You are on page 1of 7

1.

0 MINIT MESYUARAT AGUNG

MINIT MESYUARAT PENAJA


KELAB BADMINTON AFZAN
( ABC )

Tarikh : 19 JANUARI 2016


Masa : 5.00PM – 7.00PM
Tempat : GYMNASIUM IPGKTAA

SENARAI KEHADIRAN AHLI : 17 ORANG

BIL NAMA PENUH NO. KP


1 ANG PING HOONG 930910-07-5812
2 ANG XIAO YEAN 940111-02-5930
3 CHUNG GEE YEE 940308-07-5085
4 SHAUN MOO 970819-01-5145
5 ALVIN YEE CHUN YANN 970324-13-6033
6 AMEYRUL IKMAN A/L 961226-06-5433
ROSMAN
7 OOI JIEIN 931126-02-5410
8 CHONG PEI CHIN 941201-01-5466
9 LIM WEI LING 941025-07-5100
10 HOWARD LIM KIM GHUI 970330-04-5509
11 KEE KAI LIANG 970303-07-5219
12 JOSEPH TING IK LEONG 940827-13-5967
13 EE SHAU LIANG 941014-05-5593
14 ONG SHI YING 940305-07-5100
15 LIM EWE JIN 940823-02-5541
16 KEW CHUN HONG 940705-10-6439
17 LAW XIAN HERN 940503-03-6209

MINIT MESYUARAT PENAJA


KELAB BADMINTON AFZAN
( ABC )

1. Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Joseph Ting Ik Leong mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang
sudi hadir bagi memberi sokongan dan menjayakan agenda mesyuarat pada
petang ini. Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat penaja ini perlu diadakan bagi
mendaftarkan Kelab Badminton Afzan ini menjadi sebuah Kelab sukan yang
sah dan berdaftar di bawah undang-undang persatuan/ kelab IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan

2. Memilih Pengerusi Mesyuarat Sementara

2.1 Lim Ewe Jin mencadangkan agar Joseph Ting Ik Leong sebagai Pengerusi
Mesyuarat Sementara. Cadangan beliau telah disokong oleh Chung Gee Yee
dan telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh semua ahli yang hadir.

2.2 Joseph Ting Ik Leong mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas
perlantikan beliau bagi mempengerusikan mesyuarat penaja ini dan berharap
agar semua ahli memberi sepenuh kerjasama dan komitmen bagi mengendali
dan menjayakan mesyuarat ini.

2.3 Joseph Ting Ik Leong mengumumkan kehadiran ahli dalam mesyuarat penaja ini
adalah seramai 20 orang.

3. Meluluskan Nama Dan Alamat Kelab


3.1 Joseph Ting Ik Leong memberi saranan kepada mesyuarat agar mencadangkan
beberapa nama yang sesuai untuk nama pertubuhan ini untuk didaftarkan di
bawah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

3.2 Kew Chun Hong mencadangkan agar kelab ini dinamakan sebagai Kelab
Badminton Afzan atau ABC. Beliau juga mencadangkan agar kelab ini
menggunakan alamat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, KM 10, Jalan
Padang Tengku, 27200 Kuala Lipis, Pahang Cadangan beliau telah disokong
oleh Alvin Yee Chun Yann.

3.3 Cadangan Kew Chun Hong ini telah dipersetujui oleh mesyuarat sebulat suara
setelah tiada cadangan lain yang diberikan oleh ahli.

4. Membincangkan Dan Meluluskan Perlembagaan Pertubuhan


4.1 Joseph Ting Ik Leong telah membentangkan satu persatu draf perlembagaan
pertubuhan kelab kepada mesyuarat. Beliau memaklumkan bahawa draf
berkenaan adalah garis panduan yang telah dibantu dan disediakan oleh pihak
Unit Kokurikulum IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan yang juga telah
diadaptasikan daripada beberapa perlembagaan pertubuhan-pertubuhan sukan
yang lain.

4.2 Setelah penelitian dibuat dan tiada cadangan pindaan serta cadangan lain. Draf
berkenaan telah dicadangkan untuk kelulusan.

4.3 Law Xian Hern telah mencadangkan agar draf perlembagaan ini diluluskan.
Cadangan beliau ini telah disokong oleh Ee Shau Liang dan dipersetujui sebulat
suara oleh semua ahli tanpa sebarang bantahan.

5. Memilih Ahli Jawatankuasa Kerja (Penaja)

5.1 Seorang Pengerusi

5.1.1 Chung Gee Yee mencadangkan supaya Joseph Ting Ik Leong selaku
Pengerusi Mesyuarat sementara dilantik sebagai Pengerusi Penaja.
Cadangan ini telah disokong oleh Lim Ewe Jin.

5.1.2 Selepas tiada cadangan lain, Joseph Ting Ik Leong telah dipilih sebagai
Pengerusi Penaja dan menang tanpa bertanding.

