You are on page 1of 5

TUTORIAL 6 : PELEPASAN

SOALAN 1

Encik Yusri bekerja sebagai akauntan di salah sebuah syarikat swasta di Ampang, Kuala
Lumpur. Isteri beliau, Puan Norlida pula bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Setia
Alam, Shah Alam. Mereka berdua adalah bermastautin di Malaysia. Berikut adalah maklumat
pendapatan yang diterima oleh Encik Yusri and Puan Norlida sepanjang tahun 2019:

Encik Yusri:

1. Gaji sebulan sebanyak RM4,645 (bersih selepas tolak potongan cukai bulanan (PCB)
sebanyak RM250 dan KWSP sebanyak RM605). Beliau juga menerima bonus
sebanyak RM10,540 dan elaun perumahan sebanyak RM500 sebulan.

2. Encik Yusri mempunyai dua perniagaan di Johor Bahru. Beliau mempunyai 6 orang
pekerja untuk membantu menguruskan perniagaannya. Berikut adalah maklumat
mengenai pendapatan yang diperolehi oleh perniagaannya pada tahun 2019:

Cybercafe Kedai Runcit


RM RM
Pendapatan terlaras perniagaan 120,000 (50,000)
Elaun modal yang belum habis diserap 6,000 -
Elaun modal tahun semasa 5,000 10,000
Kenaan imbangan 4,000 8,000

3. Sepanjang tahun 2019, Encik Yusri telah membeli beberapa saham dan menerima
dividen seperti berikut:
- RM5,233 dari Dimensi Bhd. (single tier).
- RM12,000 dari Vienni Limited (sebuah syarikat di Vietnam). Jumlah dividen
yang diremitkan di Malaysia pada tahun 2019.

4. Menerima faedah sebanyak RM5,250 dari akaun simpanan di RHB Bank (Simpanan
sebanyak RM105,000 degan kadar faedah 5% setahun).

5. Beliau juga turut menerima bayaran komisen sebanyak RM8,000 dari pekerjaan
sambilan sebagai agen hartanah.

Puan Norlida:

1. Gaji kasar sebanyak RM3,000 sebulan.

2. Beliau menerima faedah sebanyak RM812 dari akaun simpanan di CIMB Bank.

1
3. Puan Norlida juga menerima bayaran royalti sebanyak RM30,000 bagi kerja
terjemahan buku yang ditugaskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Puan Norlida mempunyai dua buah rumah. Beliau mendiami rumah di Setia Alam
yang dibelinya pada 1 Oktober 2017. Nilai sewa rumah tersebut adalah sebanyak
RM24,000 setahun. Rumah kedua beliau adalah terletak di Puchong yang disewakan
sejak tahun 2016. Kadar sewa rumah tersebut adalah sebanyak RM3,500 sebulan.
Berikut adalah maklumat mengenai perbelanjaan yang dikeluarkan oleh beliau
terhadap rumah sewanya sepanjang tahun 2019:

Setia Alam Puchong


RM RM
Cukai pintu 2,000 (setahun) 4,000 (setahun)
Pembaikan 500 600
Pemasangan penghawa dingin 3,000 3,000
Pengubahsuaian - 11,000
Membaiki pintu yang rosak 6,000 -

Maklumat lain berkaitan perbelanjaan bagi tahun 2019:

1. Encik Yusri dan Puan Norlida dikurniakan empat orang anak:

Rabita 24 tahun, sudah berumah tangga dan masih menuntut di University


of Nanyang, Singapore
Nizam 21 tahun, merupaka pelajar sepenuh masa di UiTM Johor.
Melakukan kerja sambilan dan menerima pendapatan sebanyak
RM10,00 pada tahun 2019.
Hisham 17 tahun, sedang belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di
Perak.
Aiman 15 tahun, memegang kad orang kurang upaya dan sedang belajar di
Sekolah Memengah di Shah Alam.

2. Encik Yusri membelanjakan sebanyak RM4,275 rawatan perubatan untuk ayahnya


dan sebanyak RM1,650 pula untuk rawatan ibu mertuanya.

3. Insurans dari Syarikat Takaful:


Premium Nama yang Bayaran
dibayar oleh diinsuranskan dibuat oleh
(setahun)
Insurans nyawa RM600 Hisham (Anak) Puan Norlida
Insurans nyawa RM1,200 Encik Yusri Puan Norlida
Insurans pendidikan RM3,000 Aiman (Anak) Encik Yusri

4. Encik Yusri membayar zakat pendapatan sebanyak RM15,000 dan zakat fitrah
sebanyak RM30 bagi tahun 2019.

5. Puan Norlida telah membeli sebuah komputer peribadi bernilai RM4,800.

2
6. Encik Yusri telah memberikan sumbangan dan derma:
- RM9,000 tunai kepada rumah orang tua di Selangor (institusi yang diluluskan
- RM1,500 tunai kepada Tabung Gempa Bumi Yogyakarta, Indonesia

7. Puan Norlida membelanjakan sebanyak RM800 untuk membeli buku dan majalah.

8. Pembelian peralatan sukan dibelanjakn oleh Encik Yusri sebanyak RM1,500 dan
Puan Nolida sebanyak RM200.

9. Encik Yusri teah membayar kemudahan jalur lebar sebayak RM120 sebulan.

10. Puan Norlida telah memilih untuk menuntut pelepasan anak.

Dikehendaki:

Mengira cukai pendapatan yang dikenakan bagi tahun taksiran 2019, sekiranya Puan Nolida
memilih untuk taksiran berasingan.

