You are on page 1of 27

HGM 3063

GEOGRAFI MALAYSIA

TAJUK TUGASAN JURNAL 2:


THE HIDDEN DIAMOND OF MALAYSIA, LOKASI YANG KURANG POPULAR DAN
BERPOTENSI MENJADI PUSAT PELANCONGAN POPULAR: FELDA RESIDENCE,
SUNGKAI, SUNGAI KLAH, PERAK.

KUMPULAN KULIAH:
B

NAMA AHLI KUMPULAN 7:

BIL NAMA NO MATRIK

1 Ahmad Zahin Fakhri Bin Zainal Basri D20162075932

2 Syed Abdul Rahim Bin Syed Abd Rahman D20162075902

3 Mohamad Firdaus Bin Abu Zahari D20162075899

4 Muhammad Hakim Bin Abd Halim D20162075921

5 Muhammad Rifai Bin Abd Haris D20162075941

6 Benedic Satt Anak Pasang D20162075942

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. NOR KALSUM BINTI MOHD ISA


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA


SURAT
1.0 PENGENALAN

2.0 LOKASI

3.0 SEJARAH DA NASAL USUL

4.0 GEOGRAFI FIZIKAL

5.0 GEOGRAFI MANUSIA

6.0 POTENSI LOKASI ANALISIS SWOT

7.0 KESIMPULAN

8.0 RUJUKAN
THE HIDDEN DIAMOND OF MALAYSIA, LOKASI YANG KURANG POPULAR
DAN BERPOTENSI MENJADI PUSAT PELANCONGAN POPULAR: FELDA
RESIDENCE, SUNGKAI, SUNGAI KLAH, PERAK.

Rahim S, Zahin Z, Firdaus Z, Benedic P,


Rifai H, Hakim H.

HGM 3063 Geografi Malaysia


Jabatan Geografi
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK
Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) FELDA Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai
terletak di pedalaman FELDA, merupakan destinasi ekopelancongan baru berasaskan alam
semula jadi iaitu sumber mata air panas dan air gunung yang kurang mendapat sambutan dan
kurang popular daripada masyarakat luar. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk
mengenal pasti lokasi, sejarah, geografi fizikal dan manusia dan potensi lokasi kajian.
Metodologi kajian yang digunakan adalah berasaskan data sekunder. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapat lokasi kajian iaitu Sungai Klah berpotensi menjadi pusat
pelancongan yang popular. Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang diberi perhatian
untuk memajukan lokasi Sungai Klah untuk menjadi daya tarikan pelancong domestik dan
pelancong antarabangsa.

ABSTRACT
FELDA Hot Spring Recreation Park (TRAP) Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai is
located in the interior of FELDA, a new ecotourism-based destination for hot springs and
mountain water that is less popular and less popular with the outside community. Therefore,
this study aimed to introduce location, history, physical and human geography and potential
location of the study. The research methodology used is based on secondary data. The results
show that there is a location of the Klah River which has the potential to become a popular
tourist center. However, there are, several steps taken to develop the Klah River location to
attract domestic and international tourists.
1.0 PENGENALAN
Melihat keindahan semula jadi yang dimiliki oleh negara kita sangat berharga dan dengan
keindahan yang ada, ia perlu dijaga sebaik mungkin untuk mengekalkannya. Melalui
keindahan semula jadi ini dapat dilihat di kawasan Taman Rekreasi Air Panas atau dengan
nama (TRAP) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai. Keindahan semula jadi
Sungai Klah atau lebih dikenali sebagai Taman Rekreasi Air Panas adalah anugerah ilahi
yang memberi manfaat kepada penduduk tempatan dalam meningkatkan pendapatan
mereka. Keunikan pemandangan yang tidak dimiliki oleh kawasan lain mencuri perhatian
orang yang hadir. Kawasan ini juga terletak di pedalaman Felda yang menjadi pilihan
penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti keluarga. Kawasan ini adalah salah satu
destinasi ekopelancongan baru di mana ia lebih berasaskan alam semula jadi. Menurut
Zbignew (1995), pelancongan adalah sektor ekonomi yang menawarkan produk yang paling
bernilai, alam semula jadi.

Selain itu, lokasi Taman Rekreasi Air Panas ini menarik kerana diliputi oleh
keindahan semulajadi yang dapat menarik pelancong luar negara dengan sumber mata air
panas dan air pergunungan yang diuruskan oleh Plantation Resort Sdn.Bhd (PRSB).
Selanjutnya, melalui pelancongan berdasarkan bentuk persekitaran yang merupakan aset
semula jadi dan warisan budaya ke suatu kawasan akan secara tidak langsung dapat
melakukan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan budaya di kawasan yang
berpotensi dalam sektor pelancongan. Menurut Mohamad Zaki & Johan (2006), terdapat
beberapa ciri utama ekopelancongan, yang merangkumi kawasan bernilai dan istimewa
seperti hidupan liar, pemandangan, warisan dan keterasingan, meminimumkan kesan dan
kerosakan pada persekitaran dan komuniti setempat, mendidik masyarakat untuk lebih
memahami dan menghayati dan memaksimumkan penglibatan, kawalan dan manfaat kepada
masyarakat sekitar. Pendekatan ekopelancongan telah digunakan untuk mengembangkan
sektor pelancongan rekreasi di TRAP Sungkai, Perak. Perkembangan pembangunan
ekopelancongan ini tidak hanya menawarkan prospek yang lebih baik untuk FELDA, tetapi
juga merupakan pendekatan yang beragam untuk menyediakan kemudahan rekreasi dan
rekreasi untuk pelancong.

.
2.0 LOKASI KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan tentang lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji sebagai
lokasi kajian utama. Aspek yang akan dihuraikan seperti kedudukan geografi taman rekreasi
air panas Sungai Klah, peta lokasi kajian dan jarak.

2.1 Kedudukan Geografi

Negara Malaysia terkenal dengan memiliki sebilangan mata air panas di sepanjang
lereng Banjaran Titiwangsa. Hal ini berikutan kerana kedudukan yang strategik
kerana kedudukan geografi berada di titian Khatulistiwa. Malaysia mempunyai iklim
tropika yang mana tidak terdapat gunung berapi yang aktif. Air yang timbul dari mata
air panas ini dipanaskan secara mendapan dari dalam kerak bumi lalu air panas bawah
tanah terus meresap jauh ke dalam bumi dan bersentuhan dengan batu-batu yang
menjadi panas akibat kecerunan panas bumi di dalamnya. Tekanan ini seterusnya
berlaku dan memaksa air keluar melalui liang dan retakan di dalam kerak bumi ke
permukaan untuk membentuk air panas. Antara mata air panas atau air panas yang
terdapat di sekitar Banjaran Titiwangsa ialah Ulu Slim (US), Sungai Klah (SK),
Dusun Tua (DT), Sungai Serai (SS), Semenyih (SE), dan Ayer Hangat (AH) (Ariffin,
2017).

