You are on page 1of 1

Amir Zulsyazwan Bin Zulkifli

Sekolah Kebangsaan Padang Banggi,


Peti Surat 319,
89058, Kudat, Sabah

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Padang Banggi,
Peti Surat 319,
89058, Kudat, Sabah 29 JUN 2020

Tuan,

SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS PADA 9 JUN 2020 – 20 JUN 2020 SEMASA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Saya terlebih dahulu ingin memohon maaf diatas kelakuan saya yang
melanggar tatatertib sebagai penjawat awam di bahagian ini. Perkara ini berlaku di
luar kawalan saya terutama apabila saya terpaksa untuk tidak hadir bertugas di atas
sebab jadual penerbangan ke sabah tiada dalam tempoh 9-20 jun 2020 dan
harga tiket penebangan yang terlalu mahal yang menyebabkan saya terpaksa
menunggu tarikh penerbangan yang sesuai selepas tarikh tersebut. Walaupun
begitu, pada tarikh berkenaan saya telah pun memaklumkan perkara ini kepada
pegawai atasan saya terlebih dahulu dan setelah diberi penerangan akibat dari
perbuatan saya ini.

3.         Oleh yang demikian, dengan rasa rendah hati besarlah harapan saya agar
tuan dapat memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap saya. Kerjasama dan
perhatian awal tuan dalam perkara ini amat saya hargai dan dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

AMIR ZULSYAZWAN BIN ZULKIFLI


Sekolah Kebangsaan Padang

s.k       : Fail Sk

You might also like