You are on page 1of 25

KEUSAHAWANAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

NURUL HUDA BINTI MANSUR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS‹

JUDUL : KEUSAHAWANAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

SAYA : NURUL HUDA BINTI MANSUR


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( 9 )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

_____________________ ______________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :
C1-03 BLOK C JALAN MJ/6, USTAZ MOHD NASIR BIN RIPIN
MEDAN MAJU JAYA, 46000 Nama Penyelia
PETALING JAYA, SELANGOR.
Tarikh: 30 April 2008 Tarikh: 30 April 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) ”

Tandatangan : ________________________

Nama Penyelia : Ustaz Mohd Nasir Bin Ripin

Tarikh : 30 April 2008


KEUSAHAWANAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

NURUL HUDA BINTI MANSUR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008
ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : _____________________

Nama Penulis : Nurul Huda Binti Mansur

Tarikh : 30 April 2008


iii

DEDIKASI

Khas Buat Insan Yang Teristimewa,

Abah danEmak tercinta


Mansur bin Hj. Abdul Rahaman & Fatimah Sham binti Hj. Abas
Ku pohon doa restumu dan berkat doamu sentiasa mengiringi kejayaanku
Semoga sentiasa diberkati Allah SWT

Abang Dan Adik-Adik Tersayang


Mohd Fahmi, Mohd Zaim & Adib Arifah
Terima kasih atas segala doa serta berkat dorongan kalian yang tidak pernah jemu yang
sentiasa terpahat di sanubari. Semoga kalian jadikan sandaran untuk terus mencipta
kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Para Pensyarah
Fakulti Pendidikan
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Terima Kasih Atas Segala Ilmu Serta Sokongan Yang Tidak Jemu-Jemu Dicurahkan
Sepanjang 4 Tahun Mencari Ilmu Di Sini...
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Penat-Jerih Kalian...

Sahabat Seperjuangan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendididkan (Pengajian Islam)
Terima kasih Atas Segala-galanya
Kita bertemu kerana mencari ilmu dan berpisah kerana ingin meneruskan cita-cita
Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan untuk selamanya...
iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah


dan rahmatNya, penyelidik dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) yang telah
diamanahkan sebagai memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Skudai.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd
Nasir Bin Ripin selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing dan memberikan
idea yang bernas sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua pensyarah
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) serta pensyarah Fakulti
Pendidikan yang turut terlibat dalam memberikan dorongan serta menyumbangkan ilmu
sepanjang penyelidik berada di UTM. Hanya iringan doa, semoga segala usaha yang
dicurahkan akan mendapat ganjaran rahmat daripada Allah SWT kepada pihak
Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) terima kasih diucapkan atas segala kerjasama
dalam memberikan khidmat layanan dan pinjaman bahan ilmiah yang banyak membantu
dalam menyiapkan projek ini.

Penghargaan istimewa juga penyelidik tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan


yang telah banyak berkongsi pengalaman suka dan duka semasa berada di UTM.
v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji Keusahawanan Menurut Perspektif Al-


Quran. Aspek-aspek yang dikaji meliputi konsep, etika dan bidang keusahawanan.
Kajian ini adalah berbentuk kajian perpustakaan. Hasil daripada kajian, penyelidik
mendapati bahawa keusahawanan merupakan salah satu bidang yang dapat menjana
ekonomi umat Islam. Di samping itu, dapat memberikan garis panduan yang betul
kepada umat Islam dalam menjalankan aktiviti keusahawan. Bidang ini juga
memberikan pendedahan tentang bidang-bidang yang terdapat dalam keusahawanan
Islam seperti pertanian, penternakan, perlombongan, perikanan dan perusahaan. Di akhir
kajian, penyelidik mengemukakan cadangan kepada pihak tertentu untuk menjadikan
kajian ini lebih berguna untuk menarik minat masyarakat mengetahui tentang
keusahawanan Islam.
vi

ABSTRACT

This research conducted in order to study the entrepreneurship in accordance


with the Quran perspective. The scopes of the study are directed toward the concepts,
ethics and entrepreneurship fields. This is library-based research. Based on analysis,
researcher found that entrepreneurship is one of the fields that can generate Muslim’s
economic. Moreover, it can be set as a guideline for Muslims prior to entrepreneurship
activities. Furthermore, also expose Muslim’s to another field of activities regarding to
Islam entrepreneurship for instances agriculture, breeding, mining, fisheries and poultry.
At the end of this study, researcher wants to has proposed several suggestions to the
related parties in making this research more useful in interested in Muslim’s knowledge
about Islam entrepreneurship.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 11
viii

