You are on page 1of 9

TOPIK 2:

MANUSIA

Pernafasan Manusia

1. Bernafas merupakan satu proses hidup manusia.


2. Peparu ialah organ pernafasan yang menjalankan pertukaran oksigen dan
karbon dioksida.
3. Organ yang terlibat semasa pernafasan: Hidung, Trakea, Peparu.
4. Semasa menarik nafas
1. Udara masuk dari: Hidung -> Trakea -> Peparu.
2. Peparu mengembang.
3. Dada naik dan mengembang.
4. Diafragma mengendur dan turun ke bawah.
5. Semasa menghembus nafas,
1. Udara keluar dari: Peparu -> Trakea -> Hidung.
2. Peparu mengempis.
3. Dada turun dan mengempis.
4. Diafragma mengecut dan naik ke atas.
6. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam
masa satu minit.
7. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.

1. Kadar pernafasan rendah: tidur, membaca


2. Kadar pernafasan sederhana: bermain boling, berbasikal
3. Kadar pernafasan tinggi: berenang, berlari
o Semasa melakukan aktiviti cergas, badan memerlukan lebih banyak
udara. Oleh itu, peparu memerlukan lebih banyak udara dan
menyebabkan kadar pernafasan bertambah.
o Hubungan: Semakin cergas aktiviti yang dilakukan, semakin tinggi kadar
pernafasan.
o Kesimpulan: Setiap orang mempunyai kadar pernafasan yang berbeza. 

Perkumuhan
1. Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.
2. Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak disingkirkan daripada
badan.
3. Terdapat 3 organ perkumuhan: Ginjal, Kulit dan Peparu. 

Penyahtinjaan

1. Penyahtinjaan ialah proses menyingkirkan sisa-sisa makanan keluar


melalui dubur sebagai tinja.
2. Penyahtinjaan berlaku kerana ada sisa-sisa makanan yang tidak dapat
dihadamkan oleh perut kita.
3. Perkumuhan dan penyahtinjaan penting bagi badan kita.
4. Jika hasil perkumuhan dan penyahtinjaan tidak disingkirkan, bahan tersebut
akan terkumpul dalam badan kita dan menjadi toksik atau beracun.
5. Pelbagai penyakt boleh berlaku jika perkumuhan dan penyahtinjaan tidak
berlaku: 
1. Jika tidak berlaku perkumuhan, kita boleh menghidapi masalah batu
karang atau kencing berdarah. 
2. Jika tidak berlaku penyahtinjaan, kita boleh menghadapi masalah kanser
usus, radang usus atau usus tersumbat.

Gerak Balas Terhadap Rangsangan

1. Rangsangan ialah keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh


manusia.
2. Gerak balas ialah tindakan yang diambil terhadap rangsangan.
3. Manusia dapat mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan dengan
menggunakan organ-organ deria, iaitu lidah, mata, hidung, telinga dan kulit.
4. Gerak balas terhadap rangsangan penting bagi manusia untuk mengesan
perubahan dan mengelakkan diri daripada bahaya, kecederaan dan
sebagainya.
5. Contoh gerak balas terhadap rangsangan:
1. Menggunakan payung untuk mengelakkan diri daripada cuaca panas
(kulit).
2. Memakai tuala tebal dalam keadaan kesejukan (Kulit).
3. Mengangkat dan menarik kaki apabila terpijak benda tajam (kulit).
4. Menggunakan cermin mata gelap semasa cahaya matahari terik (mata).
5. Menutup hidup apabila terhidu bau kuat (hidung).
6. Terkejut apabila mendengar bunyi kuat daripada hon kereta (telinga).
6. Kesimpulan: Manusia bergerak balas terhadap rangsangan. 
LATIHAN TROPIKAL 1
Arahan : Lengkapkan soalan dengan jawapan yang betul.

a) Namakan gas yang diperlukan oleh badan semasa pernafasan.

………………………………………………………………………………………………… ( 1 markah)

b) Namakan gas yang dibuang daripada badan semasa menhembus nafas.

………………………………………………………………………………………………… ( 1 markah)

c) Nyatakan tiga organ pernafasan manusia:

i) …………………………………

ii) ………………………………..

iii) ………………………………. (1 markah)

d) Semasa manarik nafas,

Peparu ……………………………………………..............................................

Dada ................................... dan ………………………………………………..

Diafragma ………………….... dan ………………………………………………. (1


markah)

e) Semasa menghempus nafas,

Peparu ………………………………………………………………………………

Dada …………………………………. dan ……………………………………….


Diafragma …………………………… dan ………………………………………. (1 markah)

LATIHAN TROPIKAL 2

Arahan: Lengkapkan soalan dengan jawapan yang betul.

a) Label rajah 1 di bawah. (3


markah)

Rajah 1
b) Nyatakan laluan gas oksigen semasa manusia menarik nafas.

( 1 markah)
c) Nyatakan laluan gas karbon dioksida semasa manusia menghembus nafas.

( 1 markah)

d) Namakan saluran yang menghubungkan hidung dengan peparu.

………………………………………………………………………………………………… ( 1 markah)
LATIHAN TROPIKAL 3

Arahan : Rajah 2 menunjukkan struktur pernafasan manusia.

Rajah 2
a) P dan Q adalah organ yang terlibat dalam proses pernafasan manusia. Namakan organ P
dan Q tersebut.

P : ……………………………………. ( 1 markah)
Q : …………………………………… ( 1 markah)

b) Tulis laluan yang betul apabila udara di sedut masuk ke dalam badan.

( 1 markah)

c) Gariskan perkataan yang betul.

i) Apabila kita menarik nafas, dada kita akan naik dan ( mengembang / mengempis ) udara
masuk ke peparu. ( 1 markah)
ii) Apabila kita menghembus nafas, dada kita akan turun dan ( mengembang / mengempis )
uadara keluar dari peparu. ( 1 markah)

LATIHAN TROPIKAL 4

Arahan : Lengkapkan soalan dengan jawapan yang betul.

Organ x Organ y Organ z

Rajah 3
a) Namakan organ di atas dan hasil perkumuhannya:

i) Organ x : ………………………………………………………
Hasil Perkumuhan : ………………………………………………………
ii) Organ y : ………………………………………………………
Hasil Perkumuhan : ………………………………………………………
iii) Organ z : ………………………………………………………
Hasil Perkumuhan : ………………………………………………………
( 3 markah)

b) Apakah yang akan berlaku sekiranya manusia tidak menyingkirkan bahan buangan daripada
badannya?
……………………………………………………………………………………………………………….
( 2 markah)
LATIHAN TROPIKAL 5

Arahan : Lengkapkan soalan dengan jawapan yang betul.

a) Nyatakan apakah itu penyahtinjaan ?

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

(1
markah)

b) Kenapakah penyahtinjaan berlaku ?

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

(1
markah)

c) Pelbagai penyakt boleh berlaku jika perkumuhan dan penyahtinjaan tidak berlaku.
Nyatakan penyakit-penyakitnya:

i) ………………………………………………….

ii) …………………………………………………

iii) ………………………………………………...

(3
markah)

You might also like