You are on page 1of 8

Contoh Kerja Lapangan

Tajuk Kajian: Kajian tentang kesan pembuangan sisa domestik dan cadangan mengatasinya di kawasan tempat
tinggal anda.

SET 1
1 Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru geografi saya, Puan Ummi
binti Jusoh kerana sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 1 ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Puan Zaiton binti Alimi yang
memberikan kebenaran dan sokongan kepada kami untuk menjalankan soal selidik selepas waktu persekolahan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa tersayang saya
kerana memberi dorongan dan bantuan dari segi kewangan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya bersyukur
kerana mendapat kerjasama daripada ahli kumpulan saya, iaitu Rosliza binti Aziz, Tan Eng Ching, Kumar a/l
Mutusamy dan Tajuddin bin Yusoff. Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada 10 orang
responden saya dalam kajian ini.

2 Pendahuluan

Menurut Buku Teks KSSM Geografi Tingkatan 1 (m/s 146 – 147), sisa domestik dikenali sebagai sisa yang
terhasil dari kawasan perumahan. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair yang boleh dibahagikan
kepada bahan organik dan bahan bukan organik.

Sisa bahan organik boleh diuraikan dan dilupuskan. Sisa bahan organik ini dihasilkan dari sumber haiwan
dan tumbuhan. Contohnya, seperti sisa makanan, sisa kebun dan kertas.

Sisa bahan bukan organik dihasilkan dari sumber mineral dan sukar diuraikan atau dihapuskan. Contoh
seperti tin, plastik, besi buruk, kaca dan E-sisa.

Menurut Buku Rujukan Fokus PT3 Geografi Tingkatan 1,2, 3 KSSM (m/s 135), contoh sisa pepejal terdiri
daripada plastik, kertas, tin alluvium, perabot, lampin pakai buang, E-sisa, botol kaca, kain buruk, sisa makanan,
kayu dan polisterin. Contoh sisa cecair seperti minyak masak, racun serangga, air kumbahan dan air cucian
pinggan mangkuk.

3 Objektif Kajian

Kajian saya tentang pembuangan sisa-sisa domestik di Taman Asa Jaya, Kajang telah merangkumi beberapa
objektif seperti berikut:
(a) Menghuraikan konsep dan takrifan sisa domestik di kawasan kajian.
(b) Menerangkan latar belakang sisa domestik di kawasan kajian.
(c) Melakar secara terperinci peta kawasan kajian.
(d) Menyenaraikan dan menghuraikan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.
(e) Menyenaraikan dan menghuraikan cadangan untuk mengatasi kesan pembuangan sisa domestik di kawasan
kajian.

4 Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah Taman Asa Jaya, Kajang. Saya memilih kawasan ini kerana penduduk di kawasan
taman ini semakin meningkat kesan peningkatan warga asing. Kedudukan Taman Asa Jaya yang berhampiran
dengan bandar Kajang, iaitu kira-kira 3km. Bentuk muka buminya beralun dan bersaliran baik. Di sebelah
barat dan tenggara terdapat kawasan hutan yang dapat menyederhanakan suhu harian. Ciri fizikal tersebut
menyebabkan udara nyaman sesuai dengan petempatan.

New Contoh KL PT3.indd 1 8/5/2019 11:56:31 AM


Taman ini juga berdekatan dengan Lebuhraya LEKAS di bahagian barat dan Jalan Semenyih telah
meningkatkan darjah ketersampaian. Di sebelah timur kawasan kajian terdapat Sekolah Vokasional Kajang. Ciri
budaya di kawasan kajian seperti jalan yang lebar memudahkan pergerakan kenderaan. Ciri budaya yang lain
seperti taman permainan, surau, loji kumbahan, kilang-kilang dan pusat aktiviti kitar semula. Faktor seperti jalan
raya, kilang dan sekolah menyumbangkan kepada bilangan penghuni di kawasan kajian semakin meningkat.

5 Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Kaedah itu ialah seperti berikut:
(a) Pemerhatian
Saya telah melawat kawasan kajian saya di Taman Asa Jaya, Kajang untuk membuat pemerhatian tentang latar
belakang kawasan tersebut. Saya memerhatikan keadaan dan jenis sisa domestik yang dijana di Taman Asa
Jaya, Kajang.

