You are on page 1of 26

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA,

BALIK PULAU, 11010 PULAU PINANG.

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN


“KELAB DOKTOR MUDA”
DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL FATIN NABILAH BINTI MOHD AIDIL
SETIAUSAHA,
JAWATANKUASA PENAJA KELAB DOKTOR MUDA,
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA
TAJUK

Kelab Doktor Muda

1. LATAR BELAKANG

Kelab Doktor Muda ialah satu program yang mempromosikan aspek kesihatan secara
menyeluruh kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah. Semua maklumat asas
kesihatan tersebut akan disampaikan melalui modul yang terancang merangkumi
kefahaman, kemahiran serta pengalaman murid. Tujuan kelab ini adalah untuk melahirkan
murid yang mengutamakan kesihatan dan berperanan sebagai agen mempromosikan
kesihatan yang baik kepada rakan sebaya, sekolah, ahli keluarga serta masyarakat.

Doktor Muda adalah sekumpulan murid yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan
beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Murid-murid ini kemudiannya dilatih dari segi
pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan
berdasarkan kepada Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Seterusnya, murid-murid ini
juga akan bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan
pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan terutamanya di sekolah.

Penubuhan kelab ini merupakan hasil perkongsian bijak antara Bahagian Pendidikan
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam mewujudkan sebuah program promosi kesihatan di sekolah
(school-based health promotion program).

2. RASIONAL

Penubuhan Kelab Doktor Muda ini menepati konsep persekitaran yang sihat (healthy
setting) yang diperkenalkan bagi tujuan mempertingkatkan pengetahuan dalam aspek
kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat. Sehubungan dengan itu, aktiviti Kelab
Doktor Muda diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

Hal demikian kerana, pada hari ini, tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan
kesihatan dan penjagaan tubuh badan sepertimana yang telah digariskan oleh agama
Islam. Islam merupakan sebuah agama yang memberi perhatian yang serius terhadap
penjagaan kesihatan terutamanya tubuh badan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap


tubuh badan kamu."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang
benar-benar baik dan selamat dari segi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara
optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang digariskan
oleh agama. Oleh itu, dengan tertubuhnya Kelab Doktor Muda ini, diharapkan bahawa
generasi muda pada hari ini akan mendapat pendidikan awal terutamanya dalam
penjagaan dan pengamalan gaya hidup sihat.

3. MATLAMAT

Penubuhan Kelab Doktor Muda ini mempunyai matlamat untuk memperkasakan murid
dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan
taraf kesihatan diri dan rakan mereka.

4. OBJEKTIF

4.1. Melahirkan murid yang berwawasan serta modal insan yang diimpikan oleh
negara.
4.2. Membolehkan pelajar membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke
arah mengamalkan cara hidup sihat.
4.3. Membolehkan murid menjadi pembimbing dan contoh (role model) ke arah
amalan cara hidup sihat.
4.4. Membolehkan murid membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam
menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
4.5. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah dalam usaha
meningkatkan kesihatan murid.
4.6. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada
kesihatan murid.
4.7. Mempertingkatkan usahasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan amalan kesihatan yang
baik dalam kalangan murid.

5. MOTO
Kesihatan Terpelihara, Pelajaran Jaya

6. VISI
Badan Sihat, Otak Cergas
Pelajar Cemerlang, Sekolah Terbilang

7. MISI
Menanamkan sikap pentingnya menjaga kesihatan serta memberi dorongan
atau menjadi perintis kepada kerjaya perubatan.

8. KUMPULAN SASARAN
Seramai 30 orang ahli dalam kalangan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 dan 3
orang guru sebagai fasilitator atau guru penasihat. Mereka haruslah terdiri daripada
warga Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.

