You are on page 1of 13

PANDUAN TANAM BULUH MADU

Buluh Madu merupakan tanaman yang senang ditanam dan diselenggara selain dapat memberi hasil yang

berterusan dan lumayan. Buluh madu dipercayai berasal dari Thailand (sebagai tanaman hiasan). Penanaman

buluh ini dikesan ditanam secara komersial bermula di Perlis dan kini tanaman ini mulai ditanam di Kelantan,

Perak, Pahang, Muar dan juga Kuala Berang.Keistimewaaan buluh madu adalah tidak miang, mempunyai

rebung yang rasanya lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk, boleh dijadikan jeruk manisan, kerepek,

tepung dan boleh juga dijadikan sebagai tanaman hiasan.

Keperluan Asas Tanaman

 Jenis tanah : Pelbagai jenis tanah. Selain itu juga ia sesuai ditanam di kebanyakkan tanah yang bermasalah.

Tapi yang paling baik, tanah yang mempunyai saliran yang baik.

Penyediaan Kawasan
 Permulaan penanaman adalah perlu diaplikasikan kapur GML+organic+CIRP bagi menggalakkan

pertumbuhan akar dan mengurangkan kadar kematian anak benih.

Penyediaan Anak Benih

 Jenis bahan tanaman:

 Biji benih -jarang dilakukan kerana masalah untuk mendapatkan biji benih yang bernas dan

penghasilan biji benih tidak bermusim.

Biji benih buluh

 Anak pokok yang bertunas selepas rebung diambil.


Anak pokok tumbuh selepas rebung diambil

 Kultur tisu

Anak benih buluh melalui proses kultur tisu di makmal

 Keratan dahan dan batang- kerana ia boleh menghasilkan bahan tanaman dengan lebih cepat.

Keperluan keratan dahan:

 Ciri-ciri keratan dahan yang dipilih untuk pembiakan adalah segar dan baru, bebas daripada pe–nyakit,

mempunyai pertumbuhan akar udara pada bahagian pangkal dahan dan mempunyai mata atau tunas

pada bahagian pangkal serta ruas dahan.

 Setiap keratan dahan perlu mempunyai tiga atau empat ruas. Potongan dahan dari batang perlu

dilakukan dengan berhati-hati supaya tunas tidak cedera atau dirosakkan ketika kerja pengambilan

keratan dijalankan.

 Keratan yang diambil seelok-eloknya ditanam segera kerana jika lewat keratan itu perlu disimpan di

dalam keadaan lembap seperti di dalam guni atau dalam habuk kayu lembap dan peerlu ditanam dalam

tempoh 3-4 hari.

 Bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan tunas, disyorkan supaya hormon penggalak akar komersial

diletakkan pada keratan dahan.


Pegawai FRIM menunjukkan cara penanaman buluh

Kaedah penanam buluh dilakukan


Keperluan keratan batang (lebih sesuai untuk buluh madu):

 Bahagian tengah dan atas batang buluh yang berusia dua hingga tiga tahun didapati mempunyai kadar

kehidupan yang baik.

 Keratan batang yang digunakan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua ruas dan mempunyai

mata atau tunas serta dahan kecil yang hidup.

Keratan batang buluh

Penanaman di Ladang:

 Jangka masa keratan dibiarkan di tapak semaian selama tiga hingga empat bulan iaitu hingga keratan

itu berakar sebelum boleh ditanam di lapangan.

 1 ekar tanah dapat ditanam kira-kira 300 hingga 350 pokok dengan menggunakan jarak tanaman 12

kaki x 12 kaki @ 15 kaki x 20 kaki.

 Rebung dibiarkan tumbuh terlebih dahulu sekitar 5-7 batang bagi satu rumpun sebelum hasil pertama

dituai.
 Buluh madu perlu dicuci (pangkas) bagi mengelak pokok menjadi terlalu besar, tinggi dan terlalu

banyak dalam satu rumpun bagi mengelakkan peningkatan kos pembajaan.

Jarak yang sesuai untuk tanaman buluh diperlukan


Buluh perlu dipangkas bagi mengurangkan kos pembajaan. Pucuk yang tumbuh aktif juga perlu dicantas

Pengurusan Air

Bagi anak pokok yang baru ditanam, penyiraman perlulah dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari

berterusan selama seminggu bagi mengelak pokok daripada mati kekurangan air.

Pembajaan

 Baja NPK Hijau 15:15:15 dan juga Organik setiap 3 bulan sekali. Kadar pemberian baja setiap tahun adalah

sekitar 100-300 kg/ha.

Pengurusan Perosak

 Sifat buluh yang tumbuh meliar membuatkan ia tidak banyak menghadapi serangan musuh perosak.

Kutipan hasil

 Rebung buluh madu boleh dituai sekitar 8 bulan -1 tahun bergantung kepada cara penjagaannya.
 Rebung madu boleh dituai apabila telah mencapai ketinggian 0.8 – 1 meter dan potensi hasil bagi

setiap rumpun adalah kira-kira 2 kg rebung /bulan.

 Rebung yang dituai perlu diproses segera bagi mengelakkan proses pengoksidaan.

 Harga bagi penjualan buluh rebung adalah sekitar RM3 –RM 7 sekilogram bergantung kepada tempat

jualan.

Perabot yang boleh dihasilkan daripada buluh


Jeruk yang dihasilkan dari buluh madu

Rebung daripada buluh madu


Kerepek buluh madu

Sumber: http://suktra.terengganu.gov.my/, http://www.hmetro.com.my/
Melentur buluh biarlah daripada rebung’ adalah antara peribahasa yang sangat sinonim
dengan masyarakat Melayu.

