You are on page 1of 14

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

EPPA 2033 PERAKAUNAN KOS


TUTORIAL 5: PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA
SEMESTER 1 SESI 2020/2021

Pengekosan tempahan kerja

- Dimana produk adalah homogen dan kos produk antara produk2 berbeza antara satu
sama lain
- Kumpulkan kos produk melalui kerja
- Dokumen sumber utama adalah lembaran kos kerja
o Merupakan akaun subsidiari untuk akaun kerja dalam proses
o Dokumen sekunder untuk mengumpul kos
▪ Kos bahan langsung – borang perolehan bahan
▪ Kos buruh langsung – tiket masa pekerja
▪ Kos OH – pra tentu
o Setiap lembaran kos kerja khusus untuk setiap kerja
- Catatan jurnal – refleks transaski yang berlaku
o Pembelian inventori bahan – Dt. Inventori Bahan Mentah, Kt. Tunai/ABB
o Pengeluaran bermula – kos produk dan menggunakan pendekatan pengekosan
normal
▪ Bahan langsung digunakan – Dt. KDP, Kt Inventori Bahan Mentah
▪ Buruh langsung – Dt. KDP, Kt. Gaji Belum Bayar /Tunai
▪ OH pratentu – Dt KDP, Kt. OH perkilangan
▪ Kerja siap – Dt Inv Barang Siap, Kt KDP
▪ Kerja/unit kerja dijual
• Merekod belanja – Dt. KBDJ, Kt. Inv barang siap
• Merekod hasil jualan – Dt Tunai/ABT, Kt. Jualan
▪ OH pengeluaran dilibatkan - Dt. OH perkilangan, Kt. Susutnilai
Terkumpul/Insurans Prabayar/Tunai/ABB
▪ Akhir tempoh
• pelarasan tentang terkurang atau terlebih serap bergantung
kepada pendekatan material atau immaterial
• terlebih serap = diserap > sebenar, Dt. OH perkilangan, Kt KBDJ
• terkurang serap = diserap < sebenar, Dt. KBDJ, Kt. OH
perkilangan
o Kos tempoh iaitu kos bukan pengeluaran
▪ Dt Belanja xxxx Kt. Susutnilai Terkumpul/Insuran Prabayar/Tunai/ABB

1
BAHAGIAN A

1. Pengekosan tempahan kerja sesuai dijalankan oleh perniagaan berikut, KECUALI

A. Pencetak kad jemputan perkahwinan


B. Pengeluar pakaian seragam sekolah
C. Pengeluar kad nama
D. Pembuat kuih raya

2. Apakah dokumen utama pengekosan tempahan kerja yang digunakan untuk merekod kos
tempahan?

A. Pesanan Belian
B. Borang Permintaan Bahan
C. Lembaran Kos Kerja
D. Invois

3. Sebuah firma perundingan kecil menyerap kos overhednya pada kadar 180% daripada kos
buruh langsung pada setiap kerja perundingan yang dijalankan. Kos bahan (iaitu termasuk
kos perjalanan dan lain-lain kos langsung) untuk satu kerja yang dijalankan pada bulan Mei
ialah RM10,500 dan kos buruh langsung berjumlah RM20,500. Berapakah jumlah kos bagi
kerja tersebut?

A. RM 49,900
B. RM 34,690
C. RM 51,500
D. RM 67,900
Bahan langsung = RM10,500

Buruh langsung = RM20,500

OH pratentun = Kadar x Aktiviti Sebenar = 180% x RM20,500= RM36,900

4. Salah satu tempahan yang disiapkan oleh Syarikat MySum ialah MS1213. Tempahan ini
menggunakan 325 unit bahan langsung dan 125 unit bahan tak langsung yang masing-
masing berkos RM2.10 dan RM1.10 seunit. 102 jam buruh langsung dilibatkan dengan kadar
RM12 sejam.

Pilih catatan jurnal yang betul bagi merekod kos bahan dan buruh bagi tempahan MS1213.