Mata air panas atau air panas kebiasaannya mempunyai paras asid kurang 6.0
pH. Kesemua air panas di Malaysia ini menunjukkan nilah ph sekitar 43 darjah
Celcius hingga 90 darjah Celcius. Air panas biasanya mempunyai kepekatan tinggi
dari pelbagai unsur. Hal ini demikian kerana campuran dan larutan berlaku tanpa
henti. Komposisi air panas terutamanya ditentukan oleh interaksi antara kimia dan
batu takungan dan mineral yang membentuk batu di sepanjang gunung yang
menyebabkan air mata menjadi asid dan beralkali.

2.2 Lokasi Sungai Klah

Sungai Klah atau lebih dikenali dengan Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah ini
merupakan kawasan pelancongan dan aktiviti sekeluarga yang terletak di dalam Felda
Sungai Klah. Ia terletak di pendalaman kawasan Felda tersebut. Kawasan ini pada
asalnya merupakan aliran air sungai Klah secara semulajadi di sekitar banjaran
Tititwangsa. Keluasan Taman Air Panas ini sekitar 6.5 hektar tanah dengan dikelilingi
pokok-pokok dan alam semulajadi yang mempersonakan. Lokasinya terletak di
Sungkai daerah Slim River. Bermula dari simpang restoren terkenal iaitu Nasi
Bamboo, untuk samapai ke Hot Spring Sungai Klah mengambil masa selama 20
minit melalui jalan Felda Sungai Klah. Para pelancong boleh menggunakan pelbagai
pendekatan untuk sampai ke kawasan pelancongan ini seperti menggunakan
kenderaan awam, bas, kereta, motor dan sebagainya tetapi agak terhad.. Lokasi
Sungai Klah ini dianggarkan lebih kurang 10 minit untuk sampai bermula dari
simpang masuk Felda Sungai Klah.

Rajah 1: Peta Kawasan Felda Sungai Klah


Rajah 2: Kedudukan Sungai Klah Hot Spring Park

2.3 Kuala Lumpur Ke Hot Spring Sungai Klah

Bagi pengunjung yang datang dari arah selatan seperti Kuala Lumpur, jarak dari
Kuala Lumpur ke kawasan pelancongan ini sekitar 134 kilometer dan perjalanan
mengambil masa selama dua jam. Hal ini bergantung kepada jenis kenderaan yang di
gunakan oleh pelancong untuk ke Hot Spring Sungai Klah. Selain itu, pengunjung
juga mempunyai dua pilihan untuk sampai di kawasan pelancongan ini melalui jalan
highway atau jalan kampung.

Rajah 3: Jarak Perjalanan Dari Kuala Lumpur


dari Kuala Lumpur ke Hot Spring Sungai Klah

2.4 Ipoh Ke Hot Spring Sungai Klah

Dari arah utara pula, para pengunjung juga boleh datang ke Hot Spring Sungai Klah
ini. Misalnya menggunakan jalan lebuh raya atau jalan kampung. Jarak perjalanan
dari Ipoh ke kawasan pelancongan ini sepanjang 89.7 kilometer. Ia memakan masa
sekitar 1 jam perjalanan berikutan jaraknya lebih dekat berbanding dari Kuala
Lumpur.
Rajah 4: Jarak Perjalanan Dari
Ipoh Ke Hot Spring Sungai Klah

2.5 Kawasan Hot Spring Sungai Klah

Lokasi kawasan pelancongan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Hal ini
berikutan pihak penganjur yang mempunyai perancangan yang terbaik dalam
membina kawasan pelancongan yang bersumberkan alam semulajadi. Pelbagai
pembangunan telah dibina bagi menarik kawasan pelancongan.

Rajah 5: Kawasan Dalaman Di Hot Spring Sungai Klah

3.0 LATAR BELAKANG DAN SEJARAH TRAP

Sejarah Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) FELDA Residence Hot Spring Sungai Klah,
Sungkai yang terletak di pedalaman FELDA. TRAP yang telah dibangunkan dan dijadikan
kawasan ekopelancongan mula menjadi kawasan tumpuan untuk ekopelancongan yang
mempunyai keindahan alam semula jadi seperti sumber air panas dan air gunung yang
diuruskan oleh Plantation Resort Sdn. Bhd (PRSB).
3.1 Sungkai, Perak

Berbincang mengenai sejarah TRAP terlibat dahulu kita mulakan dengan Sungkai.
Menurut cerita dari orang-orang lama, nama asal bagi Sungkai adalah Kampung
Kelompong. Namun begitu juga terdapat banyak versi mengenai asal usul nama
Sungkai. Menurut sejarah, Sungkai mendapat namanya bersempena dengan sejenis
pokok liar yang tumbuh di kawasan kampung dan sekitar Sungai Sungkai iaitu pokok
Sungkai. Pokok Sungkai mempunyai teras batang pokok yang lembut seperti pokok
ubi dan bahagian daunya pula seperti daun pokok mengkudu. Menurut sumber
daripada internet, kampung Kelompong merupakan salah sebuah kampung lama yang
terdapat di Sungkai selain, Kampung Tiang Bertarah, Kampung Changkat Sulaiman,
Kampung Perlok, Kampung Buluh Telor dan banyak lagi. Antara sejarah penting
yang berlaku di Sungkai ialah, perkampungan yang baru dibuka untuk kaum cina
sewaktu zaman darurat berlangsung.

Pekan Sungkai mula mempunyai laluan perhubungan dengan wujudnya laluan


keretapi yang dibina pada tahun 1894. Laluan ini menghubungkan Bidor di utara dan
Slim River di Selatan. Namun begitu, oleh kerana stesen keretapi tersebut yang berada
di kawasan tanah tinggi, kerajaan yang bimbang dengan bentuk muka bumi Sungkai
yang agak kurang sesuai. Maka kerajaan telah menukar stesen keretapi tersebut kira-
kira sebatu dari pecan Sungkai. Pengangkutan utama pada masa itu ialah, beca dan
kereta kuda. Sekarang, tapak keretapi tersebut telah berada di tapak stesen bas
Sungkai.

3.2 Kesan Kedatangan Orang India dan Orang Cina.


Kedatangan orang India dan orang Cina ke Malaysia disamping membantu Malaysia
dalam pelbagai sektor dan bidang, mereka juga turut membawa kesan kepada
peningkatan sesebuah kawasan dalam aspek seperti pengangkutan, ekonomi dan
sosial. Dari segi pengangkutan, kedatangan orang India dan Sikh telah menyebabkan
berlakunya “upgrade” dimana sebelum ini pengangkutan utama hanyalah beca dan
kereta kuda tetapi kedatangan orang India dan Sikh menjadikan kaedah pengangkutan
berubah kepada penggunaan kereta Lembu. Orang-orang Cina ketika itu masih
menyediakan perkhidmatan menarik beca.

