You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 3/ 2019

SMK PELINDUNG
KUANTAN, PAHANG

TARIKH : 11 APRIL 2019


MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK PELINDUNG

KEHADIRAN ;-

BIL NAMA
1. MOHD NASRI BIN MAT AKHIR
2. ZURAIDA BT MUHAMMAD
3. AHMAD SUKRI B ABDULLAH
4. SITI NOR AZAH BINTI ABU BAKAR
5. SUZILIANA BT JAMALUDIN
6. SUZANA LAKSANA BT AHMAD
7. JUWARIAH BT MUDA
8. NORBAISATUL BT OMAR
9. NURYATI BT MOHD NOR
10. KAMARUL MAMAT
11. NG SOK LENG
12. ROZWATI BT AB MAJID
13. NORALIANA BT AWANG TEH
14. JORAIZAM BT MOHAMAD JAMIN
15. LAILI BT. OMAR
16. NUR FADLY AIDA BT AHMAD FADZIL
17. NORIZA BT MUHAMED
18. ARNI ROZANNA BINTI HJ JURID
19. HASIMAH BT HASSAN
20. ASFARIDA BT JA'AFAR
21. SHALIMAH BT HASSAN
22. MARIAM BT ABDUL RAHMAN
23. NOR AMALINA BT NORDIN
24. WAN NOOR AZLINA BT IBRAHIM
25. MOHD REDZA B. MOHAMAD
26. NOOR MAZLINA BT MOHD TAJUDIN
27. ROSNAH BT HUSSAIN
28. NUR AKMAR BT AZMAN
29. NORSIHA BT WAN ABDULLAH
30. NOOR HASIMAH BT. ALI
31. FAIZAHANUM BT HAMEDON
32. NORDIYANA BINTI RAZALI

1
33. ASMA HANIM BINTI MOKHTAR
34. NIK ROHYA BT NIK COB
35. NOR AKEMAR SIHAR BT OTHMAN
36. RAFIDAH BINTI ADNAN
37. MARDHIAH BT MUJAHID
38. MAZLINA BT MUSA
39. KANMANI A/P RAMAN
40. SITI FAIRUZ BINTI IBRAHIMR
41. RAHIDAH BT MAT
42. HANIFAH BT ABAS
43. AZLIZA BT WAN AHMAD
44. NOR SYAZANA BT. MOHD SALIHIN
45. JAMALIAH BT ISMAIL
46. RULIZAWATI BINTI HARUN
47. SITI SARIAH BINTI HALIM
48. HALIMAH BINTI TALIB @ WAHAB
49. WAN ASMA IZAM B. WAN MOHAMAD

GURU TIDAK HADIR BERSEBAB

BIL NAMA
1. FARIDA MONA BT MAZHANASH
2. NURUL AZWIN BT MAZLAN
3. ROZAILAH BT MD. JIDON
4. NOR HALAWATY BT MUSTAFA
5. ABDULLAH BIN OSMAN
6. ROGAYAH BT AB NOH
7. ROSMINA BT CHE MAT
8. ROZAILAH BT MD JIDON
9. SURIYANI BT ALI

AGENDA:

1. Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Menyuarat
3. Perkara berbangkit
4. Kurikulum
4.1 JK Hari Anugerah
4.2 PBPPP
4.3 Dialog Prestasi SPM 2018 & UP1 SPM 2019
4.4 Pesanan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan
5. Hal-hal lain
6. Penutup

2
1. ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat


Kurikulum Bil 3 2019.4.1

1.2 Pengetua memaklumkan bahawa Timbalan Pengarah Tuan Haji Zaini Bin Abu
Bakar dalam rangka lawatan ke sekolah-sekolah di daerah Kuantan. Timbalan
Pengarah amat cakna berkaitan data-data sekolah. Data berkaitan sekolah perlu
segera dapat diakses.

1.3 Pengetua memaklumkan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang sudah


mempunyai gelaran “Datuk”.

1.4 Pengetua juga memaklumkan berkaitan lawatan SISc+ ke Sekolah Kebangsaan


Pelindung. Hasil perbincangan dapatan pemantauan SISc+ ingin melihat KBAT dan
PA21 di dalam kelas.

1.5 Pengetua mengingatkan yuran PIBG RM75 perlu dikutip. Guru-guru kelas perlu
memaklumkan murid-murid supaya membayar bayar yuran PIBG.

