You are on page 1of 2

Canisius Einus

Sekolah Kebangsaan Gantisan,


Kg Gentisan,Teluk Sepanggar,
Peti Surat 13983,
88846 Kota Kinabalu, Sabah

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Ruj: JP(SB)/500/34234


Block C & D, Tingkat 5,
Bangunan KWSP,
Beg berkunci 2031,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah.

UP: Sektor Pengurusan Sekolah 04 SEPTEMBER


2023

Melalui dan salinan,


Guru Besar SK Gantisan,
Kampung Gentisan,Teluk Sepanggar,
Peti Surat 13983,
88846 Kota Kinabalu,Sabah.

Tuan,

MEMOHON PERTIMBANGAN PENEMPATAN SEMULA DALAM DAERAH BAGI KEPUTUSAN EG-


TUKAR OGOS 2023

Saya Canisius Einus (K/P: 941215-12-5359), ingin memohon ehsan dan simpati tuan untuk
mempertimbangkan penempatan semula dalam daerah bagi keputusan eg-tukar Ogos 2023.

02. Bagi makluman pihak tuan, saya telah lulus pertukaran antara daerah dalam keputusan eg-
tukar pada 26 Ogos 2023. Saya telah ditukarkan ke PPD Kota Kinabalu dan ditempatkan di SK
Gantisan Kota Kinabalu. Saya sangat bersyukur atas kelulusan pertukaran ini namun begitu, saya
ingin memohon jasa baik dari pihak tuan untuk mempertimbangkan pengubahsuaian pertukaran
saya ke sekolah di kawasan Telipok dan Manggatal atas sebab-sebab yang berikut;

i. Sekolah saya ditempatkan iaitu SK Gantisan tidak menawarkan subjek Bahasa


Kadazandusun di mana subjek ini merupakan Opsyen Ikhtisas/Dominan saya.
ii. Menjadi kerugian bagi sekolah yang menawarkan subjek Bahasa Kadazandusun jika
tidak mendapat guru opsyen untuk mengajar subjek ini.
iii. Saya tinggal di kawasan Telipok dan Manggatal seterusnya memudahkan saya untuk
bertugas di sekitar kawasan ini.

03. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan
diberikan perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan.

04. Bersama dengan surat ini saya lampirkan surat penempatan pertukaran guru sesi Ogos 2023
untuk rujukan pihak tuan. Saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan
permohonan saya. Terima kasih atas pertimbangan dan kerjasama dari pihak tuan.
Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

CANISIUS EINUS
Guru
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

You might also like