You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOHN (1)

MINIT MESYUARAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING BIL 1/2019

Tarikh : 8 Januari 2019


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En. Muniandy a/l Suppiah
Setiausaha : Pn.Nur Wahidah bt. Mohd Pilus

Kehadiran :
1. En. Muniandy a/l Suppiah Pengerusi/Guru Besar
2. Pn. Khairiah Affidah bt Ahmad Shaari GPK HEM
3. Pn. Nurul Athirah Izzati bt Awang
4. Pn. Roslina bt Mohmed
5. Cik Lyana bt Ismail
6. Cik Nurul Haffifah bt Abdul Razak
7. En. Safwan Fikri b Buyamin
8. En. Ahmad Afify b Mansor
9. Pn. Puteh Munirah bt Ibrahim
10. Pn. Norizmahani bt Ishak
11. Cik Zakiah bt Sailan

Setiausaha :
Pn. Nur Wahidah bt Mohd Pilus

Pencatat Minit :
Pn. Syarizat Zaihani bt Jamaludin

Tidak Hadir Bersebab :

1. En. Abdul Halim b Yusof (MC)


2. En. Asrab Khan b Abdul Kassim

1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 En. Muniandy mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa pada mesyuarat
jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling buat kali yang pertama.

1.2 En.Muniandy menyatakan bahawa peranan unit Bimbingan & Kaunseling pada tahun 2018
telah berjalan dengan lancar seperti mengadakan program motivasi dan sesi bimbingan kaunseling
kepada murid-murid yang bermasalah.

1.3 Pengerusi berharap agar Unit Bimbingan & Kaunseling akan terus maju jaya walaupun dengan
ketiadaan Pn. Khairiah yang telah berpindah ke sekolah baru.

1.4 Pengerusi juga berharap Unit Bimbingan & Kaunseling dapat membantu dalam membentuk
disiplin semua murid Sk. St John (1). Guru Besar juga menyatakan guru-guru juga perlu
memainkan peranan dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Beri penekanan
terhadap cara menghormati guru dengan memberikan ucapan selamat apabila berjumpa dengan
guru atau pelawat dari luar.

1.5 En. Muniandy berharap disiplin murid-murid dapat dipertingkatkan kerana mereka masih lagi
membuat bising ketika berada di kawasan tarmac dan di dewan terutamanya sebelum sesuatu acara
dimulakan.

1.6 Guru Besar memaklumkan bahawa guru perlu membuat teguran kepada murid-murid yang
melakukan kesalahan. Selain itu, murid-murid juga hendaklah diingatkan agar tidak membeli
makanan di luar kawasan sekolah. Semua guru perlu memainkan peranan untuk memastikan
disiplin murid terkawal dan dapat mengurangkan masalah disiplin pada tahun 2019.

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling bilangan 1/2019

Disahkan oleh : Pn. Roslina bt Mohmed


Disokong oleh : Sebulat suara

Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada

2
4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN TAHUNAN

4.1 Perancangan Tahunan

4.1.1 Pn. Nur Wahidah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli jawatankuasa Unit
Bimbingan & Kaunseling bagi tahun 2019.

4.1.2 Pn. Nur Wahidah berharap semua ahli jawatankuasa dapat memberi kerjasama dalam
melaksanakan aktiviti Unit Bimbingan & Kaunseling untuk tahun 2019.

4.1.3 Pn. Nur Wahidah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru dan
pihak PIBG di atas sumbangan idea serta kewangan untuk menaiktaraf bilik Bimbingan dan
Kaunseling. Selain itu juga, Pn. Nur Wahidah mengucapkan terima kasih kepada En. Suhaimi
kerana telah membantu beliau dalam menaiktaraf bilik tersebut.

4.1.4 Pn. Nur Wahidah mengedarkan Perancangan Tahunan Unit Bimbingan & Kaunseling 2019
kepada semua ahli jawatankuasa. Semua aktiviti yang telah dirancang pada tahun 2019 adalah
merujuk kepada takwim sekolah.
Makluman

4.1.5 Pn. Nur Wahidah memaklumkan bahawa beberapa program motivasi akan dijalankan kepada
semua murid Tahap 2 secara berperingkat.
(Tindakan : Pn. Nur Wahidah)

4.2 Kursus Kepimpinan Pengawas & PRS

4.2.1 Pn. Nur Wahidah memaklumkan bahawa kursus kepimpinan pengawas pada peringkat
permulaan hendaklah dijalankan di dalam sekolah terlebih dahulu agar semua pengawas dapat
didedahkan dengan bidang tugas yang sepatutnya dijalankan oleh mereka. Dengan adanya
pendedahan mengenai tugas pengawas, mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih
bertanggungjawab.