1.6 Pengetua memaklumkan pada 14 April 2019 terdapat tiga program yang
bertembung iaitu. Program Kem Kepimpinan, Program Seminar Sejarah dan
Bahasa Melayu dan Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan
Beserah (yang meminjam padang dan beberapa peralatan sekolah).

1.7 Puan Zuraida binti Muhammad, memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-
Fatihah.

Tindakan: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2 2019 diterima sebulat suara.

Tindakan: Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tidak ada

4. PERKARA/ISU YANG DIBINCANGKAN


4.1 JAWATANKUASA HARI ANUGERAH CEMERLANG

4.1.1 Puan Zuraida memaklumkan Hari Anugerah Cemerlang SMK Pelindung


akan diadakan pada 21 April 2019 dan senarai Jawatankuasa Hari
Anugerah Kecemerlangan telah dikongsi dalam telegram sekolah untuk
tindakan awal ahli-ahli jawatankuasa semua.

3
4.1.2 Puan Zuraida berharap agar semua jawatankuasa faham dan dapat
menjalankan tugas masing-masing. Jika setiap jawatankuasa
mempunyai kemusykilan boleh berjumpa atau berbincang dengan
beliau. Harapan beliau agar semua guru-guru memberi kerjasama.

4.1.3 Atur cara Hari Anugerah Cemerlang akan bermula pada jam 8.00 pagi
dan akan majlis akan bermula pada jam 8.30 pagi. Atur cara terkini
majlis akan disesuaikan dan ditambah baik.

4.1.4 Majlis akan bermula di Dataran Inovatif dengan perbarisan Unit Uniform.
Persembahan robotik akan diadakan di foyer hadapan dewan.
Persembahan tarian dan bicara berirama di dewan.

4.15 Raptai akan diadakan pada hari khamis selepas rehat dan hari Jumaat
bermula awal pagi selepas yasin.

Tindakan: JK Hari
Anugerah

4.2 PBPPP

4.2.1 Lantikan pegawai penilai 1(PP1) dan pegawai penilai 2 (PP2) untuk
setiap guru-guru telah dikongsi dalam telegram sekolah.

4.2.2 Guru-guru perlu menyediakan borang keberhasilan seperti tahun-


tahun sebelumnya. Borang yang perlu disediakan sekurang-
kurangnya minima lima item.

4.2.3 Keberhasilan yang disiapkan akan dibincangkan dengan PP1 dan


PP2 dan perlu direkodkan sebagai evident.

4.2.4 Pegawai yang dinilai (PYD) perlu menyemak data masing-masing


dalam hrmis dan memastikan data-data tersebut tepat.

4.2.5 Jajaran masa PBPPP bermula bulan Mac.

4.2.6 PYD yang merasakan dirinya layak diberi markah yang tinggi perlu
membuktikannya dengan evident-evident sebagai rujukan.

4.2.7 Tarikh akhir semua guru menghantar PBPPP adalah pada 30 April
2019

Tindakan: Makluman semua


guru

4
4.3 DIALOG PRESTASI SPM 2018 & UP1 SPM 2019
4.3.1 Ketua Bidang Bahasa Puan Suriyani bt Ali, membentangkan
pencapaian subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam
Peperiksaan SPM 2018. Subjek Bahasa Melayu menurun daripada segi
GPS tetapi meningkat daripada segi peratus lulus. Manakala untuk
subjek Bahasa Inggeris pula GPS tidak berubah, manakala peratus lulus
menurun.

4.3.1.1 Adalah sebab yang dikenal pasti untuk subjek Bahasa Melayu
ialah masalah kehadiran ke sekolah dan masalah pelajar yang berhenti.
Manakala untuk subjek Bahasa Inggeris pula kurang faham kehendak
soalan dan lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

4.3.1.2 Analisis Peperiksaan Ujian 1 pula, GPS Bahasa Melayu 3.95,


peratus lulus 92.43 peratus. Manakala untuk subjek Bahasa Inggeris
pula GPS sebanyak 6.72. Manakala peratus lulus sebanyak 51.9
peratus.

4.3.1.3 Antara langkah mengatasi defisit ialah Program Tinta Emas,


Program Sentuhan Kasih dan Cakna Gemilang.

4.3.2 Pembentangan Dialog Prestasi SPM 2018 oleh Puan Suzana Laksana bt
Ahmad Ketua Bidang Vokasional dan Teknik. Terdapat empat subjek di
bawah bidang teknik dan vokasional iaitu subjek Prinsip Akaun,
Ekonomi, Perniagaan dan Matematik Tambahan.