1.8.1 Keusahawanan 11
1.8.2 Perspektif 12
1.8.3 Al-Quran 12
1.9 Kesimpulan 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14
2.2 Konsep Keusahawanan 14
2.2.1 Definisi Usahawan 14
2.2.2 Definisi Keusahawanan 15
2.3 Etika Keusahawanan 16
2.3.1 Definisi Etika 17
2.4 Bidang Keusahawanan 17
2.4.1 Definisi Bidang Keusahawanan 18
2.5 Kajian Lepas 18
2.6 Kesimpulan 19

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20
3.1.1 Metode Penentuan Subjek 20
3.1.2 Metode Pengumpulan Data 21
i. Metode Dokumentasi 22
ii. Metode Penyelidikan Perpustakaan 22
3.1.3 Metode Analisis Data 22
i. Metode Induktif 22
ii. Metode Deduktif 23
3.2 Kesimpulan 23
ix

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 24
4.2 Konsep Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Quran 24
4.2.1 Definisi Keusahawanan Menurut Perspektif
Al-Quran 24
4.2.2 Kelebihan Menjadi Usahawan 25
4.2.3 Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya 28
4.3 Etika Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Quran 43
4.4 Bidang Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Quran 59
4.4.1 Pertanian 59
4.4.2 Penternakan 61
4.4.3 Perlombongan 63
4.4.4 Perikanan 63
4.4.5 Perusahaan 64
4.4.5.1 Jenis-jenis Perusahaan 65
4.5 Bidang Keusahawanan yang Dilarang 68
4.5.1 Riba 68
4.5.1.1 Riba al-Buyu’ (Jual Beli) 69
4.5.1.2 Riba al-Duyun (Hutang Piutang) 69
4.5.2 Ihtikar (Sorok Barang) 71
4.5.3 Gharar (Penipuan) 71
4.5.4 Perjudian 72
4.6 Kesimpulan 73

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 74
5.2 Perbincangan 74
5.2.1 Konsep Keusahawanan Menurut Perspektif
Al-Quran 75
x

5.2.2 Etika Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Quran 75


5.2.3 Bidang Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Quran 76
5.3 Rumusan 78
5.3.1 Konsep Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Quran78
5.3.2 Etika Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Quran 79
5.3.3 Bidang Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Quran 79
5.4 Cadangan 79
5.4.1 Usahawan serta Bakal Usahawan 80
5.4.2 Fakulti Pendidikan 80
5.4.3 Bank dan Badan Korporat 80
5.4.4 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 81
5.4.5 Pihak Kerajaan 81
5.5 Kajian Lanjutan 81
5.6 Kesimpulan 82

BIBLIOGRAFI 83
LAMPIRAN 89
xi

SENARAI SINGKATAN

a.s. - alaihissalam
SAW - Sallahualaihiwasallam
SWT - Subhanahuwataala
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Menjalankan kajian 89


(Fakulti Pendidikan)
B Surat Kebenaran Menjalankan kajian 90
(Perpustakaan Sultanah Zanariah)
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam adalah agama syumul yang merangkumi segala aspek kehidupan duniawi
dan ukhrawi. Islam juga merupakan agama fitrah yang telah diiktiraf oleh Allah. Firman
Allah:

ãΝä3s9 àMŠÅÊu‘uρ ©ÉLyϑ÷èÏΡ öΝä3ø‹n=tæ àMôϑoÿøCr&uρ öΝä3oΨƒÏŠ öΝä3s9 àMù=yϑø.r& tΠöθu‹ø9$#

©!$# ¨βÎ*sù   5ΟøO\b} 7#ÏΡ$yftGãΒ uöxî >π|ÁuΚøƒxΧ ’Îû §äÜôÊ$# Ç⎯yϑsù 4 $YΨƒÏŠ zΝ≈n=ó™M}$#

∩⊂∪ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θàxî

Maksudnya:“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu


agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan
Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka,
sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda
yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan
dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.

