You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN COVID-19

PANITIA SEJARAH
2020

1
KERTAS KERJA PERTANDINGAN COVID-19 SEMPENA PKP 2020

1.0 PENDAHULUAN

Pengetahuan sejarah amatlah penting untuk diserapkan dalam jiwa murid-murid bermula
daripada peringkat sekolah rendah. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’.Melalui penerapan pengetahuan sejarah murid-murid akan dapat
mengetahui sejarah negara kita dan memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam
kalangan murid-murid terutamanya pada peringkat sekolah rendah.Maka, Panitia
Sejarah sekolah kebangsaan Taman Melati telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan
beberapa aktiviti sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan ( covid 19) bagi
memastikan murid-murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara
berterusan dalam keadaan yang selamat. Dengan ini akan melahirkan warga sekolah
yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi serta memberi kesedaran kepada
murid betapa pentingnya matapelajaran sejarah.

2.0 TUJUAN
Tujuan utama program ini ialah menggalakkan dan merangsang murid-murid menyertai
aktiviti yang berkaitan Sejarah semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Dengan aktiviti yang menariik akan meningkatkan pengetahuan murid tentang
sejarah melalui pembacaan informasi yang tepat dan maklumat yang sahih. Secara tidak
langsung akan memupuk minat dalam menguasai pengetahuan sejarah dan melahirkan
murid yang berfikiran kreatif dan kritis di kalangan murid-murid sekolah ini. Penghargaan
melalui hadiah istimewa yang diberikan akan memupuk semangat murid untuk belajar.

2
3.0 OBJEKTIF

o Menanamkan minat pelajar dalam menguasai kemahiran sejarah


o Menggalakkan pelajar mempunyai semangat daya saing secara sihat di dalam aktiviti
yang disertai
o Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid
o Membentuk disiplin dan sahsiah dalam kalangan murid.

4.0 SASARAN
Semua murid tahap dua.( 4 – 6)

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Tarikh : Mei hingga Jun 2020
Tempat : Di rumah masing-masing

6.0 AKTIVITI

Tahun 4 - Menghasilkan peta lakar lokasi rumah


Tahun 5 - Buku skrap ( Tokoh Terbilang)
Tahun 6 - Pembentangan Tokoh Negara ( menghasilkan video pendek)

3
7.0 SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En.Mohd Sadli bin Harun

Pengerusi : Pn.Azizah bt Ali

Penyelaras : Pn.Faizatul bt Abd Halim

Setiausaha : En. Muhammad Hazim b Miswan

Jurugambar : Pn.Anne Zureena bt Ahmad Ramli

Dokumentasi : Pn. Nurul Hisham bt Mat Rosidi

Hadiah : Panitia Sejarah

Jawatankuasa aktiviti

Tahun 4 Menghasilkan peta lakar Pn. Nurul Hisham bt Mat Rosidi


lokasi rumah En. Muhammad Hazim b Miswan

Tahun 5 Buku skrap ( Tokoh Pn.Faizatul bt Abd Halim


Terbilang) Pn.Anne Zureena bt Ahmad Ramli

Tahun 6 Pembentangan Tokoh En. Muhammad Hazim b Miswan


Negara ( menghasilkan Pn. Siti Noorfadhilah bt Hussin
video pendek)

4
8.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1. Menghasilkan peta lakar RM 8 × 5 RM100


lokasi rumah RM 7 × 5
RM 5 × 5
*3 0rang pemenang setiap kelas
9.0

2. Buku skrap ( Tokoh RM100


Terbilang) RM 8 × 5
RM 7 × 5
*3 orang pemenang setiap kelas RM 5 × 5

3. Pembentangan Tokoh RM 100


Negara ( menghasilkan RM 8 × 5
video pendek RM 7 × 5
RM 5 × 5
*3 orang pemenang setiap kelas

JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

9.0 SUMBER KEAWANGAN

Panitia sejarah

5
10.0 KESIMPULAN
Adalah diharapkan aktiviti ini dapat dijalankan dalam keadaan yang menyeronokkan dan
mempunyai input yang baik serta menyumbang terhadap pembentukan insan yang
berketrampilan dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PN FAIZATUL BT ABD HALIM) (PN.AZIZAH BT ALI)


Ketua Panitia Sejarah GPK Tadbir & Kurikulum
SK Taman Melati SK Taman Melati

Disahkan oleh,

(EN. MOHD SADLI BIN HARUN)


Guru Besar
SK Taman Melati
Kuala Lumpur

You might also like