You are on page 1of 15

2017

PROJEK LESSONS LEARNED

CADANGAN PEMBINAAN HOSPITAL (40 KATIL)


BERA, PAHANG PAKEJ 2 - KERJA BANGUNAN DAN
KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


10/31/2017
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan ini bertujuan menerangkan nilaian yang baik yang boleh dicontohi serta
perkara-perkara yang kurang baik yang boleh diambil iktibar seterusnya diperbaiki
untuk projek-projek yang di laksanakan oleh JKR melalui sesi bengkel yang telah
dilaksanakan pada 30hb dan 31hb Oktober 2017 bagi Projek Pembinaan Hospital (40
katil) Bera, Pahang. Fasa 2: Kerja Bangunan dan Kerja-Kerja Lain Berkaitan yang telah
dihadiri oleh pasukan projek tapak tersebut. Selain itu juga, laporan ini juga
mencadangkan beberapa penambahbaikan yang perlu diambil kira bagi projek-projek
seumpanyanya di masa hadapan.

1. PENGENALAN

Latar Belakang Projek

Pembinaan Hospital Bera merupakan sebuah projek di bawah Rancangan


Malaysia Kesembilan (RMKe-9) di atas tanah seluas 35.51 ekar, Mukim Triang, Bera,
Pahang. Mengikut perancangan, hospital ini berkapasiti 40 katil dan direka bentuk
supaya dapat dikembangkan pada masa hadapan sehingga mampu menampung 60
katil.

Projek pembinaan hospital ini terdiri daripada dua pakej yang melibatkan kerja
tanah (Pakej 1) serta pembinaan empat blok hospital dan bangunan sokongan iaitu
enam unit kuarters kelas D, 16 unit kuarters kelas F, 16 unit kuarters kelas G dan
asrama jururawat (Pakej 2). Projek Pakej 1 dilaksanakan oleh syarikat Tofan Group
Sdn. Bhd. yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui kaedah perolehan
secara tender terbuka dengan kos kontrak berjumlah RM4.60 juta. Projek Pakej 1 ini
dilaksanakan secara konvensional dan telah disiapkan pada 26 Jun 2011. Kaedah
perolehan projek Pakej 2 pula adalah secara rundingan terus dan Kementerian
Kewangan (MOF) telah memilih untuk melantik syarikat Maju Jaya Pasarana Sdn. Bhd.
(MJPSB) untuk melaksanakan projek. Kos kontrak bagi projek Pakej 2 berjumlah RM88
juta dan dilaksanakan secara konvensional perunding

1.1 RINGKASAN MAKLUMAT PROJEK


Tajuk Kontrak BANGUNAN HOSPITAL (40 KATIL) BERA, PAHANG
PAKEJ 2-KERJA BANGUNAN DAN KERJA-KERJA
LAIN BERKAITAN.

MAKLUMAT KEWANGAN

Kos Kontrak Asal RM 88,000,000.00 Juta

TEMPOH
Tarikh Milik Tapak 09 Julai 2012

Tarikh Siap Asal 09 Januari 2015


Tarikh Siap Semasa 29 November 2016
EOT 1 19.10.2015 (283 hari)
EOT 2 27.12.2015 (69 hari)
EOT 3 28.04.2016 (123 hari)
PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA
EOT 4 29.11.2016 (215 hari)
NUTP 1 27.11.2014
NUTP 2 29.07.2015
NUTP 3 17.10.2016
Kemajuan Fizikal 57% / 100% ketika penamatan
Kemajuan Kewangan 54.6% / 100% ketika penamatan

Keluasan 33 ekar

Agensi Pemilik Kementerian Kesihatan Malaysia

Agensi Perlaksanaan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang

Perekabentuk Arkitek : Taufik Aziz Architect


Struktur : Emenea Services Engineering
Elektrik : Jentrik Sdn. Bhd.
Mekanikal : Caw. Kejuruteraan Mekanikal JKR M’sia
Nama Kontraktor Maju Jaya Perasana

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


Lokasi Tapak Hospital Bera

LOKASI TAPAK
HOSPITAL

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


Blok A : Pandangan Sisi Kiri Blok A : Pandangan Sisi Kanan Blok A : Pandangan Hadapan

Pandangan Kuarters F & G Pandangan Bangunan Blok D : Pandangan Sisi Kanan


Sokongan
Gambar projek dalam Pembinaan (Pandangan sisi, hadapan-Luar)