9. TENTATIF PELAKSANAAN
9.1. Pelaksanaan aktiviti bagi Kelab Doktor Muda akan dijalankan pada setiap hari Rabu
minggu ke-1 dan ke-3, bermula pada jam 1.00-3.00 petang (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.2/2017). Hal demikian kerana, peruntukan waktu minimum bagi kegiatan
kokurikulum Tahun 4 adalah sebanyak 60 minit seminggu, manakala Tahun 5 dan
Tahun 6 sebanyak 120 minit seminggu.
9.2. Tempoh pelaksanaan bagi aktiviti kelab adalah bergantung kepada jenis aktiviti
yang dijalankan. Walau bagaimanapun, guru kelab bertanggungjawab untuk
membuat pemberitahuan awal kepada murid dan ibu bapa berkenaan maklumat
masa tamat perjumpaan kelab.
9.3. Di samping itu, Kelab Doktor Muda adalah tertakluk kepada semua peraturan dan
undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Kelab Doktor Muda Malaysia.
9.4. Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan Kelab Doktor
Muda Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia (rujuk lampiran
1).
9.5. Selain itu, objektif kelab akan tercapai dengan melaksanakan gabungan aktiviti
dalaman, lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.
9.6. Pengisian kelab juga adalah berdasarkan Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor
Muda (rujuk lampiran 2).

10. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN


10.1.Pihak kelab akan menyusun dan mengadakan beberapa aktiviti yang sesuai untuk
dijalankan di peringkat sekolah (rujuk lampiran 3). Antara program yang akan
dijalankan ialah:
10.1.1. Program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
10.1.2. Program latihan pertolongan kecemasan
10.1.3. Program melukis poster
10.1.4. Program ceramah
10.1.5. Program lawatan sambil belajar
10.2.Di samping itu, pihak kelab juga akan memastikan bahawa setiap modul yang
disediakan dapat diajar kepada seluruh ahli kelab. Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan modul
khusus bagi Kelab Doktor Muda yang merangkumi skop-skop seperti berikut:
10.2.1. Saya Doktor Muda
10.2.2. Amalan Kebersihan Diri
10.2.3. Amalan Kebersihan Persekitaran
10.2.4. Amalan Kesihatan Pergigian
10.2.5. Amalan Kesihatan Mental Yang Baik
10.2.6. Mencegah Penyakit Semasa
10.2.7. Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan
10.2.8. Amalan Makan Yang Sihat
10.2.9. Amalan Cara Hidup Sihat
10.2.10.Amalan Kesihatan Remaja
11. STRUKTUR ORGANISASI
11.1 Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Penaja yang telah dilantik:

Pengerusi : Puan Azizah Binti Yahya


Naib Pengerusi : Encik Adzhar Bin Ismail
Setiausaha : Puan Nurul Fatin Nabilah Binti Mohd Aidil
Penolong Setiausaha : Puan Lim Boon Yin
Bendahari : Encik Jonathan a/l Kumaran
Penolong Bendahari : Puan Noraini Binti Abdullah
Ahli Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa 1 : Cik Intan Baizura Binti Abdul Ghani
Ahli Jawatankuasa 2 : Encik Lawrence Aloysius Aeria
Ahli Jawatankuasa 2 : Encik Mohd Afiq Bin Nasimin

11.2 Seterusnya merupakan struktur organisasi Jawatankuasa Kelab Doktor Muda


secara umum:

Guru Besar

Guru Penolong Kanan


Kokurikulum

Setiausaha Kokurikulum

Penyelaras Kelab

Guru Penasihat

Pengerusi Kelab
(Murid-murid)

Naib Pengerusi Kelab

Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa:


Tahun 4:

Penolong Setiausaha Penolong Bendahari Tahun 5:


Tahun 6:
12. ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi Kelab Doktor Muda ini bersumberkan daripada hasil kutipan
yuran pendaftaran yang akan dikenakan kepada semua murid yang menyertai kelab ini.
Yuran yang akan dikenakan ialah sebanyak RM 10.00 bagi setiap individu dan yuran
tersebut juga dikira sebagai yuran ahli kelab bagi tempoh setahun.

Seterusnya, berikut merupakan jadual anggaran perbelanjaan kelab:

Bil. Perkara Anggaran Kos Catatan


& Jumlah

1. Alat tulis RM 50 Sumbangan


i. Pen pihak sekolah/
ii. Marker Permohonan
iii. Kertas A4 kepada Stor
iv. Pensel warna Pusat Sekolah

2. Bahan bacan - Sumbangan


i. Majalah i-Sihat perpustakaan
ii. Ensiklopedia Kesihatan sekolah/ Bahan
iii. Surat khabar kitar semula
iv. Artikel