A. Dt Inventori KDP- MS1213 1,906.50


Kawalan OH Perkilangan 137.50
Kt Inventori Bahan mentah 682.50
Belanja Gaji 1,224.00

2
B. Dt Inventori KDP- MS1213 2,044.00
Kt Inventori Bahan mentah 820.00
Belanja Gaji 1,224.00

C. Dt Inventori KDP- MS1213 1,906.50


Kawalan OH Perkilangan 137.50
Kt Inventori Bahan mentah 820.00
Gaji Belum Bayar 1,224.00

D. Dt Inventori KDP- MS1213 682.50


Belanja Gaji 1,224.00
Kawalan OH Perkilangan 137.50
Kt Inventori Bahan mentah 820.00
Gaji Belum Bayar 1,224.00

5. Syarikat PauSedap melibatkan kos-kos berikut sepanjang bulan November 2020:

• Sewa kilang yang belum berbayar berjumlah RM1,400


• Bil utiliti berjumlah RM2,800, 70% adalah untuk kegunaan kilang dan selebihnya
adalah untuk pentadbiran.
• Susutnilai atas peralatan kilang berjumlah RM1,000.
• Kos insurans perkilangan yang telah luput berjumlah RM1,500.

Pilih catatan jurnal yang betul bagi merekod kesemua kos tersebut.

A. Dt Kawalan OH Perkilangan 5,860


Kt Sewa belum bayar 1,400
Utiliti belum bayar 1,960
Susutnilai terkumpul 1,000
Insuran prabayar 1,500

B. Dt Kawalan OH Perkilangan 5,860


Belanja Utiliti 840
Kt Sewa Belum Bayar 1,400
Utiliti Belum Bayar 2,800
Belanja Susutnilai 1,000
Belanja Insuran 1,500

C. Dt Kawalan OH Perkilangan 5,860


Belanja Utiliti 840
Kt Sewa belum bayar 1,400
Utiliti belum bayar 2,800
Susutnilai terkumpul 1,000

3
Insuran prabayar 1,500

D. Dt Kawalan OH Perkilangan 6,700


Kt Sewa belum bayar 1,400
Utiliti belum bayar 2,800
Susutnilai terkumpul 1,000
Insuran prabayar 1,500

Jawab soalan 6 hingga 10 berdasarkan situasi di bawah.

Perusahaan Alleas menggunakan sistem pengekosan tempahan kerja dengan mengaplikasikan


kos overhed perkilangan berdasarkan kos buruh langsung. Tiada inventori kerja dalam proses
dilaporkan pada 1 Februari. Sepanjang bulan Februari, Perusahaan menjalankan kerja bagi tiga
tempahan dengan kos berikut:

Tempahan B10 Tempahan C44 Tempahan G15


Buruh Langsung (RM10 sejam) RM 47,000 RM ? RM 16,500
Bahan Langsung 55,000 74,000 ?
Overhed Diserap ? 36,900 7,425

Pada akhir bulan, Perusahaan berjaya menyiapkan Tempahan B10 dan memindahkannya ke
Inventori Barang Siap. Tempahan C44 dan G15 pula masih dalam proses dengan kos
RM278,650 dilaporkan pada akhir bulan. Kos overhed perkilangan sebenar yang dilibatkan
sepanjang bulan ialah RM58,000.

6. Berapakah kos bahan langsung yang dilibatkan dalam Tempahan G15?

A. RM 65,757
B. RM 61,825
C. RM 67,475
D. RM 82,000

7. Berapakah kadar overhed pratentu yang digunakan untuk menyerap kos overhed bagi setiap
kerja?

A. 0.45 seRM kos buruh langsung


B. 0.50 seRM kos buruh langsung
C. 1.17 seRM kos buruh langsung
D. 4.50 seRM kos buruh langsung

8. Tentukan overhed terkurang atau terlebih serap bagi bulan Februari.

4
A. RM 5,757 terkurang serap
B. RM 7,475 terkurang serap
C. RM 5,757 terlebih serap
D. RM 7,475 terlebih serap

9. Pilih catatan jurnal yang betul bagi merekod overhed terkurang atau terlebih serap dengan
andaian sisihan overhed adalah tidak material.