(b) Soal Selidik


Saya menyediakan satu set soal selidik untuk diajukan kepada 10 orang responden di kawasan kajian.
Kandungan kajian soal selidik tersebut ialah berkaitan tentang jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan
kajian, kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian dan cadangan mengatasi kesan tersebut. Contoh
borang soal selidik seperti dalam lampiran.

(c) Rujukan
Saya merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 1 untuk mendapatkan maklumat tentang konsep dan takrifan
kegiatan ekonomi. Saya juga merujuk buku rujukan geografi di perpustakaan sekolah untuk mendapatkan
maklumat berkaitan tajuk kajian. Saya telah melayari laman sesawang berkaitan dengan tajuk yang dikaji
semasa menjalankan kajian ini.

6 Hasil Kajian

(a) Kesan pembuangan sisa domestik di Taman Asa Jaya, Kajang


(i) Pencemaran bau
Mengikut responden yang bernama Encik Masran bin Adnan yang tinggal di Jalan Asa 13, berasa gelisah
kerana jirannya sentiasa membuang sisa domestik ke dalam longkang di belakang rumahnya. Bau busuk
dan hanyir membuat beliau rasa kurang selesa terutamanya apabila angin bertiup ke arah rumahnya.

(ii) Pencemaran udara


Encik Lee Soon Huat, seorang responden di Jalan Asa 2, menyatakan berlaku pembakaran sisa kebun
di padang permainan di depan rumahnya oleh penghuni yang tidak bertanggungjawab. Asap daripada
pembakaran tersebut kadang-kadang bergerak ke arah rumahnya. Keadaan ini menjejaskan keselesaan
hidupnya. Tambahan pula beliau ada menghidap penyakit lelah.

(iii) Kesihatan
Mengikut seorang responden yang bernama Puan Sivarangani menyatakan bahawa masih penghuni yang
mempunyai tabiat buruk dengan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya. Keadaan ini
akan menyebabkan kehadiran haiwan seperti tikus, lalat, lipas dan nyamuk. Tambahan beliau lagi, anak
kawannya yang tinggal di Jalan Asa 3 pernah mengidap demam denggi. Longkang yang tersumbat dan
tin-tin kosong yang terbiar di taman permainan menggalakkan pembiakan nyamuk Aedes.
(iv) Landskap atau perubahan pandang darat
Melalui pemerhatian kumpulan saya, sikap membuang sisa domestik di merata tempat menyebabkan
kawasan persekitaran tidak terurus. Keadaan ini menyebabkan perubahan landskap terutama di taman
permainan daripada kawasan hijau, sekarang dikotori banjiri oleh plastik, kertas dan sisa kebun serta
perabot.

New Contoh KL PT3.indd 2 8/5/2019 11:56:32 AM


(v) Kos Penyelenggaraan
Encik Omar bin Abdullah, seorang responden di Jalan Asa 7, menyatakan bahawa pembuangan
kertas plastik dan botol minuman merata-rata telah meningkatkan kos pembersihan dan pelupusan
sampah oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti majlis Perbandaran Kajang. Sepatutnya perbelanjaan
tersebut boleh digunakan untuk menyediakan alat-alat permainan di dua taman.

(b) Cadangan untuk mengatasi kesan pembuangan sisa domestik di kawasan Taman Asa Jaya
(i) Penguatkuasaan undang-undang
Mengikut Puan Sabrina Ooi di Jalan Asa 13, menyatakan bahawa pihak berkuasa temparan (PBT)
perlu sering memantau dan mendenda penghuni yang melakukan pembakaran terbuka. Tindakan
ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk Taman Asa Jaya bahawa penjagaan
alam sekitar sangat penting.

(ii) Pendidikan
Mengikut Encik Subramaniam a/l Nambiar di Jalan Asa 2 menyatakan bahawa Program
Pendidikan Kitar Semula adalah sangat penting untuk memberi pendidikan kepada penduduk
bagaimana menguruskan sendiri bahan buangan atau sisa pepejal di rumah. Peranan badan bukan
kerajaan (NGO) serta jabatan kerajaan terhadap aktiviti ini dapat membantu penduduk di Taman
Asa Jaya menyedari perlunya penjagaan alam sekitar dengan mengitar semula sisa pepejal yang
tidak diperlukan. Keadaan ini dapat meningkatkan penjagaan alam sekitar dan mengurangkan
pencemaran yang dikaitkan dengan sisa domestik.