(Al-Maidah, 5: 3)
2

Menurut al-Qardawi (1980) yang dinukilkan oleh Adnan Alias et al. (2002: 23),
mengatakan bahawa Islam menganjurkan umatnya untuk berdagang adalah kuat sekali
seperti mana ungkapan “mencari anugerah Allah” yang diiringi sebutan seperti “orang-
orang yang jihad fisabilillah” seperti dalam ayat:

tβρãyz#u™uρ   «!$# È≅ôÒsù ⎯ÏΒ tβθäótGö6tƒ ÇÚö‘F{$# ’Îû tβθç/ÎôØtƒ tβρãyz#u™uρ  

( «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû tβθè=ÏG≈s)ãƒ

Maksudnya: “Dan yang lainnya orang-orang yang musafir di


muka bumi untuk mencari rezeki daripada limpah kurnia Allah
dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan
Allah (membela agamanya)”.
(Al-Muzammil, 73: 20)

Kesempurnaan Islam bukan setakat merangkumi hal-hal keduniaan malah


meliputi tatacara penghidupan yang baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah
sejak azali lagi. Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber rujukan utama dan
merupakan panduan terbaik dalam mendidik manusia menjalanai kehidupan yang lebih
baik dan sempurna. Selain itu, Allah telah memberikan kelebihan kepada manusia iaitu
setiap manusia mempunyai akal fikiran untuk digunakan sebaik mungkin bagi mencapai
tujuan hidup ke arah pengabdian kepada khaliqnya. Allah berfirman:

!$tΒuρ 5−ø—Íh‘ ⎯ÏiΒ Νåκ÷]ÏΒ ß‰ƒÍ‘é& !$tΒ ∩∈∉∪ Èβρ߉ç7÷èu‹Ï9 ωÎ) }§ΡM}$#uρ £⎯Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ

∩∈∇∪ ß⎦⎫ÏGyϑø9$# Íο§θà)ø9$# ρèŒ ä−#¨—§9$# uθèδ ©!$# ¨βÎ) ∩∈∠∪ ÈβθßϑÏèôÜムβr& ߉ƒÍ‘é&

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia


melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku
tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada
mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan
kepadaKu. Sesungguhnya Allah sahaja yang memberi rezeki (kepada
sekalian makhlukNya dan Dialah sahaja) yang mempunyai kekuasaan
yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya”.
(Az-Dzariyaat, 51: 56-58)
3

Menurut Mohamed Helmi Sofi dalam buku Mohd. Radzi Othman et al. (2003:
216) mengatakan bahawa setiap huruf, ayat dan uslub dalam al-Quran mempunyai nilai
yang tinggi dan berguna untuk setiap insan yang mahu berfikir dan menghayatinya.
Allah menegaskan kepada manusia dalam firmanNya:

4 &™ó©x« ⎯ÏΒ É=≈tGÅ3ø9$# ’Îû $uΖôÛ§sù $¨Β

Maksudnya:“Tidak Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-


Quran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan”.
(Al-An’am, 6: 38)

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah tidak pernah meninggalkan setiap ayat
yang berkaitan dengan pengurusan hidup manusia seharian di dalam al-Quran
termasuklah keusahawanan.

Islam juga telah menganjurkan umatnya agar tidak meletakkan kehidupan


duniawi semata-mata. Segala perlakuan manusia semasa di dunia ini akan dihitung dan
dipersoalkan secara satu-persatu di akhirat kelak walaupun sebesar zarah sekalipun.
Bagaimanapun, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk meninggalkan terus
kehidupan dunia bagi mengejar kehidupan akhirat. Allah sukakan manusia yang
seimbang kedua-duanya dari segi rohani dan jasmani. Allah telah mengurniakan
sebahagian nikmat untuk kehidupan manusia di dunia ini. Umpamanya rezeki yang halal
adalah anugerah Allah kepada manusia yang berusaha dengan mengeluarkan keringat
sendiri. Firman Allah:

š∅ÏΒ y7t7ŠÅÁtΡ š[Ψs? Ÿωuρ ( nοtÅzFψ$# u‘#¤$!$# ª!$# š9t?#u™ !$yϑ‹Ïù ÆtGö/$#uρ

ÇÚö‘F{$# ’Îû yŠ$|¡xø9$# Æö7s? Ÿωuρ ( šø‹s9Î) ª!$# z⎯|¡ômr& !$yϑŸ2 ⎯Å¡ômr&uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$#

