You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Semester 1 Tahun 1

PEPERIKSAAN : NOVEMBER 2019

KAMPUS :

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : PJMS3013

KURSUS : LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL

MASA : 2 JAM

JUMLAH MARKAH : 80

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:

Bahagian A : 4 soalan struktur (60 markah)


Bahagian B : 2 soalan esei (20 markah)

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan Bahagian B.

3. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.

BAHAGIAN A

1
( 60 markah )

Jawab semua soalan.

1. Terdapat sebelas komponen kecergasan fizikal yang berkaitan dengan kesihatan


mahupun prestasi motor manusia. Walaupun tidak semua komponen tersebut
diperlukan oleh semua manusia, namun tetap diperlukan oleh individu-individu
tertentu bergantung kepada aktiviti harian dan gaya hidup mereka.

a Terangkan lima kepentingan kecergasan fizikal dari aspek fisiologi.

[5 markah]
b Bandingkan komponen kekuatan otot dengan daya tahan otot.
[10 markah]

2. Cikgu Malek dalam proses menyediakan atlet-atletnya untuk satu kejohanan


olahraga peringkat daerah yang akan berlangsung empat bulan dari sekarang.
Sebagai seorang pakar kecergasan, anda telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai
perunding kecergasan bagi membantu persiapan Cikgu Malek terutama dari aspek
prinsip-prinsip dalam pengendalian latihan kecergasan.

a Terangkan lima prinsip latihan yang perlu diaplikasikan oleh Cikgu Malek
terhadap pelatih-pelatih olahraganya.
[5 markah]

b Terapkan prinsip F.I.T.T dalam latihan meningkatkan komponen kuasa atlet-


atlet lontar peluru Cikgu Malek.
[10 markah]

3. Kecederaan semasa melakukan aktiviti fizikal adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan. Pelbagai kaedah rawatan kecederaan dengan bantuan teknologi moden
telah diperkenalkan bagi membantu atlet dalam menguruskan kecederaan dengan
lebih sistematik agar kecederaan dapat dipulihkan pada kadar yang lebih cepat.

a. Jelaskan perkara asas persediaan yang perlu diberi perhatian sebelum


memulakan sesuatu latihan kecergasan fizikal.

[5 markah]

2
b. Bincangkan kaedah elektroterapi dan hidroterapi dalam usaha menangani
kelesuan dan kecederaan otot yang disebabkan oleh latihan kecergasan
fizikal.

[10 markah]

4. Anda seorang yang sedentari atau pun seorang juara dunia acara lari pecut 100
meter, bahan bakar untuk menjana pergerakan tubuh badan anda adalah daripada
sumber yang sama. Semua manusia memperoleh bekalan tenaga untuk bergerak
dan melakukan aktiviti melalui makanan dan minuman yang diambil.

a Kategorikan makanan atau minuman berikut berdasarkan sumber tenaga


utama bagi manusia.

1. Perut lembu bakar


2. Bubur sekoi
3. Daging rusa panggang
4. Sup sirip ikan yu
5. Kurma kering
[5 markah]

b Huraikan kepentingan semua sumber tenaga utama tersebut terhadap


prestasi atlet.
[10 markah]

3
SULIT PJMS3013

BAHAGIAN B

( 20 markah )

Jawab satu soalan.

1. Ketelitian dalam perancangan aktiviti latihan kecergasan fizikal sangat penting bagi
memastikan sesuatu program latihan mencapai matlamat yang diinginkan.
Perancangan tersebut perlu bertepatan dengan komponen kecergasan khusus yang
hendak ditingkatkan selain menepati keperluan acara sukan yang diceburi.

Rancangkan satu sesi latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular


pemain badminton semasa fasa persediaan latihan.
[20 markah]

2. Pelbagai kaedah latihan kecergasan boleh dilaksanakan oleh para atlet bagi
meningkatkan komponen-komponen kecergasan yang diperlukan. Semasa
melakukan kaedah-kaedah latihan tersebut, tenaga yang digunakan oleh atlet dijana
melalui sistem tenaga aerobik atau sistem tenaga anaerobik.

Banding beza antara kaedah latihan aerobik dengan kaedah latihan anaerobik serta
berikan contoh aktiviti bagi kedua-dua kaedah latihan tersebut.
[20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like