Dari segi ekonominya pula, di Sungkai orang-orang Melayu menjalankan


aktiviti pertanian, orang Cina menjadi pekerja di lombong serta menjadi peniaga dan
orang India pula bekerja di kawasan-kawasan ladang atau estet. Kejayaan orang-orang
Cina dalam melahirkan orang-orang yang berjaya seperti ahli peniagaan dan bos
dalam perlombongan mendorong mereka bagi membina Sekolah Cina Khai Meng
pada tahun 1923 dengan tujuan untuk menyediakan peluang pendidikan. Sebelum itu,
Sekolah Kebangsaan telah ditubuhkan pada tahun 1900. Sekolah tersebut merupakan
sekolah yang terawal dibina di kawasan Batang Padang dan sebuah lagi sekolah
dibina di Timur (Temoh). Pada ketika itu, murid yang dari Tapah datang ke Sungkai
dengan menaiki kereta api tanpa dikenakan sebarang tambang. Kini, sekolah tersebut
telah menjadi sekolah arab di Pekan Lama. Pekan Sungkai yang semakin berkembang
seiring dengan peredaran zaman tidak lengkap sejarahnya jika tidak dimasukkan
dengan perkembangan selepas Perang Dunia Kedua. Antaranya ialah, pembukaan
kawasan Sungai Klah pada tahun 1960 dan mula dihuni orang penduduk 4 tahun
kemudiannya. Nama Sungai Klah muncul sempena nama ikan Kelah. Kini boleh
dikatakan kawasan Sungkai maju dengan perusahaan kelapa sawit, getah dan aktiviti
perlancongan dengan adanya tarikan seperti kolam air panas Sungai Klah. Pembukaan
FELDA Trolak dan Besout pula menyebabkan kawasan Sungkai menjadi salah satu
daripada pengeluar getah dan sawit yang utama di negeri Perak.

3.3 Sungai Klah


Asal usul nama Sungai Klah ini adalah disebabkan oleh terdapat banyak ikan Klah di
Sungai Sungkai.
Rajah 6: Pekan Lama Sungkai
Sumber: https://peraktoday.com.my

4.0 GEOGRAFI FIZIKAL DI TAMAN REKREASI AIR PANAS (TRAP)

Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah atau lebih dikenali sebagai TRAP yang berada di
daerah Sungkai, Perak. Kawasan ini dibina di pedalaman Felda yang mempunyai keunikan
berbeza dengan taman rekreasi lain. TRAP siap dibina pada tahun 2003 dengan keluasan
kawasan sekitar 6.5 hektar. Kos pembinaan sebanyak 6 juta ringgit telah dibelanjakan oleh
pihak kerajaan untuk membangunkan kawasan taman rekreasi ini. Meskipun kos pembinaan
yang sangat tinggi untuk sesebuah taman rekreasi, ianya tidak mendatangkan kerugian
apabila kawasan ini mempunyai potensi untuk dimajukan pada masa akan datang.
Kepelbagaian geografi fizikal menjadi pelengkap dalam memberikan keunikan kepada
mereka yang melawati taman rekreasi ini. TRAP menjadi salah satu taman rekreasi terbaik
dari segi pengurusan di Malaysia dengan kemudahan asas yang disediakan seperti taman
tema air memberikan kepuasan kepada pengunjung. Tidak dinafikan, TRAP mempunyai
sumber semula jadi yang sangat unik meskipun berada di kawasan pedalaman, ianya tetap
dikunjungi oleh golongan pelancong dari tempatan mahu pun antarabangsa. Tahun melawat
Perak 2017 telah menjadikan kawasan ini sebagai tujuan utama untuk ekopelancongan di
Perak (Johan & Iylia, 2014).

4.1 Sumber Biogeografi Semula Jadi


Keindahan TRAP merupakan anugerah ilahi yang memberikan keuntungan kepada
penduduk setempat untuk menambah sumber pendapatan mereka. Keunikan
landskapnya yang tidak dimiliki oleh kawasan lain mencuri tumpuan orang ramai
yang hadir. TRAP yang berada di Perak mengalami iklim Khatulistiwa. Menurut
Werndl (2014), iklim ini ditakrifkan sebagai cuaca purata atau lebih terperinci sebagai
keterangan statistik dan kepelbagaian kuantiti yang berkaitan untuk tempoh masa
bermula dari bulan atau jutaan tahun. Negeri Perak mengalami cuaca panas dan
lembap sepanjang tahun dan kadar suhu di antara 23.7 darjah sehingga 33.2 darjah
celsius serta kelembapan melebihi 82.3 peratus. Menurut Jamaluddin (2010), keadaan
ini jelas memberikan kesan kepada ekopelancongan seperti taman rekreasi kerana
amat jarang sekali Malaysia mempunyai langit yang tidak berawan walaupun pada
musim kemarau yang teruk. Hal ini penting kerana memberikan kesan terhadap
aktiviti yang akan dilakukan di TRAP seperti mandi manda dan aktviti di hutan.
Taburan hujan sebanyak 3,218.00 mm setahun memberi jaminan terhadap
kelangsungan aktiviti ekopelancongan di Perak. Taburan hujan yang sekata ini
merancakkan lagi aktiviti pelancongan di TRAP. Taburan hujan memberikan kesan
terhadap keadaan fizikal daripada berlaku sebarang masalah bencana alam seperti
banjir dan tanah runtuh. Lantaran itu, pengunjung yang melawati TRAP akan berasa
selesa dan selamat daripada risiko sebegini.

4.2 Kesan Perubahan Monsun


Selain itu, TRAP juga menerima tempias daripada perubahan musim monsun yang
berlaku di Malaysia. Antara musim monsun yang berlaku adalah Monsun Timur Laut,
Monsun Barat Daya dan Peralihan Monsun. Kejadian monsun juga mempengaruhi
aktiviti pelancongan di sesuatu kawasan tidak mengira pelancongan secara daratan
atau akuatik. Monsun Timur Laut yang melanda Malaysia pada bulan November
sehingga Mac dijangka berlaku selama lima bulan dengan tiupan angin dari arah timur
laut yang berkelajuan angin 10-30 knot. Seterusnya, kejadian Monsun Barat Daya
yang bermula dari bulan Mei hingga September membawa tiupan angin dari arah
barat daya dengan kelajuan angin kurang dari 15 knot. Musim ini jarang berlaku
bencana seperti banjir dan amat sesuai untuk aktviti pelancongan. Musim monsun
berikutnya dikenali sebagai tempoh Peralihan Monsun yang berlaku semasa
pertukaran angin monsun daripada Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya dan
sebaliknya. Ia bermula pada hujung bulan Mac hingga awal bulan Mei dan Oktober
hingga pertengahan November. Pada tempoh ini, angin mengalami gangguan yang
teruk dari pelbagai arah dan mengakibatkan berlakunya ribut petir pada waktu petang
(Jabatan Metrologi Malaysia, 2020). Hal ini perlu diambil kira dalam aktviti
pelancongan kerana akan memberi impak yang buruk sekiranya melakukan aktiviti
pelancongan tanpa mengira musim terutamanya pelancongan di kawasan perairan.
Melalui tinjaun Jabatan Metrologi Malaysia (2020), kejadian ini memberikan impak
yang positif terhadap aktviti pelancongan di TRAP kerana kawasanya yang berada di
pedalaman Felda sedikit terlindung daripada kejadian bencana alam seperti banjir dan
sebagainya. Penyediaan kemudahan seperti rumah penginapan atau “Homestay”
menjadi jalan penyelesaian sekiranya pengunjung yang hadir berdepan dengan cuaca
seperti hujan yang lebat. Taman rekreasi TRAP amat sesuai dijadikan pilihan
sekiranya ingin melakukan aktiviti riadah bersama-sama keluarga atau rakan-rakan.
Pelancong asing juga boleh menjadikan TRAP sebagai pilihan utama mereka
sekiranya berkunjung ke Perak kerana tidak mempunyai masalah untuk menentukan
tarikh bagi melakukan lawatan. Kelengkapan semula jadi yang ada di TRAP
menjadikannya lebih unik berbanding kawasan yang lain. Keadaan geografi fizikal di
TRAP boleh dinikmat oleh setiap lapisan umur yang mengunjunginya. Keindahan ini
perlu dikongsi oleh segenap lapisan masyarakat supaya mereka mengetahui tentang
kewujudan taman rekreasi yang unik di negeri Perak.