∩∠∠∪ t⎦⎪ωšøßϑø9$# =Ïtä† Ÿω ©!$# ¨βÎ) (


Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah
dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari
akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
4

bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba


Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian
nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan
kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan”.
(Al-Qasas, 28: 77)

Dunia Barat sering menggambarkan negara-negara Islam sebagai lembah


kematian mahupun kemunduran daripada pelbagai aspek khususnya dalam bidang
ekonomi. Negara-negara Islam yang kaya dengan pelbagai sumber alam baik dari segi
galian dan tanaman seperti biji timah, emas, petroleum, getah, kelapa sawit dan
sebagainya tetapi mereka tidak berusaha untuk mengeksploitasi seperti negara Barat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini, senario pelbagai bentuk penyelewengan, pecah amanah dan korupsi
sering berlaku kepada masyarakat kita. Mereka melakukan demikian kerana kurangnya
kefahaman terhadap garis panduan yang telah digariskan oleh Islam. Mereka
menganggap perkara ini hanyalah mainan semata-mata asalkan para peniaga dapat
memajukan perniagaan mereka dengan berjaya tanpa mempedulikan perasaan orang
lain. Realitinya, terlalu banyak penyelewengan yang telah banyak dilakukan oleh orang
Islam sendiri kerana mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan terikut-
ikut cara Barat.

Terdapat beberapa kes yang melibatkan jenayah kolar putih seperti dua bekas
pegawai kanan Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Mohd Amin Sidek, 56 dan Datuk
Mohamad Shafie, 57 dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas tuduhan pecah
amanah dan menipu membabitkan RM200 juta (Harian Metro, 24 Januari 2007: 15).

Selain itu, menurut Zakry (1983) menyatakan bahawa pembabitan di dalam


dunia perniagaan sehingga mencetuskan pembunuhan adalah sesuatu yang amat dikesali
5

seperti yang berlaku kepada Jalil Ibrahim, Ketua Juruaudit Bank Bumiputera Malaysia
Berhad mati dibunuh di Hong Kong pada 18 Julai 1983 adalah gara-gara pendedahan
tentang penyelewengan yang melibatkan Bumiputera Finance (BMF) kerugian lebih
kurang RM 2500 juta (Joni Tamkin bin Borhan, 2005: 12). Pengumpulan harta seperti
ini dilaknat oleh Allah dalam firmannya:

Syed Othman menyatakan bahawa mereka sanggup menyusahkan dan


menggunakan orang lain demi kepentingan peribadi bagi mengaut keuntungan. Masalah
pokok yang menyebabkan tindak-tanduk demikian ialah masalah akhlak yang rendah
(Mohd Noor Azli Ali Khan, 2003: 61).

Kerajaan juga telah menggubal pelbagai dasar bagi memastikan kaum Melayu
untuk turut sama bersaing dengan kaum lain dalam perniagaan. Pengusaha Melayu mula
menceburi sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan selepas pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Menurut Rahmah Ismail et al. (2006: 33), dalam belanjawaan
2005, kerajaan telah menubuhkan Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) peringkat kebangsaan untuk menyelaras program pembangunan PKS yang
banyak diceburi oleh pengusaha Melayu.

Islam merupakan agama yang memberi panduan hidup untuk kesejahteraan


manusia di dunia dan akhirat. Kerjaya sebagai usahawan ini menjadikan mereka bebas
dalam melaksanakan aktiviti hariannya tanpa bergantung kepada arahan seseorang.
Rasulullah SAW merupakan role model yang boleh dijadikan contoh kepada semua
umat manusia di dunia ini. Baginda merupakan seorang usahawan yang berjaya sebelum
menjadi rasul. Baginda telah menjalankan peniagaan secara perkongsian bersama
usahawan wanita yang berjaya pada zaman tersebut iaitu Siti Khadijah binti Khuwailid.

Sa’id Ramadhan al-Bhuti (1988) seperti yang dinukilkan di dalam buku yang
ditulis oleh Hassan Naziri Khalid et al. (2003: 247), menyebutkan bahawa sejak kecil
lagi sejarah juga mencatatkan bahawa Rasulullah SAW sering mengikuti rombongan
6

bapa saudaranya, Abu Talib membawa barang peniagaannya ke Syam bagi menjalankan
aktiviti perniagaan.