(iii) Kempen
Mengikut Encik Frankie Ho, menyatakan bahawa media massa atau media sosial memainkan
peranan utama untuk kempen kesedaran menjaga kesihatan kepada komuniti setempat dengan
iklan pembuangan sisa pepejal dengan cara yang betul demi alam sekitar yang ceria dan sihat.
Mengikut Encik Cheah Ah Heng, kempen gotong-royong boleh dijalankan pada hari minggu
untuk mengutip sampah sarap. Ini merupakan tanggungjawab sosial bagi penghuni di Taman Asa
Jaya

(iv) Amalan 3R
Mengikut Puan Liew Swee Lan, iaitu seorang responden di Jalan Asa 4, menyatakan bahawa
bagi menangani isu pembuangan sisa domestik, ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-
anak tentang cara membuang sampah dengan betul. Tambahan beliau lagi, masyarakat boleh
mengamalkan kempen kitar semula dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal seperti bahan
plastik, kaca, kertas, tayar terpakai dan sebagainya sekali gus mengurangkan pelepasan gas ammonia
serta mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat.

(v) Tong kitar semula percuma


Beberapa orang responden menyarankan bahawa PBT menyediakan tong kitar semula percuma
di setiap rumah bagi memudahkan pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik. Keadaan ini
akan memudahkan penduduk mengumpul sisa pepejal sebelum dihantar untuk dilupuskan dan
mengurangkan kos penyelenggaraan PBT dalam jangka panjang.

7 Rumusan
Saya sangat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja lapangan saya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Semasa menjalankan kajian ini, banyak pengetahuan, pengajaran, dan nilai yang telah saya pelajari. Saya juga
memahami kesan-kesan pembuangan sisa domestik ke atas alam sekitar di kawasan kajian saya. Daripada situ,
lahirlah kesedaran pentingnya untuk mengadakan usaha untuk mengatasi kesan tersebut.

Akhir kata, sebagai masyarakat dan penduduk yang prihatin terhadap alam sekitar, usaha untuk mengatasi
kesan-kesan pembuangan sisa domestik di Taman Asa Jaya, Kajang, seharusnya dijalankan sama ada secara
individu atau bermasyarakat. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih prihatin dan mengambil langkah
yang sewajarnya.

New Contoh KL PT3.indd 3 8/5/2019 11:56:32 AM


8 Rujukan
(a) Buku Teks/Buku Rujukan
Hisham Azman bin Ibrahim, Mohamad Khairun bin Ahmad, 2017. Buku Teks Geografi Tingkatan 1. Kuala
Lumpur: Era Visi Sdn. Bhd.

Kang Chai Yoeng, Zulkipli Ismail, Rajanderan Subramaniam, Chong Yoon Choi, 2019. Fokus PT3 Geografi
Tingkatan 1, 2, 3 KSSM. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(b)
Orang Sumber
Masran bin Adnan, 51 tahun, No 33, Jalan Asa 2, Taman Asa Jaya, 43000 Kajang, Selangor.

(c)
Internet
Abdul Aziz Latif. (2018). Pelupusan Sisa Pepejal Domestik yang Tidak Terkawal Beri Kesan Negatif kepada
Kesihatan. Diperoleh 16 jun 2019. Dari http://www.kk.usm.my/index.php/news-media/981

9 Lampiran

(a) Foto di Taman Asa Jaya

Foto 1 Sisa domestik Foto 2 Pusat aktiviti kitar semula

Foto 3 Jadual kutipan sisa pepejal Foto 4 Kesan pembakaran sisa domestik

New Contoh KL PT3.indd 4 8/5/2019 11:56:32 AM


(b)
Borang soal selidik

BORANG SOAL SELIDIK


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 2019

Nama responden: ................................................................................................................................................

Umur: ........................................ Tahun: ......................................... Bulan: .................................

Alamat rumah: .................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................

Arahan: Tandakan () pada mana yang sesuai.

(a) Jenis sisa domestik di Taman Asa Jaya, Kajang.


(i) Sisa makanan (vi) Plastik
(ii) Sisa kebun (vii) Besi buruk/logam
(iii) Kertas (viii) Kertas
(iv) Tin (ix) Perabot
(v) E-sisa (x) Lain-lain (nyatakan) ...........