4.3 Bentuk Muka Bumi


Seterusnya, keadaan bentuk muka bumi TRAP adalah tanah pamah dan sedikit
berbukit. Tanah pamah amat sesuai dijadikan sebagai kawasan taman rekreasi.
Pembinaan rumah penginapan dan kemudahan asas boleh dilakukan dikawasan tanah
pamah dengan mudah. Hal ini dapat mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh di
kawasan peranginan. Pembinaan jalan raya yang menghubungkan kawasan TRAP
dengan jalan utama dapat dibina dengan baik sekiranya mempunyai struktur tanah
yang landai (Jamaluddin, 2009). Selain itu, kegiatan ekonomi juga dapat dilakukan
dengan lebih baik di kawasan tanah pamah. Sebagai contoh, dapat membina gerai-
gerai makanan dan minuman yang diusahakan oleh penduduk setempat bagi
menambah pendapatan keluarga mereka. Sekirannya pembinaan penginapan dan
kemudahan asas di kawasan tanah tinggi, kos pembinaan adalah lebih meningkat
berbanding kawasan tanah pamah kerana ia memerlukan langkah-langkah
keselamatan yang lebih terperinci supaya tidak berlaku keruntuhan. Penduduk di
Sungkai bukan sahaja terlibat dengan kegiatan ekonomi pelancongan, malah Felda
juga menyediakan pekerjaan kepada penduduk sebagai peneroka tanah untuk
penanaman ladang kelapa sawit dan dusun durian. Perkara ini menyajikan dua
pemandangan berbeza buat pelancong yang hadir kerana dapat melihat hutan semula
jadi dan kawasan pertanian. Walau bagaimana pun, penerokaan tidak dilakukan secara
besar-besaran dan masih menjaga kelestarian di sekitar kawasan TRAP. Menurut
Haslinda et.al (2002), keadaan kawasan yang berbukit bukau memberikan
pengalaman buat mereka yang ingin melakukan aktviti meredah hutan atau sukan
lasak. Pengunjung yang hadir boleh melakukan aktiviti dengan bantuan pihak
pengurusan yang mahir tentang selok belok kawasan hutan TRAP. Pengalaman
meredah hutan memberikan ketenangan apabila pengunjung dapat melihat kehijauan
hutan ditambahkan pula dengan kepelbagaian spesies tumbuh-tumbuhan yang ada di
taman rekreasi. Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melakukan sesi fotografi
bersama-sama keluarga atau rakan-rakan berlatar belakang keindahan alam semula
jadi. Aktiviti berfotografi tidak asing dalam kehidupan manusia untuk dijadikan
sebagai kenangan apabila mengunjungi ke kawasan yang menarik. Hal ini dapat
memberi inspirasi kepada masyarakat luar untuk melakukan lawatan ke TRAP pada
masa akan datang. Kebanyakkan pengunjung yang hadir ke TRAP mendapat
maklumat melalui sumber media sosial yang mengiklankan gambar-gambar dan
aktiviti menarik di TRAP. Hal ini merupakan langkah awal untuk mempromosikan
TRAP secara atas talian untuk dilihat oleh pengguna media sosial di persada dunia
(Khairi, 2011).

4.4 Kepelbagaian Sumber Semula jadi seperti Flora dan Fauna


Di samping itu, taman ini masih mengekalkan kepelbagaian flora dan fauna yang unik
untuk tatapan pengunjung yang hadir. Kedamaian yang ada di TRAP masih belum
diteroka oleh kegiatan manusia seperti aktiviti pembalakan. Menurut maklumat yang
diperolehi, taman rekreasi ini tidak mempunyai sebarang kegiatan manusia yang
boleh menjejaskan kehidupan alam sekitar. Aktiviti pemburuan tidak dibenarkan dan
akan dikenakan tindakan tegas jika terdapat pesalah yang melakukannya. Hal ini
memberi jaminan bahawa habitat flora dan fauna di TRAP masih terjaga dengan baik.
Kepelbagaian spesies tumbuh-tumbuhan ini menghiasi setiap pemandangan mereka
yang mengunjungi TRAP. Kelebihan yang dimiliki oleh TRAP boleh memberikan
ilham kepada pihak sekolah atau badan Non-Goverment Organization (NGO) untuk
menjadikan TRAP sebagai lokasi melakukan aktiviti perkhemahan atau program rehat
minda secara santai sambil menikmati suasana alam sekitar yang menarik (Siti
Aminah & Ahmad, 2014). Program ini amat sesuai dilakukan kerana mempunyai
kelebihan dari segi sumber alam semula jadi yang boleh mendedahkan pelajar
terhadap penjagaan alam sekitar untuk kepentingan generasi akan datang. Khazanah
alam yang ditinggalkan ini perlu dijaga dan dikekalkan meskipun arus kemajuan
meluncur laju ke hadapan. Proses penjagaan seperti pemeliharaan dan pemuliharaan
perlu dilakukan supaya setiap kerosakan yang berlaku terhadap flora dan fauna dapat
diatasi dengan segera (Hasliza & Rohasliney, 2010). Pokok-pokok yang tinggi di
TRAP dijadikan sebagai laluan titian kayu dan juga aktiviti “Flying Fox”.
Pengunjung boleh menaiki titi kayu sebagai pengalaman dan berfotografi di atas titi
kayu yang menjadi pilihan utama pelancong apabila mengunjugi TRAP. Sekiranya
berlaku sebarang kerosakan terhadap sumber semula jadi ia akan memberikan impak
negatif dari segi kedatangan pelancongan ke taman rekreasi. Hal ini kerana,
pelancong yang hadir mempunyai tujuan untuk melihat dan menghayati keindahan
alam di kawasan ini. Pelbagai spesies pokok herba ditanam disamping masih lagi
mengekalkan tumbuhan semula jadi. Tanah yang sesuai dan subur menjadikan
tanaman herba membiak dengan baik dan menjadi tatapan kepada pengunjung yang
melawat taman rekreasi (Jabatan Alam Sekitar, 1994). Tidak dinafikan bahawa
kawasan TRAP dilindungi oleh ketenangan hutan yang subur menghijau, dikelilingi
oleh bukit bukau dan anak sungai yang jernih menjanjikan keistimewaan yang sangat
berbeza berbanding kawasan lain.

