You are on page 1of 24

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH:

SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI


PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI.

CHEONG PECK CHUAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH:
SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI
PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI.

SESI PENGAJIAN: 2008/ 2009

Saya CHEONG PECK CHUAN


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh
_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO 14, JALAN JOHAR 12, PROF MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN
81800, ULU TIRAM, Nama Penyelia
JOHOR D.T.

Tarikh: Tarikh: ______________________

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Sains Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN

Tarikh :
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH:
SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI
PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI.

CHEONG PECK CHUAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

OCTOBER, 2008
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penulis : CHEONG PECK CHUAN

Tarikh :
DEDIKASI

Buat Ibu dan Ayahku yang Kusayangi


Segala Ajaran dan Bimbingan
Akan Kuingati
Terima Kasih Atas Segalanya
Pengorbanan dan Kepayahan Membesarkanku
Restumu, Kasih Sayangmu Amat Kuhargai

Buat Teman Kasihku Yang Kusayangi


Segala Sokongan dan Doamu
Akan Kukenangi Selamanya

Buat Rakan Yang Kukasihi


Galakan Kalian Menjadi Pemangkinku
Akan Kuhargai Selamanya

Rakan-rakan Seperjuangan
Jasa Baik Kalian akan Kuingati Selamanya
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Tuhan kerana dapat menyempurnakan


Projek Sarjana Muda saya ini sebagai kenangan menuntut ilmu di menara gading.

Jutaan terima kasih dikalungkan buat Profesor Madya Dr. Seth bin Sulaiman, selaku
penyelia projek atas kesudian membimbing dan berkongsi idea sepanjang tempoh
menyiapkan projek ini. Salam kasih buat teman sejati, Fang Pei Fen, serta sahabat
handai yang sentiasa menitip doa, panduan, dorongan dan tidak kurang cabaran buat
saya menempuh hidup.

Tidak ketinggalan, salam takzim buat pihak-pihak yang sudi bekerjasama sama ada
secara langsung atau tidak dalam projek ini, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, dan bakal-bakal guru yang terlibat.

Sekian, terima kasih.


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana persepsi pelajar fakulti pendidikan
terhadap pendidikan seks di sekolah mengikut faktor-faktor seperti jantina, bangsa, umur,
kursus dan agama. Sampel yang terlibat di dalam kajian ini merupakan 130 orang pelajar
tahun empat fakulti pendidikan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang
menggunakan skala likert. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A
adalah mengenai maklumat peribadi subjek kajian dan Bahagian B merupakan item-item
yang menguji persepsi subjek tentang pendidikan seks di sekolah. Data yang diperolehi
telah dianalisis menggunakan “Statistical Package For The Social Science Version 15.0”
(SPSS 15.0). Data diuji dengan kaedah statistik deskriptif untuk menerangkan kekerapan,
peratusan, dan min. Kaedah inferensi yang digunakan ialah ujian-t dan ANOVA sehala.
Hasil dapatan yang diperoleh melalui ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar lelaki dan pelajar perempuan
terhadap pendidikan seks di sekolah. Manakala hasil kajian ANOVA Sehala
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar yang
berlainan agama terhadap pendidikan seks di sekolah. Pada keseluruhannya, tahap
persepsi responden terhadap pendidikan seks di sekolah adalah pada tahap sederhana.
ABSTRACT

This study was conducted to survey the perception of students in faculty of


education about the sex education in school according to factors such as gender, race,
age, religion and courses. This study involves 130 students from faculty of education.
Survey method was used as the instrument which consists of 19 items using the Likert
scale, consists of two parts. Part A is about the background information of the
respondents. Part B consist the items which will test the perception of the students of
Faculty of Education about sex education in schools. Data were collected and analyzed
using the “Statistical Package for Social Science” (SPSS) for Windows Version 15.0.
The analysis used descriptive statistic namely frequency, mean, percentage. Inferential
statistic namely t-test and one way ANOVA were used. Results obtained through t-test
shows that there is no significant difference perception between male students and
female students on sex education in schools. The finding of the study by using one-way
ANOVA method showed that there is no significant difference perception among
students of different religions on sex education in schools. Overall, the level of
perception of respondent on sex education in school is at moderate level.
KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.7.1 Pegkaji 7
1.7.2 Pelajar 7
1.7.3 Ibu Bapa 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Operasi 8
1.9.1 Persepsi 8
1.9.2 Pelajar 9
1.9.3 Fakulti 9
1.9.4 Pendidikan 9
1.9.5 Seks 9
1.9.6 Sekolah 10
1.10 Rumusan 10

