You are on page 1of 2

PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA MUDA

JALAN BADLISHAH
08000 SUNGAI PETANI Tel:04-4213355/04-4214455
KEDAH DARUL AMAN Faks:04-4210076

KEDAH AMAN MAKMUR.BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :Bil (5)dlm PKKM/UPK 16 :2013
Tarikh : 18hb. Mac 2014

Tuan Guru Besar/Pengetua


............................................

Tuan/Puan,

JALINAN KOLABORASI KELAB DOKTOR MUDA ( AHLI GABUNGAN )

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa di Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju menjalinkan usahasama (kolaborasi) dalam
mempromosi amalan kesihatan ke atas murid/pelajar sekolah melalui Penubuhan Kelab
Doktor Muda sekolah.
3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dengan
penuh harapan dapat menjalin hubungan kolaborasi ( Ahli Gabungan ) dengan pihak
tuan melalui Kelab Doktor Muda sekolah tersebut berasaskan Peraturan (4) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei
1998.

3. Jasa baik dan hubungan kolaborasi ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Juita Bt
Jamil di talian 04-4213355 sambungan 191.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR.BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI”

Saya yang menurut perintah,

DR UMAI KALSOM BINTI HASHIM


No. Pendaftaran Penuh : 24555
Pegawai Kesihatan Daerah

PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA


ADALAH BUDAYA KERJA KITA

CERTIFIED TO MS ISO 9001:2008


Registration No : AR 3743
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda

You might also like