Gambar projek dalam Pembinaan (Pandangan Hadapan- Luar)

1.2 Pasukan Kerja yang terlibat bagi projek ini adalah seperti berikut.

i) Hopt : Jurutera Awam Penguasa Kanan,


Bahagian Pengurusan Projek 2,
ii) Hodt Arkitek : Arkitek Penguasa Kanan,
Unit Rekabentuk Fasiliti Kesihatan 1,
iii) Hodt Struktur : Jurutera Awam Penguasa Kanan,
Unit Kejuruteraan Awam Dan Struktur (Bahagian
Kesihatan)
iv) Hodt Sivil : Jurutera Awam Penguasa Kanan,
Unit Kejuruteraan Awam (Bahagian Kesihatan)
v) Hodt Elektrikal : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan,
Unit Perunding Rekabentuk (Kesihatan)
vi) Hodt Mekanikal : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan,
Unit Rekabentuk Kesihatan,
PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA
2.0 Sesi Pengumpulan Pembelajaran Projek

2.1 Bengkel

Tajuk : Bengkel Project Lessons Learned Zon Timur


Tarikh : 30hb dan 31hb (Isnin dan Selasa)
Tempat : Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highland
Peserta : Peserta bengkel terdiri daripada pasukan projek Hospital Bera

3.0 METADOLOGI/KAEDAH
Para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan membincangkan
perkara-perkara yang telah memberi impak yang baik kepada projek iaitu (Issues
having positive impact on project) Dan isu yang memberi Impak yang negatif
kepada projek (Issues having negative Impact on project) dan dizahirkan melalui
peta minta. Isu-isu tersebut kemudian dibentangkan kepada semua peserta
bengkel untuk dibahaskan dan diambil iktibar sebelum didokumenkan sebagai satu
Project Lessons Learned. diisikan berdasarkan maklumat dan pengalaman masing-
masing dalam projek tersebut. Setelah selesai survey form diserahkan kepada
fasilitator untuk dirumuskan berdasarkan skor tertinggi

3.1 Contoh Analisis Punca dan Akibat (Mind Map)


Berdasarkan isu yang dikenal pasti diatas, perbincangan kumpulan diadakan dan
segala buah fikiran, idea dan maklumat dinyatakan melalui peta minda.
Contoh :-

Contoh hasil perbincangan semasa Analisis Punca dan Akibat dilakukan


PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA
Contoh hasil perbincangan semasa Analisis Punca dan Akibat dilakukan

4. LESSONS LEARNED
Berdasarkan sesi perbincangan serta brainstorming oleh peserta dan dipersembahkan
melalui peta minda, berikut adalah kesimpulan yang diperolehi hasil dapatan daripada
perbincangan tersebut:-
4.1 What went well
PERINGKAT PERLAKSANAAN
i. Bayaran interim dilakukan setiap bulan.
ii. Kos projek tidak melebihi kos siling yang ditetapkan
iii. Tiada masalah komunikasi bersama Pihak Berkuasa Tempatan
iv. Perasingan kontrak kerja di antara kerja tanah dan kerja bangunan
v. Kerjasama dan komunikasi HOPT dan HODT amat menggalakkan.
vi. Pasukan projek di tapak bina berpengalaman (daripada JKR dan
Perunding seperti RE, RA, ARE, COW Sivil, Cow Arkitek)
vii. Mesyuarat tapak diadakan setiap bulan
viii. Mesyuarat teknikal / koordinasi diadakan lebih kerap pada setiap bulan
ix. Skop / Brif projek adalah jelas

4.2 What did not go well


PERINGKAT PERLAKSANAAN
i. Penolong Jurutera Mekanikal adalah staff daripada JKR, bukan staff yang
diambil melalui kontrak.
ii. Pegawai Mekanikal perlu sepenuh masa di tapak.
iii. Perlantikkan kontraktor yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan
hospital / klinik (Kod B 29)
iv. Kewangan kontraktor perlu mencukupi / kukuh.

