You are on page 1of 2

CADANGAN TERMA PENGAMBILALIHAN PENGURUSAN SYARIKAT.

Terma Pengurusan.

1. Konsep pengambilalihan ini tidak melibatakan apa jua pembelian


ekuiti/asset ataupun penanggungan sebarang liabiliti syarikat semasa.

2. Konsep pengambilalihan pengurusan hanya melibatkan terma:

a. Kebenaran mengurus operasi syarikat diatas lesen pemilik .

b. Segala pengambilalihan hanya tertumpu kepada kuasa mengurus,


merancang, mentadbir dan membuat keputusan bagi operasi dan
perniagaan syarikat.

c. Segala liability sebelum pengambilalihan pengurusan harus


diselesaikan oleh pengurusan sebelum ini.

d. Terma kontrak pengurusan perniagaan syarikat adalah untuk


tempoh : minima selama 5 tahun dan maksima 10 tahun.

e. Bersetuju menamakan dua (anggota) daripada syarikat kami


untuk menduduki Lembaga Pengarah Syarikat .

f. Syarikat kami berhak dengan apa jua mencari dan mendapatkan


projek/peluang perniagaan baru berkaitan dengan lesen
perniagaan tanpa perlu merujuk atau mendapatkan kelulusan
daripada pihak tuan.

g. Operasi perniagaan adalah kekal dipremis sedia ada.

Terma Kewangan.

1. Sebagai balasan kebenaran mengambilalih operasi syarikat, tuan akan


dibayar elaun pengurusan setiap bulan pada kadar RM 3,000.00
Pembayaran akan dilakukan setiap bulan pada tarikh sebelum 30hb
bulan berkenaan setelah berjalan setahun dan akan disemak dari
semasa ke semasa.
2. Pembahagian keuntungan terkumpul perniagaan pada setiap tahun akan
dilakukan sekiranya perniagaan memiliki keuntungan bersih dengan
agihan keuntungan bersih perniagaan adalah pada kadar 70% (syarikat
pengurusan) dan 30% (pemilik lesen perniagaan).

3. Projek sedia ada lebih akan dibayar kepada Lembaga Pengarah Sedia
ada.
4. Projek di Kelang status quo.

Terma penamatan kontrak perjanjian.

1. Sebarang penamatan kontrak pengambilalihan harus dilakukan @ diberi


notis 5 bulan daripada tarikh penamatan.

2. Sebarang aset yang dibeli dalam tempoh pengurusan syarikat tersebut


akan menjadi hakmilik syarikat pengurusan kecuali aset tersebut
dinamakan atas nama lesen syarikat.

You might also like