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11


2.1 Pengenalan 11
2.2 Teori Berkaitan Kajian 13
2.2.1 Pendidikan Seks di Sekolah 13
2.3 Kajian Dalam Negara 15
2.4 Kajian Luar Negara 17
2.5 Rumusan 19
BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 20


3.1 Pendahuluan 20
3.2 Reka Bentuk Kajian 20
3.3 Sampel Kajian 21
3.4 Instrumen Kajian 21
3.5 Kajian Rintis 23

3.6 Analisis Data 24

3.7 Penutup 26

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 ANALISIS DATA 27


4.1 Pengenalan 27
4.2 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 28
4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 28
4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Kaum 29
4.2.3 Bilangan Responden Mengikut Umur 29
4.2.4 Bilangan Responden Mengikut Kursus 30
4.2.5 Bilangan Responden Mengikut Agama 31
4.3 Bahagian B (Persoalan Kajian) 32
4.3.1 Apakah Pandangan Pelajar-pelajar Tahun 4
Fakulti Pendidikan Terhadap Pendidikan Seks Di
Sekolah Dari Aspek Pengajaran Dalam Kurikulum
Sekolah? 33
4.3.2 Apakah Pandangan Pelajar-pelajar Tahun 4
Fakulti Pendidikan Terhadap Pendidikan Seks
Di Sekolah Dari Aspek Peranan Guru Yang
Mengajar? 35
4.3.3 Apakah Pandangan Pelajar-pelajar Tahun 4
Fakulti Pendidikan Terhadap Pendidikan Seks
Dari Aspek Peranan Ibu Bapa? 37
4.3.4 Analisis Nilai Min Untuk Semua Item 38
4.3.5 Analisis Perbezaan Pendapat Tentang Pendidikan
Seks Di Sekolah Merentas Jantina 39
4.3.6 Analisis Perbezaan Pendapat Tentang Pendidikan
Seks Di Sekolah Merentas Agama 40
4.4 Penutup 41

BAHAGIAN LIMA

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 42


5.1 Pengenalan 42
5.2 Perbicangan Dapatan Kajian 42
5.2.1 Perbincangan Dapatan Maklumat Diri
Responden . 43
5.2.2 Persepsi Responden Terhadap Pendidikan
Seks di Sekolah Berdasarkan Aspek Pengajaran
Dalam Kurikulum Sekolah, Peranan Guru yang
Mengajar, dan Peranan Ibu Bapa 44
5.2.3 Perbezaan Pendapat di antara Pelajar-pelajar yang
Berlainan Jantina Terhadap Pendidikan Seks di
Sekolah Berdasarkan Aspek Pengajaran dalam
Kurikulum Sekolah, Peranan Guru yang Mengajar,
dan Peranan Ibu Bapa. 45
5.2.4 Perbezaan Pendapat di antara Pelajar-pelajar yang
Berlainan Agama Terhadap Pendidikan Seks
Di Sekolah Berdasarkan Aspek Pengajaran
Dalam Kurikulum Sekolah, Peranan Guru yang
Mengajar, dan Peranan Ibu Bapa. 45
5.2.5 Rumusan Untuk Keseluruhan Item 46
5.3 Kelemahan Kajian 47
5.4 Cadangan 48
5.4.1 Cadangan Tindakan 48
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 49
5.5 Penutup 50

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN 52

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN 55
SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian


Di Dalam Soal Selidik 22
3.2 Kaedah Pembahagian Skor Bagi Item Soal Selidik 25
3.3 Klasifikasi Tahap Min 26
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 28
4.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 29
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 29
4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 30
4.5 Taburan Responden Mengikut Agama 31
4.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 32
4.7 Tahap Persepsi Mengikut Nilai Min Yang
Diperolehi 33
4.8 Taburan Tanggapan Responden
Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah
Dari Aspek Pengajaran Dalam Kurikulum
Sekolah 33
4.9 Taburan Tanggapan Responden
Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah
Dari Aspek Peranan Guru Yang Mengajar 35
4.10 Taburan Tanggapan Responden
Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah
Dari Aspek Peranan Ibu Bapa 37
4.11 Perbezaan Pendapat Antara Pelajar Lelaki Dan
Perempuan Tentang Pendidikan Seks Di Sekolah 39
4.12 Analisis ANOVA Sehala Perbezaan Pendapat Antara
Pelajar Berlainan Agama Tentang Pendidikan Seks
Di Sekolah 40
SENARAI SINGKATAN

% - Peratus
AIDS - Acquired Immune Deficiency Syndrome
WHO - World Health Organisation
HKL - Hospital Kuala Lumpur
HIV - Human Immunodeficiency Virus
PKK - Pendidikan Kesihatan Keluarga
UPM - Universiti Putra Malaysia
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Kedua)
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidkan (Pengajian Islam)
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 55
B Ujian Post Hoc Perbezaan Pendapat Antara
Pelajar Berlainan Agama Tentang
Pendidikan Seks 60
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Wawasan 2020, perkataaan yang tidak lagi asing bagi rakyat Malaysia, yang
sering dilaungkan oleh orang ramai dan sering juga dibaca di media massa. Wawasan
2020 adalah konsepsi kemajuan negara yang dicita-citakan oleh bekas Perdana
Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Wawasan ini merupakan jangkatan atau
target negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020
adalah suatu cita-cita yang dinamik. Kejayaannya banyak bergantung pada
kefahaman dan amalan keagamaan, persefahaman antara kaum, keilmuan yang tinggi
dan canggih, kesatuan nasional, keadilan sosioekonomi, kematangan politik,
pembangunan ekonomi dan teknologi, perpaduan, perhubungan manusia, dan
pembentukan akhlak. Ini adalah kerana negara maju yang diharapkan itu bukanlah
negara yang rakyatnya sekadar hidup mewah dan selesa tetapi juga berupaya
mengembangkan kekuatan aqidah dan rohani.

Penularan gejala sosial merupakan suatu penghalang kepada mencapainya


wawasan 2020. Salah laku juvenil didapati semakin menjadi-jadi sehingga
mendatangkan kemudaratan kepada negara. Sesetengah remaja sering bergelumang
dengan pelbagai gejala negatif dan penyakit sosial seperti vandalisme,
2

penyalahgunaan dadah, perompakan, seks bebas, pelacuran dan sebagainya.


Persoalannya, adakah gejala-gejala ini patut wujud pada masyarakat negara maju?
Bagaimana cara untuk mengatasinya?

Zaman remaja merupakan masa paling rumit serta penuh dengan cabaran yang
bukan sahaja perlu dihadapi oleh anak-anak, tetapi juga ibu bapa. Mereka bukan
sahaja mengalami perubahan dari segi fizikal yang mula menampakkan sifat-sifat
kewanitaan atau kelakian, tetapi juga dari segi emosi, fikiran dan sosial. Dengan
perubahan hormon dan dunia yang serba kompleks, remaja mula merasakan tidak
ada sesiapa yang dapat memahami perasaan mereka termasuk ibu bapa. Ditambah
pula dengan era globalisasi yang mendedahkan mereka kepada pelbagai pengaruh
dan gaya hidup. Ia tidak terhad kepada sikap, peribadi sahaja, malah juga melibatkan
aktiviti-aktiviti seksual yang tidak sihat seperti seks luar nikah, homoseksual dan
sebagainya. Perasaan ingin tahu yang berada di tahap kemuncak golongan remaja
boleh mendorong mereka melakukan sesuatu di luar batasan jika tidak diberi
panduan dan bimbingan yang sewajarnya. Lebih-lebih lagi golongan ini adalah satu
kelompok yang kurang matang serta sering gagal dalam menilai implikasi yang bakal
dilalui. Apa yang terlintas di fikiran mereka hanyalah keseronokan tanpa menilai
risiko dan kerugian yang bakal dialami di kemudian hari.

