You are on page 1of 2

Dalam mengecapi kemajuan di persada global, negara kita Malaysia telah banyak melakar

kejayaan yang membanggakan dalam Kejohanan Sukan Negara. Antara kejayaan yang
sudah dikecapi adalah kemenangan Azizulhasni Awang yang telah berjaya menempa nama
sebagai juara dunia dalam acara Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Hong Kong. Namun
begitu, kejayaan tersebut masih belum lengkap seandainya masih ada skuad sukan tanah
air yang lain yang masih lagi belum berjaya di peringkat global. Oleh hal yang demikian,
pelbagai usaha yang sewajarnya diambil oleh beberapa pihak bagi meningkatkan mutu
sukan negara.   

Antaranya ialah dengan mencungkil bakat-bakat muda daripada peringkat sekolah


lagi.Kementerian Pelajaran Malaysia berperanan untuk menjalankan pencarian kepada
golongan muda yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang sukan.Seperti yang kita
sedia maklum,ramai pelajar yang memendam bakat dalam bidang sukan
ini.Buktinya,semasa kejohanan sukan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri
mahupun kebangsaan,ramai pelapis muda yang berbakat dan berpotensi.Namun bakat
mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat persekolahan.Oleh hal yang yang
demikian,pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu bekerjasama dengan Kementerian
Belia Dan Sukan serta badan-badan sukan untuk meggilap bakat-bakat muda hingga
mampu bersaing di peringkat antarabangsa.Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar dan lain-lain merupakan satu
langkah bijak supaya negara kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada
masa akan datang.

Selain itu,usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan negara ialah dengan
mendedahkan penyertaan kejohanan antarabangsa dengan lebih kerapa kepada semua
atlet.Penyertaan secara berterusan amat digalakkan bagi memantapkan persembahan serta
menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya.Pasukan bola sepak
contohnya,tidak mampu menbentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan
menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja.Setiap pemain sudah pasti
mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza.Justeru itu,penyertaan
secra berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam
kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan.Pencapaian jaguh
badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu squash negara,Dato’Nicole Ann David
sehingga membolehkan mereka berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik
dunia,adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan
peringkat antarabangsa.Sesuatu kejayaan yang kita harapkan,tidak boleh hanya dengan
usaha yang ala kadar,ibarat melepaskan batuk di tangga.Sebaliknya,kita perlulah bekerja
keras ke arah perkara yang kita kejar tersebut.

Di samping itu, kerajaan perlulah memastikan prasarana sukan di negara kita canggih serta
mencukupi. Kementerian Belia dan Sukan telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
peruntukan prasarana sukan yang canggih serta mencukupi untuk menggalas
tanggungjawab tersebut. Prasarana sukan seperti peralatan sukan yang sesuai dengan
zamannya dan juga gelanggang yang lengkap dan canggih serta mencukupi akan
membolehkan atlet negara menjalani latihan. Latihan yang mencukupi amat penting dalam
membantu atlet bersedia untuk berhadapan pihak lawan dalam sesuatu pertandingan.Oleh
sebab itu, kerajaan mengalu-alukan penyertaan pihak swasta untuk menyokong program-
program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN)
dan Institut Sukan Negara (ISN). Penubuhan organisasi seperti ini akan membantu program
pembangunan sukan yang meliputi aspek-aspek yang mendatangkan beban semua pihak
seperti masalah kewangan,. kejuru latihan, pemakanan, psikologi,dan sebagainya.
Kesimpulannya, sebagai rumusan daripada isi-isi yangdikemukakan di atas, jelaslah bahawa
usaha-usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara perlu segera dilaksanakn kerana hal
ini berkaitan dengan maruah bangsa dan negara kita pada peringkat antarabangsa.Seharus-
nya negara kita telah mematangkan pencapaian dalam bidang sukan. Semua pihak di negara
ini perlu bekerjasama agar misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi di
peringkat antarabangsa akan menjadi kenyataan. Kegemilangan negara dalam bidang bola
sepak misalnya, akan diperoleh kembali sebagaimana negara kita pada era 70-an dahulu.
Peribahasa Melayu, pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air menyarankan
agar para atlet negara perlulah berusaha memperbaiki mutu sukan di negara ini 'Majulah
Sukan untuk Negara’

You might also like