4.3.2.1 Subjek Prinsip Akaun meningkat daripada segi GPS dari 6.40 ke
5.19 meningkat sebanyak 1.21. Peratus lulus juga meningkat dari 80.33
ke 80.30 peratus iaitu meningkat 0.03 peratus.

4.3.2.2 Subjek Matematik Tambahan pula GPS menurun sebanyak 0.01


iaitu dari 7.59 ke 7.60. Manakala peratus lulus pula meningkat dari
54.35 ke 57.50 peratus.

5
4.3.2.3 Manakala untuk subjek Ekonomi dan Perniagaan yang mula
diperkenalkan pada tahun lepas pula masing-masing menunjukkan
Ekonomi, GPS sebanyak 6.93 dan peratus lulus sebanyak 92.80
peratus. Perniagaan pula mencatatkan GPS sebanyak 5.52 dan 100
peratus lulus.

4.3.2.4 Berikut analisis peperiksaan Ujian Penilaian 1 untuk subjek-


subjek di bawah Bidang Vokasional dan Teknik.

4.3.2.5 Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah tidak menguasai


konsep, lemah aspek formula dan jawapan tidak mengikut
kehendak soalan. Langkah mengatasi yang dicadangkan ialah
klinik subjek, latih tubi sub topik dan cakna gemilang.

6
4.3.3 Pembentangan Dialog Prestasi Bi dang Kemanusiaan oleh Puan Juwariah bt
Muda. Terdapat tiga subjek di bawah kawalan Bidang Kemanusiaan iaitu subjek
Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni Visual.

4.3.3.1 Analisis SPM untuk subjek Sejarah GPS menurun dari 4.78 ke 5.42.
Perus lulus juga merosot iaitu dari 94.57 ke 87.20 peratus. Begitu juga
dengan subjek Pendidikan Islam, GPS menurun dari 4.19 ke 4.49,
patur juga merosot dari 92.25 ke 87.00. Manakala subjek Pendidikan
Seni meningkat dari segi GPS dari 5.16 ke 4.23. Pendidikan seni
mencatatkan kelulusan 100 peratus.

4.3.3.2 Untuk analisis Ujian Penilaian 1 pula, subjek Sejarah GPS 6.09 dan
peratus lulus sebanyak 83.2 peratus. Subjek Pendidikan Islam pula,
GPS 5.22, manakala peratus lulus sebanyak 72.7 peratus. Pendidikan
Seni mencatat GPS sebanyak 7.43 dengan peratus lulus 79.63
paratus.

4.3.3.3 Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah kurang mengingati fakta,
lemah mengusai soalan istilah dan tidak menguasai konten (seni).
Langkah yang dicadangkan untuk mengatasi defisit ialah peta minda
topik dan password keluar, lima minit istilah sblm pdp dan latih tubi
soalan.

4.3.4 Pembentangan Dialog Prestasi Bidang Sains dan Matematik oleh Puan Suziliana
bt Jamaludin. Terdapat lima subjek di bawah kawalan Bidang Sains dan Matematik iaitu
Sains, Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi. Berikut analisis keputusan SPM 2018

7
4.3.4.1 Analisis Ujian Penilaian 1 untuk subjek-subjek di bawah Bidang
Sains dan Matematik.

SUBJEK GPS % LMS


Sains 6.42 65.89
Matematik 5.22 61.65
Fizik 6.11 84.78
Kimia 7.28 57.44
Biologi 4.83 95.65

4.3.4.2 Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah lemah konsep asas,
lemah teknik kemahiran dan jawapan soalan struktus dan esei tidak
matang.

4.3.4.3 Antara langkah-langkah yang dicadangkan untuk mengatasi defisit


ialah klinik subjek, program pop kuiz, lima minit soal jawab konsep
dan lain-lain.

Tindakan: Makluman semua guru

4.4 PESANAN KETUA PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN

4.4.1 Tuan PPD mengingatkan berkaitan Melindungi Masa Instruksional


(MMI) jika guru-guru keluar atau meninggalkan sekolah.

4.4.2 Guru-guru perlu memikirkan sesuatu program atau tindakan yang akan
dijalankan sama ada mengandungi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) atau Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR).

