You are on page 1of 10

PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. SEJARAH

Dalam berita Bimbingan dan Kaunseling yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia pernah mencatat bahawa usaha dalam bimbingan dan vokasional di Malaya
telah bermula sejak tahun 1939, dimana satu buku bertajuk ‘ A Guide to Career in
Malaya for parent’s, teachers and pupils’ telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran
Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Profesion kaunseling berkembang
dan tersebar selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959.

Pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling


berkenaan dengan bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1961, Kementerian Buruh
telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk ‘ Handbook Facilities in the Federation of
Malaya’. Terdapat banyak panduan pekerjaan dan kerjaya diterangkan. Sebuah
Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan dan vokasional ditubuhkan dan jawatankuasa
ini telah memanggil seorang pakar rundingan dari luar Negara yang bernama Russel
K. MacKenzie yang merupakan seorang pakar Rancangan Colombo untuk membantu
kerajaan mengembangkan bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Beliau telah
melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan negeri berkenaan
dengan aspek bimbingan. Hasil dari latihan tersebut,Dewan Bahasa dan Pustaka
telah menghasilkan sebuah buku panduan yang bertajuk ‘ Perkhidmatan dan
Panduan di Sekolah ’ pada tahun 1966.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem


persekolahan di Malaysia telah bermula pada awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang
dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran.
Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah,
kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh
Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)


menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di
sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di


sekolah hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Perkhidmatan ini
hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak
semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan
kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
mereka.

Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah :


 Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan
bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam
masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.

 Pada 27 September 1973, Surat Pekeliling Iktisas No. 1, Pengarah Bahagian


Sekolah- Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling dijalankan atas nama Panduan Pelajaran, Panduan
Kerjaya dan Panduan Peribadi di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh /
Sains. Dua orang guru dari sekolah berkenaan telah dilatih pada bulan April, 1973.

 Pekeliling Iktisas Bil / 5 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan kepada
semua Guru Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik dan
Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya.

 Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan Kursus Khas
selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas
Bimbingan dan Kaunseling.

 Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan diberi
kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling
serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun

 Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus
Dalam Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti
penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan
rancangan tersebut.

 Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas
selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan
lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan
Kaunseling.

 Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus
Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

 Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya


dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama 3
bulan termasuk praktikum.

 Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul
Aman, Jitra, Kedah.

 Mulai tahun 1989, Universiti Putera Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak
Jauh (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
 Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling – setahun
di Maktab Perguruan dan 2 tahun di IPTA (UPM, UKM dan UTM) dijalankan untuk 2
kumpulan mulai 1996-1999 dan 197-2000 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula


pada 1 Jun 1996. Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/96 dibaca bersama surat Bahagian
Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/22 bertarikh 26 Mac
1997 dan surat Bil.KPPP 0051/22/(54) bertarikh 14 Mac 1997

 Mulai bulan Ogos, kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, Diploma
dan Sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dilantik sebagai Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah seluruh negara.

 Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia


dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma
Perguruan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah.

 Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) sekolah


menengah dan sekolah rendah adalah diluluskan berdasarkan keputusan Jemaah
Menteri bertarikh 11 Julai 2001. (Rujuk Surat Bahagian Organisasi dan Perkhidmatan
Bil.KP (PP) 0051/1/ Jld. 8 /(24) bertarikh 3 Ogos 2001).

Bilangan Murid Bil. Guru Bimbingan & Kaunseling


350 1
851 - 1350 2
1351 - 1850 3
1851 - 2350 4
2351 - 2850 5
2851 - 3350 6

Bilangan Murid Bil. Guru Bimbingan & Kaunseling


500 1
501 - 1000 2
1001 - 1500 3
1501 - 2000 4
2001 - 2500 5
2501 - 3000 6

 Waran perjawatan untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah
menengah dan sekolah rendah juga dikeluarkan pada 11 Januari 2002, Bil. KP
(PP) 0051/SJ’B’ Jld. 24/ (24) bertajuk Waran Perjawatan Bil. S3 TAHUN 2002 yang
membawa erti perjawatan ini perlu diisikan dengan tepat dan mengikut tangga gaji
yang telah diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
kepada murid adalah 1 : 500 bermula dengan 350 orang murid di sekolah rendah.

 Pada Oktober 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab


perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan
kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai
guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah rendah.

 Pada September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik
sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.

 Pada Januari 2005, kumpulan pertama guru lepasan KPLI Bimbingan dan
Kaunseling ditempatkan di sekolah rendah sebagai guru bimbingan dan
kaunseling sepenuh masa.

 Pada 24 Mac 2009, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin ditubuhkan secara
rasmi bila Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di bahagi kepada 2
sektor dalam penstrukturan semua Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sektor ini bertanggungjawab sepenuhnya
kepada pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada murid di
seluruh negara secara rasmi.
PEREKAYASAAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH KPM

TUJUAN
1. Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan supaya
Guru B&K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah
dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.

KONSEP
1. Perkhidmatan B&K di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru,
ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh
membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan
berkesan.

2. Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi
perkhidmatan B&K agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan
betul dalam menjalani kehidupannya.

3. Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras


perkhidmatan B&K serta berupaya mendahului (win over) jangkaan tindakan murid-
muridnya.

4. Guru B&K adalah seseorang yang memiliki personaliti sebagai guru yang paling
dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworhthy) oleh murid, rakan sejawat, ibu
bapa dan masyarakat di sekolah.

OBJEKTIF
2. Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah;

2.1 Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras
perkhidmatan B&K di sekolah.

2.2 Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada murid
untuk menyuarakan isi hati dan permaslaahan mereka, seterusnya dapat
membuat keputusan yang wajar dan betul.

