You are on page 1of 8

1.

0 Usahawan-Usahawan berjaya di Malaysia

Apabila disebut mengenai tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia, pasti semua membayangkan
Tan Sri Tony Fernandes, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Robert Kuok, Ananda Krisnan, Tan Sri
Azman Hashim dan ramai lagi. Kebanyakkan nama-nama ini sudah sering kali disebut dan sudah
umum kenali. Kali ini, saya cuma akan pilih seorang daripada golongan yang saya sudah sebutkan
tadi, dan selebihnya saya akan pilih tokoh daripada bidang-bidang yang berlainan. 

1. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari


2. Saiful Nang
3. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali
4. A'tikah Ash'ari
5. Haji Ismail Group (HiG Langkawi Holdings Sdn Bhd)

1. Tycoon usahawan Bumiputera; Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Siapa yang tidak kenal dengan tokoh usahawan Melayu ini, nama yang cukup besar dalam bidang
keusahawanan. Namanya acap kali disebut dan menjadi role modelbagi generasi Y, malahan nama
beliau turut disebut di dala buku-buku akademik tertutamanya buku yang berkaitan dengan
keusahawanan. Setakat tahun 2014, nilai asetnya mencecah RM 11.07 bilion dan pada masa itu,
beluai merupakan orang ke-6 terkaya di Malaysia.

Ringkasan latar belakang:

Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al Bukhari
Tahun dilahirkan : 1951
Tempat lahir : Alor Setar, Kedah
Anak : Anak ke-3 daripada 7 orang adik beradik
Hijrah : Berumur 9 tahun ketika beliau terpaksa mengikut bapa saudaranya ke
Johor Bharu dan pulang semula ke Alor setar pada umur 15 tahun.
Pendidikan : Tamat tingkatan 5 di Sekolah Saint Micheal's

Beliau memulakan pengembaraan sebagai seorang usahawan pada tahun 1970 dengan menjual
daging. Kemudian pada tahun 1972, beliau mendapat permit bagi 4 buah lori kelas A. Seterusnya,
dengan bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada MARA, beliau membeli 2 buah lori
Mercedes 911LS dan memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan syarikat
Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Bernas. Terlalu banyak cabang industri dan

1
syarikat yang telah berjaya ditubuhkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Berikut merupakan gambar
bidang atau industri yang diceburi beliau.

Selain itu juga, beliau menubuhkan sebuah badan khas yang diberi nama Yayasan Al Bukhary.

Secara kesimpulan, melihat dari diri beliau, saya dapat rumuskan dimana beliau merupakan individu
yang: 

1. Mampu melihat peluang untuk menjalankan perniagaan


2. mempunyai daya pemikiran yang kritikal (critical thinking)
3. Tidak mudah putus asa
4. Juga membantu masyarakat dalam menyumbang kepada aspek tanggungjawab sosial.

2. Jutawan Usahawan Fotografi ; Saiful Nang (CandidSyndrome)

Siapa yang meminati bidang fotografi pasti mengenali usahawan ini. Beliau sudah lama bertapak
sebagai jurufoto profesional di dalam industri fotografi di Malaysia. Baik selebriti terkenal tanah air
mahupun orang berada atau orang luar negara menggunakan khidmat beliau. Saya amat mengagumi
prinsip hidup beliau dan sentiasa berfikiran matang dalam setiap tindakan. Hasil kerja beliau menjadi
kegemaran ramai pihak bagi merakamkan saat-saat indah di dalam gambar. 

Beliau yang berasal daripada keluarga miskin mula melibatkan diri di dalam perniagaan seawal umur
7 tahun di mana beliau mula menjual lukisan-lukisan beliau pada rakan sebaya. Walaupun baru
berusia 37 tahun pada tahun ini, beliau sudah mempunyai sebuah syarikat, mempunyai
penjenamaan sendiri dan mempunyai sebuah institusi akademi sendiri dan akan

2
mengembangkannya menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Syarikat fotografi yang
ditubuhkan beliau mempunyai taraf antarabangsa kerana melibatkan luar negara. Setakat ini, lebih
30,000 orang jurufoto yang sudah beliau didik di dalam bidang ini. 

