You are on page 1of 7

AKTIVITI 1

1.1 Segelas kopi disejukkan dariapada suhu 90ºC kepada 30ºC. Berapakah haba yang dibebaskan apabila isipadu kopi
tersebut adalah 200 cm3.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1 ] [Jawapan: 50.4 kJ]

1.2 Hitung haba yang diperlukan untuk memanaskan 500 cm3 air dari suhu 30ºC hingga 70ºC.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1 ] [Jawapan: 84.0 kJ]

1.3 Suhu meningkat sebanyak 6 ºC, when 50 cm3 of 0.25 mol dm-3 silver nitrate solution is added to 50 cm3 of 0.25
mol dm-3 sodium chloride solution. How much heat is released to the surrounding?
[Specific heat of capacity : 4.2Jg-1°C-1 ] [Answer:2.52 kJ]

1.4 C + 2S  CS2 ∆H = +88 kJ mol-1

Hitung haba yang diperlukan untuk membentuk 19.0g Karbon disulfida.


[ Jisim atom relatif ; C = 12; S = 32 ] [Jawapan:22.0 kJ]

1.5 CuSO4 (s) + 5H2O (aq)  CuSO4.5H2O ∆H = - 56 kJ mol-1

Hitung haba yang dibebaskan apabila 20.0g Kuprum(II) sulfat terhidrat dilarutkan kedalam 250 cm3 air.
[ Mr CuSO4 = 160 ; Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1] [Jawapan:7.0 kJ]
Haba Pemendakan.
1. Hitung haba pemendakan apabila 50.0 cm3 , 0.25 mol dm-3 larutan argentum nitrat ditambah
kedalam 50.0 cm3 , 0.25 mol dm-3 larutan natrium klorida . Suhu meningkat sebanyak 6°C
semasa tindak balas.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1] [jawapan: - 201.6 kJmol-1]

2. 25.0 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan barium klorida ditambah kepada 25.0 cm3 , 2.0 mol dm-3
larutan kalium sulfat. Hitung haba pemendakan bagi tindak balas tersebut apabila suhu
meningkat sebanyak 10°C semasa tindak balas. Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak
balas tersebut.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1] [jawapan: -42.0 kJmol-1]

3. Apabila 50.0 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan kalsium nitrat ditambah kepada 50.0 cm3 , 2.0 mol
dm-3 larutan natrium karbonat , suhu meningkat sebanyak 3°C apabila mendakan kalsium
karbonat terbentuk. Hitung haba pemendakan kalsium karbonat yang terbentuk.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1]
[Jawapan : - 12.6 kJ mol-1 ]

4. Dalam eksperimen, 100 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan kalium sulfat ditambah kepada 100 cm3 , 2
mol dm-3 larutan plumbum(II) nitrat. Sekiranya haba pemendakan bagi eksperimen tersebut
ialah -40 kJ mol-1, hitung peningkatan suhu bagi eksperimen tersebut.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1]
[Jawapan:9.5°C ]

5. Berdasarkan kepada gambar rajah aras tenaga dibawah, jawab soalan-soalan berikut.

AgNO3 (ak) + NaCl (ak)

Tenaga
∆H = - 62 kJ mol-1

AgCl (p) + NaNO3 (ak)

(a) Hitung haba yang dibebaskan apabila 50.0 cm3 , 0.2 mol dm-3
Larutan argentum nitrat ditambahkan kepada 50.0 cm3, 0.2 mol dm-3
[Jawapan: (a) 0.62 kJ ]

(b) Apakah perubahan suhu bagi tindak balas di atas?


[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1] [Jawapan:(b) 1.48°C ]

B HABA PENYESARAN

Definasi: Perubahan haba apabila 1 mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam
yang lebih elektropositif.

1. Logam yang kurang elektropisitif akan disesarkan oleh logam yang lebih elektropositif.

2. Sebagai contoh, kuprum kurang elektropositif daripada zink dalam siri elektrokimia. Oleh itu
kuprum akan disesarkan oleh zink daripada larutan garam kuprum.

