You are on page 1of 8

PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

1.0 PENGENALAN

1.1 Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah
dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai
bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010.

1.2 Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali
lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi
mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnya menempatkan
murid berdasarkan keperluan pembelajaran.

2.0 TUJUAN

Panduan ini dihasilkanuntuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru
Besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai
Perubatan.

3.0 PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI


PERUBATAN

3.1 Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai


Perubatan dan semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti
yang digariskan dibawah:
i. Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan saringan
IPMBDM dan ISD semasa temu janji dengan Pegawai Perubatan.
ii. Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang BPKh01 dan
membawa bersama semasa temu janji dengan Pegawai Perubatan.
(Kes Khas dan Berkelompok)
iii. Borang BPKh02 hendaklah diisi oleh pihak sekolah dan diserahkan
kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji
dengan Pegawai Perubatan (kes Khas atau Berkelompok)

3.2 Carta Aliran berikut merupakan penjelasan tentang prosedur yang perlu diikut
oleh PPD, Guru Besar dan ibubapa.

1
PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN DAN
PENEMPATAN MURID

KES KHAS BERKELOMPOK

1. Mula 1. Mula
1

2. Pihak sekolah menghantar nama 2. Pihak sekolah menghantar nama


murid yang dikesan mempunyai ciri-ciri murid yang dikesan mempunyai ciri-ciri
2 berkeperluan khas dengan menggunakan berkeperluan khas dengan
IPMBDM dan ISD ke PPD menggunakan IPMBDM dan ISD ke PPD

3. PPD menyelaras senarai nama murid 3. PPD menyelaras senarai nama murid
yang diterima daripada sekolah bagi yang diterima daripada sekolah bagi
3 tujuan penyelarasan temu janji dengan tujuan penyelarasan temu janji dengan
klinik kesihatan. Panel Pelbagai Displin

4. PPD menyerahkan senarai nama murid 4. PPD sebagai urusetia Panel Pelbagai
yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan Displin akan berbincang dengan agensi
4 khas kepada klinik kesihatan yang dikenal terlibat untuk menentukan tarikh
pasti. pemerikasaan secara berkelompok.

5. Klinik kesihatan menyelaras tarikh 5. PPD menyelaras tempat untuk


temu janji dengan pegawai perubatan pemeriksaan secara berkelompok yang
5 dan menghantar semula senarai temu melibatkan Panel Pelbagai Displin.
janji kepada PPD.

6. PPD memanjangkan senarai temu janji 6. PPD memanjangkan senarai temu


tersebut kepada sekolah. janji tersebut kepada sekolah.
6
7. Pihak sekolah memaklumkan kepada 7. Pihak sekolah memaklumkan kepada
ibu bapa/penjaga tarikh temu janji ibu bapa/penjaga tarikh temu janji
7 dengan Pegawai Perubatan di klinik yang pemeriksaan secara berkelompok.
ditetapkan.

8. Ibu bapa/penjaga membawa murid 8. Ibu bapa/penjaga membawa murid


untuk pemeriksaan pada tarikh dan untuk pemeriksaan pada tarikh dan
klinik/hospital yang tetapkan dan tempat yang tetapkan dengan
8 membawa bersama keputusan IPMBDP membawa bersama keputusan IPMBDP
dan ISD, surat BPKh01 dan BPKh02. dan ISD, surat BPKh01 dan BPKh02.

9. Pegawai Perubatan membuat 9. Panel Pelbagai Displin membuat


pengesahan dan memaklumkan pemeriksaan dan pengesahan.
9 keputusan kepada ibu bapa/penjaga. (Jika panel tidak dapat membuat
keputusan, murid akan dirujuk ke pakar
yang berkaitan)

10. Ibu bapa/penjaga memanjangkan 10. Jika murid disahkan sebagai murid
keputusan pengesahan Pegawai berkeperluan khas, PPD akan membuat
10
Perubatan kepada pihak sekolah. penempatan ke Program Pendidikan
Khas.

11. Sekolah memanjangkan keputusan 11. Penempatan murid ke Program


pengesahan kepada PPD untuk dibuat Pendidikan Khas akan dibuat 2 kali
11 penempatan murid. setahun (Januari / Jun). Pengecualian
(Penempatan murid ke Program akan diberi kepada kes-kes khas.
Pendidikan Khas akan dibuat 2 kali
setahun (Januari / Jun). Pengecualian
akan diberi kepada kes-kes khas.)

12. Tamat 12. Tamat


12

Tamat
TamatTamat
Tamat
Tamat
1010
4.0 PANEL PELBAGAI DISPLIN

Panel Pelbagai Displin hendaklah ditubuhkan di peringkat Negeri dan Daerah. Panel
ini bertanggungjawab dalam menentukan dan membuat keputusan mengenai murid
berkeperluan khas. Panel ini akan bertanggungjawab mengesahkan mana-mana kes
pengesahan yang dibuat oleh Pegawai / Pakar Perubatan Swasta bagi murid yang
disahkan mempunyai masalah pembelajaran. Panel peringkat negeri diurusetiakan
oleh Jabatan Pelajaran Johor dan di peringkat daerah oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

Ahli dalam panel ini adalah bolehlah terdiri daripada kalangan berikut:-
4.1 – Pegawai di JPNJ / PPD
4.2 – Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri / Daerah
4.3 – Pegawai Perubatan dari Hospital / Klinik
4.4 – Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah
4.5 – Guru Pendidikan Khas
4.6 – Guru Pemulihan
4.7 – Individu atau Institusi yang dikenal pasti

5.0 FUNGSI PANEL

5.1 Panel Pelbagai Disiplin Peringkat Negeri:-


5.1.1 Menentukan pelaksanaan dasar dijalankan mengikut prosedur dan
takwim yang ditetapkan.
5.1.2 Menentukan mana-mana prosedur yang difikirkan sesuai untuk
penambah baikkan pelaksanaan dasar.
5.1.3 Membuat keputusan yang dicadangkan oleh panel pelbagai disiplin di
peringkat daerah.
5.1.4 Membuat keputusan mana-mana kes yang dirujuk oleh panel
peringkat daerah.