4.4.3 Respon Pengetua, perlu diwujudkan sudut KBAT di mana-mana sudut


di sekolah untuk membudayakan pelajar supaya lebih berfikir.

8
4.4.4 Guru-guru tingkatan lima tidak digalakkan keluar meninggalkan sekolah.

4.4.5 Guru-guru tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan di alam


maya.Guru-guru boleh membaca tetapi jangan beremosi.

4.4.6 Kelas gantian lebih wajib daripada kelas tambahan.

4.4.7 Pemakaian baju kerja yang sesuai. Guru perlu menjaga penampilan diri.

4.4.8 Guru-guru perlu menjaga penampilan diri. Terdapat elaun khas untuk
penampilan diri iaiti AKA.

Tindakan: Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Nor Baisatul memaklumkan Kem Kepimpinan akan diadakan pada 13
dan 14 April minggu ini. Peserta kem akan bertolak ke Kem Sakinah pada jam
2.30 petang pada 13 April. Majlis penutup akan diadakan pada 14 April 2019
pada jam 11.00 pagi.

5.2 Puan Jamiyah memaklumkan Seminar 2 Minutes Sejarah dan Bahasa Melayu
SPM akan diadakan pada 14 April 2019.

5.3 En. Nazaruddin memaklumkan pada 14 April 2019 SMK Beserah akan
menggunakan padang dan beberapa kemudahan serta meminjam beberapa
peralatan sukan SMK Pelindung.

5.4 En. Redza memaklumkan PA Sistem En. Zulaimi akan digunakan di padang
sekolah untuk program Kejohanan Sukan SMK Beserah.

5.5 Puan Rosnah memaklumkan langsir untuk dewan telah disiapkan dan
memohon pertolongan En. Redza untuk memasangnya.

5.6 Puan Hanim ingin mengetahui status bayaran guru sebanyak RM250 untuk
membeli Air Cond dari PIBG.

5.7 Puan Azliza memaklumkan bahawa beliau akan menguruskan pendaftaran


semua pelajar untuk larian antarabangsa di Terengganu. Guru diminta untuk
mendaftar sendiri kerana terdapat banyak maklumat diri yang perlu diberi.

5.8 Puan Azliza juga memaklumkan jumlah pelajar untuk satau bas telah penuh
iaitu seramai 37 orang dan 2 orang guru pengiring.

5.9 Puan Norsiha inginkan pencerahan pemakaian Uniform Kadet Polis bagi guru-
guru yang tidak mendapat pentauliahan.

5.10 Puan Siti Fairuz memaklumkan kepada semua guru bahawa Peperiksaan
Pertengahan Tahun untuk menengah atas akan bermula pada 30 April
hingga 16 Mei 2019. Manakala untuk menengah rendah bermula pada 6
hingga 10 Mei 2019

9
5.11 Puan Jamiyah memaklumkan kertas 3 Sejarah akan diedarkan mulai esok,
12 April 2019.

5.12 Pengetua memaklumkan guru-guru supaya memberikan JSU kepada pelajar-


pelajar untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun.

5.13 Puan Rosnah memaklumkan bahawa sambutan hari guru peringkat sekolah
akan disambut pada 29 April 2019 iaitu pada hari Isnin. Sambutan bermula
dengan acara sukaneka yang diuruskan oleh pengawas, seterusnya acara di
dewan bermula jam 10.15 pagi dan jamuan di Sara Thai, Balok pada jam
2.00 petang. Tema pakaian hari guru ialah batik Malaysia.

5.14 Puan Mazlina memaklumkan bahawa borang undian penganugerahan guru


akan diedarkan kepada pelajar-pelajar.

5.15 Pengetua mengingatkan berkaitan surat makluman ibu bapa berkaitan pelajar
balik awal pada sambutan hari guru.

5.16 Pengetua memaklumkan bahawa kutipan untuk bulan Rmadhan akan


dijalankan untuk diberikan kepada pelajar-pelajar miskin dan anak yatim.
Kutipan ini diuruskan oleh Ustazah Faizahanum.

Tindakan: Makluman

6.0 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.50 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………… …………………………
(Shalimah binti Hassan) (Zuraida binti Muhammad)
Setiausaha Kurikulum , GPK Pentadbiran,
SMK Pelindung. SMK Pelindung.

10
MESYUARAT KURIKULUM BILANGAN 3 2019
TARIKH: 11 APRIL 2019
TEMPAT BILIK MESYUARAT SMK PELINDUNG

11

You might also like