Muhammad bin Habib al-Baghdadi dalam buku Abdul Rahman Rukaini et al.
(2001: 7), mencatatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berniaga di beberapa buah
pasar di Semenanjung Tanah Arab seperti Musyaqar di Bahrain, Sun’a di Yaman, ’Ukaz
di Ta’if dan Zul-Majaz di antara ’Ukaz dan Mekah.

Menurut Hakim Mohamed Said (1989), menyatakan bahawa Nabi Daud a.s.
merupakan seorang pembuat perisai besi, manakala Nabi Nuh a.s. dan Nabi Idris a.s.
masing-masing merupakan usahawan kayu dan penjahit pakaian (Irsad Lubis, 2003: 62).

Selain itu, jika ditinjau pada zaman permulaan Islam, kerjaya sebagai usahawan
ini telah diceburi oleh beberapa orang sahabat nabi seperti Abdul Rahman bin Auf,
Zubir ibnu Awwam, Talhah bin Ubaidillah dan Shuhaib bin Sinan. Sahabat yang paling
menonjol ketika itu ialah Abdul Rahman bin Auf. Menurut buku Adnan Alias et al.
(2002: 33) mengatakan Abdul Rahman merupakan seorang usahawan bersentuhan emas
A man with a touch of gold sehingga beliau sendiri berkata, ”Sungguh kulihat diriku
seandainya aku mengangkat batu nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak”.

Di samping itu, masalah pengangguran yang terlalu banyak di kalangan umat


Islam sendiri. Ramai siswazah lepasan universiti menganggur kerana bidang yang
diambil semasa menuntut di universiti kurang diperlukan oleh negara pada masa kini.
Graduan tidak membuat kajian mengenai kursus yang mempunyai nilai pasaran sebelum
memilih jurusan yang ingin diambil apabila melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian
tinggi. Ini disebabkan bidang yang menjadi popular pada tahun ini mungkin tidak
menjanjikan sebarang jawatan apabila mereka menamatkan pengajian nanti, melainkan
bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan dan perakaunan yang sentiasa
mempunyai nilai pasaran (http://www.geocities.com/pengajianam2003/graduan.htm).
7

Oleh itu, jalan terbaik untuk memperbaiki diri dan meningkatkan taraf hidup seseorang
hendaklah menceburi bidang keusahawanan.

Menurut Rahmah Ismail et al. (2006: 41), mengatakan bahawa kerajaan telah
memperkenalkan Skim Usahawan Siswazah (SUS). Skim ini menawarkan pilihan
kepada siswazah untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Melalui program
ini, para peserta diberi latihan selama enam hari dan seterusnya mendapat kemudahan
pembiayaan untuk memulakan perniagaan. Semenjak skim ini diperkenalkan pada tahun
1998, seramai 3397 orang telah mendaftarkan diri sebagai ahli.

Bagaimanapun, terdapat ramai masyarakat di luar sana yang terus hidup dengan
hanya meminta-minta dan mengharapkan belas orang lain. Menurut al-Faruqi dalam
buku yang dinukilkan oleh Mustaq Ahmad (2003: 13) dengan jelas menentang segala
bentuk meminta-minta dan menentang tindakan hidup parasit yang memakan hasil titik
peluh orang lain. Sunnah Rasulullah SAW memaparkan pada kita bahawasanya kerja-
kerja ekonomi sangat dihargai manakala pengangguran ekonomi pula sangat dikutuk.

Selain itu, dorongan dan galakan untuk berusaha menceburi bidang


keusahawanan ini tidak hanya bernada positif, malah terdapat beberapa amaran terhadap
kecuaian dan kelalaian dalam memanfaatkan peluang untuk mencapai kejayaan dan
kesejahteraan yang selari dengan kehendak al-Quran.
Firman Allah:

ª!$# yŠ#u‘r& !#sŒÎ)uρ 3 öΝÍκŦàΡr'Î/ $tΒ (#ρçÉitóム4©®Lym BΘöθs)Î/ $tΒ çÉitóムŸω ©!$# χÎ) 3

∩⊇⊇∪ @Α#uρ ⎯ÏΒ ⎯ÏμÏΡρߊ ⎯ÏiΒ Οßγs9 $tΒuρ 4 …çμs9 ¨ŠttΒ Ÿξsù #[™þθß™ 5Θöθs)Î/

Maksudnya:“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada


sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka
sendiri) maka, tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan
8

apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat
menolong dan melindungi mereka selain daripadanya”.
(Ar-Ra’du, 13: 11)

Muhammmad Ridzuan Hj. Salleh menyebutkan bahawa kejayaan sesebuah


masyarakat itu bergantung kepada kepada kebolehan masyarakat tersebut menangani
masalah harian mereka serta kemampuan untuk bersaing di peringkat antarabangsa
(Irsad Lubis, 2003: 63).

