You are on page 1of 3

Isu jangka hayat sebuah dewan

Sebelum membina Dewan Jubli, jangka hayat sesebuah dewan sangat penting untuk dititik

beratkan kerana ianya mampu beroperasi dengan lebih lama. Ia menjadi isu yang utama yang perlu

difikiran sebelum memulakan pembinaan. Sesebuah dewan mempunyai jangka hayat yang tertentu

mengikut keadaan semasa dan akan datang. Jadi, pembinaan Dewan Jubli perlulah mengikut prosedur

yang betul supaya dapat mengelakkan dari sebarang masalah yang tercetus. Pihak PBT iaitu Majlis

Pembandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah melantik kontraktor yang bertauliah yang boleh

memainkan peranan yang penting bagi memastikan kualiti kerja dan kualiti barang yang dipakai

sesuai dan mampu bertahan dengan lebih lama.

Selain itu, reka bentuk sesebuah dewan juga memainkan peranan yang penting dalam

menjaga jangka hayat dewan. Pihak MPKK dan kontraktor memainkan peranan yang penting dalam

menentukan reka bentuk bangunan agar sesuai dengan keadaan sekeliling dan mampu bertahan dalam

apa jua keadaan bagi menjaga ketahanan dewan tersebut. Tambahan pula, Isu tentang reka bentuk ini

juga bergantung kepada peruntukkan sebanyak mana yang mereka perolehi. Reka bentuk pembinaan

dewan Jubli ini bersesuaian dengan kos dan peruntukan yang mereka perolehi. Elemen – elemen yang

perlu difikir untuk menentukan jangka hayat Dewan Jubli dan juga perkakasan dalaman seperti

penghawa dingin dan dinding penebat (acoustic panel) untuk menguragkan bunyi. Reka bentuk

Dewan Jubli juga perlu diambil kira dari segala aspek termasukkan lah kegunaan untuk sukan

dalaman seperti badminton, bola tampar, sepak takraw dan juga futsal.

Kesimpulannya, kualiti kerja, kualiti barangan dan juga reka bentuk dewan boleh dilihat

berkaitan rapat dengan isu jangka hayat sesebuah bangunan dan ini menjadi salah satu faktor utama

yang perlu diambil kira sebelum bermulanya pembinaan Dewan Jubli agar ianya tidak menimbulkan

sebarang masalah dimasa akan datang dan dapat beroprasi dengan sempurna dan mempunya

ketahanan yang lama.


Kaedah pendekatan dan cadangan dalam menyelesaikan isu

Pihak MPKK menghadapi satu isu berkaitan dengan jangka hayat sebuah dewan. Isu seperti
ini perlu ditangani dengan segera dan komprehensif bagi mengelakkan sebarang kemungkinan
berlaku. Pada peringkatan awal atau sebelum fasa pembinaan dewan jubli bermula juga memainkan
peranan penting kerana dapat mengenalpasti objektif dan gerak kerja pembinaan dengan lebih jelas.
Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunapakai sebelum melaksanakan projek
pembinaan dewan jubli itu.

Antara keadah tersebut ialah pemilihan kontratok bagi melaksanakan projek pembinaan
sebuah dewan adalah melihat pengalaman syarikat tersebut. Ada lah penting bagi sebuah organisasi
seperti MPKK untuk memlih kontraktor yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan.
Kontraktor yang berpengalaman akan memberi impak yang besar dalam menwujudkan sesebuah
dewan yang selamat digunakan dalam jangka hayat yang lama.

Seterusnya, kaedah yang boleh digunakan ialah melaksanakan proses perancangan di mana
perancangan merupakan salah satu daripada peringkat pengurusan projek yang utama yang
merangkumi aktiviti menentukan objektif projek. Ianya bertujuan untuk memudahkan pengurus dan
pasukannya menjalankan sesuatu projek.Pemahaman objektif sesuatu projek amatlah penting
supaya pelaksanaan projek pembinaan Dewan Jubli dapat dijalankan dengan baik.

Kaedah penjadualan juga perlu dilakukan sebelum melaksanakan sesuatu projek supaya
perjalanan pembinaan projek itu dapat dilihat dengan jelas. Selain itu, penjadualan ini juga untuk
menganggarkan jangakmasa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap aktiviti projek. Tujuan
penjadualan perlu dilakukan untuk menentukan dan menghubungkaitkan antara aktiviti dengan
aktiviti yang lain, mengenalpasti hubungan sebelumnya antara aktiviti dan hubungan ini akan
ditunjukkan melalui teknik CPM/PERT yang melibatkan graf rangkaian

Pada zaman serba moden dan pesat dengan pembangunan yang seperti cendawan tumbuh
selepas hujan variasi perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan jadual pelaksanaan sesuatu
projek. Microsoft Project merupakan satu perisian pengurusan projek yang dibangunkan dan dijual
oleh Microsoft. Perisian tersebut dibangunkan untuk membantu pengurus projek dalam membentuk
satu jadual dengan memasukkan sumber maklumat untuk sesuatu tugasan , mengesan gerak kerja,
menguruskan anggaran bajet projek dan menganalisis beban kerja sesuatu projek yang bakal
dilaksanakan.
RAJAH 1 : MICROSOFT PROJECT TEMPLATE

RAJAH 2 : PENGHASILAN JADUAL MENGGUNAKAN MICROSOFT PROJECT

You might also like