You are on page 1of 1

Habsah Binti Sam @ Harun

Pengerusi,
Tabika Perpaduan Kg Cheras Bharu.

Pejabat Perpaduan Daerah


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Daerah Hulu Langat
No.15A-1 & 15B-1 Bangunan Reko Sentral 1,
Jalan Reko Sentral 1,
43000 Kajang, Selangor. 26hb Disember 2019

Tuan/Puan,

Bantahan Penukaran Guru Tabika Perpaduan Kg Cheras Bharu

Merujuk perkara di atas, saya selaku pengerusi Tabika Perpaduan Kg Cheras Bharu bagi sesi
2019/2020 tidak bersetuju dengan pertukaran guru yang bernama Noorizam binti Naim.

2. Ibubapa membuat aduan tentang penukaran guru tersebut dan memohon supaya guru
tersebut dikekalkan di Tabika Perpaduan Kg Cheras Bharu.

3. Bagi kanak-kanak 5 tahun pada tahun 2019, ibubapa meminta untuk guru tersebut
menyambung pembelajaran buku ‘Cahayaku’ pada tahun 2020 dan mempercayai guru tersebut
berjaya mengajar anak-anak mereka berdasarkan prestasi kanak-kanak.

4. Ibubapa sebulat suara untuk memohon supaya guru tersebut dikekalkan di Tabika
Perpaduan Kg Cheras Bharu bagi membolehkan anak-anak kami meneruskan pembelajaran
menggunakan buku ‘Cahayaku’ dengan guru tersebut. Kerjasama dari pihak tuan amat kami
hargai.

Sekian, Terima kasih.

Yang Benar,

………………………………..
Habsah binti Sam@Harun
Pengerusi
Tabika Perpaduan
Kg Cheras Bharu

You might also like