4.5 Sumber dan Bekalan Air


Ciri fizikal seterusya adalah keunikan sumber air yang menjadi daya tarikan utama
pengunjung ke TRAP. Menurut Ang (2015), air merupakan sumber semula jadi yang
mewujudkan pelbagai rantaian ekosistem untuk menhubungkan antara benda hidup
dan benda bukan hidup yang bergantung antara satu sama lain. Di kawasan TRAP,
pengunjung dapat merasai sumber air gunung sejuk yang disalurkan ke dalam kolam
untuk aktiviti air. Air gunung merupakan air semula jadi yang diperolehi dari kaki
Banjaran Titiwangsa dan sangat berbeza dari segi kesegarannya. TRAP bukan sahaja
memiliki sumber air kolam dari gunung tetapi juga mempunyai saliran air panas yang
dijadikan sebagai kolam air panas. Keajaiban yang terdapat di TRAP iaitu pertemuan
punca mata air sungai bersama air panas (Rosniza et.al, 2012). Menurut maklumat
yang diperolehi, sumber air panas ini digunakan oleh penduduk asli untuk dijadikan
sebagai penawar bagi mengubati berbagai jenis penyakit. Kehebatan jurutera
membina kawasan TRAP dengan mengetengahkan konsep keunikan iaitu pengaliran
air panas dari mata air di kaki Banjaran Titiwangsa yang berketinggian 200 kaki dari
atas paras laut merupakan hasil yang sangat kreatif dan mengagumkan. Ia menjadikan
TRAP sebagai kawasan yang unik untuk pengunjung yang menghargai keajaiban
alam semula jadi. Pembinaan yang lengkap ini menyediakan dua kolam yang berbeza
iaitu kolam air gunung dan kolam air panas. Oleh sebab itu, keluarga yang melawat
TRAP dapat mencuba tempat mandi yang telah disediakan.

4.6 Jenis Aktiviti Yang Sesuai Dijalankan


Aktiviti yang sangat terkenal dalam kalangan pengunjung adalah merebus telur
menggunakan air panas. Aktiviti ini memberi pengalaman kepada pengunjung untuk
merasai proses merebus telur menggunakan air panas semula jadi yang disalurkan ke
kolam khas. Hal ini kerana keadaan suhu air yang panas sangat sesuai untuk pihak
pengurusan TRAP mengadakan aktiviti merebus telur. Keunikan aktiviti ini
menjadikan TRAP berbeza dengan taman rekreasi yang lain. Pengunjung boleh
mendapatkan telur yang disediakan dan dikenakan bayaran. Ianya sangat berbaloi
kerana pengunjung dapat merasai keunikan dan keenakan telur yang direbus
menggunakan air panas semula jadi. Selain itu, TRAP juga menyediakan kawasan
taman terapi yang dilengkapi dengan batu batuan dan air panas yang mengalir. Cara
ini boleh memberikan rawatan terapi kepada pengunjung yang memandu kenderaan
dari jauh untuk melegakan anggota badan mereka. Anugerah yang diberikan ini
digunakan sebaik mungkin dan disalurkan ke beberapa kolam untuk dijadikan sebagai
kolam air panas. Pengunjung yang datang boleh merehatkan badan dengan melakukan
rendaman kaki ke dalam kolam air panas yang mengandungi alga-alga. Alga-alga atau
lumut hijau dikatakan mempunyai khasiat tertentu pada kulit terutamanya bahagian
kaki manusia. Air panas ini tidak mempunyai kandungan sulfur yang tinggi maka ia
tidak mendatangkan bau dan melekit pada badan manusia. Hal ini membuktikan
bahawa TRAP sangat unik dan berbeza dengan kawasan taman rekreasi yang lain.

Kesimpulannya, kewujudan geografi fizikal di sesebuah tempat merupakan


anugerah dan khazanah yang dimiliki dan perlu dijaga sebaik mungkin. Ia mampu
memberikan kesan positif sekiranya manusia melihat potensi yang dimiliki disamping
mengekalkan kelestarian alam sekitar. Pembangunan pelancongan lestari merupakan
solusi yang terbaik untuk memastikan kawasan Taman Rekreasi Air Panas (TRAP)
dikekalkan tanpa menjejaskan alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Pembinaan kemudahan asas perlulah mengikut kesesuian ciri fizikal di TRAP supaya
tidak berlaku pembaziran terhadap sumber alam sekitar. Lantaran itu, semua pihak
perlu berganding bahu bagi memastikan keindahan alam semula jadi di Taman
Rekreasi Air Panas dapat dipelihara untuk jangka masa yang panjang.

5.0 GEOGRAFI MANUSIA DI TAMAN REKREASI AIR PANAS (TRAP)

Negara kita mempunyai kepelbagaian biologi semula jadi yang boleh dijadikan sebagai pusat
pelancongan. Tempat-tempat ini telah wujud sejak sekian lama dan menjadi tarikan
pengunjung dari dalam mahupun dari luar negara. Kebanyakan pelancong yang datang
bertujuan untuk menikmati keindahan kawasan semula jadi. Namun begitu, sejauh manakah
campur tangan manusia dalam pembangunan lestari yang dijalankan di negara kita. Salah
satu kawasan yang mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai lokasi ekopelancongan adalah
di Sungai Klah, Sungkai Perak.

5.1 Sungai Klah dari Aspek Geografi Manusia


Geografi manusia sememangnya sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan
ekonomi di negara kita. Jumlah penduduk semakin meningkat setiap tahun.
Ekopelancongan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu menyediakan
peluang pekerjaan secara lansung kepada masyarakat. Sektor ini telah diberi perhatian
dengan memulakan pembangunan setelah membuat perancangan yang tersusun dan ia
turut termasuk dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK ke-7). Keberkesanan
pembangunan sektor ini bergantung kepada kebijaksanaan masyarakat dan pihak-
pihak tertentu dalam memanfaatkan sumber alam semula jadi untuk menjana
pendapatan negara. Tidak dinafikan bahawa negara kita mempunyai kekayaan produk
semula jadi dalam meningkatkan ekopelancongan ke peringkat dunia.

Selain itu, negara kita juga mempunyai kekayaan sumber biodiversiti semula
jadi yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat dan agensi-agensi terlibat.
Salah satu fokus utama jurnal ini adalah hasil hutan semula jadi yang terletak di
Sungai Klah, Sungkai Perak. Sungai Klah sangat terkenal kerana mempunyai potensi
untuk dijadikan sebagai salah satu pusat pelancongan yang terkenal di negara kita.
Hasil-hasil alam semula jadi boleh dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi
meningkatkan sektor pelancongan. Antara faktor utama yang menyebabkan Sungai
Klah berpotensi menjadi lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara adalah
kolam air panas semula jadi. Kolam ini terbentuk secara semula jadi yang ditemui
oleh penduduk orang Asli yang tinggal di sekitar kawasan tersebut. Kewujudan kolam
air panas ini telah membantu masyarakat dalam pelbagai aspek utama iaitu
menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup dan sebagainya. Setelah
dibangunkan pada tahun 2003 hingga kini, ia telah menunjukkan perubahan yang
sangat ketara dan menjadi pusat tumpuan masyarakat untuk mengunjungi lokasi
tersebut. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang disediakan yang bersesuain kepada setiap lapis
umur pengunjung yang datang.