Latar Belakang Saiful Nang:

Nama Komersial : Saiful Nang


Tahun Lahir : 1978
Anak : Anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik
Pendidikan : Ph.D Doc of Management (UUM- Ongoing), Mpa (UK), B. Sc (Media)
(Hons) Film & Animation (MMU)
Nama Syarikat : Colours of Asia Sdn Bhd (Executive Chairman/CEO)
Jenama : CandidSyndrome

Nama Akademi : 

1. Saiful Nang Akademi Sdn Bhd (Founder & Principle)


2. Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (Founder)
3. Sekolah Menengah & Rendah Akademi Insan Prihatin (Pengetua)
4. OMG Creative Sdn Bhd (Presiden)

Anugerah & Penghormatan:

Pemenang Canon PhotoMarathon 2007


Penerima Sijil Profesional Photographer Apparentice Certificate (PPAC)
Jurufoto Diraja bagi Sultan Brunei Darussalam
Jurufoto Diraja untuk KDYMM Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra, Kelantan
20 orang paling berjaya usahawan kreatif - Dewan Ekonomi Malaysia 2009.

Website: http://www.candidsyndrome.com
Syarikat yang Saiful Nang tubuhkan kini bertaraf antarabangsa kerana dia mempunyai
CandidSyndrome Malaysia dan CandidSyndrome Brunei. Di bawah ini saya ada sediakan beberapa
gambar hasil tangan beliau bersama rakan-rakan beliau. Sumber daripada official Facebook :

Gambar 2: Gambar Pre-Wedding angkasawan negara Datuk Dr. Syeikh Muszaphar & Dr. Halina

Gambar 3: Gambar keratan majalah

3
Gambar 4: Sesi Pre- Wedding yang dilakukan di New Delhi

Secara keseluruhannya, Saiful Nang bukanlah insan biasa. Beliau sangat bersemangat tinggi dan
mempunyai pemandangan yang unik dan sentiasa berfikir jauh kehadapan.individu seperti Saiful
Nang adalah individu yang mempunyai pemikiran yang halus dan kritis. Saya juga seorang yang
meminati bidang fotografi, dan saya juga sentiasa mengikuti perkembangan beliau. Saya sentiasa
melihat hasil kerja beliau yang sangat cantik dan mempunyai jalan cerita yang perlu kita fahami. Saya
juga tertarik dengan ayat yang beliau pernah keluarkan di dalam satu temu bual untuk majalah Niaga
dimana beliau berkata "Minat adalah faktor yang paling penting untuk berjaya". Saya fikirkan semula
kata-kata beliau dan saya bersetuju kerana sekiranya kita melakukan sesuatu dengan kesungguhan
namun tiada minat, ibaratnya seperti kita membuat sesuatu tanpa perasaan. Tindakan dan usaha
yang seiring dengan minat pasti akan melahirkan satu hasil kerja yang terbaik.

3. Ikon Usahawan Runcit Tempatan: DATUK WIRA (DR.) HAJI AMEER ALI
Pasaraya borong MYDIN. Sebut sahaja nama Mydin, semua masyarakat di Malaysia tahu tentangnya.
Sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Lebih-
lebih lagi, pengasas pasaraya tersebut merupakan orang Melayu.

Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam
Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan.
Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi
kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18
emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di
Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali
Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.

4
Latar Belakang Dato' Haji Ameer Ali:

Nama: Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali


Tarikh Lahir: 4 Jun 1956
Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan
Jawatan : Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
Pendidikan: Masters; International Business, Sonoma State University di California.
Pengalaman: Berkhidmat di Arab Malaysian Merchant Bank (8tahun)
Selain itu juga, Kumpulan Mydin ini diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menjadi operator KR1M
(Kedai Rakyat 1 Malaysia).

Secara kesimpulan daripada pengenalan syarikat Mydin ini, saya dapati, pelbagai usaha dan cara
yang dilakukan oleh pengasas dan peneraju terkini syarikat ini untuk terus maju. Ciri-ciri utama yang
diterapkan oleh tokoh Mydin ini ialah:
1. Punctuality (ketepatan masa)
2. Disiplin
3. Berjimat
4. Kuat bekerja
5. Sentiasa berubah (mengikut trend semasa)
Dato' Haji Ameer turut memberitahu bahawa bapanya sangat kuat bekerja sehinggakan orang
sentiasa melihat bapanya berada di kedai berbanding di rumah. Andai beliau tiada di kedai, pasti
beliau berada di hospital.

4. Usahawan Hijab : A'TIKAH ASH'ARI


Jenama hijab "Radiusite' sudah sinonim dalam kalangan wanita. Pemiliknya iaitu Ika dan suaminya
Isk berjaya menjadikan jenama ini antara jenama hijab yang paling digemari ramai. oleh kerana
rekaannya yang trendy dan mengikuti arus peredaran fesyen muslimah, ini menjadi daya penarik
dan tumpuan orang ramai untuk mencuba dan membeli.

