You are on page 1of 2

Siti Hajar Binti Mhd Azir

SMK Kimanis
P/S 18, 89700 Bongawan Sabah

Melalui dan salinan kepada,

Tuan Haji Narawi Bin Haji Diasim


Pengetua
SMK Kimanis
P/S 18, 89700 Bongawan Sabah

Pengetua,
SMK Sri Nangka
Kg. Tajau Jalan Serusop, Tuaran
89208 Tuaran Sabah 1 SEPTEMBER 2023

Puan,

MAKLUMAN DAN PERMOHONAN PENANGGUHAN TARIKH MELAPOR DIRI.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa, saya tidak dapat melapor diri pada tarikh yang
ditetapkan iaitu 4 September 2023 dan memohon penangguhan tarikh melapor diri kepada tarikh 11
September 2023 atau mana-mana tarikh yang terdekat bergantung kepada urusan serahan tugas
dan hal berkaitan dengannya selesai.

3. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertimbangan dan jasa baik pihak puan untuk
memohon penangguhan melapor diri di SMK Sri Nangka di atas sebab yang berikut ;

3.1 Menyelesaikan urusan serahan tugas di SMK Kimanis


3.2 Menunggu surat rasmi penempatan daripada pihak JPN

4. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Pertimbangan daripada pihak puan
terhadap perkara ini, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan Amanah,

SITI HAJAR BINTI MHD AZIR

s.k. Pengetua.

Fail peribadi.

You might also like