3. Baju t-shirt kelab 33 x RM 25.00 Yuran ahli &


= RM 825.00 Permohonan
sumbangan
PIBG/ Bahagian
Pendidikan
Kesihatan, KKM

4. Button badge kelab 33 x RM 2.00 Yuran ahli &


= RM 66.00 Permohonan
sumbangan
PIBG/ Koperasi
Sekolah

5. Sijil pelantikan & penyertaan 60 keping sijil Permohonan


kepada Stor
Pusat Sekolah

Jumlah Keseluruhan RM 941.00


Selain itu, bagi melancarkan urusan beberapa aktiviti lain yang bakal dijalankan oleh
kelab ini, pihak kelab juga akan berusaha untuk memohon sponsor, dana bantuan atau
wang peruntukan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Koperasi dan
Unit Kokurikulum sekolah.

Hasil kutipan duit kelab akan dimanfaatkan dengan sebaiknya terutamanya dalam
perkara-perkara seperti berikut:

12.1. Membeli t-shirt dan button badge Kelab Doktor Muda


12.2. Membeli bahan bacaan ilmiah yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan seperti
majalah i-Sihat dan ensiklopedia kesihatan.
12.3. Membiayai aktiviti kelab seperti membayar penceramah jemputan, mengadakan
lawatan sambil belajar dan membeli barang kelengkapan persediaan untuk
Konvensyen Doktor Muda.

13. HARAPAN DAN PENUTUP


Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengharapkan agar Kelab Doktor Muda
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa dapat ditubuhkan dengan jayanya selaras dengan
matlamat dan sasaran yang ingin dicapai. Hal demikian kerana, penubuhan Kelab
Doktor Muda ini di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa mampu memberikan banyak
manfaat kepada murid dan warga sekolah. Pendedahan awal kepada murid dan warga
sekolah mengenai amalan gaya hidup sihat serta penjagaan tubuh badan adalah sangat
perlu bagi memastikan setiap daripada mereka akan membesar menjadi generasi yang
sihat sehingga hari tua kelak. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung sangat diperlukan untuk menjayakan hasrat murni
Kelab Doktor Muda dalam memartabatkan kegiatan kokurikulum sebagai satu wadah
dalam menjana kecemerlangan pelajar dalam aspek sahsiah, jati diri dan kerohanian.
Disediakan oleh,

.................................................
(Pn. Nurul Fatin Nabilah Binti Mohd Aidil)
Setiausaha,
Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.

Disemak oleh,

.................................................
(Pn. Hajah Salmiah Binti Harun)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.

Diluluskan oleh,

.................................................
(Tn. Haji Yaacob Bin Abdul Rahim)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.
LAMPIRAN 1

KELAB DOKTOR MUDA


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA
NO. PENDAFTARAN _______________

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Sub-peraturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.
11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka
berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Doktor Muda yang
selepas ini disebut sebagai ‘kelab’ sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT


a. Nama Persatuan : Kelab Doktor Muda
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa
b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa,

Balik Pulau,
11010 Pulau Pinang.
c. Logo :

d. Pengertian Logo :

i. Simbol bulan sabit yang melindungi figura dan mata pena membawa
maksud pentingnya pendedahan aspek kesihatan kepada kumpulan
sasaran.
ii. Dua figura berwarna biru dan merah merujuk kepada kumpulan
sasaran kelab, iaitu murid-murid sekolah rendah yang ceria, cerdas,
sihat, berketrampilan, cemerlang akademik dan berinovatif. Mereka
adalah agen perubahan ke arah amalan cara hidup sihat.
iii. Mata pena emas pula merujuk kepada pentingnya ilmu pengetahuan
kepada kumpulan sasaran. Setiap murid perlu berilmu untuk
memastikan kejayaan dalam kehidupan dan sebagai pewaris negara
yang sihat, cemerlang, gemilang dan terbilang.

e. Moto : Kesihatan Terpelihara, Pelajaran Jaya

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara


seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai kelab dengan lebih terpimpin dalam
menimba ilmu asas amalan kesihatan dan menjadi pembimbing rakan
sebaya (peer educator) dalam aspek khidmat nasihat serta memupuk
semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli akan seberapa daya berusaha untuk melaksanakan aktiviti


terancang seterusnya mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang
diceburi terutamanya melalui sesi-sesi kemahiran dari masa ke semasa.

PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6)
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah melalui sistem tapisan yang ditetapkan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Pemilihan ahli adalah berdasarkan kepada
minat, kemas, sihat, memiiki ciri-ciri kepimpinan, bertanggungawab,
berpesonaliti menarik, berpengaruh, suka menolong dan mendapat
kebenaran ibu bapa.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada


Perlembagaan Kelab Doktor Muda dan akan mengambil bahagian dengan
aktif menjayakan tujuan kelab ini.

PERATURAN 5 KEAHLIAN BERSEKUTU

5.1 Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia


5.2 Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

5.3 Bekas ahli Kelab Doktor Muda

5.4 Individu yang berumur 18 tahun dan keatas yang berminat dan memohon
secara rasmi melalui Pendaftar Persatuan Sekolah.

5.5 Organisasi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diluluskan oleh


Pendaftar Persatuan Sekolah.
PERATURAN 6 GURU PENASIHAT

6.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan


pelaksanaan sesuatu aktiviti.

6.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 7 AHLI JAWATANKUASA


7.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

7.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.

7.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

7.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan Mesyuarat Agung.

7.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar


surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

7.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:


7.6.1 Pengerusi
7.6.2 Timbalan Pengerusi
7.6.3 Setiausaha
7.6.4 Penolong Setiausaha
7.6.5 Bendahari
7.6.6 Penolong Bendahari
7.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
7.6.8 Pemeriksa kira-kira (2 orang)

PERATURAN 8 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SERTA AHLI


8.1 Pengerusi

8.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat.

8.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan


yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

8.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari semasa ke semasa.

8.2 Timbalan Pengerusi

8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab


yang diberi.

8.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

8.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari semasa ke semasa.

8.3 Setiausaha

8.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

8.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan-


kegiatan.

8.3.3 Mencatat kehadiran ahli.

8.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.

8.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari semasa ke semasa.

8.4 Penolong Setiausaha

8.4.1 Membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

8.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.


8.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa.

8.5 Bendahari

8.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab.

8.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara


kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
8.5.3 Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.

8.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat


ahli jawatankuasa.

8.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan


dalam Mesyuarat Agung.

8.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari semasa ke semasa.

8.6 Penolong Bendahari

8.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

8.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari semasa ke semasa.

8.7 Ahli Jawatankuasa

8.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

8.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

8.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa.

8.8 Pemeriksa Kira-Kira

8.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


tahunan dan bertanggungjawab keatasnya.

8.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

8.9 Peranan Ahli Kelab


8.9.1 Menjadi agen pembimbing kepada rakan sebaya di sekolah ini.

8.9.2 Mendorong rakan-rakan supaya menjaga kebersihan diri, bersikap


positif dan bertingkah laku sihat.

8.9.3 Mempromosikan sikap sihat dan tingkahlaku sihat dalam kalangan


anggota keluarga di rumah.

8.9.4 Berusaha mencapai keadaan persekitaran yang bersih dan sihat di


sekolah dan di rumah.
8.9.5 Membantu guru dan anggota kesihatan semasa pasukan kesihatan
sekolah mengadakan lawatan ke sekolah.

8.9.6 Memainkan peranan yang aktif dalam kempen-kempen kesihatan


yang dijalankan di sekolah.

8.10 Peranan Ahli Bersekutu

8.10.1 Membantu menyediakan sumber kepakaran, kewangan, peralatan dan


kemudahan bagi menjayakan aktiviti kelab.

8.10.2 Memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti kelab.

8.10.3 Memberikan maklum balas bagi tujuan penambahbaikan kelab.

PERATURAN 9 KEWANGAN
9.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM10.00 seorang
setahun.

9.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

9.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan


besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA


sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.

PERATURAN 10 KEHADIRAN / PENYERTAAN


10.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
10.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 11 AKTIVITI
11.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat
Ahli Jawatankuasa.

11.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 12 PERATURAN-PERATURAN
12.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

12.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 13 TINDAKAN DISIPLIN


13.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:


13.2.1 Amaran lisan
13.2.2 Amaran bertulis

13.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamat.

PERATURAN 14 PINDAAN PERLEMBAGAAN

14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

14.3 Mesyuarat Agung Luar Biasa.


14.3.1 Atas permintaan bertulis dua pertiga ahli.
14.3.2 Atas keputusan pengerusi

14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Pendaftar Persatuan Sekolah.

