You are on page 1of 4

Di sediakan oleh : juran anak jalin

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4: 1981-1985)

 Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985 merupakan satu lagi langkah utama bagi
mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan ekonomi dan perpaduan
Negara. Di bawah rancangan ini kerajaan merangka pelbagai program dalam usaha
memesatkan dan meningkatkan lagi pendapatan dan taraf hidup rakyat negara ini.

 RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi terutamanya


akibat kejatuhan harga pasaran dunia bijih timah dan getah. Fenomena ini menyebabkan
negara mengalami berbagaibagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan
bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan
sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran. Namun begitu, langkah-langkah
pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ini
adalah sejumlah
RM40 ribu juta. Daripada jumlah ini 57.9 peratus diperuntukkan untuk pembangunan
ekonomi, 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8 peratus diperuntukkan
untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini,
penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan
sejumlah 21.3 peratus sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 13.8 peratus,
pengangkutan sejumlah 10.5 peratus tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8.3 peratus,
pelajaran dan latihan sejumlah 7.6 peratus dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.1 peratus.

Sektor perusahaan berat menjayakan program pembangunan negara dalam RME 

Dasar Penswastaan

 Penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia pada pertengahan tahun


1983 yang menyaksikan penekanan pihak swasta dalam pembangunan dan
pengurusan negara. Rasional penswastaan di Malaysia disebabkan faktor kecekapan pihak
swasta memandangkan perlunya pertumbuhan saiz sektor awam dikawal dalam keadaan
kewangan kerajaan yang tidak begitu kukuh sebagaimana yang dialami dalam tahun-tahun
1980-an.

1. Objektif dasar penswastaan yang telah dilancarkan pada bulan Mac 1983 adalah bertujuan
bagi;-
1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan
2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
4. Pengagihan sumber secara cekap
5. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB
Walaupun secara rasminya dasar ini telah dilancarkan pada tahun 1983, tetapi pelaksanaannya
hanya bermula sejak penghujung tahun 1985. Antara projek penswastaan yang telah dilaksanakan
ialah, Lebuhraya Utara Selatan kepada Syarikat UEM Bhd., TV3 oleh Syarikat Televisyen Malaysia
Berhad (STMB), Perkhidmatan Telefon kepada Syarikat Telekom Malaysia, Jabatan Pos, Desaru dan
sebagainya.

Strategi dan Pelaksanaan

 Ekonomi negara terus mengalami perkembangan dan kepelbagaian dalam tempoh RME.
Oleh yang demikian, unsur-unsur penting untuk strategi pembangunan ialah secara
meningkatkan daya pengeluaran pertanian, menambahkan dan mempelbagaikan asas
perindustrian, memodenkan sektor-sektor kewangan dan perkhidmatan serta
mempelbagaikan punca-punca pertumbuhan. RME juga mengutamakan sektor perusahaan
berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.

Sehubungan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program
pembangunan perindustrian berat ini. Di antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM
adalah :
1. Kilang simen, yang diuruskan oleh Kedah Cement Sendirian Berhad
2. Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh PERWAJA Sri Kemaman, Terengganu
3. Pembuatan kereta iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad

 Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka
kawasan perindustrian baru seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas.
Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas,
Pulau Pinang. Manakala, pada tahun 1983, dua buah program pula dilancarkan bagi
mengkaji struktur perusahaan awam iaitu :
1. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
2. Pelan Induk Perindustrian (PIP)

 Bukan itu sahaja, Kerajaan juga berusaha untuk menyumbangkan pemilikan harta dan saham
perindustrian di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dengan cara
menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham
Nasional (ASN) pada 1981.

 RMK-4 turut memberi penekanan dalam aspek strategi pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula rakyat. Tumpuan utama usaha-usaha menyusun semula guna tenaga
ialah menerusi program-program pelajaran dan latihan untuk menambahkan bilangan
Bumiputera yang terlatih, terutamanya di peringkat pelajaran tinggi.

 Strategi untuk memastikan pencapaian pemilikan oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30%


dari jumlah modal saham dalam sektor syarikat diteruskan melalui pembelian modal saham
oleh agensi-agensi amanah. Agensi-agensi amanah ini termasuklah Permodalan Nasional
Berhad (PNB), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan
Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) menjadi badan-badan utama
bagi memberi saham-saham yang sedia ada.

 
RME mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan
teknologi dan tenaga mahir

Pencapaian RMK-4

 Kemajuan dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan telah mengurangkan kadar kemiskinan


dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Kemajuan ini telah dicapai
hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat dalam tempoh 1971-1980 dengan
kemajuan yang besar dicapai dari segi guna tenaga dan daya pengeluaran dalam sektor
pertanian menerusi program seperti pembangunan tanah dan kawasan yang sedia ada dan
dibantu oleh harga barangan yang tinggi.


Kerajaan telah memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyebarkan hasil-hasil
penyelidikan, menyediakan khidmat nasihat dan perundingan, latihan, kemudahan kredit dan
pinjaman. Penyelidikan berkenaan akan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia
(RRIM) dan Persatuan Penyelidikan dan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia (MRPRA)
sementara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan
meneruskan kegiatan penyelidikannya berkenaan dengan penggunaan dan pemprosesan
barang-barang pertanian, ternakan dan perikanan untuk kegunaan perindustrian dan
perdagangan.

 Dalam RMK-4 kerajaan turut memberi keutamaan kepada kemajuan kemahiran,


pengetahuan teknikal dan keusahawanan. Bagi tujuan ini, peranan institusi-institusi seperti
Institut Latihan Perindustrian, Institut dan Sekolah-sekolah Vokasional, Pusat Latihan Belia
serta universiti dan kolej telah dipergiatkan.

 Dari segi pencapaian secara keseluruhan, KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8%
setahun. Pendapatan per kapita turut meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada $3171 juta
pada tahun 1980 kepada $4609 juta pada tahun 1985. Prospek bagi pembangunan ekonomi
yang berterusan dalam tempoh RME adalah cerah. Seperti yang berlaku di tahun-tahun
sebelumnya, ketahanan dan asas sumber ekonomi yang kuat akan membolehkan negara
menghadapi perkembangan buruk dalam ekonomi dunia.

You might also like