5.2 Menyediakan Peluang Pekerjaan


Ekopelancongan merupakan salah satu sektor yang sedang meningkat pentingnya bagi
setiap negara yang sedang membangun seperti di negara kita. Ia merangkumi
kawasan-kawasan bandar dan luar bandar. Sektor ini mempunyai banyak kelebihan
dan keupayaan dalam meransang pembangunan wilayah dengan lebih cepat dalam
membantu memberi manfaat terutama kepada penduduk tempatan. Pembangunan
yang dijalankan di kawasan kolam air panas Sungai Klah memberi manfaat kepada
penduduk setempat. Di samping itu juga, walaupun sektor pelancongan menjadi pesat
di sesebuah negara, strategi perlu dirancang bagi meningkatkan ikatan kerjasama
pihak kerajaan, swasta dan masyarakat dalam menghasilkan sesuatu yang bermutu.
Hasil daripada pembangunan kolam air panas Sungai Klah menunjukkan bahawa ia
memberi kesan positif dan manfaat kepada penduduk setempat walaupun dalam kadar
sederhana.

Perkembangan sektor ekopelancongan dapat menwujudkan peluang pekerjaan


yang lebih banyak terutama sekali kepada penduduk setempat. Komuniti setempat
akan bekerjasama dengan pihak terlibat dalam usaha membangunkan pusat kolam air
panas yang terdapat di Sungai Klah. Pihak swasta yang menjalankan kegiatan
pembangunan di Sungai Klah akan dibantu oleh penduduk setempat. Selain itu juga
pihak swasta juga boleh mambangunkan pusat-pusat seperti rumah inap khas bagi
pelancong yang datang dari jauh atau pun dari luar negara. Seterusnya adalah kedai-
kedai makan dan restoran bagi memudahkan pengunjung untuk mendapatkan
makanan. Ia secara tidak lansung dapat menyediakan peluang pekerjaan terutama
kepada golongan muda dan tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mendapatkan
pekerjaan.

5.3 Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Setempat


Seterusnya, ekopelancongan juga dapat meningkatkan taraf hidup penduduk setempat
di mana mereka akan dikenali oleh orang ramai. Secara tidak lansung ia dapat
mempromosikan budaya mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya di Sungai
Klah yang rata-rata mempunyai penduduk orang asli. Bidang yang mereka ceburi
sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan yang lestari kepada mereka. Antara
pekerjaan lain yang dapat dijalankan oleh penduduk setempat di kawasan kolam air
panas ini adalah perniagaan secara kecil-kecilan. Pendapatan yang diperolehi oleh
mereka hanyalah sederhana, namun ia cukup untuk menyara hidup mereka.
Pendapatan lestari melalui pekerjaan yang diperolehi tanpa menjejaskan alam sekitar.
Penduduk setempat telah menpelajari bagaimana pembangunan lestari yang
dijalankan di kawasan tempat tinggal mereka.

Selain itu juga, pihak swasta yang membangunkan sektor pelancongan di


kolam air panas ini dapat membantu komuniti seperti meningkatkan kemahiran
mereka dalam bidang-bidang yang diceburi. Contohnya sebagai pemandu pelancong,
pengusaha homestay, peniaga dan lain-lain. Pelancong yang datang pula dapat
membantu masyarakat setempat dalam mengekalkan warisan dan adat resam yang
mereka warisi sejak dahulu lagi. Jika sebelum ini kehidupan masyarakat setempat di
Sungai Klah hanya kalangan mereka sahaja. Pembangunan kolam air panas ini akan
mendorong mereka untuk berinteraksi dengan pengunjung yang datang. Mereka akan
merasakan bahawa kehidupan mereka lebih baik dan selesa dengan mengekalkan adat
resam yang diwarisi selepas berkongsi kepada masyarakat.

Seterusnya adalah dapat meningkatkan kemajuan infrastruktur seperti sektor


pengangkutan di kawasan Sungai Klah. Hal ini berikutan daripada kawasan ini
terletak di kawasan luar bandar dan sukar untuk pengunjung sampai ke lokasi yang
dituju. Setelah ia dibangunkan sebagai pusat rekreasi, sistem pengangkutan perlu
dipertingkatkan. Ia bertujuan untuk meningkatkan darjah ketersampaian yang sedia
ada kepada yang lebih baik.

5.4 Mewujudkan Pusat Rekreasi

Pusat rekreasi kolam air panas di Sungai Klah juga merupakan salah satu pusat
pelancongan yang berasaskan alam semula jadi. Kolam air panas ini datangnya dari
sumber semula jadi yang mana air panas dan air gunung ini diuruskan oleh sebuah
syarikat swasta yang bernama Plantation Resort Sdn.Bhd (PRSB). Syarikat ini telah
membuat kajian dalam mengenalpasti potensi taman rekreasi air panas untuk
dijadikan sebagai pusat pelancongan yang dikenali. Pembukaan pusat rekreasi ini
telah menwujudkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di sini.

Aktiviti yang dijalankan akan dinilai oleh pengunjung tentang kemudahan


yang disediakan, keadaan persekitaran, keselamatan dan sebagainya. Persepsi dari
pengunjung sangat penting dalam membantu pengusaha untuk membuat
penambahbaikkan sekirannya terdapat sebarang masalah dan kekurangan. Majoriti
pengunjung yang datang ke kolam air panas ini bertujuan untuk mandi-manda,
melakukan aktiviti merebus telur dan berjalan di laluan titi kayu. Aktiviti-aktiviti ini
dijalankan sambil menikmati permandangan dan keindahan flora, fauna dan sumber
mata air panas yang menjadi terapi dalam diri pengunjung secara semula jadi. Bagi
pelancong dari luar negara pula, mereka pasti akan berasa puas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan dan keindahan alam semula jadi yang ada di Sungai
Klah. Dari segi kemudahan pengangkutan pula sangat baik yang memudahkan
pengunjung untuk menuju ke pusat rekreasi dan menyewa penginapan yang
disediakan dengan harga yang berpatutan.

Seterusnya, aktiviti pelancongan yang disediakan di Sungai Klah juga dapat


memberi peluang kepada pelancong untuk melawat ke kawasan-kawasan hutan
semula jadi yang belum mereka lihat dan hutan ini belum diterokai dan dimusnahkan
oleh manusia. Kawasan-kawasan ini sememangnya dijaga dengan baik oleh penduduk
setempat bagi mengekalkan kestabilan ekosistem semula jadi agar terus terjaga dan
terpelihara. Pengunjung yang datang akan didedahkan dengan bagaimana mereka
perlu menjaga dan menghargai alam sekitar di samping menikmati keindahannya.

5.5 Impak Ekopelancongan terhadap Sosial dan Sosio Budaya

Dari sudut sosial dan sosio budaya pula, ekopelancongan merupakan salah satu
elemen yang sangat penting dengan memberi gambaran kepada pengunjung yang
datang tentang sejarah terbentuknya alam secara semula jadi yang kaya dengan
keaslian budayanya. Dari segi hubungan antara penduduk setempat dengan
pengunjung juga akan menjadi lebih akrab ketika mereka berhubung antara satu sama
lain. Interaksi ini akan memberikan keselesaan kepada pengunjung yang datang dan
memudahkan mereka untuk mendapatkan info-info yang menarik tentang Sungai
Klah.