PERATURAN 15 PEMBUBARAN KELAB

15.1 Pendaftar Persatuan Sekolah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika
didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

15.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 16 HAL-HAL LAIN


16.1 Setiap ahli perlu mengetahui sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengetahui aktiviti dengan penuh minat.
LAMPIRAN 3

RANCANGAN PROGRAM TAHUN 2018


KELAB DOKTOR MUDA
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA

BULAN MINGGU AKTIVITI CATATAN

Pendaftaran ahli dan Pelantikan AJK Melibatkan


JANUARI MINGGU 1 Kelab Doktor Muda 2018 semua ahli

MINGGU 3 Pengenalan Kelab


 Pendedahan definisi
 Objektif penubuhan kelab
 Perlembagaan kelab
 Latar belakang kelab
FEBRUARI Tajuk : Saya Doktor Muda
MINGGU 1  Penerangan tentang peranan dan
aktiviti Doktor Muda
 Tayangan video: ‘Saya Doktor Muda’
 Panduan mengisi buku catatan
aktiviti dan buku laporan kelab
Menyampaikan Mesej Kepada Rakan
Sebaya
MINGGU 3  Penerangan tentang menyampaikan
 mesej secara berkesan
Pengucapan awam

MINGGU 1 Menjamin Kebersihan Tangan


MAC  Penerangan tentang kebersihan
tangan
 Tayangan video: 7 ‘Langkah
 Mencuci Tangan’
Demonstrasi mencuci tangan
MINGGU 3 Amalan Kebersihan diri
 Mengenali cara-cara menjaga
 kebersihan tubuh badan
Penjagaan rambut
 Penjagaan kuku
 Penjagaan anggota tubuh badan
MINGGU 1 Persekitaran Bersih
APRIL  Mengenali ciri-ciri persekitaran
 bersih
Ops tandas
 Ops kantin sekolah
MINGGU 3 Gotong-royong membersihkan dan
menceriakan kantin sekolah.
MINGGU 1 Memberi pertolongan cemas
MAY  Penerangan tentang pertolongan
cemas
 Demonstrasi pertolongan cemas
 Latihan pertolongan cemas
MINGGU 3 Gotong- royong membersihkan kawasan
sekolah dan menanam pokok bunga.
MINGGU 1 Jangan Mula Merokok
JUN  Penerangan tentang bahaya
merokok
 Katakan “TAK NAK Merokok”
 Melukis poster “TAK NAK Merokok”
MINGGU 1 Gotong-royong membersihkan kawasan
JULAI sekolah
MINGGU 3 Menjamin Keselamatan Diri Penceramah
 Penerangan tentang keselamatan jemputan
 diri seperti Polis,
Ceramah Jabatan
Kebajikan
Masyarakat.

OGOS MINGGU 1 Berfikiran Positif Untuk Hidup Sihat


 Penerangan tentang kepentingan
berfikiran positif
 Mengenal perasaan
MINGGU 3 Mari Bersenam
 Penerangan tentang kepentingan
bersenam secara betul
 Mari bersenam: Senam aerobik
SEPTEMBER MINGGU 1 Lawatan Sambil Belajar
 Lawatan ke lokasi yang
mempunyai kemudahan kesihatan
( Klinik Kesihatan, Klinik Desa dan
Klinik Pergigian)
MINGGU 3 Persiapan Konvensyen Doktor Muda Rujukan :
 Penerangan tentang Konvensyen Garis
Doktor Muda.
panduan
 Sekolah Cemerlang Doktor Muda
penyertaan
 Buku skrap
konvensyen
 Pameran peringkat
 Bercerita negeri dan
 Persembahan bakat peringkat
 Penulisan esei kebangsaan.
 Melukis poster
 Tokoh Doktor Muda
OKTOBER MINGGU 1 Persiapan Konvensyen Doktor Muda Rujukan :
 Penerangan tentang Konvensyen Garis
Doktor Muda.
panduan
 Sekolah Cemerlang Doktor Muda
penyertaan
 Buku skrap
konvensyen
 Pameran peringkat
 Bercerita negeri dan
 Persembahan bakat peringkat
 Penulisan esei kebangsaan.
 Melukis poster
 Tokoh Doktor Muda
MINGGU 3 Persiapan Konvensyen Doktor Muda Rujukan :
 Penerangan tentang Konvensyen Garis
Doktor Muda.
 Sekolah Cemerlang Doktor Muda panduan
penyertaan
 Buku skrap
konvensyen
 Pameran peringkat
 Bercerita negeri dan
 Persembahan bakat peringkat
 Penulisan esei kebangsaan.
 Melukis poster
 Tokoh Doktor Muda
LAMPIRAN 6
Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda, Rujukan Tuan:

Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Rujukan Kami: PP/10/SU/2017(3)


Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang. Tarikh : 20 Oktober 2017

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa,
Balik Pulau,
11010 Pulau Pinang.

Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI


RUSA

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda SK Pulai
telah diwujudkan pada 11 Oktober 2007 yang lalu dengan tujuan untuk memperkasakan murid-murid
dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan
dan rakan-rakan mereka.

3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja berdasarkan Peraturan (4) dalam
Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, yang berkait rapat dengan Seksyen 130, Akta
Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI RUSA, BALIK PULAU, 11010 PULAU PINANG mulai 1hb. Januari 2018.

4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja cadangan penubuhan kelab, draf peraturan-
peraturan (perlembagaan) persatuan, garis panduan kurikulum Kelab Doktor Muda, senarai ahli
jawatankuasa penaja dan rancangan program tahunan kelab sebagai dokumen sokongan kepada
permohonan ini.

5. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,

________________________
(NURUL FATIN NABILAH BINTI MOHD AIDIL)
Setiausaha,
b.p Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA, TEL : 048661004
BALIK PULAU, FAKS : 048661004
11010 PULAU PINANG. EMAIL: pba3010sgrusa@moe.edu.my
_________________________________________________________________________
Rujukan Kami : PP/10/SU/2017(1)
Rujukan Tuan :
Tarikh : 4 Oktober 2017

Kepada:
Tuan Haji Abdul Jabar Bin Ahmad,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB DOKTOR MUDA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita pihak kami ingin membuat permohonan bagi menubuhkan PERGERAKAN


KELAB DOKTOR MUDA sebagai salah satu kelab di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.

3. Bersama surat ini, turut disertakan kertas kerja cadangan penubuhan Kelab Doktor
Muda bagi penerangan hala tuju kelab.

4. Kesudian pihak tuan menerima penubuhan kelab untuk bergerak di bawah naungan
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dijangka akan
memberikan impak yang besar dalam memantapkan lagi matlamat penubuhan kelab.

5. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini
amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,

________________________
(NURUL FATIN NABILAH BINTI MOHD AIDIL)
Setiausaha,
b.p Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor
Muda, Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa,
Balik Pulau,
11010 Pulau Pinang.
LAMPIRAN 4
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA, TEL : 048661004

BALIK PULAU, FAKS : 048661004


11010 PULAU PINANG. EMAIL: pba3010sgrusa@moe.edu.my
_________________________________________________________________________
Rujukan Kami : PP/10/SU/2017(1)
Tarikh : 4 Oktober 2017
Kepada: Puan Azizah Binti Yahya
Encik Adzhar Bin Ismail
Puan Nurul Fatin Nabilah Binti Mohd Aidil
Puan Lim Boon Yin
Encik Jonathan a/l Kumaran
Puan Noraini Binti Abdullah
Cik Intan Baizura Binti Abdul Ghani
Encik Lawrence Aloysius Aeria
Encik Mohd Afiq Bin Nasimin

Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN


SUNGAI RUSA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dan dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat seperti
berikut:

Tarikh : 11 Oktober 2017 (Rabu)


Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Wawasan, Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa

3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1 Ucapan alu-aluan Pengerusi.