A. Dt Kawalan Overhed 5,757


Kt Inventori Kerja Dalam Proses 5,757

B. Dt Kawalan Overhed 7,475


Kt Kos Barang Dijual 7,475

C. Dt Kawalan Overhed 5,757


Kt Kos Barang Dijual 5,757

D. Dt Kos Barang Dijual 7,475


Kt Kawalan Overhed 7,475

10. Pilih catatan jurnal yang betul bagi merekod aliran kos pengeluaran Tempahan B10 sebagai
barang siap.

A. Dt Inventori Barang Siap 123,150


Kt Inventori Kerja Dalam Proses 123,150

B. Dt Kawalan Overhed 7,575


Kt Kos Barang Dijual 7,575

C. Dt Kawalan Overhed 5,757


Kt Kos Barang Dijual 5,757

D. Dt Kos Barang Dijual 7,575


Kt Kawalan Overhed 7,575

5
BAHAGIAN B

SOALAN 1

Syarikat Doktor Kereta Sdn. Bhd. menjalankan operasi pembaikan kereta dan kenderaan lain
berdasarkan permintaan daripada pelanggan. Selain itu, syarikat turut membeli kereta-kereta
lama untuk dibaiki, dicat dan dijual kepada wakil-wakil penjual kereta-kereta terpakai. Oleh
itu, syarikat menggunakan sistem pengekosan tempahan kerja untuk pengekosan keluarannya.
Berikut adalah maklumat berkaitan dengan urusniaga yang berlaku sepanjang tahun 2019:

Belian bekalan dan komponen secara kredit RM 400,000


Bekalan dan komponen langsung yang diguna 380,000
Bekalan dan komponen tak langsung yang diguna 30,000
Buruh langsung yang diguna 1,235,000
Buruh tak langsung yang dilibatkan (pembantu, pencuci, pemandu, dll) 110,000
Susutnilai ke atas garaj dan alatan 400,000
Overhed rencam yang dilibatkan (insuran, utiliti, cukai, dll) 225,000
Kos tempahan kerja yang siap 2,376,000
Jualan 4,000,000
Kos tempahan yang dijual 2,385,000
Inventori pada awal 2019:
Bekalan dan komponen 50,000
Kerja dalam proses 30,000
Kos kereta sedia untuk dijual 25,000

Overhed diserap kepada produk atas kadar 60% dari kos buruh langsung.

Dikehendaki:

a) Sediakan catatan jurnal untuk semua transaksi yang berlaku sepanjang tahun 2019,
termasuk catatan untuk menghapuskan sisihan overhed di hujung tahun tersebut. (Andaikan
sisihan overhed sebagai tidak material).

b) Poskan catatan jurnal yang berkaitan ke Akaun Barang Siap dan Akaun Kawalan Overhed
Perkilangan.

c) Terangkan tujuan lembaran kos kerja dalam pengekosan tempahan kerja.

6
Jawapan 1

Dt Inventori Bekalan dan Komponen 400,000


Kt Akaun Belum Bayar 400,000
(Belian bekalan & komponen secara kredit)
Dt Inventori Kerja Dalam Proses 380,000
Dt Kawalan Overhed 30,000
Kt Inventori Bekalan dan Komponen 410,000
(Bekalan dan komponen yang diguna)
Dt Inventori Kerja Dalam Proses 1,235,000
Dt Kawalan Overhed 110,000
Kt Tunai / Gaji Belum Bayar 1,345,000
(Buruh yang digunakan)
Dt Kawalan Overhed 625,000
Kt Susutnilai Terkumpul 400,000
Kt Pelbagai Akaun 225,000
(Overhed yang dilibatkan)
Dt Inventori Kos Barang Siap 2,376,000
Kt Inventori Kerja Dalam Proses 2,376,000
(Kos tempahan kerja yang siap)
Dt Tunai / Akaun Belum Terima 4,000,000
Kt Jualan 4,000,000
(Merekod hasil jualan)
Dt KBDJ 2,385,000
Kt Inventori Barang Siap 2,385,000
(Merekod Kos tempahan yang dijual)
Dt Inventori Kerja Dalam Proses 741,000
Kt Kawalan Overhed 741,000
(Overhed diserap = 60%x1,235,000)
Dt KBDJ 24,000
Kt Kawalan Overhed 24,000
(Merekod sisihan overhed – tidak material)
(30,000 + 110,000 + 625,000 – 741,000)

b) Akaun Barang Siap


Baki b/b 25,000 KBDJ 2,385,000
Inventori Kerja Dalam Proses 2,376,000 Baki h/b 16,000
2,401,000 2,401,000

Akaun Kawalan Overhed Perkilangan


Inventori Bekalan & Komponen 30,000 Inventori Kerja Dalam Proses 741,000
Tunai / Gaji Belum Bayar 110,000 KBDJ – Terkurang Serap 24,000
SNT & Pelbagai Akaun 625,000
765,000 765,000

7
c) Tujuan lembaran kos kerja
- Sumber dokumen
- Untuk mengumpul kos bahan langsung, buruh langsung dan kos overhed mengikut
kerja.