Seterusnya ekopelancongan juga dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan


di kawasan luar bandar seperti klinik desa di Sungai Klah. Ia turut membolehkan
pihak-pihak yang terlibat untuk menggandakan usaha bagi pengekalan serta
perkongsian terhadap budaya warisan penduduk orang Asli yang tinggal di kawasan
ini kepada para pelancong dari dalam dan luar negara. Kepentingan lain terhadap
sosial masyarakat orang Asli pula mereka dapat memanfaatkan sumber flora dan
fauna dan memperkenalkannya kepada pelancong. Ia secara tidak lansung dapat
menggalakkan komuniti setempat untuk sentiasa menghargai faedah hutan dan
sumber semula jadi.

5.6 Perubahan Landskap Semula Jadi

Aktiviti manusia yang dijalankan di Sungai Klah secara tidak langsung telah
mengubah landskap semula jadi yang sedia ada. Perubahan ini boleh mendatangkan
kesan positif dan negatif bergantung kepada sejauh manakah kesan penerokaan yang
dijalankan sama ada terkawal ataupun sebaliknya. Pembangunan taman rekreasi
kolam air panas di Sungai Klah berkonsepkan alam sekitar dengan mengutamakan
kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar bersama-sama.

Ekopelancongan berkonsepkan alam semula jadi dapat mendidik masyarakat


tentang pentingnya memelihara sumber biogeografi yang telah wujud sejak sekian
lama dahulu. Ia secara tidak lansung dapat memberikan elemen pendidikan terutama
kepada pengunjung yang datang ke sini. Pelancong akan memperolehi faedah dari
segi pengalaman yang diperolehi dan keselesaan taman rekreasi yang disediakan. Dari
segi permandangan pula kolam air panas masih lagi mengekalkan konsep keindahan
alam sekitar di mana kawasan ini dikelilingi dengan hutan semula jadi yang sangat
cantik. Ia memberi ketenangan kepada pengunjung yang datang apabila melihat dan
menikmati permandangan ini. Pembangunan yang dijalankan sedikit sebanyak
menyebabkan berlakunya perubahan landskap semula jadi. Namun begitu, perubahan
ini hanya dalam kadar sederhana dan tidak menyebabkan berlakunya kemusnahan.
Jaringan pengangkutan juga dibina dengan baik dan hanya menebang pokok-pokok
yang sesuai sahaja untuk dijadikan sebagai laluan.

5.7 Isu dan Cabaran Pengurusan Persekitaran

Setiap kawasan pelancongan pasti mempunyai isu dan cabaran dalam pengurusan
persekitaran. Pihak swasta yang menguruskan taman rekreasi kolam air panas di
Sungai Klah telah menunjukkan pengurusan persekitaran yang agak efisien terutama
dalam menguruskan sisa-sisa pepejal. Pihak yang terlibat perlu bekerjasama dengan
komuniti setempat dalam memastikan pengurusan sisa pepejal agar sentiasa terkawal.
Dengan cara ini, ia dapat menjimatkan perbelanjaan dan tenaga. Penduduk tempatan
akan mendapat peluang pekerjaan yang sesuai dengan keperluan taman rekreasi ini.
Contohnya, sebagai ketua dalam memberi arahan kepada pengunjung agar tidak
membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya, isu pencemaran yang dihadapi di
taman rekreasi ini dapat diuruskan dengan baik.

Isu dan cabaran yang turut dihadapi adalah melibatkan penduduk setempat
yang bekerja dan memperolehi pendapatan sederhana sahaja. Walaupun begitu,
masyarakat setempat dilatih dengan pelbagai kemahiran-kemahiran yang diperlukan
seperti bertutur dalam bahasa Inggeris, tahu dan peka jalan untuk menjadi pemandu
pelancong dan sebagainya. Sumber tenaga manusia yang diperlukan juga mencukupi.
Isu lain adalah pemantauan bagi pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan
kebajikan masyarakat dan keselamatan pengunjung terjamin. Kesan penerokaan
manusia juga perlu diambil berat dalam memastikan sumber-sumber semula jadi tidak
terjejas dan tidak mengalami kemusnahan. Sistem pemantauan perlu dijalankan
sekurang-kurangnya sekali seminggu supaya pengurusan taman rekreasi kolam air
panas sentiasa terkawal tanpa impak negatif daripada manusia dalam jangka masa
yang panjang.

Seterusnya, pihak terlibat perlu meletakkan papan kenyataan tentang


kepentingan menjaga alam semula jadi dan papan tanda amaran. Sekirannya terdapat
pengunjung yang ingkar atau melanggar peraturan dengan membuang sampah merata-
rata atau merosakkan alam semu jadi, pihak berkuasa akan mengambil tindakan
dengan mengenakan denda yang sepatutnya. Ia bertujuan untuk mendidik dan
memberi pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan
datang. Denda atas kesalahan yang dikenakan juga akan memberi pengajaran dan
peringatan kepada pengunjung lain.

6.0 POTENSI UNTUK DIKETENGAHKAN SEBAGAI DESTINASI


PELANCONGAN YANG POPULAR MELIPUTI KEKUATAN, KELEMAHAN,
PELUANG, ANCAMAN (SWOT)

6.1 Kekuatan

6.1.1 Kaya Dengan Sumber Alam

Dalam konteks kawasan kajian, Taman Rekreasi Hot Springs Sungai Klah di Sungkai,
Perak dilihat menjadi daya tarikan utama aktiviti pelancongan berdasarkan rekreasi
dan penjagaan kesihatan. Seterusnya, kawasan di Sungai Klah mempunyai kekayaan
dan keunikan sumber semulajadi. Oleh kerana kawasan pengajian terletak di dalam
penempatan FELDA, kebanyakan sumber alam belum terokai dan dipelihara. Taman
Rekreasi Air Panas Sungai Klah juga dilindungi oleh ketenangan hutan subur
menghijau, dikelilingi oleh bukit-bukau dan anak sungai yang jernih. Dengan
keluasan 6.5 hektar, pelancong boleh menikmati pemandangan indah ladang kelapa
sawit dan dusun durian, sambil bersantai di kawasan ini. Tambahan pula,
pemandangan alam semulajadi di Sungai Klah di mana pemandangan adalah salah
satu faktor yang menjadi tarikan kepada pelancong yang datang ke kawasan ini.
Selain itu, di Sungai Klah terdapat kolam air panas dan air gunung yang menjadi daya
tarikan kepada pelancong. Ianya dikelilingi oleh pemandangan bukit-bukau dan
memanfaatkan sepenuhnya sumber alam iaitu aliran air panas dari perut bumi dan air
sejuk dari banjaran gunung berdekatan meneroka aliran air panas dengan melalui
laluan pejalan kaki. Di samping itu, tempat ini juga dipenuhi dengan tanaman herba
dan pokok buah-buahan seperti tongkat ali, kedondong, lengkuas dan dukung anak.
Raja buah iaitu durian juga turut ditanam selain kebun kelapa sawit yang masih
dikekalkan. Tambahan pula, cuaca di kawasan rekreasi Sungai Kla amat
menyenangkan di mana di kelilingi oleh bukit-bukit dan ladang kelapa sawit di
samping aliran air sungai dan kolam air panas serta air dari kaki gunung yang terdapat
di Sungai Klah.

` 6.2 Kelemahan

6.2.1 Ketidakcukupan Kemudahan Pengangkutan Awam

Kemudahan pengangkutan awam di kawasan Sungai Klah adalah sangat terhad.


