You are on page 1of 2

Analisis disiplin terkini (18/9/2019)

1. Bilangan murid yang digantung ialah 9 orang sehingga kini, semuanya pelajar
Tingkatan 5 dan untuk yang terkini ialah 2 orang pelajar iaitu:-

 WAN AHMAD BURHAN BIN WAN HARIS atas kes keluar daripada sekolah tanpa
kebenaran dan digantung asrama sepanjang bulan September 2019
 MUHAMMAD NURFATH IMAN BIN ROOSEFFENDY atas kes memiliki rokok
elektronik/ vape dan digantung persekolahan (28 Ogos 2019 sehingga 2 September
2019)
2. Pada hari Jumaat (13 September 2019) sebilangan pelajar Tingkatan 5 telah
dikenakan hukuman rotan di bilik gerakan PIBG/disiplin oleh PK Hem, Ketua
Warden dan Ketua Guru Disiplin atas pelbagai kesalahan:-

 HAKAM DANIEL BIN HASAN HAFIZI (kesalahan keluar ke restoran mamak sewaktu kelas tambahan)
 HAZIM FIRDAUS BIN TAJRI (kesalahan keluar ke restoran mamak sewaktu kelas tambahan)
 MUHAMMAD ADRI HAQIMI BIN MOHD AZMI (kesalahan keluar ke restoran mamak sewaktu kelas tambahan)
 MUHAMMAD ALIFF DZAQWAN BIN HASNIRUDDIN (kesalahan keluar ke restoran mamak sewaktu kelas tambahan)
 MUHAMMAD NURFATH IMAN BIN ROOSEFFENDY (rokok elektronik/ vape)
 ADWA' NUQMAN BIN AHMAD SAUFI (rokok elektronik/ vape)
 MUHAMMAD IRFAN NAUFAL BIN MOHD SUKRI (panjat naik ke asrama pada waktu persekolahan)

3. Kesemua pelajar ini telah diberikan taklimat untuk memperbanyakkan amalan baik
dan sukacita dimaklumkan status akhlak mereka berubah di SSDM dari ‘perlukan
perhatian serius’ ke ‘baik/amat baik’ dan akan digerakkan untuk menerima penarafan
‘terpuji’

4. Mesyuarat AJK Disiplin Smaputra telah diadakan pada 13 September 2019 dan Unit
Disiplin bakal mengambil beberapa inisiatif untuk memperkasakan SOP pengurusan
disiplin di sekolah dan diantaranya ialah:-

 Penambahbaikan sistem kiraan merit demerit dimana setiap kesalahan kecil


akan ditolak 2 mata demerit dan sekiranya terkumpul sehingga 10, layak
dirotan sekali.
 Untuk kesalahan sederhana dan berat, pelajar melakukan kesalahan akan
menjalani prosedur sedia ada iaitu proses siasatan, pengakuan dan hukuman
dan akan direkodkan di dalam SSDM. Hanya Ketua Guru Disiplin (En.
Ahmad Syahir, Ting 4,5,6) dan Penolong (En. Faliq Ting 1,2,3) akan
memasukkan data untuk kesalahan sederhana dan berat.
 Setiap pelajar yang melakukan kesalahan secara automatik akan diwujudkan
satu fail khas disiplin untuk merekodkan kesalahan masing-masing.
 Bilik Gerakan PIBG/ Disiplin akan dijadikan ‘one-stop centre’ untuk semua
urusan berkenaan masalah/pemantauan disiplin sekolah dan asrama.
 Akan diwujudkan jadual bertugas guru disiplin pada setiap hari dan guru yang
bertugas pada Sesi 1 (8.30-10.30) dan Sesi 2 (11.05-1.05) perlu berada di Bilik
Gerakan Disiplin untuk mengendali/menyelesaikan masalah disiplin semasa
pelajar.
 Semua guru boleh melaporkan kesalahan disiplin semasa pelajar kepada guru-
guru disiplin melalui aplikasi telegram dan guru disiplin bertugas mengikut
sesi akan mengambil kes tersebut untuk diselesaikan untuk tindakan
selannjutnya.
 Group telegram disiplin akan diwujudkan untuk melicinkan proses pelaporan
kerana aplikasi telegram dilihat lebih sesuai dan efektif.
 Komputer dan pencetak Bilik Gerakan akan ditambah-baik bersama
sambungan internet untuk memudahkan proses kemasukan data disiplin.

You might also like