3
SOALAN 2

Encik Sani dan isterinya Puan Comel merupakan pemastautin di Malaysia pada tahun 2019.
Berikut adalah maklumat mengenai pendapatan yang diterima sepanjang tahun 2019:

Encik Sani
Perniagaan 1 Perniagaan 2
RM RM
Pendapatan terlaras / (rugi terlaras) (48,000) 146,000
Elaun modal 6,000 24,000
Elaun modal yang tidak habis diserap - 6,000
Kenaan imbangan 1,500 5,000
Kerugian yang belum habis diserap (12,400)

RM
Sewa (Kasar) 36,000
Tolak: Perbelanjaan hasil (4,500)
Perbelanjaan modal (16,800)
Untung sewa 14,700

Dividen RM
Amanah Saham Nasional 8,200
Cahaya Bhd (Single tier) 15,170
Takbai Corporation * 10,400

* TAKBAI Corporation merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Thailand. Jumlah


dividen yang diremitkan di Malaysia sepanjang tahun 2019.

Royalti
Terjemahan buku yang diminta oleh Jabatan Peguam Negara sebanyak RM28,000

Puan Comel

Pendapatan penggajian
Gaji setahun RM45,060
(Bersih selepas tolak 11% KWSP dan potongan cukai bulanan RM250)
Bonus: 2 bulan gaji

Faedah
AFFIN Bank Bhd
RM3,200
(Deposit sebanyak RM120,000 untuk 12 bulan)

Honorarium dari pekerjaan sambilan sebagai pensyarah RM8,000

Maklumat tambahan:

1. Berikut adalah maklumat mengenai anak bagi pasangan Encik Sani dan Puan Comel:

4
Farhan : Berusia 25 tahun, sedang menuntut di Universiti Malaysia Sabah dan
telah berkahwin pada 1 April 2019.

Fatin : Berusia 22 tahun, sedang menuntut di Curtin University, Australia


sejak tahun 2017. Beliau menerima upah sebanyak RM2,000 sebulan
hasil daripada pekerjaan sambilan yang dilakukan pada bulan Mei
hingga Julai 2019.

Farhana : Berusia 21 tahun, bekerja sepenuh masa sebagai kerani bank dan pada
masa yang sama belajar secara separuh masa di Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Salleh : Berusia 20 tahun, seorang anak kurang upaya hasil daripada


perkahwinan kedua. Walau bagaimanapun, Encik Sani telah berpisah
dengan ibu Salleh pada tahun 2017. Salleh sedang menuntut di UiTM
secara sepenuh masa. Encik Sani dan bekas isterinya telah
membelanjakan sebanyak RM10,000 bagi pengajian Salleh di UiTM.
Kedua-dua mereka menuntut pelepasan anak.

Salim : Berusia 13 tahun, sedang belajar di sekolah rendah di Jasin, Melaka.

2. Encik Sani telah membuat pembayaran seperti berikut sepanjang tahun 2019:

i. Perbelanjaan perubatan mak mertua beliau sebanyak RM6,500. Walau


bagaimanapun, beliau hanya menyimpan resit bernilai RM4,200.
ii. Membeli kerusi roda untuk bapa mertuanya sebanyak RM3,600.
iii. Bayaran alimoni kepada bekas isteri sebanyak RM400 sebulan.
iv. Membeli buku dan majalah bernilai RM1,300.

3. Puan Comel telah membuat pembayaran seperti berikut sepanjang tahun 2019:

i. Derma:
Institusi diluluskan: RM6,500 (tunai)
Institusi tidak diluluskan: RM3,800 (tunai)

ii Pembelian komputer peribadi bernilai RM3,400.

iii. Insurans pendidikan sebanyak RM1,400 dan insurans perubatan RM1,800


untuk Salleh.

iv. Mengeluarkan zakat pendapatan sebanyak RM800.

v. Puan Comel menuntut pelepasan kesemua anak kandungnya.

Dikehendaki:

Mengira cukai pendapatan yang dikenakan kepada Encik Sani dan Puan Comel bagi tahun
taksiran 2019. Puan Comel tidak memilih untuk taksiran bersama.

You might also like