SOALAN 2

Syarikat Lima Jingga menggunakan pengekosan normal dalam sistem pengekosan kerjanya.
Terdapat tiga kerja yang dilaksanakan bagi Julai dan Ogos iaitu Kerja 105, Kerja 106 dan Kerja
107. Hanya Kerja 107 telah siap di penghujung Ogos. Berikut merupakan maklumat-maklumat
untuk ketiga-tiga kerja tersebut:

Lembaran Kerja
Kerja 105 Kerja 106 Kerja 107
Kos dilibatkan dalam Julai
Bahan langsung RM 9,500 RM 5,100 -
Buruh langsung RM 8,000 RM 3,000 -
Overhed perkilangan RM 11,200 RM 4,200 -
Kos dilibatkan dalam Ogos
Bahan langsung – RM 6,000 RM 7,200
Buruh langsung RM 4,000 RM 7,500 RM 8,500
Overhead perkilangan ? ? ?

Nota: Kerja 105 dan Kerja 106 dimulakan dalam Julai.

Maklumat tambahan:

1. Overhed perkilangan diserapkan menggunakan asas kos buruh langsung.

2. Baki akhir pada 31 Julai 2019 untuk akaun-akaun berikut adalah:


Bahan mentah RM 30,000
Kerja dalam proses ?
Inventori barang siap RM 50,000

3. Overhed perkilangan sebenar yang dilibatkan dalam bulan Ogos adalah seperti berikut:
Bahan tak langsung RM 3,600
Buruh tak langsung RM 7,000
Belanja insuran prabayar RM 5,500
Belanja susutnilai peralatan RM 6,000
Utiliti RM 3,400
Lain-lain belanja overhead RM 4,500
8
4. Kesemua Kerja 107 telah dijual kepada pelanggan secara kredit dengan untung 50%
daripada kos pengeluaran.

5. Apa-apa pelarasan daripada overhed terlebih atau terkurang serap akan dicajkan kepada
akaun kos barang dijual.

Dikehendaki:

a) Sediakan catatan jurnal untuk merekod transaksi-transaksi dan catatan pelarasan untuk bulan
Ogos.
b) Tentukan baki akaun kerja dalam proses untuk bulan Ogos.
c) Nyatakan dua perniagaan yang mungkin sesuai menggunakan sistem pengekosan kerja.
Kenapa?

JAWAPAN 2:

Kerja 105 Kerja 106 Kerja 107 Total


KDP awal
Bahan langsung 9,500 5,100 0 14,600
Buruh langsung 8,000 3,000 0 11,000
Overhed 11,200 4,200 0 15,400
Total 28,700 12,300 0 41,000
Semasa
Bahan langsung 0 6,000 7,200 13,200
Buruh langsung 4,000 7,500 8,500 20,000
Overhed 5600 10,500 11,900 28,000
Total 9,600 24,000 27,600 61,200
Keseluruhan 38,300 36,300 27,600 102,200

DEBIT KREDIT
KDP 13,200
Bahan mentah 13,200
KDP 20,000
Gaji belum bayar 20,000
KDP 28,000
Overhed perkilangan 28,000
(Kadar overhead adalah RM1.40 )
Overhed perkilangan 30,000
Bahan mentah 3,600
Gaji belum bayar 7,000
Insuran prabayar 5,500
Belanja susutnilai peralatan 6,000

9
Akaun belum bayar 7,900
Inventori barang siap 27,600
KDP 27,600
Kos barang dijual 27,600
Inventori barang siap 27,600
ABT 41,400
Jualan 41,400
Kos barang dijual 2,000
Overhed perkilangan 2,000

Kos overhead terkurang serap = 30,000 – 28,000 = 2,000

b. Baki KDP adalah Kerja 106 & Kerja 105 = 36,300 + 38,300 = 74,600

c. Contoh : percetakan, interior design, lawyer, audit dll. Keperluan kos pengeluaran berbeza
mengikut keperluan pelanggan.

