You are on page 1of 2

UCAPAN PENGERUSI KELAB GURU

Terima kasih pengacara majlis


Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang diraikan Pn Hasibah bt Che Ali


Yang Berusaha,Tn Pengetua,
Yang Dihormati Penolong-penolong Kanan,
Yang Dipertua PIBG, guru kanan, guru2, & pelajar yang dikasihi sekalian.

Terima kasih atas penghormatan ini untuk saya berucap sepatah dua kata dalam majlis
meraikan persaraan Pn Hasibah bt Che Ali, guru BAHASA INGGERIS, SMK BAKTI. Selama
setahun saya mengenali beliau di SMK BAKTI ini, saya berpendapat bahawa beliau seorang
guru yang sejati dan berjaya melaksanakan segala tugas keguruan beliau dengan
cemerlang.

Hari ini, 31 Mac 2016, setelah berkecimpung dalam dunia keguruan sejak tahun ______,
_____________ akhirnya memilih untuk bersara secara pilihan pada hari lahir ke-58 beliau.
Pengalaman _________________ cukup luas justeru telah berkhidmat di lima buah sekolah
rendah jenis kebangsaan Tamil sebelum  bergelar guru di SMK ______________ sejak tahun
1999, iaitu bersamaan 17 tahun lamanya. Sudah pasti bahawa sumbangan dan bakti
_________________ tidak terhitung jumlahnya dalam konteks kemajuan dan
perkembangan sekolah yang kita kasihi ini.

Saya percaya bahawa warga SMK bakti akan berasa kehilangan seorang pendidik yang
berdedikasi dan prihatin, lebih-lebih lagi pelajar yang pernah menerima bimbingan ikhtisas
beliau dan rakan sejawatan. Bagi mereka yang tidak mengenali ___________________,
beliau mungkin kelihatan pendiam,.

Para tetamu, guru dan pelajar sekalian,

Majlis persaraan pegawai pendidikan merupakan sebahagian tatacara operasi piawai


atau S.O.P. di semua peringkat organisasi pendidikan, termasuklah sekolah. Tujuan utama
majlis ialah untuk menghargai segala jasa yang telah ditaburkan demi kepentingan
perkhidmatan dan kemajuan organisasi tempat seseorang pegawai itu bertugas.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Pn Hasibah sudah tentu
meninggalkan kenangan indah yang terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Di SMK BAKTI
ini BELIAU membimbing pelajar sepenuh jiwa dan raga. Di sini juga, PN HASIBAH telah
bertungkus-lumus bagi memastikan pencapaian pelajar …………… cemerlang saban tahun, di
samping melaksanakan tugas lain yang diamanahkan dengan jayanya.

Bagi pihak sekolah dan majikan, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala bakti, pengorbanan dan susah
payah yang Pn Hasibah lalui semata-mata untuk menyumbang terhadap pendidikan
generasi muda Malaysia sebagai modal insan terbilang.

Dengan izin, saya bacakan serangkap pantun yang ditujukan khas kepada _______________

           Pisang emas pisang berangan


                 Selang seli si pohon ara
           Bersara tuan terasa kehilangan
                 Doa kami tuan sejahtera

Selamat bersara Pn hasibah bt Che Ali.

Sekian ucapan saya. Terima kasih.

You might also like