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


v. Kegagalan kontraktor melantik M&E coordinator yang cekap dan
berpengalaman.
vi. Kontraktor perlu melantik Inspector Welder bagi kerja kekuda bumbung.
vii. Penyimpanan bahan binaan di tapak perlu sempurna.
viii. Program kerja kontraktor perlu terperinci dan mengikut dan mengikut
garis panduan PROKOM.
ix. Pasukan projek kontraktor perlu lengkap (QAQC, Juruukur Bahan,
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, Koordinator Arkitek, Juruukur,
Planner dll).
x. Kerja kontraktor perlu memenuhi speksifikasi dan NCR yang dikeluarkan
perlu ditutup dengan segera.
xi. Bilangan pekerja di tapak bina perlu menggambarkan kesungguhan
kontraktor untuk melaksanakan kerja.

5. PENGIKTIBARAN(LESSONS LEARNED) BERDASARKAN PERISTIWA UTAMA

PERINGKAT PERLAKSANAAN
i. Pasukan projek JKR perlu dikekalkan sehingga projek siap. Tiada
sebarang pertukaran pegawai dilakukan untuk mengekalkan
kesinambungan pengetahuan mengenai projek dari awal hingga akhir.
ii. Pegawai Mekanikal JKR perlu sepenuh masa di tapak bukan wakil yang
dibayar gaji oleh kontraktor.
iii. Kontraktor yang dilantik perlu berpengalaman bagi bangunan Kompleks
seperti hospital.
iv. Syarat untuk perlantikan Penyelaras Mekanikal dan Elektrik perlu
dilonggarkan daripada pemegang ijazah dengan 10 tahun pengalaman
kepada pemegang diploma dengan sekurang-kurangnya 5 tahun
pengalaman supaya kesukaran mencari calon yang bersesuaian dapat
diatasi.
v. Permintaan kontraktor terhadap perubahan rekabentuk alternatif perlu
dikaji dengan lebih teliti atau terus ditolak sekiranya tidak munasabah dan
perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh JKR.
vi. Kontraktor perlu mempunyai pasukan projek yang lengkap sebagaimana
kehendak kontrak.
vii. NCR yang dikeluarkan perlu ditutup dalam tempoh 2 minggu / tempoh
yang ditetapkan atau kerja seterusnya tidak boleh dilaksanakan
(stopwork)
viii. Penyimpanan bahan binaan yang tidak sempurna hendaklah dikeluarkan
NCR dan jika tiada tindakan daripada kontraktor, maka arahan
pengeluaran bahan binaan dari tapak bina atau tiada bayaran dibuat.
ix. Tiada bayaran bagi kerja kekuda bumbung selagi tiada pengesahan dari
Inspector Welder.
x. Memastikan jumlah bilangan pekerja adalah mencukupi sepertimana di
dalam program kerja.
xi. Dicadangkan bagi projek hospital, perlaksanaan secara Design and Built
dan bukannya konvensional perunding.

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


6. PENUTUP & KESIMPULAN
Berdasarkan kepada bengkel Lesson Learnt yang dilaksanakan selama 2 hari di
Cameron Highland terdapat banyak perkara yang boleh dijadikan sebagai iktibar
didalam pemantauan dan perlaksanaan projek. Iktibar yang paling kritikal dinyatakan
tersebut adalah seperti dibawah :-
i. Kontraktor yang dilantik perlu berpengalaman bagi bangunan Kompleks seperti
hospital.
ii. Syarat untuk perlantikan Penyelaras Mekanikal dan Elektrik perlu dilonggarkan
daripada pemegang ijazah dengan 10 tahun pengalaman kepada pemegang
diploma dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman supaya kesukaran
mencari calon yang bersesuaian dapat diatasi.
iii. Pegawai Mekanikal JKR perlu sepenuh masa di tapak bukan wakil yang dibayar
gaji oleh kontraktor.
iv. Dalam projek pembinaan hospital, penyelaras mekanikal dan elektrikal mestilah
memainkan peranan yang penting dan berkesan memandangkan projek
kompleks seperti hospital ini banyak terlibat dengan kerja mekanikal dan
elektrikal.
v. Pematuhan kepada syarat-syarat kontrak (untuk Inspector Welder dan
Penyelaras Mekanikal dan Elektrikal) haruslah dipatuhi dengan teratur agar tidak
dikenakan tindakan dibawah Audit Negara

Sekian Terima Kasih

# Draf dan Maklumat diperolehi dari Pasukan Projek Hospital Bera

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


LAMPIRAN - LAMPIRAN

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


LAMPIRAN A
After Action Review
What was supposed to
happen?

What actually
happened?