3.2 Membentuk Jawatankuasa Penaja
3.3 Penyediaan kertas kerja
3.4 Penyediaan Perlembagaan dan Undang-undang kecil Kelab Doktor Muda
3.5 Hal-hal lain

4. Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan. Kerjasama dan perhatian yang diberikan


amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

________________________
(NURUL FATIN NABILAH BINTI MOHD AIDIL)
Setiausaha,
b.p Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.
LAMPIRAN 5

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN


KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA

Tarikh : 11 Oktober 2017 (Rabu)


Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Wawasan, Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa
Kehadiran: (9 orang)

Bil. Nama

1. Puan Azizah Binti Yahya


2. Encik Adzhar Bin Ismail
3. Puan Nurul Fatin Nabilah Binti Mohd Aidil
4. Puan Lim Boon Yin
5. Encik Jonathan a/l Kumaran
6. Puan Noraini Binti Abdullah
7. Cik Intan Baizura Binti Abdul Ghani
8. Encik Lawrence Aloysius Aeria
9. Encik Mohd Afiq Bin Nasimin

Agenda mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

1.1Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam
mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan tujuan mengadakan
mesyuarat ini ialah untuk menubuhan Kelab Doktor Muda.

2. Persetujuan menubuhkan Kelab Doktor Muda

2.1Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Doktor Muda di


Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa yang bertujuan untuk memperkasakan
murid dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat
meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan mereka.

3. Meluluskan nama Kelab Doktor Muda

3.1Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Kelab Doktor Muda ini
dengan nama Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.

4. Meluluskan alamat tempat urusan dan alamat pos

4.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara memilih alamat urusan di Sekolah


Kebangsaan Sungai Rusa dan alamat pos bagi persatuan ini di:

Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa,


Balik Pulau,
11010 Pulau Pinang.
5. Meluluskan perlembagaan Kelab Doktor Muda

5.1Mesyuarat telah membentangkan perlembagaan persatuan dan bersetuju dengan


perlembagaan. Beberapa fasal yang terdapat di dalam perlembagaan telah
diubah dan dikemaskini serta dilengkapkan mengikut persetujuan ahli
mesyuarat. Berikut adalah perubahan fasal yang telah dipersetujui oleh ahli
mesyuarat:

5.1.1 Nama dan Alamat


a) Nama Persatuan : Kelab Doktor Muda
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa

b) Alamat : Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa,


Balik Pulau,
11010 Pulau Pinang.
5.1.2 Kewangan/Yuran Keahlian
Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan
kepada persatuan sebanyak RM 10.00 sahaja.

6. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja

6.1 Ahli-ahli jawatankuasa penaja yang telah dipilih adalah seperti berikut:
Pengerusi : Puan Azizah Binti Yahya
Naib Pengerusi : Encik Adzhar Bin Ismail
Setiausaha : Puan Nurul Fatin Nabilah Binti Mohd Aidil
Penolong Setiausaha : Puan Lim Boon Yin
Bendahari : Encik Jonathan a/l Kumaran
Penolong Bendahari : Puan Noraini Binti Abdullah
Ahli Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa 1 : Cik Intan Baizura Binti Abdul Ghani
Ahli Jawatankuasa 2 : Encik Lawrence Aloysius Aeria
Ahli Jawatankuasa 2 : Encik Mohd Afiq Bin Nasimin
6.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mendaftarkan kelab ini dengan

Pendaftar Kelab Doktor Muda. Pendaftaran bagi persatuan ini akan diuruskan
oleh jawatankuasa penaja.

7. Penyediaan Kertas Kerja Cadangan Penubuhan Kelab Doktor Muda

7.1Mesyuarat mencadangkan agar kertas kerja cadangan penubuhan dan surat


permohonan penubuhan Kelab Doktor Muda disegerakan supaya kelab dapat
ditubuhkan bermulanya minggu pertama tahun 2018.
7.2Kedua-duanya akan disediakan oleh Puan Nurul Fatin Nabilah Binti Mohd Aidil
selaku Setiausaha Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda dengan dibantu
oleh Puan Lim Boon Yin selaku Penolong Setiausaha Jawatankuasa Penaja
Kelab Doktor Muda.
7.3Mesyuarat menggariskan beberapa lampiran yang perlu dilampirkan bersama
kertas kerja cadangan penubuhan Kelab Doktor Muda. Lampiran tersebut
ialah:
i. Perlembagaan Kelab
ii. Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda
iii. Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja
iv. Rancangan Program Tahunan Kelab
8. Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________ _____________________
(Puan Nurul Fatin Nabilah Binti Mohd Aidil) (Puan Azizah Binti Yahya)
Setiausaha Jawatankuasa Penaja, Pengerusi Jawatankuasa Penaja,
Kelab Doktor Muda, Kelab Doktor Muda,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa. Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.

You might also like