2.3 Agar Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan
yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.

2.4 Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai
dengan personaliti mereka.

FOKUS PERKHIDMATAN B&K

3. Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada


program dan aktiviti seperti berikut;
3.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
3.2 Peningkatan disiplin diri murid
3.3 Pendidikan kerjaya murid
3.4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Fokus 1 : Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid:


4. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (character)
murid daripada aspek berikut :
4.1 Sikap penyayang (kepedulian)
4.2 Budi bahasa
4.3 Konsep kendiri
4.4 Kepemimpinan
4.5 Komunikasi
4.6 Kekemasan diri
4.7 Ketepatan masa

Outcome : Perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji.

Fokus 2 :Peningkatan Disiplin Diri Murid


5. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu
dilakukan bagi mencegah terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti-sosial
yang lain.
Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera.

Fokus 3 : Pendidikan Kerjaya Murid


6. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai
maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini,
guru B&K hendaklah;
6.1 Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi
memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi diri, minat, sikap
dan hala tuju kerjaya.

6.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah
sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan
perkembangan kerjaya mereka.

6.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus
memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi
pengajian tinggi awam atau swasta.

Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa
hadapan

Fokus 4 : Psikososial dan kesejahteraan mental murid


7. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus
kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;
7.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
7.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
7.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Outcome : Murid yang sihat pemikirannya

KAEDAH PELAKSANAAN
Pengurusan Profil Murid
8. Fokus ini adalah menyediakan pangkalan Profil Murid yang bertujuan untuk
membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis ini,
tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan lebih
berkesan. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;
8.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin
8.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah
8.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid
8.4 Menyediakan profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi

9. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid,


latar belakang ibu bapa/penjaga, latar belakang masalah, kekerapan dan punca
masalah dan status tindakan penyelesaian.
Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
10. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar
berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang
memudaratkan diri seperti kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok
termasuk bahan inhalan.
11. Fokus ini juga memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar
mengelakkan diri daripada terlibat dengan jenayah rogol dan bunuh diri.

Konsultasi Keibubapaan
12. Fokus ini adalah membimbing murid agar mereka mengetahui tanggungjawab diri
dalam keluarga di mana;
12.1 Kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan.
12.2 Melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


13. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran
generik) semua ahli PRS. Guru B&K hendaklah;
13.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS
13.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya
berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;
a. PRS sebagai role model kepada orang lain
b. Memberi galakan kepada rakan-rakan agar bersikap positif
c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain

Murid Berkeperluan Khas


14. Fokus ini adalah memberikan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas
kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah.

15. Fokus ini juga memberi penekanan dari segi kebajikan, kemudahan, soft skill dan
hala tuju kerjaya murid berkeperluan khas.

16. Membimbing murid normal yang lain untuk menerima, membantu dan sentiasa
memberi pertolongan kepada murid-murid berkeperluan khas.

Penyampaian (outreach) perkhidmatan


17. Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh
Guru B&K serta faedah yang diperoleh daripada perkhidmatan B&K.
18. Sebaran berkaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya murid.

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok


19. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah
menjadi
Sasaran Kerja Utama guru B&K.

20. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau


kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran (P&P).

PENGURUSAN

Menjalankan Tugas Luar


21. Seorang guru B&K boleh dibenarkan menjalankan tugas di luar sekolah
mereka dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90 peratus
masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

22. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B&K diarahkan;


22.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam
tempoh masa yang panjang.
22.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala
petaka di sesuatu tempat.
22.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar
yang ditetapkan dalam perkara itu boleh juga diberikan dengan
syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran
Negeri terlebih dahulu.

23. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarahkan atau diminta oleh
KPM, JPN atau PPD.

Kelas Ganti
24. Guru B&K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak melebihi 8
waktu
seminggu.

25. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka
hendaklah
melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan Perkhidmatan B&K.

9
26. Guru B&K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti
bimbingan di dalam kelas ganti.

Jadual Waktu
27. Tempoh masa bertugas Guru B&K adalah sama seperti guru P&P. Walau
bagaimana pun, jadual waktu bertugas bagi Guru B&K di sekolah perlu
lebih fleksibel (flexi). Hal ini bermakna sesi bertugas seseorang Guru B&K
di sekolah tidak terikat sama seperti masa bertugas guru P&P di bilik darjah.
Ianya boleh disesuaikan mengikut keperluan tugas seharian Guru B&K.

28. Sesi bertugas mereka hendaklah lebih fleksibel (flexi) kerana fungsi mereka
termasuk aktiviti engagement bersama ibu bapa murid, agensi-agensi lain
yang berkaitan termasuk dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dan
komuniti di luar sekolah di mana aktiviti tersebut hendaklah hanya untuk
kepentingan dan faedah murid mereka di sekolah.

Perkapita Grant (PCG) Bimbingan Kaunseling Sekolah


29. PCG yang diperuntukkan kepada sekolah bagi Bimbingan dan Kaunseling
hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua aktiviti perkhidmatan B&K
yang berfokus kepada 4 bidang utama seperti di perenggan 7 (Fokus
Perkhidmatan B&K).

Sokongan Pentadbir Sekolah


30. Pentadbir sekolah hendaklah memastikan perkhidmatan Guru B&K berfokus
kepada Program Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid.
Dalam hal ini pentadbir sekolah hendaklah memastikan Guru B&K
memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan serta memberi tumpuan
kepada pembangunan diri murid semasa melaksanakan perkhidmatan B&K.

31. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat
pemantauan serta memberikan maklum balas kepada Guru B&K akan
keberkesanan perkhidmatan mereka.

10

You might also like