SOALAN 3

Rekod perakaunan Perusahaan Seri Bumi pada 1 September 2019 menunjukkan baki dua akaun
berikut:
Inventori bahan mentah RM 166,200
Kawalan kerja dalam proses 756,400

Pada 1 September, tiga tempahan mempunyai baki akaun kerja dalam proses seperti berikut:

Tempahan SB-175 RM 293,300


Tempahan SB-178 116,800
Tempahan SB-182 346,300

Berikut adalah transaksi yang telah berlaku di sepanjang bulan September:

Sept 1 Membeli bahan mentah secara kredit berjumlah RM970,000.

4 Memindahkan bahan mentah ke proses pengeluaran bagi tempahan berikut:


Tempahan SB-175, RM144,800;
Tempahan SB-178, RM126,300;
Tempahan SB-182, RM496,100;
Tempahan SB-186, RM156,200;
Bahan tak langsung, RM26,600.

10
15 Menyedia dan membayar akaun gaji untuk tempoh kerja 1-15 September. Analisis akaun
gaji menunjukkan maklumat berikut:
Tempahan SB-175 4,830 jam RM 42,300
Tempahan SB-178 13,160 jam 133,600
Tempahan SB-182 10,150 jam 101,500
Tempahan SB-186 5,140 jam 55,400
Upah tak langsung 45,700

15 Pada setiap tarikh pembayaran gaji, Syarikat mengaplikasikan kos overhed perkilangan
kepada setiap tempahan pada kadar RM8.50 sejam buruh langsung.

15 Tempahan SB-175 telah siap dan dihantar kepada pelanggan serta dibilkan pada harga
jualan bercampur 25%. (Harga jualan dibundarkan kepada ringgit terhampir tanpa sen).

20 Membayar bil-bil bulanan perkilangan: utiliti RM19,800; sewa, RM35,300; dan akaun
belum bayar (terakru dalam Ogos), RM98,400.

24 Membeli bahan mentah secara kredit, RM312,000.

25 Melibatkan penggunaan bahan mentah seperti berikut:


Tempahan SB-178, RM77,400;
Tempahan SB-182, RM106,300;
Tempahan SB-186, RM174,500;
Bahan tak langsung, RM27,900.

30 Merekod kos-kos tambahan overhed perkilangan seperti berikut: susutnilai, RM114,500


dan insurans prabayar yang telah luput, RM38,900.

30 Merekod dan membayar akaun gaji untuk tempoh kerja 16-30 September. Analisis
akaun gaji menunjukkan maklumat berikut:
Tempahan SB-178 8,940 jam RM 88,700
Tempahan SB-182 13,650 jam 114,200
Tempahan SB-186 9,980 jam 121,800
Upah tak langsung 32,500

30 Overhed diaplikasikan kepada setiap tempahan untuk tempoh separuh kedua bulan
September.

Dikehendaki:

a) Sediakan catatan jurnal untuk transaksi yang berlaku di sepanjang bulan September.
b) Sediakan Akaun Kawalan Overhed Perkilangan dan catatan jurnal untuk menghapuskan
overhed terlebih atau terkurang serap bagi bulan September (dengan andaian sisihan
11
overhed adalah tidak material).

SOALAN 4

Syarikat Almeda mengamalkan sistem pengekosan normal dalam pengekosan tempahan


kerjanya. Syarikat mengaplikasikan kos overhed perkilangan kepada produk dengan asas kos
buruh langsung. Dalam bulan Oktober, Syarikat sedang menyiapkan dua tempahan, yang mana
kerja X-1120 telah dimulakan dalam bulan September dan kerja Z-1131 bermula dalam bulan
Oktober.

Berikut merupakan maklumat berkaitan tempahan yang sedang disiapkan berserta jumlah jam
buruh langsung yang diperlukan bagi menyiapkan kerja tersebut:

Kerja Unit pengeluaran Jumlah jam buruh


langsung diperlukan
X-1120 200 500
Z-1131 110 300

Buruh langsung dibayar gaji RM20.00 sejam dan dilibatkan secara sekata sepanjang proses
pengeluaran. Tiada buruh tak langsung yang terlibat dalam proses pengeluaran.

