You are on page 1of 4

SK POS MUSOH LZ, PETI SURAT 51, JALAN

PAHANG, 35000 TAPAH

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN
PEMBINAAN DATARAN KEJAT
DI TAPAK PERHIMPUNAN
SK POS MUSOH LZ
KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN
PEMBINAAN DATARAN KEJAT DI TAPAK PERHIMPUNAN
SK POS MUSOH LZ

1.0 PENDAHULUAN

SK Pos Musoh LZ merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan pedalaman
Tapah, Perak. Sekolah ini terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang. Di
sebabkan faktor lokasi sekolah yang jauh ke pedalaman maka perbelanjaan pembangunan
infrastruktur sekolah mengalami kekangan dari aspek peruntukan dana. Pihak sekolah berhasrat
untuk membina sebuah dataran kejat di tapak perhimpunan sekolah. Dataran kejat ini akan
digunakan oleh murid bagi tujuan perhimpunan mingguan dan aktiviti kokurikulum sekolah.
Pembinaan dataran kejat ini juga akan mendatangkan impak yang positif terhadap kehadiran murid
ke sekolah dengan penyediaan prasarana infrastruktur yang lengkap dan kondusif.

2.0 LATAR BELAKANG:


2.1 Cadangan tempat dataran kejat ini akan dibina ialah di kawasan tapak perhimpunan SK
Pos Musoh LZ.
2.2 Keluasan yang dicadangkan untuk membina dataran kejat ini adalah dalam anggaran
8 500 kaki persegi.
2.3 Draf pelan dataran kejat yang dicadangkan adalah sebagaimana contoh yang
dilampirkan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyediakan dan melengkapkan prasarana infrastruktur yang kondusif kepada
murid.
3.2 Menggunakan ruang yang sedia ada dengan sebaik mungkin dan dipelbagaikan
penggunaannya bergantung kepada aktiviti yang sesuai dilaksanakan di kawasan
tersebut.
3.3 Menjaga keselamatan murid ketika menggunakan kawasan tapak perhimpunan
tersebut.

4.0 RASIONAL
4.1 Menyediakan satu kawasan tapak perhimpunan dan aktiviti kokurikulum yang kondusif
dan selamat.
4.2 Dapat menjadi satu daya penarik tambahan kepada kehadiran murid ke sekolah.

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu dataran kekal yang boleh diguna pakai oleh semua murid SK Pos Musoh LZ.
5.2 Dataran yang lebih kondusif untuk kegunaan tapak perhimpunan dan aktiviti
kokurikulum murid.
6.0 RUMUSAN

Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat terhad.
Justeru, dengan sukacitanya pihak SK Pos Musoh LZ memohon sumbangan daripada pihak tuan.

Disediakan oleh,

------------------------------------
(HAJI AZMAN BIN HAJI ABDUL MANAF)
Guru Besar,
SK Pos Musoh LZ
Lampiran draf pelan

110”

90” 20”

400 20”

90”
8100
20”

70”

90”

You might also like