Ini menunjukkan betapa dekat dan prihatinnya masyarakat Melayu dengan alam sekitar
seperti buluh dan rebung.

Buluh sememangnya mempunyai banyak kegunaan daripada landskap, bahan binaan


rumah sehinggalah kepada perabot, sementara rebung pula enak dijadikan masakan
gulai lemak cili padi.

Melihat kepada banyaknya kegunaan buluh dan rebung, Adnan Osman mula membawa
pokok-pokok buluh dari China bagi perniagaan landskapnya.

Antara buluh yang dibawa masuk adalah buluh rebung madu yang mudah ditanam,
sesuai untuk tanaman landskap serta rebungnya pula tidak miang seperti rebung biasa.

Mula membawa masuk buluh rebung madu pada tahun 2004, Adnan
mengusahakannya di tanah seluas 100 hektar di Kedah.

“Saya memilih rebung madu kerana ia mudah diselenggarakan walaupun di tanah yang
kering, berpasir mahupun lembap,” katanya semasa ditemui di ladang rebung madunya
di Projek Pertanian Moden Lanchang, Pahang.

Lawatan ke ladang rebung madu merupakan sebahagian daripada lawatan program


Agrochallange Putrajaya-Pekan yang berlangsung baru-baru ini.

Pengurus Tunas Budi Sdn Bhd ini menyifatkan rebung madu yang ditanam amat
istimewa kerana cepat membesar, tidak miang serta tidak pahit seperti rebung biasa.

“Buluhnya yang kecil, rumpunnya yang rapat serta tidak mempunyai miang
menyebabkan ia sesuai ditanam di sekeliling rumah,” katanya.

Ditanya mengenai pengendalian rebung madu, Adnan memberitahu, tidak sesukar


mana kerana tanaman berkenaan tidak memerlukan air yang banyak.

“Malah pokok ini boleh hidup walaupun di kawasan yang ditambak dan kering mahu
pun di tempat berpaya.

“Cuma apabila ditanam di kawasan yang agak basah, buluhnya akan tumbuh lebih
besar,” katanya yang memelihara itik sebagai produk sampingan ladangnya.

Jelas Adnan, tanaman buluh rebung madu hanya memerlukan kawasan yang tidak
begitu besar kerana satu ekar boleh ditanam dengan 300 rumpun buluh.
Ini bermakna satu rumpun hanya memerlukan kawasan seluas 12 kaki x 12 kaki.

“Apa yang lebih menarik, jangka hayat buluh bukan hanya boleh mencapai sehingga
beratus-ratus tahun tetapi mudah hidup dan boleh dituai dalam masa yang singkat,”
katanya.

Biasanya rebung akan membesar sebanyak enam inci sehari dan boleh dituai setiap dua
hingga lima hari.

“Serumpun buluh biasanya boleh menghasilkan dua kilogram rebung sebulan dengan
harga pasaran RM5 hingga RM7 sekilogram,” katanya.

Adnan berkata, sehingga kini lebih 90 peratus rebung diimport terutamanya rebung
kaleng.

“Buat masa ini tidak sampai 10 peratus rebung tempatan yang berada di pasaran
tempatan dan bekalan tidak dapat menampung permintaan pelanggan,” katanya.

Adnan yang sentiasa peka dengan aktiviti pemasaran telah mula mempelbagaikan
industri hiliran bagi rebung madu.

Selain menjualnya secara segar untuk gulai, beliau juga memprosesnya dalam bentuk
jeruk untuk dimakan sebagai kudapan.

“Jeruk rebung madu memang mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana
rasanya yang lemak manis.

“Jeruk ini diproses tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet,” katanya yang
bercadang untuk mengkomersialkannya dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun bagi merealisasikan impiannya, Adnan perlukan bekalan rebung madu


yang mencukupi.

Justeru bagi mengatasi masalah berkenaan, Tunas Budi Sdn Bhd telah mengadakan
pusat jualan serta latihan bagi menanam rebung madu.

“Kami menyediakan pakej menanam rebung madu bermula dengan kaedah menanam,
penjagaan, cara menuai sehingga memproses kepada sesiapa yang berminat.

“Kami juga memberikan pilihan sama ada mereka menjual rebung kepada kami atau
memasarkannya sendiri,” katanya.
Dengan ini, penanam tidak perlu terikat dengan syarikatnya bagi tujuan pemasaran dan
mereka boleh membuat pilihan sendiri.

Berkonsepkan agro pelancongan, Adnan juga menyediakan kemudahan penginapan


calet bagi peserta yang berminat mengikuti kursus tanaman rebung madu di ladangnya.

“Ini bagi membolehkan peserta merasai pengalaman bagaimana mengendalikan


tanaman rebung madu secara hands-on,” katanya.
Kursus dibahagikan kepada dua pakej iaitu pakej satu hanya meliputi tanaman dan
tuaian dan kedua tanaman, tuaian dan pemprosesan jeruk.

Adnan berkata, selesai kursus peserta boleh membeli rumpun buluh untuk ditanam
sendiri dengan harga yang berpatutan di ladangnya.

Pembaca yang ingin maklumat lanjut mengenai tanaman rebung madu boleh
menghubungi Adnan di 016-4935395, 013-9180248 atau e-
mel: nanbamboo@yahoo.com

You might also like