You are on page 1of 1

Salam Semut

Aktiviti :

i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan.
(Cth. Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah”
(Bagi sama jantina).
iii.                  Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan.

Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktivi

Kungfu Wacha (1,2,3,4)

Aktiviti :
                Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
                Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
                Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
                Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)

Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

Kelopak Jantung

Aktiviti :

1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.


2.       Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
3.       Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
4.       Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang.

Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

You might also like