(b) Kesan sisa domestik di Taman Asas Jaya, Kajang.

(i) Bau busuk (v) Penyakit denggi


(ii) Kesihatan terjejas (vi) Imej penghuni terjejas
(iii) Pemandangan landskap/ (vii) Pembiakan lalat/nyamuk/burung
pemandangan negatif gagak
(iv) Longkang tersumbat (viii) Lain-lain (nyatakan) ...........

(c) Cadangan mengatasi kesan sisa domestik di Taman Asas Jaya, Kajang.

(i) Penguatkuasaan undang-undang (v) Penyediaan tong sampah percuma


(ii) Pendidikan alam sekitar/kesedaran (vi) Penggunaan barang dikitar semula
(iii) Program konsep 3R (vii) Pengurangan penggunaan plastik
(iv) Kempen (viii) Pengasingan sampah di punca
(v) Aktiviti gotong royong (x) Lain-lain (nyatakan) ...........

New Contoh KL PT3.indd 5 8/5/2019 11:56:32 AM


(c) Contoh Surat Makluman kepada Ibu Bapa/Penjaga

Tarikh: .........................................
.......................................................................................
.......................................................................................
.......................................................................................
.......................................................................................

Kepada,
.......................................................................................
.......................................................................................
.......................................................................................
.......................................................................................

Tuan/Puan

MAKLUMAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI KSSM


Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Semua murid Tingkatan 1 sekolah ini akan terlibat dalam Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1.
Laporan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 merupakan sebahagian daripada keperluan Pentaksiran
Tingkatan 1. Bagi tujuan ini, semua murid perlu menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3. Dimaklumkan juga bahawa Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 akan dijalankan pada ...................

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................
(Nama Pengetua dan Cop Sekolah)
#Tarikh dan masa mengikut ketetapan sekolah.

(Keratan Jawapan)

Saya ........................................................................................... No. kad pengenalan: ............................

Ibu/Bapa/Penjaga kepada murid bernama .................................................................. Tingkatan .............


(membenarkan/tidak membenarkan) anak di bawah jagaan saya menjalankan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 1 pada tarikh tersebut).

Tanda tangan: ................................................................

Nombor telefon: ............................................................

New Contoh KL PT3.indd 6 8/5/2019 11:56:32 AM


(d) Contoh Surat Akuan Diri Murid

Tarikh: .........................................
Nama Sekolah: ...............................................................
Alamat Sekolah: ............................................................
............................................................
............................................................

Kepada,
Sesiapa yang berkenaan: ................................................
.......................................................................................

Tuan/Puan

MAKLUMAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI KSSM

Pembawa surat ini (nama) ........................................................................................................................

(No. kad pengenalan) .................................................... ialah seorang murid Tingkatan ..........................

di Sekolah Menengah Kebangsaan ...........................................................................................................

.................................................................................................. Calon ini sedang melaksanakan Kerja


Lapangan Geografi Tingkatan 1 sebagai sebahagian daripada keperluan Pentaksiran Tingkatan 1.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama
kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3. Kerjasama dan bantuan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................
(Nama Pengetua dan Cop Sekolah)

New Contoh KL PT3.indd 7 8/5/2019 11:56:32 AM


(e) Peta Lakar

Tajuk: Peta Lakar Taman Asa Jaya, Kajang, Hulu Langat, Selangor
T.A U

15
A
PANGSAPURI

AS

14
N

SA
JL

NA

13
A B

JL

SA

g.
NA

Pd
JL
C D
SURAU
AN
JA NUR
LA

I
N

DA
JLN

9
KE
AS

SA
A6 JLN

NA
AS
AS KA A8

JL
A WA
S AN

10
KIL
AN

ASA
G

A5

JLN
AS
JLN

A4
AS
JLN

A3
AS
N
Pdg.

JL
A2
R.P. AS
JLN

K
KU OLAM
MB
AH A1
AN AS
JAL JLN
AN
SEM
ENY
TAMAN IH
PRIMA KAJANG

PETUNJUK

Pdg. PADANG R.P. RUMAH PAM

HUTAN JALAN RAYA

T.A. TANGKI AIR PETEMPATAN

New Contoh KL PT3.indd 8 8/5/2019 11:56:32 AM

You might also like