Tahap Sebelum Kedatangan Inggeris (samb.)

Selepas kejatuhan kerajaan Melaka di tangan Portugis pada


tahun 1511, Portugis telah membawa sistem pentadbiran
mereka ke Melaka.
Dari aspek kewangan, pembentukan Majlis Pentadbiran Sivil
dan Kewangan telah mengubah sistem pentadbiran kewangan
Melayu.
Pentadbiran kewangan telah berpindah ke tangan Datuk Bandar
Melaka.
Ringkasnya, pentadbiran kewangan yang teratur telah pun
wujud di negara kita sejak zaman kerajaan Melayu Melaka lagi.
PERBEZAANNYA hanyalah sistem kewangan yang mereka
amalkan yang tidak banyak dapat dibincangkan kerana
kurangnya kajian yang dibuat sementara fakta-fakta
mengenainya pula tidak dapat disahkan melalui simpanan arkib
negara.
27
2) Tahap Semasa Pemerintahan Inggeris
Inggeris memperkenalkan satu sistem pentadbiran seperti yang mereka
amalkan di England.
England pada masa itu adalah sebuah negara kolonial yang mengamalkan
pemerintahan “feudalisme” dan ciri-ciri feudalisme di England tersebut
telah cuba diterapkan ke dalam pemerintahan negeri-negeri Melayu.
Penubuhan negeri-negeri Selat oleh Ingeris pada 1832 dan penerimaan
penasihat-penasihat Inggeris bagi tempoh 1874 hingga 1888 di negeri-
negeri Melayu Bersekutu pada umumnya telah turut membawa perubahan
kepada pentadbiran kewangan di Tanah Melayu.
Konsep pentadbiran kewangan boleh dilihat melalui konsep kerajaan
tempatan yang diperkenalkan oleh Sir Francis Light di George Town, ibu
negeri Pulau Pinang pada tahun 1800.
Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memajukan kawasan
melalui pembinaan infrastruktur asas termasuklah untuk mengutip
cukai.
Pada tahun 1827, jawatankuasa yang bersifat sukarela telah dirasmikan
pembentukannya.
Apabila Melaka diperintah, ciri pentadbiran ini juga telah diterapkan.
28
2) Tahap Semasa Pemerintahan Inggeris (samb.)

Akta Cukai Perbandaran 1848 (Municipal Rates Act)


menjadikan pentadbiran kewangan yang lebih
tersusun dan sistematik.
Jawatankuasa bertindak menyemak dan menerbitkan
akaun serta membenarkan pembayar-pembayar cukai
menyalurkan pendapat dan ketidakpuasan hati
mereka kepada badan ini.
 Kerajaan tempatan yang pertama ditubuhkan di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1907 apabila
Enakmen Lembaga Kebersihan diluluskan.
Lembaga-lembaga kebersihan ditadbir sebagai
jabatan kerajaan dan mempunyai ahli lembaga yang
dilantik di bawah sistem Residen Inggeris. 29
NOTA:Negeri-negeri Melayu Bersekutu
• ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung
Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem
ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan
sehingga tahun 1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri
Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi
membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union
dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada
tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan pergabungan
bersama Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Singapura.
• Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan
keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi
domestik. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya
berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam. Pihak negeri
terpaksa mengikut nasihat yang diberikan oleh Residen Jeneral.[1]
• Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan
sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Frank
Swettenham.[2]

30
NOTA:Negeri-negeri Selat
• Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826. ini terdiri
dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura. Kesemua negeri ini
dahulunya di bawah jajahan takluk British.
• Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau pinang ditadbir oleh
Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh
Residen.
• Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi
membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk
menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.
Pemindahan pentadbiran ke London kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat,
desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat
Tanah Jajahan British di India, cadangan Syarikat Hindia Timur
Inggeris untuk menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam
kemajuan perdagangan, kemasukan pendatang China secara tidak
terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap
dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India
yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuangan banduan dari
India. Pada 30 Oktober 1906, Labuan menyertai Negeri-negeri Selat. 31
2) Tahap Semasa Pemerintahan Inggeris (samb.)

Inggeris juga memperkenalkan Perintah Am


Kewangan Tanah Melayu pada tahun 1948 yang
terdapat ordinan-ordinan memperlihatkan cara
pentadbiran dibuat dan dijalankan.
Inggeris telah memperkenalkan konsep Kumpulan
Wang Disatukan (Consolidated Funds) dan
Perbelanjaan Bekalan (Supply Expenditure).
Konsep-konsep itu telah memperlihatkan kepada kita
kepincangan yang ditimbulkan oleh penjajah dan niat
mereka yang ingin mengeksploitasi sumber-sumber di
negara kita tanpa ingin membawa makna
pembangunan yang sebenarnya.
32
3) Tahap Selepas Kemerdekaan

Pembangunan ekonomi negara dan keupayaan negara


merupakan agenda dan perhatian utama.
Jentera pentadbiran kewangan telah diperbaharui bagi
membantu pencapaian matlamat dan pembangunan negara.
Unsur-unsur yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris masih
lagi digunakan manakala Perlembagaan Persekutuan secara
tidak langsung telah menerima pakai banyak peraturan yang
diperkenalkan oleh Inggeris.
Pada tahun 1957, Akta Acara Kewangan diperkenalkan
menggantikan Perintah Am Kewangan.
 Laporan yang dikemukakan oleh Profesor Esman dan
Montgomery terhadap pentadbiran dan perkhidmatan awam di
Malaysia turut memberi implikasi kepada pentadbiran
kewangan.
33
3) Tahap Selepas Kemerdekaan
Antara syor-syor yang mereka cadangkan adalah bertumpu
kepada kedudukan Perbendaharaan yang pada masa tersebut
hanya merupakan satu unit kewangan yang kecil.
Justeru, negara kita telah memanggil seorang pakar dari
Kanada iaitu Thomas Musford bagi membantu mengadakan
satu sistem kewangan yang lebih kemas kini dan tersusun
ekoran daripada perluasan dan populariti Sistem Belanjawan
Perancangan dan Program yang telah diperkenalkan di Amerika
syarikat pada 1960-an.
Kerajaan telah memperkenalkan Sistem Belanjawan Program
dan Prestasi (SBPP) pada 1969.
Sistem belanjawan ini telah diterima pakai untuk satu tempoh
yang lama sehinggalah satu pembaharuan telah diperkenalkan
pada 1995 apabila Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS) diguna
pakai bersama-sama dengan SBPP.
34
PENUTUP

Pentadbiran kewangan dilihat sebagai satu proses pengurusan


sumber kewangan negara.
Pengurusan kewangan awam memerlukan pentadbiran yang
sistematik dan cekap kerana kecekapan pentadbiran akan
menentukan penggunaan sumber yang mencapai matlamat negara.
Dimensi yang luas dalam konsep pentadbiran kewangan menjelaskan
bahawa bidang ini adalah berhubung rapat dengan aspek
pengurusan yang lain seperti sumber manusia dan bukan manusia.
Perkembangan pentadbiran kewangan di negara kita juga telah
melepasi beberapa zaman dan kini berada di tahap perkembangan
pasca kemerdekaan. Perubahan pula perlu sentiasa dilakukan
kepada sistem yang ada kerana keperluan negara sentiasa berubah
dan bersifat dinamiaas.

35
END

36

You might also like