You are on page 1of 1

PENDIDIKAN MORAL T5

BIDANG 4 : PATRIOTISME
4.1 : CINTA AKAN NEGARA

Definisi : Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan


kepentingan negara melebihi kepentingan diri

1. Ciri-ciri keunikan masyarakat majmuk Malaysia.


Terdapat pelbagai tempat beribadat contohnya masjid, gereja, kuil, tokong
Pelbagai jenis perayaan keagamaan disambut bersama. Contohnya Hari Raya Puasa, Deepavali,
Tahun Baru Cina, Krismas
Rakyat mampu bertutur dalam pelbagai bahasa. Contohnya Bahasa Melayu, Bahasa Cina,
Bahasa Tamil

2. Contoh perlakuan yang menunjukkan rakyat Malaysia menghormati kepelbagaian agama,


budaya dan bahasa masyarakat Malaysia.
Menerima baik sambutan perayaan pelbagai kaum
Menghormati amalan agama/kepercayaan kaum lain
Menghormati kepelbagaian budaya masyarakat majmuk

3. Kepentingan menghormati agama, budaya dan bahasa masyarakat Malaysia


Menjamin keamanan dan kesejahteraan negara
Mengelakkan berlakunya rusuhan kaum
Negara dapat mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang

4. Kejayaan negara dalam bidang sains dan teknologi:


Projek Koridor Raya Multimedia (MSC)
Satelit MEASAT dan Tiungsat
Teleperubatan
Sekolah Bestari
Kad pelbagai guna (kad pintar)
Rangkaian pengilangan sedunia

5. Faedah kemajuan negara kepada rakyat :


Perhubungan / pengangkutan lebih cepat dan selesa
Peningkatan taraf hidup
Wujud peluang pekerjaan
Komunikasi pantas mempercepat tindakan manusia seperti Internet
Meningkatkan kualiti dan kuantiti barangan di sektor pembuatan untuk keperluan negara

6. Cara rakyat menunjukkan rasa terima kasih terhadap kerajaan yang memajukan negara:
Mengucapkan terima kasih kepada kerajaan
Menyokong usaha kerajaan memajukan negara
Mematuhi undang-undang negara
Mengekalkan keamanan negara
Menjaga nama baik/imej negara

7. Cara memajukan negara:


Menyokong aktiviti pembangunan insan / negara
Memelihara diri daripada gejala negatif
Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Mewujudkan persekitaran sekolah yang tenteram
Merealisasikan dasar / kempen / program negara
Belajar dan menguasai ilmu dan kemahiran yang bermanfaat

You might also like