You are on page 1of 2

PERTANDINGAN SUKAN ELEKTRONIK SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR SIRI 1 TAHUN 2020

Anjuran
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
DAN
Persatuan Esports Kulai

1. KELAYAKAN PEMAIN
1.1. Setiap pemain hanya boleh mewakili satu pasukan sahaja.
1.2. Setiap pemain adalah murid yang sedang bersekolah di mana-mana sekolah di negeri
Johor yang bernaung di bawah Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ).

2. KELAYAKAN PASUKAN
2.1. Setiap pasukan mesti terdiri daripada tidak lebih 6 pemain dari sekolah yang sama.
2.2. Setiap pasukan adalah sekolah di negeri Johor yang bernaung di bawah Majlis Sukan
Sekolah Johor (MSSJ).

3. PERATURAN UMUM
3.1. Semua pemain perlu menggunakan peranti dan data internet sendiri.
3.2. Semua pemain perlu bermain di kediaman masing-masing.

4. PERATURAN DALAM PERMAINAN (IN-GAME RULES)


4.1. Konsep 3 heroes banned

5. PERATURAN PERANTI
5.1. Hanya telefon pintar sahaja dibenarkan.
5.2. Penggunaan emulator atau tablet tidak dibenarkan.
5.3. Segala bentuk ​hack​, 3
​ rd party apps​ dan seumpamanya tidak dibenarkan.

6. JADUAL PERLAWANAN
6.1. Jadual perlawanan akan dikeluarkan sebelum hari pertandingan.
6.2. Pertukaran jadual perlawanan hanya boleh dikeluarkan oleh penganjur pentandingan
sahaja.

7. SEBELUM MULA PERLAWANAN


7.1. Setiap ketua pasukan perlu mendapatkan ID ketua pasukan lawan dan menambah
mereka sebagai kenalan sekurang-kurangnya 30minit sebelum perlawanan.

8. KETIKA PERLAWANAN
8.1. Salah seorang ketua pasukan perlu mencipta perlawanan dalam Mod Custom dan
menjemput ketua pasukan lawan.
8.2. Ketua pasukan akan menjemput pemain masing-masing ke dalam bilik (room).
8.3. Apabila kedua-dua pasukan sudah dijemput dan bersedia, setelah memberi pengesahan,
perlawanan akan dimulakan.
8.4. Rematch hanya dibenarkan apabila permainan bermula kurang dari 1 minit. Sebarang
lag a​ tau disconnecting selepas 1 minit adalah tanggungjawab sendiri. Sila hubungi
admin ​dengan kadar segera untuk rematch bagi mengelakkan ketidakadilan.

9. AKHIR PERLAWANAN
9.1. Ketua pasukan perlu membuat tangkapan screen (screenshot/ screen capture) markah
akhir / keputusan perlawanan dan serahkan kepada ​admin ​bertugas.

10. FORMAT PERTANDINGAN


10.1. Single Elimination (Best of 1)
10.2. Pemilihan perlawanan akan DIROMBAK secara rawak/automatik melalui sistem
CHALLONGE.
10.3. Peringkat Akhir akan bermain Best of 3
10.4. Setiap pemain perlu menggunakan akaun sendiri sepanjang pertandingan.
10.5. Tiada had “level”, “hero”, dan “skin” untuk digunakan sepanjang pertandingan.
10.6. Hanya pemain berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk bermain sepanjang
pertandingan.

You might also like