5.2 Seorang Timbalan Pengerusi


5.2.1 Lim Ewe Jin telah dicadangkan bagi menjawat jawatan ini dan telah
dipersetujui sebulat suara oleh mesyuarat setelah tiada pencalonan lain.
Pencalonan ini telah dicadangkan oleh Ee Shau Liang dan disokong oleh
Kee Kai Liang.

5.2.2 Oleh yang demikian, Lim Ewe Jin telah menang tanpa bertanding bagi
jawatan Timbalan Pengerusi kelab ini.

5.3 Dua (2) orang Naib Pengerusi

5.3.1 Bagi jawatan 2 orang Naib Pengerusi, _______________________ dan


______________________________menang tanpa bertanding
setelah tiada pencalonan lain. Pencalonan ini dicadangkan oleh
______________________________ dan mendapat sokongan dari
_____________________________

5.3.2 __________________________ dan ________________________ telah


dipilih sebagai Naib Pengerusi tanpa bertanding setelah tiada pencalonan
lain.

5.4 Seorang Setiausaha

5.4.1 Shaun Moo mencadangkan Chung Gee Yee bagi jawatan ini dan
cadangan belau telah disokong oleh Howard Lim Kim Ghui.

5.4.2 Selepas tiada pencalonan lain Chung Gee Yee telah dipilih sebagai
Setiausaha bagi kelab ini.

5.5 Seorang Bendahari

5.5.1 Jawatan Bendahari telah di sandang oleh Kew Chun Hong setelah tiada
pencalonan lain dan telah dipersetujui sebulat suara oleh mesyuarat.
Bagi pencalonan ini ianya telah dicadangkan oleh Joseph Ting Ik Leong,
dan telah disokong oleh Chung Gee Yee.

5.5.2 Selepas tiada cadangan lain, Kew Chun Hong telah dipilih sebagai
Bendahari dan menang tanpa bertanding.

5.6 Lima ( 5 ) orang Ahli Jawatankuasa

5.6.1 Alvin Yee Chun Yann memohon kebenaran dan budi bicara Pengerusi
Mesyuarat dan semua ahli yang hadir agar memberi kebenaran kepada
beliau untuk mencalonkan kesemua nama-nama lima ( 5 ) orang bagi
menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa .

5.6.2 Cadangan beliau telah disokong oleh Lim Ewe Jin dan dipersetujui
dengan sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

5.6.3 Berikut adalah senarai nama Ahli Jawatankuasa Biasa yang dicalonkan
oleh Alvin Yee Chun Yann.
i) Ameyrul Ikman A/L Rosman
ii) Ee Shau Liang
iii) Law Xian Hern
iv) Howard Lim Kim Ghui
v) Ooi Jiein

5.6.4 Selepas tiada bantahan dan cadangan yang lain, maka kesemua lima
( 5 ) penama di atas telah diumumkan menang tanpa bertanding bagi
jawatan Ahli Jawatankuasa .

6. Hal-Hal Lain
6.1 Joseph Ting Ik Leong menyatakan harapannya kepada semua ahli agar
menanamkan sikap sentiasa bekerjasama di dalam satu pasukan bagi
mewujudkan semangat perpaduan yang kukuh diantara satu sama lain yang
akan membolehkan sesebuah kelab/persatuan itu bergerak dengan lancar dan
jayanya.

6.2 Joseph Ting Ik Leong menggesa semua ahli agar sentiasa mengembang dan
memperluaskan lagi minat bersukan ini dengan jujur dan tanpa mengharap
sesuatu balasan mahupun ganjaran bagi memastikan kelab ini dikenali ramai
dan menjadi satu pertubuhan yang berdaya saing dan mempunyai reputasi yang
tinggi dan membanggakan di semua peringkat.

6.3 Joseph Ting Ik Leong meminta agar diadakan program-program dan aktiviti
sukan massa yang dapat memberi manfaat serta mempererat hubungan siratul
rahim diantara ahli dan masyarakat amnya apabila pertubuhan ini telah
diluluskan pendaftaranya oleh Pengarah, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

6.4 Joseph Ting Ik Leong berharap agar apa yang dirancang pada kali ini mudah-
mudahan agar menjadi sesuatu reliti yang berkekalan dan berterusan dan
bukanya hanya menjadi sesuatu yang hanya tinggal nama dan sebutan sahaja.

7. Ucapan Penangguhan

7.1 Joseph Ting Ik Leong, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli
yang telah hadir dan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan
mesyuarat pada kali ini. Beliau juga berjanji akan memastikan bahawa
pendaftaran pertubuhan Kelab Badminton Afzan ini akan diuruskan dengan
secepat mungkin.

7.2 Joseph Ting Ik Leong berharap agar semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih
akan dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan amanah dan
komitmen yang tinggi. Beliau memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua
ahli jikalau ada terkasar bahasa dan melakukan kesalahan sepanjang beliau
mempengerusikan mesyuarat ini.
Mesyuarat Penaja kelab ini telah ditangguhkan pada jam 7.00PM.

You might also like