Tambahan pulan, taman rekreasi kolam air panas di Sungai Klah berada di kawasan
pedalaman FELDA, jadi perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi
amatlah terhad. Secara tidak langsung, ianya menyukarkan para pelancong bergerak
dari tempat mereka (rumah) ke destinasi pelancongan mereka. Dalam pelancongan,
prasarana yang baik harus dipersiapkan seperti mana yang diperlukan oleh para
pelancong. Stesen pengangkutan, jalan raya, dan jambatan yang menuju ke tempat
atau daerah pelancongan harus dijaga dan diperbaiki supaya para pelancong yang
akan mengunjungi tempat tersebut dapat sampai ke tempat yang dituju dengan cepat
dan selesa. Selain itu, kekurangan jalan raya dan perkhidmatan pengangkutan yang
sesuai, ditambah lagi dengan masa perjalanan yang panjang, boleh menyebabkan
kurangnya pelancong untuk pergi ke sesuatu Sungai Klah. Selain pengangkutan
kemudahan perhubungan juga perlu diberi perhatian seperti adanya zon WiFi, telefon
awam juga terhad. Tambahan pula, tahap keselamatan pelancong juga meragukan
kerana khidmat rondaan kurang. Tambahan pula, jalan ke TRAP agak jauh dari jalan
utama dan jalan di situ tiada lampu jalan.

6.3 Peluang

6.3.1 Memperluas peluang pekerjaan dan menggalakkan penduduk tempatan


memohon pekerjaan. 

Melalui pembangunan kawasan pelancongan di Sungai Klah, masyarakat sekitar di


kawasan Felda Sungkai, Perak boleh bekerja di kawasan ini dengan melibatkan diri
dalam sektor pelancongan yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan
keusahawanan. Namun begitu, terdapat pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian
untuk memajukan lagi lokasi pelancongan Sungai Klah. Selain itu, memberi peluang
latihan untuk melibatkan penduduk tempatan dalam industri pelancongan. Secara
tidak langsung, memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam
sektor perniagaan di mana orang tempatan boleh diberi peluang untuk menceburi
bidang pekerjaan seperti pedagang makanan, pengrajin atau pemandu pelancong. 

6.4 Ancaman

6.4.1 Persaingan dengan Sektor Ekopelancongan Yang Lain.

Lokasi di Sungai Klah terdapat beberapa kelemahan seperti kemudahan pengangkutan


yang terhad dan kemudahan rekreasi. Setiap lokasi ekopelancongan mempunyai
keistimewaan tersendiri yang menjadi pusat tarikan masing-masing termasuklah pusat
membeli-belah, makanan, tempat tema, keindahan alam semulajadinya dan lain-lain
lagi. Justeru itu, pihak yang terlibat dengan aktiviti pelancongan di Sungai Klah
haruslah kreatif dalam mempromosikan kawasan kolam air panas dan menambahbaik
perkhidmatan di Sungai Klah dan persediaan yang cukup untuk menarik para
pelancong. Tambahan pula, sumber alam semulajadi di kawasan Sungai Klah adalah
dipelihara dan dijaga, jadi pembangunan perkhidmatan jaringan pengangkutan seperti
jalan raya, stesen kereta api dan sebagai amatlah terhad.
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, ekopelancongan merupakan sub-industri pelancongan yang berpotensi


berkembang maju di Malaysia kerana menawarkan pelbagai keindahan alam dan sumber
daya alam yang unik sebagai daya tarikan pelancong. Secara tidak langsung, sector
pelancongan mendapat keuntungan dan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK Malaysia.
Bagi penduduk FELDA Sungai Klah, taraf hidup mereka meningkat kerana pelancongan
TRAP telah dikembangkan di kawasan FELDA ini. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai
aspek yang perlu dipertimbangkan dalam meningkatkan sector pelancongan di Sungai Klah
seperti meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan, meningkatkan aktiviti rekreasi, melatih
pemandu pelancong dan meningkatkan kualiti pekerja serta meningkatkan keselamatan
pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong. Para pengelola lokasi pelancongan di
Sungai Klah juga harus meningkatkan strategi pemasaran lokasi Sungai Klah dengan lebih
berkesan kepada dunia.

8.0 SENARAI RUJUKAN

Ang .K.H, 2015. Kualiti Sumber Air di Malaysia: Satu analisis. Malaysia Journal of Society
and Space 11(6) 98-108. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Arifin, M.H (2017), Hot springs characterization and geothermal potential study in Peninsula
Malaysia from geosciences perspectives. PhD Thesis, Universiti Sains Malaysia
Institute of Postgraduate Studies.
Haslinda .M.A, Nurli .Y & Harlinda .A.W, 2002. Environmental regulations in Malaysia: An
overview. Kertas kerja dibentangkan di Symposium/Research Meeting on
Environmental Ethics, Regulation and Education. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hasliza .A.R & Rohasliney .H, 2010. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di
Malaysia. Universiti Sains Malaysia, Penang.

Jabatan Alam Sekitar, 1994. Penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) prosedur dan
keperluan di Malaysia. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Kuala
Lumpur.

Jabatan Metrologi Malaysia, 2020. Tinjaun Cuaca bagi Tempoh April hingga September.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kuala
Lumpur.
Jamaluddin .M .J, 2009. Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran
Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) 71-
88. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Jamaluddin .M .J, 2010. Konsep dan Realiti dalam Perkembangan Habitat Manusia dan
Perubahan Iklim. International Journal of the Malay Word and Civilisation 28(1) 211-
225. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Johan .A .I & Iylia .A, 2014. Taman Negeri Pulau Sembilan: Destinasi Pelancongan Baharu
di Negeri Perak. Prosiding Seminar Penyelidikan Kelestarian. Universiti Utara
Malaysia, Kedah.

Khairi .I, 2011. Membina Jenama Perniagaan Melalui Facebook. DAS Publishing Sdn.Bhd.
Kuala Lumpur.

Mohamad Zaki Ahmad, Johan Afendi Ibrahim (2006) Pelancongan dan alam sekitar:
Ekopelancongan sebagai alat untuk mencapai pembangunan pelancongan mapan dan
meningkatkan kualiti persekitaran. In: Isu-isu & pengurusan alam sekitar fizikal, pp.
95-116. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Rosniza Aznie .CR, Mohd Azlan .A, Rozalini .R, Rosmiza .M .Z, Abdul Rahim .M .N, Mohd
Fuad .M .J & Novel .L, 2012. Potensi Tarikan Ekopelancongan Rekreasi di Taman
Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak. Malaysia Journal of Society and
Space 8(7) 125-134. Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Siti Aminah .K & Ahmad .E, 2014. Pembangunan Kemahiran Kerja Berpasukan Menerusi
Aktiviti Perkhemahan dalam Kalangan Ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa
Malaysia (KLKM). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.

Werndl .C, 2014. Definitions of Climate and Climate Change Under Varying External
Conditions. Earth System Dynamic Discussions (5) 683-719. Copernicus Publications
on the European Geosciences Union. United Kingdom.

Zbigniew M (1995) Environmental issues of tourism and recreation. University Press of


America, United States.

You might also like