You are on page 1of 1

Unit Inspektorat,

Klinik Kesihatan Tanjung Piandang,


34250, Tanjung Piandang,
Perak Darul Ridzuan.
Pegawai Kesihatan Daerah,
Pegawai Kesihatan Daerah Kerian,
Jalan Sekolah,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan. Tarikh : 27 Mac 2018

MELALUI SALURAN TERTENTU

Tuan,

MENANGGUNG TUGAS JAWATAN PEMBANTU AWAM (PA) GRED H11 DI KLINIK


KESIHATAN TANJUNG PIANDANG, PERAK.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Di maklumkan bahawa PA Mahamud Pauzi Bin Hj. Rashidi telah bersara pada 9 Mac
2018 dan bermula pada tarikh tersebut semua tugas di bahagian Unit Inspektorat untuk kerja-
kerja pembersihan di klinik kesihatan dan klinik desa dilakukan sendirian oleh PA Mohd
Safarin Bin Ahmad. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencalonkan PA Mohd Safarin Bin
Ahmad yang bertugas di klinik dan unit yang sama untuk menanggung tugas PA Mahamud
Pauzi Bin Hj. Rashidi yang telah bersara wajib.

3. Bersama ini saya lampirkan jadual tugas PA Unit Inspektorat Klinik Kesihatan Tanjung
Piandang, jadual pembersihan klinik, jadual pemotongan rumput di klinik desa dan dosertakan
sekali carta organisasi Klinik Kesihatan Tanjung Piandang.

4. Saya berharap agar permohonan saya mendapat kelulusan dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

” PENYAYANG, BEKERJASAMA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH


BUDAYA KERJA KITA”

Saya yang menurut perintah,

(Nurhayati binti Mohd Yusof)


Penolong Pegawai Kesihatan Kanan u32
Unit Inspektorat
Pejabat Kesihatan Daerah Kerian

You might also like