Tindakan : Pn.Nur Wahidah & Unit Badan Pengawas

4.2.2 Pn. Nur Wahidah memberitahu mengenai kursus kepimpinan Pengawas & PRS siri 2 pada
bulan April akan diadakan di luar kawasan sekolah. Tempat kursus akan dimaklumkan kemudian.

Makluman

4.3 Kempen Anti Buli

4.3.1 Pn. Nur Wahidah memaklumkan mengenai program Kempen Anti Buli yang dilaksanakan
pada tahun 2018 akan diteruskan pada tahun ini.

3
4.3.2 Pn. Nur Wahidah menyatakan pada tahun 2019 program ini mendapat sokongan daripada
pihak NGO. Program ini dapat membantu murid agar perbuatan membuli dapat dielakkan di
kalangaan murid dan tidak berterusan sehingga ke peringkat sekolah menengah. Selain itu, kempen
ini juga dapat membantu untuk mengawal penyakit mental dikalangan murid sekolah.

Makluman

4.4 Motivasi Tahap 1

4.4.1 Pn. Nur Wahidah menyatakan bahawa program motivasi bagi murid Tahap 1 adalah lebih
berfokus kepada menjaga keselamatan diri terutamanya di dalam kawasan sekolah. Program
motivasi ini juga akan dilaksanakan secara berperingkat.

Makluman

4.5 Sambutan Hari Lahir

4.5.1 Pn. Nur Wahidah meminta cadangan daripada ahli jawatankuasa yang lain mengenai
pemberian cenderahati untuk program Sambutan Hari Lahir.

4.5.2 Pn.Nur Wahidah berharap agar semua program yang telah dirancang dapat dilaksanakan
mengikut takwim
Makluman

4.5.3 Pn. Nur Wahidah melaporkan tentang sesi kaunseling yang telah dijalankan untuk murid-
murid Sk. St John 1 sepanjang tahun 2018. Pn. Nur Wahidah memaklumkan terdapat beberapa sesi
yang telah dijalakan seperti sesi individu, sesi disiplin (kes yang dirujuk dari Unit Disiplin), sesi
kelompok dan sesi mental.
Makluman

4.5.4 Pn. Nur Wahidah menyatakan sesi bagi sahsiah murid adalah yang tinggi dilaksanakan. Pn.
Nur Wahidah berharap guru-guru dapat member teguran dari masa ke semasa agar sahsiah murid
dapat diperbetulkan untuk meningkatkan disiplin murid.

Makluman

4.5.5 Pn. Khairiah berharap semua ahli jawatankuasa dapat member perhatian tentang tarikh-tarikh
program yang telah dirancang bagi tahun 2019.

Makluman

4
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn. Khairiah berharap guru bertugas mingguan dapat berada kawasan tarmac pad pukul 12.30
tengahari untuk mengawal disiplin murid-murid masih terdapat sesi pembelajaran untuk murid St.
John 2.
Tindakan : Guru Bertugas

5.2 Pn. Nur Wahidah memaklumkan jika berlaku kes disiplin murid perlu dihantar ke Unit Disiplin
terlebih dahulu untuk direkodkan dan murid tersebut boleh dirujuk ke Unit Bimbingan &
Kaunseling selepas itu untuk dijalankan sesi kaunseling.
Makluman

5.3 Pn. Nur Wahidah menuyatakan jika terdapat ibu bapa yang hendak berjumpa dengan beliau,
guru boleh dirujuk ke bilik kaunseling.
Makluman

6.0 PENUTUP

Mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling bil 1/2019 ditangguhkan pada jam 12.15 tengahari.

Disediakan oleh,

.............................................
SYARIZAT ZAIHANI BT JAMALUDIN
(Pen. Setiausaha Unit Bimbingan & Kaunseling)
SK. St. John 1

You might also like