Kerja berkod X memerlukan 12 kg bahan langsung dan 3 kg bahan tak langsung bagi seunit
produk. Manakala kerja berkod Z memerlukan 10 kg bahan langsung dan 4 kg bahan tak
langsung bagi seunit produk. Secara purata, bahan langsung berkos RM7 sekg dan bahan tak
langsung berkos RM 5 sekg. Kedua-dua bahan langsung dan tak langsung dilibatkan secara
sekata sepanjang proses pengeluaran.

Pada 1 Oktober, rekod perakaunan Syarikat menunjukkan maklumat berikut:

Inventori kerja dalam proses (Kerja X-1120) RM 24,480


Inventori barang siap (Kerja Z-1130) 46,700
Inventori bahan mentah 4,500

Perincian untuk inventori awal kerja dalam proses adalah seperti berikut:

Kerja X-1120
Peratusan siap 60%
Kos dilibatkan dalam September:
Bahan langsung RM 10,080
Buruh langsung RM 6,000
Overhed perkilangan (diserap) RM 8,400
Jumlah kos RM 24,480

12
Rekod perakaunan juga menunjukkan urus niaga berikut telah dilibatkan sepanjang bulan
Oktober:

1. Pembelian bahan mentah RM14,500 secara kredit.


2. Bil utiliti berjumlah RM2,800, 70% adalah untuk kegunaan kilang dan selebihnya adalah
untuk pentadbiran.
3. Sewa kilang belum berbayar berjumlah RM1,400.
4. Susut nilai atas peralatan kilang berjumlah RM1,000.
5. Kos insurans perkilangan yang telah luput berjumlah RM1,500.
6. Pelbagai kos perkilangan berjumlah RM850 telah dibayar secara tunai.
7. Kerja X-1120 telah disiapkan dalam bulan Oktober. Manakala pada 31 Oktober, kerja Z-
1131 berada pada tahap 40% siap.
8. Hasil jualan dalam bulan Oktober adalah:
Kerja Z-1130 RM 60,050
Kerja X-1120 RM 51,200

Dikehendaki:

a) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan urus niaga yang berlaku sepanjang bulan
Oktober.
b) Sediakan akaun kawalan overhed perkilangan dan catatan jurnal pelarasan untuk
menghapuskan sisihan overhed pada hujung bulan. Andaikan sisihan overhed tidak
material.
c) Nyatakan dua (2) jenis perniagaan yang sesuai menggunakan sistem pengekosan tempahan
kerja. Jelaskan.

a.

Akaun Debit Kredit


Inv Bahan Mentah 14,500
ABB 14,500
KDP – Kerja X-1120 6,720
KDP – Kerja z - 1131 3,080
OH perkilangan (1,200 +880) 2,080
Inventori Bahan Mentah 11,880
KDP – Kerja -1120 4,000
KDP – Kerja z – 1130 2,400
Gaji belum bayar 6,400
KDP – Kerja x 1120 5,600
KDP - Kerja z 1130 3,360
OH perkilangan 8,960
OH Perkilangan 6.170
Utiliti belum bayar 1,960
Sewa belum bayar 1,400
Susutnilai terkumpul 1,000
Insurans prabayar 1,500

13
Tunai 850

Inv Barang Siap 40,800


KDP – X- 1120 40,800
Kos barang dijual 87,500
Inv barang siap 87,500
x-120 & z1130
ABT 111,250
Hasil jualan 111,250
Belanja utiliti 840
Utilit belum bayar 840

OH terlebih serap = OH diserapkan OH sebenar


= 8,960 - 8,790
= 170

Dt Kos OH perkilangan
Kt. KBDJ

Kawalan OH Perkilangan
Inventori BM 2,080 Inv KDP 8,960
Utiliti Belum Bayar 1,960
Sewa Belum Bayar 1,400
SNT 1,000
Insuran Prabayar 1,500
ABB/ Tunai 850
KBDJ (Terlebih serap) 170
8,960 8,960

c. Contoh : percetakan, interior design, lawyer, audit dll. Keperluan kos pengeluaran berbeza
mengikut keperluan pelanggan.

14

You might also like