Untuk mengelakkan golongan remaja ini daripada terjerumus ke dalam kancah


salah laku, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat telah mencadangkan kepada kabinet agar pendidikan seks
diperkenalkan dalam sisitem pendidikan negara. Ini berikutan peningkatan gejala
salah laku seksual, sumbang mahram, hubungan seks luar nikah, rogol, penderaan
seksual, pengguguran dan pembuangan bayi serta penularan penyakit AIDS.
Sebelum ini, maklumat tentang seks hanya dapat ditemui secara formal dari buku
sains dan biologi. Sedangkan negara-negara maju seperti Singapura, Hong Kong,
Britain dan Amerika Syarikat telah lama mengajar subjek pendidikan seks.
Pendidikan seks memberi pengetahuan tentang perubahan biologi, psikologi, dan
psikososial sebagai akibat pertumbuhan dan perkembangan manusia.

Remaja sebagai tonggak dan tiang negara harus mempunyai kekuatan dari segi
3

fizikal, mental, rohani dan psikologi.remaja tidak harus berada di takuk lama
sebaliknya mereka harus cuba untuk melengkapkan malah menyempurnakan diri
dalam aspek-aspek di atas supaya menjadi insan yang proaktif, dinamik, berjiwa
perintis dan berdaya maju supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kajian klinikal di Amerika Syarikat mendapati bahawa golongan remaja dan


belia yang berusia antara 17 hingga 30 tahun adalah golongan yang paling ramai
dijangkiti pelbagai penyakit jangkitan seks. Trend ini dijangka akan berterusan
memandangkan mereka adalah golongan yang paling aktif dan seterusnya
menjadikan mereka sebagai golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti
penyakit kelamin.

Menurut Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) pula, seorang daripada 20


remaja akan dijangkiti penyakit kelamin pada setiap tahun. Daripada 33 juta kes baru,
11 juta berlaku di kalangan belia yang berusia 25 tahun ke bawah. Sementara
jangkitan siflis akan meningkat ke tahap tertinggi bagi golongan berusia antara 15
hingga 30 berbanding kumpulan usia lain. (Utusan Malaysia, Jun 2003)

Laporan akhbar New Sunday Times (Ogos 2006) mengenai jumlah remaja
Melayu yang melahirkan anak luar nikah meningkat 77 peratus berbanding lima
tahun lalu, akibat terjebak dengan kegiatan seks bebas.

Laporan itu juga menyebut 57 peratus daripada mereka membabitkan usia 18


hingga 23 tahun selain ada remaja berusia seawal 14 tahun menggugurkan
kandungan dan bertindak membuang anak di tandas dan tong sampah. Kajian Jabatan
Kebajikan Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2004 mendapati 81
peratus daripada remaja terbabit mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat
rendah dan bekerja di kilang. Ini menunjukkan golongan remaja kita memerlukan
4

ajaran pendidikan seks dengan segera. (Berita Harian, Ogos 2006)

Dr. Rusnani Abdul Kadir dari Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi
Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan universiti itu berkata, pendidikan seks
merupakan satu langkah yang baik dalam memberi maklumat berkesan kepada anak-
anak berkenaan seksualiti. (Utusan Malaysia, Januari 2006)

Ibu bapa pada masa kini kebanyakannya kurang memperuntukkan masa


berkualiti dengan anak, kurang memberi penekanan kepada nilai murni dan agama
dalam keluarga, tipisnya pembudayaan ilmu serta mementingkan hiburan dan
kebendaan terhadap anak. Apa yang berlaku kini, sebahagian besar ibu bapa terlalu
memanjakan anak dan sanggup memenuhi segala kehendak kebendaan mereka tanpa
had sempadan.