Menurut Parkinson yang dinukilkan oleh Adnan Alias et al. (2002: 48),
kemunduran bangsa Melayu yang beragama Islam adalah disebabkan sikap fatalisme
iaitu mempercayai bahawa segalanya adalah daripada Tuhan. Oleh itu, mereka
beranggapan manusia tidak perlu lagi untuk memajukan diri kerana segala-galanya telah
ditentukan oleh Tuhan. Beliau mengatakan bahawa, ”The Islamic belief that all things
are emanations from God is another important force affecting the Malay’s economic
behavior, for it tends to make then fatalistic in their approach to life… such as an
attitude constitutes a significant drag on economic development”.

Walau bagaimanapun, bidang keusahawanan ini merupakan bidang kerjaya yang


paling kurang mendapat sambutan di kalangan umat Islam di negara ini. Orang Islam di
negara ini lebih daripada 55 peratus adalah beragama Islam tetapi penglibatan mereka
dalam sektor ekonomi amat sedikit. Sektor yang dimaksudkan ialah runcit dan borongan
(perniagaan), kewangan (perbankan dan insurans), perkilangan dan pembuatan. Mereka
lebih berminat untuk makan gaji berbanding kerja sendiri. Fenomena ini pada dasarnya
timbul ekoran daripada faktor kejahilan umat Islam sendiri tentang pentingnya kerjaya
ini diceburi khususnya sebagai langkah bagi memperbaiki ekonomi keluarga,
masyarakat dan bangsa. Rasulullah SAW bersabda (’Ala’ al-Din al-Muttaqi bin Hisam
al-Din al-Hindi, 1984: Juz 4):

‫ﺗﺴﻌﺔ أﻋﺸﺎ راﻟﺮزق ﻓﻲ اﻟﺘﺠﺎرة‬

Maksudnya:“Sembilan persepuluh rezeki adalah dalam bidang


perniagaan”.
9

Oleh itu, bagaimanakah keusahawanan menurut perspektif Islam dapat


memberikan jalan penyelesaian kepada umat Islam masa kini yang dahagakan ilmu ini?

1.3 Pernyataan Masalah

Pandangan masyarakat awam khususnya masyarakat Melayu sendiri dibolehkan


untuk menjalankan perniagaan yang tidak kira apa sahaja yang dianggap perniagaan
asalkan menjanjikan pulangan yang lumayan kepada mereka tanpa mengira halal dan
haram di sisi syarak. Perbuatan ini dilakukan kerana kurangnya pendedahan dan didikan
agama berkaitan dengan ilmu ini. Selain itu, sesetengah orang hanya mengharapkan
ihsan daripada orang lain. Baginya, kehidupan di muka bumi ini hanyalah sementara
sahaja dan cukuplah setakat apa yang ada walaupun mempunyai kesihatan yang baik.

Oleh yang demikian, apakah konsep sebenar keusahawanan menurut perspektif


al-Quran?

1.4 Objektif Kajian

Suatu kajian tentang keusahawanan ini adalah penting dan perlu diberi perhatian
oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya kepada orang Islam. Oleh yang demikian,
kajian ini dilakukan oleh penyelidik berdasarkan kepada objektif yang telah dirangka
seperti berikut:

1.4.1 Mengupas konsep keusahawanan menurut perspektif al-Quran

1.4.2 Mengenalpasti etika keusahawanan menurut perspektif al-Quran

1.4.3 Mengenalpasti bidang keusahawanan menurut perspektif al-Quran


10

1.5 Persoalan Kajian

Matlamat utama kajian ilmiah ini ditulis adalah untuk mencari jawapan
berpandukan kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan timbul.
Oleh yang demikian, persoalan-persoalan akan berkisar pada permasalahan berikut:

1.5.1 Apakah konsep keusahawanan menurut perspektif al-Quran?

1.5.2 Apakah etika keusahawanan menurut perspektif al-Quran?

1.5.3 Apakah bidang keusahawanan menurut perspektif al-Quran?

You might also like