Zn(s) + Cu2+(ak)  Zn2+(ak) + Cu(p) ∆H = - x kJ mol-1

3. Unit bagi haba penyesaran ialah J mol-1.


* Unit mesti ditunjukkan semasa pengiraan .
CONTOH 1
Dalam satu eksperimen, 25.0 cm3 ,0.2 mol dm-3 larutan argentum nitrat bertindak balas dengan 0.7 g
kuprum. Perbezaan suhu bagi tindak balas ialah 3.5°C. Hitung haba penyesaran bagi eksperimen
tersebut.
[Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1]

Penyelesaian masalah:
a. tulis persamaan bagi tindak balas yang terlibat.

Persamaan kimia: 2AgNO3 (ak) + Cu(p)  2 Ag (p) + Cu(NO3)2 (ak)

Persamaan termokimia: Ag+ (ak) + Cu (p)  Ag (p) + Cu2+(ak)

b. tentukan bilangan mol bagi penyesaran logam.

Bil mol Ag+ dalam 25 cm3 larutan =


_MV_
1000
= (0.2 mol dm-3) (25.0 cm3)
1000
= 0.005 mol
c. tentukan perubahan haba bagi tindak balas .

Perubahan suhu: 3.5°C


Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1.
Jisim larutan : 25.0 g
Oleh itu;
Haba tindak balas = mcθ
= 25.0 x 4.2 x 3.5 J
= 367.5 J
d. Hitung haba penyesaran .
tindak balas 0.005 mol Ag+ , membebaskan 367.5 J tenaga.

0.005 mol Ag+  367.5 J


1.0 mol Ag+  1.0 x 367.5 J
0.005
= 73500 J
= 73.5 kJ
Oleh itu haba penyesaran Ag+ ialah -73.5 kJ mol-1.

1. Serbuk zink ditambah secara berlebihan kepada 50 cm3 ,0.5 mol dm-3
larutan argentum nitrat.
Suhu campuran berubah daripada 25°C kepada 29°C. Hitung haba
penyesaran bagi argentum.
[ Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1] [Jawapan: -33.6 kJmol-1 ]

2. Cu(p) + 2AgNO3 (ak)  2Ag(p) + Cu(NO3)2 (ak)

Serbuk zink ditambah secara berlebihan kedalam 50 cm3 of 0.5 mol


dm-3 larutan argentum nitrat.

(a)Hitung bilangan mol larutan argentum nitrat.


[Jawapan: (a) 0.025mol]

(b) Hitung jisim argentum yang disesarkan.


[ Jisim atom relatif; Ag = 108] [Jawapan: (b) 2.7g ]

3. Zn(s) + Cu2+ (ak)  Cu(p) + Zn2+ (ak) ∆H = -220 kJ mol-1


(a) Sekiranya serbuk zink ditambah secara berlebihan kepada 50
cm3, 0.20 mol dm-3 larutan kuprum(II) sulfat, Hitung haba
penyesaran yang terhasil. [Jawapan: (a) 2.2 kJ]
(b) Hitung perubahan dalam larutan kuprum(II) sulfat.
[Jawapan:(b) 10.48°C]

4. Dalam satu eksperimen, 25.0 cm3 , 0.2 mol dm-3 larutan kuprum(II)
sulfat bertindak balas dengan 0.5 g zink. Keputusan bagi eksperimen
tersebut ditunjukkan dibawah:

Suhu awal larutan kuprum(II) sulfat : 29°C.


Suhu maksima campuran : 38°C

Hitung haba penyesaran dan lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak
balas tersebut.
[ Muatan haba tentu : 4.2Jg-1°C-1]. [jawapan: -189 kJmol-1]
C. HABA PENEUTRALAN
Definasi:
Haba peneutralan islah haba yang dibebaskan apabila 1 mol ion hidrogen, H + meneutralakan 1 mol
ion hidroksida, OH – untuk membentuk 1 mol air, H2O [ H + + OH -  H2O ].

Sebagai conoth, 1 mol asid hidroklorik bertindakbalas dengan 1 mol natrium hidroksida untuk
membebaskan 57 haba
HCl(ak) + NaOH(ak) → NaCl(ak) + H2O(ce) ∆H = - 57 kJ mol-1

H+ (ak) + OH – (ak)  H2O (ce) ∆H = - 57 kJ mol-1

Unit bagi haba peneutralan ialah kJ mol-1.