Akibat kepincangan dan budaya liberal keluarga, mereka tidak mempunyai


ketahanan diri yang ampuh lalu mudah terpengaruh dengan gaya hidup bebas dan
berseronok tanpa batasan. Akhirnya, mereka terdorong mencari kepuasan dan
keseronokan di luar rumah, terjebak dalam pergaulan bebas seterusnya terdedah
kepada perilaku salah laku dan jenayah seksual.

Ini berlaku akibat kurangnya pendidikan oleh ibu bapa, di samping naluri liar
dalam diri anak yang tidak dididik dengan sempurna oleh ibu bapa mereka di rumah.
Malah, mereka akan berani cuba mempraktikkan apa yang diketahui dengan
mengeksploitasi pengetahuan diterangkan di sekolah bagi mengelak daripada risiko
hamil di luar nikah atau jangkitan hubungan kelamin. (Berita Harian, Disember 2006)

Dengan itu, Kementerian Pendidikan telah menetapkan lima modul mengenai


pendidikan seks dan reproduktif untuk diajar di sekolah sejak akhir-akhir ini.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menyatakan
bahawa Modul Satu ialah mengenai aspek fizikal manakala Modul Dua (aspek
sosial), Modul Tiga (jantina), Modul Empat (penyakit jangkitan seks) dan Modul
Lima (HIV/AIDS).
5

Selain itu, katanya, dua modul tambahan yang menyediakan ruang untuk pelajar
berinteraksi dengan guru turut disediakan iaitu Modul Seksualiti dan Saya; serta
Modul Pendidikan Pencegahan (HIV/AIDS). Beliau memberitahu, kesemua modul
tersebut adalah di bawah Pendidikan Kesihatan Keluarga (PKK) dan diajar merentasi
kurikulum khususnya dalam mata pelajaran bahasa, Sains, Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan Biologi. (Utusan
Malaysia, November 2003)

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi di kalangan pelajar fakulti


pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap pendidikan seks di
sekolah. Selain itu, ia juga mengkaji tentang persepsi di kalangan pelajar yang
berbilang kaum terhadap pendidikan seks di sekolah bagi pelajar Tahun 4 fakulti
pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini menumpukan kepada kebaikan
dan keburukan pendidikan seks diperkenalkan di sekolah dan seterusnya memberi
kesan kepada kualiti pendidikan negara.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian ini ialah :-

i. Mengkaji persepsi pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan terhadap


pendidikan seks di sekolah dari aspek pengajaran dalam kurikulum sekolah.
ii. Mengkaji persepsi pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan terhadap
pendidikan seks di sekolah dari aspek peranan guru yang mengajar.
iii. Mengkaji persepsi pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan terhadap
pendidikan seks di sekolah dari aspek peranan ibu bapa.
6

iv. Melihat perbezaan pendapat di antara pelajar-pelajar yang berlainan jantina


terhadap pendidikan seks di sekolah.
v. Melihat perbezaan pendapat di antara pelajar-pelajar yang berlainan agama
terhadap pendidikan seks di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Melalui hasil kajian ini, ia diharapkan dapat menjawab beberapa persoalan


mengenai persepsi pelajar fakulti pendidikan terhadap pendidikan seks di sekolah.
Beberapa persoalan ingin ditimbulkan melalui kajian ini iaitu:

i. Apakah pandangan pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan terhadap


pendidikan seks di sekolah dari aspek pengajaran dalam kurikulum
sekolah?
ii. Apakah pandangan pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan terhadap
pendidikan seks di sekolah dari aspek peranan guru yang mengajar?
iii. Apakah pandangan pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan terhadap
pendidikan seks di sekolah dari aspek peranan ibu bapa?
iv. Adakah terdapat perbezaan signifikan di antara pelajar-pelajar merentas
jantina terhadap pendidikan seks di sekolah?
v. Adakah terdapat perbezaan signifikan di antara pelajar-pelajar merentas
agama terhadap pendidikan seks di sekolah?

You might also like