5.2 Panel Pelbagai Disiplin Peringkat Daerah:-


5.2.1 Melaksanakan dasar mengikut prosedur dan takwim yang diarahkan.
5.2.2 Mengesah penerimaan dan penolakkan kes-kes murid yang diputuskan
oleh pegawai / pakar perubatan swasta.
5.2.3 Merujuk mana-mana kes yang tidak dapat diputuskan di peringkat
daerah kepada pakar perubatan atau panel peringkat negeri.
5.2.4 Mengumpul dan menganilisis data untuk dilaporkan ke peringkat
negeri.

3
6.0 TANGGUNGJAWAB / TUGAS AHLI PANEL

AHLI PERINGKAT DAERAH

Pejabat Pelajaran - Urusetia Peringkat Daerah.


Daerah - Mengumpul maklumat murid yang akan menjalani
pemeriksaan.
- Menentukan tarikh dan tempat pemeriksaan berdasarkan
keputusan bersama dengan ahli panel.
- Menempatkan murid yang disahkan oleh ahli panel ke sekolah
/ Program Pendidikan Khas.

Kementerian - Membuat peperiksaan mengikut format pelaksanaan


Kesihatan Malaysia pemeriksaan yang telah ditentukan.
- Menentu dan mengesahkan status murid.

Jabatan Kebajikan - Boleh mengeluarkan kad OKU setelah disahkan oleh ahli panel
Masyarakat yang di dalamnya dianggotai oleh Pengamal Perubatan.
- Boleh membatalkan kad OKU setelah dirujuk oleh ahli panel
yang di dalamnya dianggotai oleh Pengamal Perubatan.

Guru Pendidikan - Melaksanakan pemeriksaan awal murid yang ada ciri-ciri


Khas masalah pembelajaran.
- Memberi pandangan tentang status murid yang dirujuk
sebelum ahli panel membuat keputusan.

Guru Pemulihan - Melaksanakan pemeriksaan awal murid yang ada ciri-ciri


masalah pembelajaran.
- Memberi pandangan tentang status murid yang dirujuk
sebelum ahli panel membuat keputusan.

4
7.0 TAKWIM PELAKSANAAN

BULAN/ JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEPT OKT NOV DIS
PERKARA

Proses
mengesan
murid oleh
pihak sekolah

Penyerahan
data murid
ke PPD dan
menentukan
tarikh dan
tempat
pemeriksaan

Pemeriksaan
secara
berkelompok

Pengeluaran
Surat
Penempatan
ke Program
Pendidikan
Khas

*2013
Penempatan
murid ke
Program
Pendidikan
Khas

5
8.0 KES KHAS dan BERKELOMPOK

Kes Khas adalah dikategorikan kepada murid yang mempunyai masalah penglihatan,
pendengaran dan terencat akal.

Berkelompok adalah dikategorikan kepada murid yang mempunyai masalah


pembelajaran. Walau bagaimanapun murid yang ada penglihatan, pendengaran dan
terencat akal juga boleh terlibat sama.

9.0 PENUTUP

Panduan ini dapat membantu semua pihak untuk mengenal pasti murid-murid yang
mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas bagi tujuan pengesahan Pegawai Perubatan.
Melalui proses ini murid dapat ditempatkan di program yang sesuai bagi
membolehkan mereka mengikuti pembelajaran mengikut keperluan dan tahap
kemampuan mereka.

6
BPKh 01

Mohamad Saad Bin Arshad,


144, Kg Baru Chengkau Ulu,
71350 Rembau.
No. Telefon : 013 6945168

Tarikh:

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Chengkau (SKK),
71350 Rembau.

Tuan,

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN ANAK

Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas.

2. Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta pandangan dari pihak sekolah, saya dengan
rela hati dan secara ikhlas membenarkan anak saya / anak di bawah jagaan saya Muhammad
Waqiuddin Bin Mohamad Saad No. Sijil Kelahiran BY 56347 tahun Empat untuk menjalani
pemeriksaan perubatan.

3. Saya faham dan bersetuju bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-
undang terhadap mana-mana pihak berkenaan dengan perkara ini. Saya faham bahawa pemeriksaan
perubatan ini penting bagi masa depan anak / anak di bawah jagaan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

............................................

Nama Ibu bapa/penjaga :

No. Kad Pengenalan :

Tarikh :

7
BPKh 02

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Chengkau (SKK),
71350 Rembau.

Rujukan sekolah :
Tarikh:

Pegawai Perubatan,
Hospital / Klinik Kesihatan Kota

Tuan,

PEMERIKSAAN PERUBATAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik tuan bagi mendapatkan
kemudahan untuk menjalani pemeriksaan perubatan ke atas pembawa surat ini iaitu Muhammad
Waqiuddin Bin Mohamad Saad No. Sijil Kelahiran BY 56347 Tahun Empat.

3. Saya memohon jasa baik tuan agar segala butiran dan hasil pemeriksaan dapat dikembalikan
kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

..........................................
(JAMILAH BT ABD JABAR)
GURU BESAR,
SK CHENGKAU (SKK),
REMBAU.

You might also like