You are on page 1of 2

Panggil mesyuarat.

di bawah adalah contoh surat panggilan mesyuarat Cikgu Mahsal :-

  kepala surat sekolah

                                                                                                No. Ruj  : CEA2050.500-7/1/1(01)
                                                                                                Tarikh    :      2 Mac 2018

GPK PENTADBIRAN (Pn Rosiah binti Awang Ngah)


GPK HEM  (En Abu Zahid bin Awang Besari)
GPK Kokurikulum  (Tn. Hj. Aminuddin bin Yaakub)
Ketua-Ketua Bidang
Kaunselor ( En. Nazarul Hazwan bin Abdul Razak )
Jurulatih Utama PBS sekolah (Semua Mata pelajaran)
Semua guru

Tuan,
MESYUARAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) KALI
PERTAMA SESI 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.           Sukacitanya dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat


Pengurusan Pentaksiran Sekolah SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah kali pertama bagi
tahun 2018.

3.           Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :


              Tarikh                  :   3 Mac 2018
              Masa                    :  2.15 petang
              Tempat                :  Bilik Gerakan

4.           Antara agenda yang akan dibincangkan ialah :


                         i.         Ucapan aluan Pengerusi Majlis
                       ii.         PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
                      iii.         Pembudayaan PBS – saranan Guru / Ibu bapa / Murid
                      iv.         PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum
                        v.         Penubuhan Jawatankuasa PBS / PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)
                      vi.         Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
                     vii.         Hal-hal Lain

5.           Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan melancarkan lagi perjalanan mesyuarat. Segala
kerjasama dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah


 

You might also like