Bermula dengan berniaga secara suka-suka semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Shah Alam di tahun ketiga. Ika mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan.
Berbekalkan modal permulaan sebanyak RM500, Ika dan suami gigih mencari dan membeli pelbagai
fesyen tudung terbaru di kedai-kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Oleh kerana dulu faktor tiada banyak pesaing tudung, ini menjadi peluang yang terbaik bagi
usahawan muda ini untuk berjaya. Berjaya mengambil peluang dan berjaya menyelesaikan masalah

5
penggemar tudung yang susah mencari tudung. Lama-kelamaan, Radiusite semakin digemari dan
dikenali oleh pembeli. Setelah tamat pengajian pada tahun 2009, beliau ingin terus melebarkan
nama Radiusite dan tidak mahu terikat dengan bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta.
Mahupun begtu, ini menimbulkan rasa kurang senang kedua ibubapanya. Walaubagaimanapun,
beliau tekad untuk teruskan perniagaan.

Akhirnya, dengan bekalan modal sebanyak RM3500, Ika berjaya meneruskan empayar Radiusite dan
berjaya menjadi usahawan muda wanita di dalam bidang fesyen tudung. Kini Radiusite mempunyai 3
cawangan; Rawang, Shah Alam dan Johor Bharu. Menurut temubual Ika bersama wartawan buku
NONA, Ika akan membuka cawangan keempat di Kuala Lumpur, berhadapan dengan Hotel Shangri-
La.

Selain itu juga, Ika menceburi industri busana muslimah dengan membuka butik "Dreemika" di
Seksyen 7, Shah Alam. Berkat kesungguhan dan azam yang kuat, anak muda ini berjaya menjadi
usahawan wanita yang muda dan berjaya. Semoga perniagaan beliau akan terus berkembang maju
dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seterusnya meraikan nama Malaysia.

Latar Belakang Ika:

Nama : A'tikah Ash'ari


Asal   : Sungai Choh, Rawang
Umur : 28 Tahun
Tahun lahir : 1987
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (UiTM Shah Alam)
Cawangan  : 3 (Rawang, Shah Alam, Johor Bharu)

6
Salah satu butik Radiusite

Ini merupakan Facebook Official Radiusite

5. Haji Ismail Group (HiG Langkawi Holdings Sdn Bhd)


Sebut sahaja tentang Pulau Langkawi, Kedah pasti semua akan familiar dengan nama Haji Ismail.
Tidak sah kalau pergi Langkawi tidak singgah di gedung HiG. HiG Langkawi Holdings Sdn Bhd adalah
syarikat bumiputera sepenuhnya yang telah diperbadankan secara rasmi pada 16 Nov 2009 di bawah
Akta Syarikat 1965. HiG ini mempunyai 3 anak syarikat dan 1 syarikat berkaitan pengarah.

ANAK-ANAK SYARIKAT:

1. Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd (678246 M)

2. HiG Property Sdn Bhd (712562 X)

3. HiG Travel & Tours Sdn Bhd (886326 W)

HiG mempunyai 8 orang pemegang saham yang terdiri daripada ahli keluarga Haji Ismail bin Ahmad.

1. Haji Azizan bin Haji Ismail (Pengerusi Eksekutif Kumpulan)

2. Haji Abu Bakar bin Haji Ismail (Pengarah Urusan)

3. Aziz bin Hji Ismail (Pengarah Eksekutif Logistik/ Warehaouse)

4. Rosna bin Haji Ismail (Pengarah Eksekutif Admin/HR)

5. Roslee bin Haji Ismail (Pengarah Eksekutif Pemasaran)

6. Rosni binti Haji Ismail (Pengarah Eksekutif Admin/HR)

7
7. Noor Hafiza binti Haji Ismail (Pengarah Eksekutif Kewangan)

8. Yah binti Othman (Pemegang saham)

Syarikat ii ditubuhkan adalah untuk mengurus perjalanan da hala tuju anak-anak syarikat berjalan
dengan lancar dan seiring dengan msi syarikat. 

Misi: menjadi sembuah syarikat berdaya saing di peringkat global, dan memastikan HiG menjadi satu
syarikat penjenamaan Melayu yang disegani.

Visi: Menjadi satu kumpulan syarikat bumiputera terunggul dan berinovatif.

Hotel HiG

You might also like