Contoh:
Dalam satu eksperimen untuk menentukan haba peneutralan, 100.0 cm3 ,2.0 mol dm-3 asid
hidroklorik, HCl pada suhu 29.5°C ditambah kepada 100 cm3 , 2.0 mol dm-3 larutan natrium
hidroksida, NaOH juga pada suhu 29.5°C didalam cawan plastik. Larutan campuran dikacau dan suhu
maksima larutan campuran mencapai 41.5°C . Hitung haba peneutralan bagi eksperimen tersebut.
Penyelesaian masalah :
Langkah 1: HCl + NaOH  NaCl + H2O
Langkah 2: H+ + OH-  H2O
Langkah 3: Bilangan mol

Mol bagi ion H+ = MV Mol bagi OH- = MV


1000 1000
= (2.0)(100) = (2.0)(100)
1000 1000
= 0.2 mol = 0.2 mol

Merujuk kepada persamaan kimia,


1 mol HCl bertindak balas dengan 1 mol NaOH untuk membentuk 1 mol H2O.

Oleh itu,
0.2 mol HNO3 bertindak balas dengan 0.2 mol KOH untuk membentuk 0.2 mol H2O.
Langkah 4: Menghitung Perubahan haba bagi tindak balas

Q = mcθ J
Q = mcθ J
3 3
m = 100.0 cm + 100.0 cm = 200(4.2)(12.0) J
= 200cm 3= 200 g = 10080 J
c = 4.2 Jg-1°C-1 = 10.08 kJ
θ = 41.5°C – 29.5 °C Oleh itu, 0.2 mol H2O membebaskan 10.08 kJ
= 12.0 °C haba.

Langkah 5: Menghitung nilai Haba peneutralan


0.2 mol H2O  10.08 kJ
1.0 mol H2O  x kJ

x = 1.0(10.08) kJ
0.2
= 50.4 kJ
Oleh itu,
Haba peneutralan bagi H2O ialah -50.4 kJ mol-1

Langkah 6: Melukis gambar rajah aras tenaga

Tindak balas adalah merupakan tindak balas eksotermik, kerana berlaku peningkatan suhu.

HCl + NaOH / H + + OH -

Tenaga
∆H = - 50.4 kJ mol-1

NaCl + H2O / H2O

Answer:
1.The change in temperature for 0.25 mole of H2O released of 14.175 kJ of heat is 8.4 °C.

LATIHAN PENGUKUHAN:

1. Persamaan kimia bagi tindak balas antara asid nitrik , HNO3 dengan larutan
kalium hidroksida, KOH adalah seperti berikut:

HNO3 + KOH → KNO3 + H2O ∆H = -56.7 kJ mol-1

Apabila 150 cm3 ,2.0 mol dm-3 asid nitrik, HNO3 ditambah kepada 250 cm3 ,1.0
mol dm-3 larutan kalium hidroksida, KOH , hitung perubahan suhu yang
berlaku?
[ Jawapan: 8.4 °C]

2. 50 cm3 , 2 mol dm-3 asid hidroklorik, HCl dituang kedalam botol yang
mengandungi 50 cm3 ,2 mol dm-3 larutan natrium hidroksida, NaOH. Bacaan
suhu meningkat daripada 30°C kepada 43.5°C. Hitung haba peneutralan bagi
tindak balas bagi tindak balas.
[Jawapan: ∆H = - 56.7 kJ mol-1]

3. 20 cm3 , 2.0 mol dm-3 asid hidroklorik, HCl dituang kedalam cawan polistrina
yang mengandungi 40 cm3 , 0.5 mol dm-3 larutan natrium hidroksida, NaOH .
Suhu awal kedua-dua larutan diambil.Larutan campuran dikacau dan suhu
maksima larutan campuran direkodkan.

Suhu awal asid hidroklorik = 30 °C


Suhu awal larutan natrium hidroksida = 30 °C
Suhu maksima larutan campuran = 34 °C

(a) Hitung perubahan haba bagi eksperimen tersebut.


[Jawapan: (a) 1008 J ]

(b) Hitung haba peneutralan bagi tindak balas.


[Jawapan:(b) ∆H = -50.4 kJ]

You might also like