You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

BI TAJUK MS
L
1. Jadual Kerja 2
2. Isi Kandungan 3
3. Objektif Kajian 4
4. Bendera Negeri 5
5. Jata Negeri 6
6. Senikata Lagu Negeri 7
7. Asal Usul Negeri 8
8. Tempat-Tempat Menarik Di
Negeri 9
9. Gambar Yang di-Pertuan Besar 10
Negeri
10. Sumber Rujukan 11
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kerja kursus sejarah yang saya


sediakan ialah untuk mengetahui lebih lanjut
tentang sebuah negeri yang saya minati.

Saya memilih Negeri Sembilan untuk kerja


kursus sejarah ini.Hal ini kerana saya ingin
mengetahui sejarah negeri tersebut dengan
mendalam.

Selain itu,saya juga boleh mendapat maklumat


dan mengetahui maklumat yang saya tidak tahu
sebelum ini.

Akhir sekali,saya berasa gembira dan syukur


kerana boleh menyediakan sebuah folio kerja
kursus sejarah tentang Negeri Sembilan dengan
sebaiknya.
BENDERA NEGERI

 Warna kuning pada bendera membawa maksud


D.Y.M.M. Raja.
 Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna
rakyat
 Bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.
JATA NEGERI SEMBILAN

 Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya


sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri
Sembilan yang lama.
 Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-
hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam
maknanya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya
Yang di-Pertuan Besar.
 Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan
sembilan buah negeri dalam Gabungan yang
lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda
keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah
"Changgai Putri" tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar.
SENIKATA LAGU
NEGERI SEMBILAN

Berkatlah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan


Berkatlah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa 
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

 Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott


(1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang Di-
Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku
Muhammad pada tahun 1911.
ASAL USUL
NEGERI SEMBILAN

 Nama Negeri Sembilan mula digunakan sejak abad ke-16 untuk


merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh
orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu
iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian
dari Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian dari
Melaka, Rembau, Sungei Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah
sebahagian dari Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini
menjadi sebahagian dari Pahang, dan Klang yang kini menjadi
sebahagian dari Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih
kecil berbanding saiz Negeri Sembilan yang asal.
 Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan
Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat perpatih yang
sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih
lebih mementingkan kaum wanita berbanding kaum lelaki.
 Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi
Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara
di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan
Melayu Melaka pada abad ke-15 menjadikan Adat
Temenggong menjadi dominan di Alam Melayu.
 Sultan Melaka memberi perlindungan kepada para penghijrah
dari Minangkabau untuk menetap di Naning.
Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan
oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka
TEMPAT-TEMPAT
MENARIK DI
NEGERI SEMBILAN

TANJUNG TUAN

 Nama lain Tanjung Tuan ialah Cape Richardo.


Tanjung Tuan dikaitkan dengan
seorang nelayan yang juga keramat yang menjaga
dan mengawasi puncak Tanjung Tuan.
 Kehebatan keramat ini bermula apabila berjaya
melepasi pusaran ganas di tengah laut terutama
sekali pada bulan mengambang. 

KOTA LUKUT
 Muzium ini dibina bagi meletakkan
pelbagai artifak yang dijumpai di Kota Lukut,
yang merupakan monumen sejarah yang perlu
dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.
 Pelbagai koleksi dan tokoh terbabit dalam
sejarah Lukut dijelmakan semula dalam bentuk
ilustrasi, gambar dan artifak

P.D. OSTRICH SHOW FARM


 Ladang memaparkan burung unta &
perlumbaan, ditambah kuda dan haiwan lain,
serta akuarium.
GAMBAR
YANG DI-PERTUAN BESAR
NEGERI SEMBILAN

 Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku


Munawir diputerakan pada 14 Januari 1948. Baginda
ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-
11.
 Baginda merupakan satu-satunya putera daripada
enam orang adik-beradik kepada pasangan Tuanku
Munawir, Yang di-Pertuan Besar ke-9 dan pasangan
baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum
Tunku Besar Burhanuddin.

Sumber Rujukan

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri
_Sembilan
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Identiti_

Negeri_Sembilan#Bendera
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Identiti_

Negeri_Sembilan#Jata
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Identiti_

Negeri_Sembilan#Lagu
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tuanku
_Muhriz_ibni_Almarhum_Tuanku_M
unawir

You might also like