Why did it happen?

What are the


consequences

What are the key


lessons?

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


LAMPIRAN B1 : AAR 1 - Peringkat perlaksanaan

After Action Review 1


PERLANTIKAN KONTRAKTOR
- Perlantikkan kontraktor yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan
hospital / klinik (Kod B 29)
What was supposed to JKR telah mengemukakan permohonan kepada MOF
happen? mengenai cadangan perolehan projek pembinaan Hospital
Bera, Pahang untuk dilaksanakan secara tender terbuka
pra-kelayakan. Namun MoF melalui suratnya kepada JKR
pada 29 September 2010, tidak meluluskan permohonan
tersebut walaupun berdasarkan keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan Bilangan
8/2010 bertarikh 16 Ogos 2010 telah bersetuju meluluskan
permohonan JKR untuk melaksanakan perolehan projek
tersebut secara tender terbuka pra-kelayakan. MoF
selanjutnya telah memutuskan supaya perolehan projek
dilaksanakan secara tender terhad di kalangan 7 syarikat
yang telah disenaraikan olehnya tertakluk kepada syarat
syarikat-syarikat tersebut berdaftar dengan Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan (CIDB) serta lulus penilaian teknikal dan
kewangan seperti yang ditetapkan dalam pekeliling
perbendaharaan.

Melalui memorandum, YAB Menteri Kewangan pada 10


What actually Januari 2012 telah memberi persetujuan supaya tender bagi
happened? perolehan projek ini ditawarkan kepada MJPSB secara
rundingan terus dengan syarat harga dirundingkan pada
Why did it happen? paras anggaran Jabatan atau yang terendah

Pemilihan kontraktor yang tidak layak oleh MoF kerana telah


gagal dalam penilaian tender oleh JKR menjadi antara
punca kepada kegagalan projek apabila kontraktor tidak
berupaya menyiapkan projek sehingga Notis Penamatan
Pengambilan Kerja Kontraktor terpaksa dikeluarkan. Ini
telah menyebabkan kerugian di pihak Kerajaan dari segi
masa, kos dan kegagalan mencapai objektif projek.

What are the i. Projek tidak dapat disiapkan dijangka masa yang
consequences telah ditetapkan.
ii. Projek tender semula dan kos pembinaan meningkat
daripada siling asal.
iii. Banyak NCP telah dikeluarkan semasa kerja
pembinaan dijalankan.
iv. Lanjutan Masa sebanyak empat kali telah diberikan
kepada kontraktor itu sebanyak 690 hari

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


i. Dicadangkan agar perlaksanaan projek yang
What are the key kompleks dibuat oleh kontraktor yang berpengalaman
lessons? dalam pembinaan hospital atau secara reka dan bina
( design and built ).

ii. Cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan


ialah mewujudkan Kepala dan Sub-Kepala khusus
bagi projek kesihatan (pendaftaran kontraktor). Ini
untuk memastikan hanya kontraktor berwibawa
sahaja yang dilantik bagi melaksanakan projek
kesihatan. Dalam hal ini, pihak CIDB telah
mewujudkan bidang pengkhususan kod B29 untuk
Kerja Bangunan Kesihatan pada 17 Oktober 2016
bagi memastikan hanya kontraktor yang berkelayakan
sahaja melaksanakan kerja-kerja berkaitan fasiliti
kesihatan.

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


LAMPIRAN B2 : AAR 2 - Peringkat perlaksanaan
After Action Review
PERLANTIKAN M&E KOORDINATOR
- Kegagalan kontraktor melantik M&E coordinator yang cekap dan
berpengalaman.
What was supposed Mengikut klausa 28 dalam Arahan Kepada Petender, Seksyen I
to happen? - Kehendak-kehendak Am Kontrak, kontraktor hendaklah
menyediakan lukisan koordinasi kerja mekanikal dan elektrikal
bagi penyelarasan bersepadu kerja-kerja di tapak bina.
Kontraktor hendaklah juga melantik Penyelaras M&E IBS yang
mempunyai Ijazah dalam bidang mekanikal atau elektrik serta
berpengalaman dalam bidang pembinaan bagi memantau dan
mengawasi kerja-kerja berdasarkan lukisan koordinasi.
Penyelaras M&E IBS ini perlu dilantik daripada tarikh milik
tapak projek atau selewat-lewatnya semasa kerja pembinaan
ground beam dijalankan. Selain itu, klausa 57 Seksyen II -
Senarai Kuantiti pula turut menyatakan, all mechanical and
electrical works (e.g. conduits, openings, back boxes, etc.) shall
be coordinated with architectural and structural works for
implementation of IBS including Modular Coordination. The
successful tenderer shall appoint an IBS M&E coordinator with
5 years minimum experience to realize this coordination and
implementation for the whole project.

