You are on page 1of 1

Pada hujung minggu yang lalu, penduduk Taman Bahagia mengadakan

gotong-royong menceriakan kawasan tempat tinggal. Penduduk membawa

peralatan yang diperlukan seperti cangkul, pongkes, kereta sorong, sabit, parang

dan sebagainya.

Kami berkumpul di padang untuk mendengar taklimat pengerusi taman.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Selepas itu, aktiviti gotong-

royong pun bermula. Sekumpulan penduduk bertugas memungut sampah, tin-

ting kosong dan botol-botol kosong. Kami juga menyapu di tepi dewan.

Golongan wanita menyediakan makanan dan minuman untuk penduduk

yang penat bekerja. Selain itu, golongan wanita juga bertanggungjawab

menanam pokok-pokok bunga di taman bunga. Kami juga melukis dan

mewarnakan mural pada dinding balai raya. Ada juga di antara kami yang

mengecat buaian dan papan gelongsor di taman permainan. Dua buah jongkang-

jongket yang telah rosak juga siap dibaiki.

Selepas lima jam bergotong-royong, kawasan Taman Bahagia menjadi

bersih dan indah. Pengerusi taman memuji sikap penduduk yang rajin dan

bertanggungjawab.

You might also like