You are on page 1of 1

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)

Bahan rangsangan yang diberi menunjukkan bahaya makan makanan ringan.

Antara bahaya makan makanan ringan ialah boleh merosakkan gigi.


Makanan ringan seperti gula-gula dan coklat mengandungi kandungan gula yang
tinggi dan boleh mengakibatkan karies gigi. Selain itu, makanan ringan boleh
menjejaskan kesihatan diri kita. Makanan ringan dan makanan segera berbahaya
kerana mengandungi bahan pengawet seperti Benzoate yang boleh mengakibatkan
kanser. Seterusnya, makanan ringan juga boleh mengakibatkan diri kita kurang
selera makan. Penambah perisa yang banyak seperti Nomoto akan membuatkan
kita merasa makanan ringan itu lebih sedap berbanding makanan yang sihat.
Akibatnya, ia boleh mendatangkan ketagihan dan mengurangkan selera makanan.
Di samping itu, makanan segera seperti keropok mengandungi pewarna dan perisa
tiruan yang tinggi lalu menyebabkan kita kurang daya tumpuan. Contohnya, tidak
fokus semasa cikgu mengajar atau cuai dalam melakukan sesuatu perkara.

Kesimpulannya, kita tidak digalakkan makan makanan ringan dan makanan


segera kerana ia banyak mendatangkan mudarat kepada diri kita.

You might also like