Terdapat 3 kali pelantikan Penyelaras M&E IBS dilaksanakan


What actually oleh kontraktor kerana Penyelaras M&E IBS yang dilantik
happened? sebelumnya telah berhenti. Pelantikan 2 Penyelaras M&E IBS
terdahulu mengesahkan kelayakan mereka yang telah
menepati Kehendak-kehendak Am Kontrak. Bagaimanapun,
Why did it happen? penyelaras M&E IBS ketiga yang hanya memiliki Diploma
Kejuruteraan Elektrikal Kuasa dan tidak arif mengenai cara-
cara pengendalian dan tugas, terutamanya gagal menyelia
kerja M&E di tapak dengan menggunakan lukisan koordinasi
M&E.

What are the i) Beliau didapati tidak cekap melaksanakan kerja-kerja


consequences penyeliaan serta gagal menepati piawaian kerja yang
ditetapkan
ii) Banyak NCP telah dikeluarkan semasa kerja pembinaan
dijalankan.

i) Penyelaras M&E perlu memainkan peranan yang penting


What are the key dalam pembinaan projek hospital dan mestilah seorang
lessons? yang kompeten.
ii) Disebabkan isu untuk perlantikan Penyelaras M&E berlaku
pada kebanyakkan projek JKR, maka syarat untuk
perlantikan Penyelaras Mekanikal dan Elektrik perlu
dilonggarkan daripada pemegang ijazah dengan 10 tahun
pengalaman kepada pemegang diploma dengan sekurang-
kurangnya 5 tahun pengalaman supaya kesukaran mencari
calon yang bersesuaian dapat diatasi.

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA


LAMPIRAN B3 : AAR 3 - Peringkat perlaksanaan
PEGAWAI MEKANIKAL DITAPAK
- Pegawai Mekanikal JKR perlu sepenuh masa di tapak

What was supposed to Projek ini dilaksanakan secara konvensional perunding di


happen? mana bagi disiplin mekanikal rekabentuk adalah secara
dalaman manakala disiplin lain mempunyai perunding yang
telah dilantik oleh HODT masing-masing.

Mengikut carta organasasi ditapak penjawatan pegawai


mekanikal adalah sepenuh masa kerana bagi menyelia dan
mengawasi kerja mekanikal yang terlibat meliputi 13 sistem
dan memantau kelancaran projek. Selain itu perlu menjadi
penghubung dengan Unit Rekabentuk JKR Mekanikal
memandangkan rekabentuk dibuat secara dalaman.

Walaubagaimanapun pegawai mekanikal JKR yang


What actually ditempatkan di tapak tidak ditempatkan secara sepenuh
happened? masa (on off). Maka penyelarasan rekabentuk tidak dapat
dilakukan dengan berkesan. Jurutera Mekanikal yang
Why did it happen? dilantik melalui kontrak iaitu gaji dibayar oleh kontraktor juga
didapati tidak menjalankan tugas dengan baik dan sering
bertukar-tukar pegawai disebabkan tahap
kebertanggungjawaban terhadap projek JKR tidak tinggi.
Masalah ini wujud disebabkan kerana kakitangan mekanikal
dinegeri tidak mencukupi dalam memantau dan mengawasi
projek dan permohonan kakitangan ke Ibu Pejabat JKR tidak
dipenuhi.

What are the 1. Kelewatan dalam membuat keputusan penyelarasan


consequences kerja-kerja mekanikal ditapak telah mengganggu
kelancaran projek.

2. Banyak NCP tidak dapat ditutup dengan segera


kerana ketiadaan pegawai mekanikal ditapak untuk
dirujuk.

What are the key Pegawai mekanikal JKR adalah penting berada sepenuh
lessons? masa ditapak bermula dari peringkat awal supaya dapat
memantau dan mengawasi kelancaran projek dengan lebih
efisien.

TAMAT

PASUKAN PROJEK HOSPITAL BERA

You might also like